About

Instagram

Friday, December 30, 2011

lelaki dan air mata

salam jumaat..:)

hari ini saya cuti yerkk..harap maklum..dan paling tak suka bila orang tanya.."ehh.tak keje ke arini??"..ok..itu soalan tak best..sebab target aku..keja tanpa cuti..buat duit bpe banyak..sebab nak bayar yuran punya pasal..tapi..kalau dah kena cuti tu bermakna..ada "something"  yang berlaku..yang buat aku tak nak pergi kerja..tempat kerja i tak best la uolsss..;p..lagi2 kalau dah mak jemah duk bergosip jerk..bukan jemah2 je..yang tak jemah juga duk bergosip..*ok..ni pun dah kira bergosip ngn korang tp versi blog punya.;p*..
aku impikan suasana tempat kerja yang aman.damai..kalau masa waktu kerja tu boleh berhenti untuk semua orang pergi solat..kan baguss..tapi..kalau dalam aviation..airline yang 24 jam tu.boleh ke??..hmm..sebaiknya..boleh bergilir2 kan??..

aku terfikir jugak..kalau hari jumaat..masa pergi solat jumaat..hmm..macam mana yang lelaki tu pergi solat jumaat ye..sebab kena jaga kaunter..n lain2..-ok..dah..tutup topik..berbalik pada tajuk..

lelaki dan air mata..

lelaki..jejaka..hero..pernah menangis tak??..kalau perempuan dan air mata tu sudah biasa aja dong..tapi..g mana pula dengan cowok2 nya..bisa nangis enggak.*main bantai keluar bahasa indonesia pula*..huhu..
ada seorang kawan lelaki aku pernah kata.."lelaki mana boleh menangis..tak hero la..tapi..lelaki boleh menangis untuk orang ynag dia sayang"..hmm..i mean ..LOVE..
begitu hebat kuasa Allah kan..korang pernah fikir tak..kenapa Dia jadikan airmata ni??
kita kan ada mr.google..nanti korang pergi google..hikmah airmata yerkk..;p..*sebenarnya dah malas nak taip panjang2*..

bagi aku..lelaki kalau sikit2 nangis..memang gedik benorr tue..tapi..kalau untuk perkara2 penting..alahaii..i tersentuh melihat kesedihan itu..nanti i bagi tisu u lap sendiri k..nak tolong lap..meh nikah ngn i dulu..haha..
lelaki ni nampak sweet sebenarnya bila menangis..*kaum adam..aku bukan nak kata korang sweet luv2 tu*...tp sweet yang nampak macam gentle..japp..maksud aku..lelaki ni kan jarang menangis..tapi kalau once dieorang menangis..nampak gentle=sweet..

situasi bagaimana??

1.
diterima lamarannya

*gambar google..skrip dan editing oleh aku*

eheem..ahah..dah takde modal kan nak wat skrip sendiri..haa..part ni.kalau lelaki menangis sebab diterima lamarannya..perghhhh..cair..sweet+gentleman..tau.!..pasni kalau ada lelaki terbaca aku punya blog..kalau lamar gf korang..mesti korang dah tau nak wat2 nangis kan..???.kan??..hahaa

TAPI

ada tips2..nangis macam ni..

jangan over sangat..macam nak kena pelempang ae..annoying sangat..


spe nangis macam ni..memang aku sumbat dengan botol susu..ahah..*gurau*..;p

2.
binatang peliharaan or kesayangan mati..*ni kalau lelaki yang ada ciri2 sayang binatang*.


alololo..ingat shuweet letuee~..ahah..memang sweet pun kalau ada guy yang sayang binatang mcm ni..tapi..sorry..aku tak berapa boleh nak bela binatang macam ni.coz aku alah dengan bulu binatang..kalau korang *kaum adam*..takde binatang peliharaan..tapi..gf korang ada..n lepas tu binatang peliharaan dieorang mati..tolong la nangis sekali..;P..yela..kan sama2 kasih.sehidup semati..u cry i cry yeahh..

3.
apabila menerima sebuah kelahiran..terutamanya..kelahiran anak sendiri..:)..
bangga kan jadi ayah.!..

