About

Instagram

Saturday, June 18, 2011

tersurat dan tersirat.."aku terima nikahnya"

salam..:)

Lafaz akad nikah :


“Aku terima nikahnya dgn si pulanah binti si pulan dengan mas kahwinnya RM..”




apa yang di lafazkan