4.
apabila menonton movie2 yang sedih...sadis banget deyy..
seperti:
-nur kasih the movie
-p/s i love u *maybe*
.........
ok..aku dah tak tau nak letak movie apa..since..aku tak suka tengok movie sedih2..lagi2 movie cinta..jarang sangattt..gua layan cite perang2..aksi..baru best bro.~..;p..so..kaum adam kalau boleh nangis tgk cite macam ni..agak romantik di situ..TAPI..kalau tak nangis..korang kata.."cite ni sedih" pun dah cukup bagi kami kaum perempuan..sebab..lelaki ni kan ego sikit nak tengok n layan cerita macam ni..so..kalau korang ble ngaku cite ni sedih..bermakna..kornag memang hayati cerita ni..:)

5.
kematian orang yang kamu sayangi
ini perkara biasa..setiap orang yang kita sayang..pergi meninggalkan kita..tak kira la..meninggal dunia atau pergi ke tempat labih jauh..

perkara paling pentinggggggggggggggg..

last part.!..apabila mereka menangis sebab ISLAM..ini sudah semestinya..semua orang kena..tak kira laki or perempuan..kan..kalau part2 sweet or romantik boleh nak nangis2..part ni pun wajib juga..:)..




betul ke???tanya sama hati..tapi kalau hati pun "busuk"..tak tau la~

aku rasa susah nak cari kenapa sebab lelaki menangis..kalau perempuan..tak dijangka..tengok buku kena conteng dengan membe pun nak nangis..membe tarik tudung pun nak nangis..membe cakap "ko ni tak cantik la"..pun nak nangis..sikit2 nak nangis..ngada2 kan..??..

tapi kalau



aloooooooo..camni la aku nangisss..*tengok janggut comel die..ehikk*
aku pun jawab..





hahahaha..ok..lari tajuk.!..

bye..:)

p/s:..korang..semua skrip dia atas tiada kena mengena dengan yang mati or hidup yerkk..suka2..dan sekadar bergurau..jangan ada yang terasa hati..:)

Monday, December 26, 2011

kisah teh o panas dan teh o ais

salam..:)..

semalam aku chatting dengan membe lama..kami kenal melalui alam maya..apa yang boleh beritahu..mungkin kami tidak pernah berjumpa..tapi yang aku pasti..die selalu share perkara yang baik2..dah lama..sejak aku form4 lagi..sekarang umur aku dah 20 tahun..so..dah hampir 4 tahun..

aku tak sangka pula selama ni aku ada silent reader..thank you..:)..dia tanya aku..berapa ramai follower blog aku..aku tak kisah berapa pun..yang penting..aku suka menulis dan aku ikhlas..bukan nak kejar populariti..kepuasan menulis..
oleh kerana aku dengan dia jarang contact..sebab dia pun bz kerja..dan aku pula dengan study..bila contact..tanya khabar..dan perkembangan masing2..tup2 dah tunang..tahniah annas..tak sangka aku..dulu aku rasa ko macam anti perempuan jerkk..ahah..frusst kowtt.;p
korang tau tak..1st aku chatting dengan dia..aku agak dia ni jenis yang sempoi2..tak layan jiwang2..fikiran pun realistik..xde ayat nak puitis2 or tersirat n tersurat..aku pun dah boleh agak..sebab lelaki memang takde masa untuk benda2 macam ni..
TAPI
bila aku rasa dia dah makin besar..dah makin matang..banyak perbualan yang aku rasa "woww..ko dah matang la annas"..paling aku tak sangka bila baca blog die..wahh..mamat ni layan gak ayt2 macam ni..kira tersirat juga..http://my.opera.com/theexmaker/blog/..-annas..aku dah promote blog ko..sila bg hadiah..haha..

malam tadi..dia ada share something tentang

kisah teh o panas dan teh o sejuk

apa beza teh o panas dan teh o ais??
bezanya..satu panas..satu sejuk
kisah teh o ais..
memang sedapppp..sejukk kan..lagi3 bila kita order time tengahari..panas33..memang umphhh..!.rasa nyaman je..
kita pun minum la cepat2..cepat habis order lagi yang baru..
TAPI
bila dibiarkan..ais pun cair..air pun tawar..dah hilang kemanisannya..
macam tu juga bila bercinta..
mula2 semuanya manis..yang buruk nampak baik..
bila dah bosan..lama2 rasa pun makin tawar...cari yang lain..

........................................................

kisah teh o panas..ianya memang panas..tapi manis n sedap..
tapi..bukan semua orang suka..sebab ianya leceh..kena tunggu sejuk..
kalau kita sabar..ianya tetap sejuk..tapi rasanya masih sama..manisnya masih sama..
macam tu juga bercinta..perlukan kesabaran..dan pengorbanan..

tamat~

dear to all hawa..

tak mahukah kamu merasakan,
getarnya hati saat pertama kali bertentang mata pada hari ijab kabulmu?
tak inginkah kamu merasakan,
malu dan debarnya pertama kali berjabat tangan dengan seorang lelaki yang telah Allah pilihkan buatmu?

maka, sebelum dia halal buatmu,
peliharalah dirimu baik-baik.
biarkan kamu mengecap manisnya bertentang mata saat setelah terlafaz ijab dan kabul.
biarkan kamu merasa debar dan getarnya saat pertama kali tanganmu menyentuh tangannya.
setelah dia halal buatmu.
setelah kamu yakin dialah yang telah Allah pilihkan buat kamu.
”-tersenyummeilhatlangit



well..he shared some tips to me..
kalau nak test lelaki tu macam mana..1sttt sekali..kalau korang jumpa..jangan ingat kan time SOLAT..
nak tengok..die alert ke tak dengan masa solat..dan seterusnya..kalau die memang jaga waktu solat..insyaAllah..yang lain juga ok..:)

wasalam.~

happy birthday to me..i am 20 years old..:)

salam..:)

hey..it's 26th december 2011..!..i am 20 years old now..sweet twenty..:)..

sudah genap setahun menyambut birthday yang lepas..masa berlalu dengan begitu cepat..
terlalu banyak yang dikenang masa lalu..tapi cukuplah tidak mahu terkenang-kenang..kenangan tetaplah kenangan..
aku bersyukur kerana masih bersama mereka yang sentiasa bersama..mungkin tidak selalu menemani..tapi..cukuplah..aku tidak keseorangan..

tadi.adalah perjumpaan bersama sipott2..:)..mereka adalah kawan or geng sekolah dulu2..eheh..kiteorang ber-6..tapi..sorang tak dapat datang..
guess what..ada kek..wahhh..sempena birthday..dan untuk semua sipot2..


it's from secret recipe..hmm..aku tak tahu ni kek jenis apa..huhu..tapi.pelik sikit..sebab ada kacang2..


semua gambar-gambar ditaja oleh CANON..:)

let me introduce my sayang-sayang..:).."




this is afiqah..status..undefined..:P



   

this farah diyana..status..:..single..!..;p..gimmee five.ahah
        
                           
ini cik ruby...cikgu fizik kteorg dulu panggil dia si mata besar..haha..hey..she has taken..:P


ini echa..she has taken..:)




susah nak dapat jumpa.!..nama je kat batu pahat..tapi..since semua dah pergi belajar..memang jarang ada masa macam ni..itupun..sorang tak dapat datang..huhu..


ok..entri ringkas..ini tuan punya blog..mahu tidur..nitee3x..:)

wasalam..

Sunday, December 25, 2011

nilai sangat ke duit 10sen bagi mereka yang "kaya"...?

salam..:)

tadi aku baca banyak artikel..dan ada beberapa artikel yang aku nak share kat sini..



Kenapa Pengasas Sendayu Tinggi Berpurdah?

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.


Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi. 

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

kita baca..kita fikir..kita olah..kita ubah...kita buat..

aku bukan siapa-siapa nak cerita tentang pengalaman..hidup baru setahun jagung.jauh sekali nak bagi pandangan..tapi..aku suka share sesuatu..sebab pendapat aku dan korang mungkin berbeza...tapi..aku suka memerhati..aku banyak cakap..tapi pada masa yang sama..aku suka memerhati..tapi..bukan stalker ye..

aku selalu fikir..macam mana orang berfikir..ahah..sekali baca macam lawak ayat aku..ok..serius..memang..aku selalu fikir..macam mana orang fikir..orang kaya berfikir..orang biasa2 fikir..orang alim berfikir..
aku pernah beritahu kan..aku suka psycology..adakah cara kita berfikir dipengaruh dengan pengalaman..pengaruh..dan faktor2 didikan..
kalau dari kaum sejenis..tiada masalah sangat..kadang2 kita dah boleh agak..tapi..yang berlainan jantina..tidak semestinya bagi respond yang sama..


aku bagi situasi di tempat aku kerja..aku part time kat bahagian ticketing MAS..

1.
kerja aku pada pagi aritu adalah perlu pastikan setiap passenger adalah dari kelas economy,bussiness or 1st class..supaya..mereka akan pergi kaunter check in yang betul..maka..takde lah mereka yang dari bussiness class..g check in kat economy..pastu kena beratur panjang n marah2..airport adalah tempat yang bz dan sentiasa ada orang..kita tak boleh expect nak kawal semua keadaan dengan baik..lagi2..manusia yang mcam2 jenis perangai...
so..semasa passenger beratur panjang..untuk check in..aku pun datang la kat sorang-sorang untuk tanya..mereka dari "kelas" mana..1st orang yang aku tnya..dia dari  bussiness class..so..aku pun suruh die pergi kaunter bussiness class yang siap  ada kerusi..karpet cantik...n lagi eksklusif..tak perlu beratur panjang..
TIBA-TIBA
ada pakcik belakang ni "sound" aku..dik..dunia dik..macam ni la kat dunia..yang kaya..1st class..bussiness class..yang biasa2 je economy...kat akhirat macam ni jugak kan dik..
ok..sentap..tapi..ni kerja aku..kena la faham..
btw..betul kata pakcik tu..tapi dalam situasi macam tu..jangan la buat aku serba salah...kan..



2.
kemudian..bagi mereka yang rasa diri tu "kaya"..yela..aku tau dia dari bussiness class..bayar mahal..nak kan layanan yang baik..dan mungkin memandang rendah orang yang setakat "koyak" boarding pass..
sebelum aku "koyak" boarding pass tu..aku kena check passport or ic..ada la sorang hamba Allah yang kaya ni..dari bussiness class..die taknak bagi ic or passport..

aku:..selamat pagi..encik..boleh tengok ic or passport..
dia:..takyah la..saya dari bussiness class ni..tengok je nama kat "enrich card" ni..gold..
aku:.maaf encik..ni procdure..
dia:..saya dato'..takkan layanan macam nii..

tetibe staff mas tu kata..takpe..biar je..koyak terus boarding pass tu 
aku fikir.susah sangat ke nak tunjuk ic..sedangkan dia sekadar bawak beg tepi..dan tiada beg berat2..sedangkan passenger lain yang bawak beg..anak2..boleh mencari2 ic dalam beg..dia boleh jawab macam tu...

apa pendapat kalian??


Friday, December 23, 2011

kenapa saya dan rama-rama??

salam..:)


entri ini mungkin ringkas sahaja..sekadar berkongsi rasa..
ini cerita tentang aku dan rama-rama..
siapa kat sini tak kenal rama-rama??meh..esok aku bawak pergi taman rama-rama kat melaka..kita menjadi pemerhati ya..:)..ehh..kenapa nak kena perhatikan rama-rama??..
rama-rama adalah makhluk ciptaan Allah yang cukup cantik kan...warna-warna yang cukup cantik...
namun..disebalik kita sekadar melihat..memerhati..adakah kita pernah terfikir..apakah hikmah disebalik ciptaan itu??..atau lebih simboliknya..mencari kebaikan yang boleh dijadikan contoh..

apa yang aku nak cerita ni adalah berdasarkan buku yang aku pernah baca.."membina rasa cinta by D.r hm tuah iskandar"..so..aku nak share apa yang aku dah baca kat korang..dalam buku tu ada banyak bab demi bab..apa yang aku nak cerita ini adalah tajuk dalam salah satu bab dari buku tu...aku tak berapa ingat the exactly tajuk tu..tapi ia berkenaan

perempuan dan rama-rama

kenapa perempuan mesti nak samakan dengan rama-rama??
macam aku beritahu tadi...wanita adalah hiasan dunia...semua wanita adalah cantik..:)..seperti rama-rama yang cantik dengan warna2 di sayapnya..NAMUN..jika ia disentuh..apa yang terjadi dengan rama-rama tersebut??
pasti warna nya akan lusuh..jika disentuh terlalu kuat..sayapnya je mungkin patah..dan boleh jadi jika tidak dijaga..ia mudah mati..
apa kena mengena dengan perempuan?
wanita yang cantik...anda memang cantik..kita..tidak kisahlah siapa kita di mata manusia..yang menilai di akhirat adalah Allah...jangan jadi seperti rama-rama..yang cantik..tapi dibiarkan sentuh dengan lelaki bukan mahram..selepas "hilang" serinya..kemudian ditinggal begitu sahaja..
wanita diberi kemuliaan yang sangat tinggi disisi Allah..jada "kehormatan" itu...

di sini juga..aku nak share apa yang aku dapat dari tumblr aku..
ayat ni juz copy and paste

Engkau yang sedang dalam hubungan cinta, 

yang dalam pengertianmu - seharusnya membahagiakanmu, 
tetapi yang hanya memedihkan hatimu, dengarlah ini … 

Berhati-hatilah engkau terhadap orang yang mengatakan bahwa dia mencintaimu, tapi tidak berlaku lembut dan lalai menghormatimu.

Dan lebih berhati-hatilah engkau, jika dia berlaku kasar, menyakiti tubuhmu dan melukai hatimu, yang katanya dilakukannya karena cintanya kepadamu.

Dan sangat berhati-hatilah jika dia berkhianat, tapi membuatmu merasa bersalah karena menyebabkannya terpaksa berkhianat.

Janganlah kau biarkan hati dan harga dirimu direndahkan seperti itu, yang katanya demi cinta.

Jika dia betul-betul mencintaimu, dia tak akan mampu menyaksikan wajahmu menggelayut dengan kesedihan, dan matamu menggelimang dengan air mata yang piatu.

Jika engkau jiwa kecintaannya, dia akan mengajukan dirinya terbakar menjadi arang, agar hatimu terpelihara dalam kesejukan cinta.

Sudahlah. Engkau berhak berbahagia.

Cinta yang sejati tidak akan melukaimu.

Jika hatimu luka, dan rasa hormat terhadap dirimu sendiri sirna, itu tanda bahwa engkau telah mencintai penista cinta.

Engkau berhak berbahagia.

Engkau jiwa baik yang berhak bagi cinta yang baik.

Tegaslah

Semoga Tuhan segera menyelamatkan hatimu, dan mengenalkanmu kepada jiwa baik yang mencintaimu dengan pengabdian dan kesetiaan yang indah. 

Aamiin



tiada manusia yang sempurna.ia..aku tahu dan cukup tahu..manusia melakukan kesilapan...dan kita seharusnya belajar dari kesilapan..takkan nak selamanya dalam maksiat...
aku sendiri tidak mahu yang terlalu sempurna..jika kita mencari yang sempurna..pasti kita akan nampak lebih banyak kelemahan..tapi,sekuranya-kurangnya..kalau dah tahu diri sendiri tidak sempurna..berusahalah untuk kebaikan sendiri..kalau bukan jodoh di dunia..takkan nak tunggu kahwin..ada suami baru nak suami bimbing...kalau tak kawen??takyah jadi lebih baik??macam tu..tak kan...bukanlah nak cari yang sempurna sangat2..tapi..cukup sekadar dia dan kita dapat saling mengingati

wasalam...

p/s:..hey..!..i'm counting of my birthday...3 days more..huhu.."baru 20 tahun"..;p..for next entry..i'll try to update about food and recipe..yepiiee..nyum3x..~..insyaAllah..:)

istimewanya menjadi wanita.!...:)

salam jumaat..

hye readers..as usual,i like to share something here...i read this article last night..i just wanna share it with all of you..especially to all girlss..women..:)

it might be too long articles..but..it's a good one and you can improve your knowledge..
so..do not skip even one part.!..enjoy your reading..



” Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.”
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”
48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
50. Sabda Nabi s.a.w.: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
p/s:..someone asked me..what i always do when i am online.and why i always sleep late at night.here..i wanna answer ur question..i like to read the articles which is free..;p..:)..

Wednesday, December 21, 2011

perempuan dan sikap berjaga-jaga

salam..:)

dah pukul 1 pagi..aku sepatutnya tidur masa ni..esok nak bangun pukul 4.30 pagi..masuk keje pukul 6..haiyakk..tak pernah aku buat kerja part time macam ni..memang "sakit" la kalau ada suami n anak2 kat rumah..huhu..tak sanggup nak tinggalkan kamar pagi2 buta camtu..ahah..

oleh kerana idea aku mencurah2 malam ni..aku taknak tangguh..sebab..setiap pagi dalam bas..sambil dduk di tepi tingkap..melihat keindahan pagi..masa tu la..macam2 aku berfikir..huhu...nak menulis..

perempuan dan sikap berjaga-jaga



ada pro n kontra jadi perempuan ni..walau apapun...kita sebagai hambaNya takkan la nak pertikaikan kejadianNya kan...kenapa perempuan ni kena ada sikap berjaga-jaga??
banyak pantang larang...apa yang aku terfikir..terbaca..ternampak..ada beberapa perkara yang muncul dalam kotak idea aku ni..

1.menjaga bentuk badan
aku tau..perempuan mesti sangat sensitif dengan berat kan..obses sangat pun ada..sebab tu perempuan sentiasa berjaga-jaga untuk jaga berat badan...sebelum kahwin of coz la boleh maintaian..tapi..lepas kahwin pun nak kena maintain juga..untuk suami kan..walaupun ada sesetengah suami yang tak kisah..tapi..secara fitrahnya.manusia suka yang cantik2 kan..so..apa salahnya "menjaga"..dan berjaga-jaga..:p..
kalau boleh maintain sampai ank 4 orang ke..confirm..bila anta anak pergi sekolah..kawan anak akan tanya.."itu akak awak ke?"..auww..ahaha..suka tak??.suka tak??..suka kan!..ok..jom kwen muda..ahahah..gurau ye..

2.menjaga tingkah laku



perempuan..1st impression orang akan tengok luaran...kecantikan mahupun tingkah laku..tapi..definisi cantik bagi setiap manusia berbeza..so..melihat tingkah laku juga harus cantik...sentiasa berjaga-jaga dengan tingkah laku..sopan santun...jangan keluar malam sorang2..sesuka hati bergaul campur lelaki dan perempuan tanpa batasan..semua itu harus jaga..dari tingkah laku..rupa paras..maruah.."mahkota"...

3.menjaga percakapan
perempuan kena barcakap perkara yang baik2..lelaki cakap mencarut2 xpe..boleh??..ni mentaliti orang kita..persepsi...kenapa xboleh cakap kasar2??bukan2??..sebab kita orang perempuan..fine..sepatutnya..tak kira jantina perempuan ke..lelaki ke..pon..tettt ke...budi bahasa budaya kita..tapi..macam aku btau tadi..apa pun yang orang nilai adalah 1st imprssion...1st conversation lagi orang dah mulai nilai kita ni jenis macam mana..so..berjaga-jaga dengan apa yang kita cakap..:)

4.menjaga hati
perempuan ni sangat sensitif..lagi2 bila kena dengan perkara2 yang menyentuh soal hati..bagi yang terlalu sensitif..mudah sangat nak menitis air mata..tengok cerekarama pun nak nangis...ni kan lagi kejadian yang betul2 terjadi n buat kami sedih..perempuan pun mudah "tersentuh"..bagi layanan romantik sket dah mudah cair..nasihat aku..jadi wanita bijak..!..jangan jadi minda tersepit sangat dan skema tak kenal tempat sehingga tak kenal naluri kaum adam..well,berdasarkan buku psykologi yang aku pernah baca..lelaki ni jenis tak banyak cakap..so..kalau mereka dah start berbual dengan anda..ada 2 kemungkinan saja..1st:..dia memang jenis banyak cakap@peramah...2nd:..dia nak tacle anda...so,mulakan dengan beberapa soalan..untuk menguji dia..dan cara bagaimana die menegur anda..takkan la..dah belanja tiket wyg..bagi bunga..sebab nak jadi kawan kan~...bercinta kena logik ye..jangan ikut horoskop pasangan bercinta anda..ahahah.!..paling penting..kita kan ada agama..tau batasan kan..:)

5.menjaga perasaan "berjaga-jaga"
bagi aku..setiap perempuan kena ada rasa "berjaga-jga" ni...tak kiralah siapa kita...student..perkerja..isteri..anak...bagi pelajar..berjaga-jaga jangan bercinta sehingga melalaikan...isteri kena "berjaga-jaga" dengan sikap suami...sikap terlalu amek mudah dan terlalu percaya pun susah jugak...ada sikit ragu2..supaya kita kena maintain dan brusaha jadi lebih baik...

6.menjaga keewangan
ahha..so far..berapa ramai wanita yang tidak suka membeli-belah??sila nyatakan statistik mengikut kajian anda...berdasarkan buku yang aku pernah baca..tak sampai 5% pun yang tidak suka shopping..no wonder..kalau korang pergi tengok pakaian perempuan..kenapa ianya warna-warni..dan banyak corak serta fesyen yang sangat cepat berubah..sebab perempuan ni nafsu ada SEMBILAN..aku rasa bukan semua orang boleh buang sikap ni..ia sama ada menurun ATAU bertambah..;p..ianya boleh dikawal..mengikut tahap keewangan ataupun taubat nasuha..ahah..

p/s:..kepada bakal suami saya..bersediakah anda untuk mengeluarkan wang ringgit untuk isteri tercinta anda ini??..ahha..maintnce mahal tue~..skincare je dah rm200+..*kadang2 kena jadi mata duitan kejap*..;p..sudi tak??..kalau sudi..nanti dtg melamar anta cincin ye..ahhaa..

so...sampai di sini saja untuk malam ini..kalau ada pape lagi nak tambah..drop ur comment ye..:)..

nite~  

Monday, December 19, 2011

what's on my mind..tonight..it juz a random..:)

i got it from someone's blog..which is..it is good to share somtehing that is good right..:)



 Dear future Husband ,
I don't know what's wrong with me tonight . But I feel like telling you something. I know we're just haven't found each other ,yet. But I know,you're still out there. I pray everyday may we'll be the best for each other. I am now starting a new chapter of my life. Everyday Is my new chapter , I'll forget every bad things about my past and I'll try my best to be a better person starting from today because It's not fair for me to have a good guy like you if I'm still like this without any improvement. If I want a good husband , I have to be a good girl. Right? You know what? If there's a will. We'll meet , and I don't know when.Im sure you don't know too. It's still early for me .I'm just 20 , but i'm not going to be in a " too little too late" moment where I don't try to be a good person and I will regret. I'm going to makesure you're a good guy who prays 5 times a day , have a good akhlaq , can be an imam to myself and our family , have a good islamic background and the one who can share everything with me. I don't care about your past , I care about the presents (at that time) and the future. In getting that kind of guy , I have to be that girl too.Or else , I won't find you and NO ! I have to :( I want to. Al-quran also says a good guy is meant to be with a good girl and vice versa. I don't care if I look weird and so loving ( lame,lovey dovey whatever people call it) tonight. Cause it's for you anyway.Well hello future good husband , I'll wait for you. We'll meet, soon ! :') And at that time, Please propose me. Hehe ! We'll have a good life as husband and wife and please lead me to the right path and bring me to heaven , with you.

Love , Your future wife.

p/s:..am i look someone like a romantic person..ouwchh.!..eheh..yeah..luar nampak MACAM xsopan santun sangat..when it comes to the right person and the one who deserve it..i'll give it bebeh..ahaksss..*gedik222 gile..k bhyyyeee..*
nite~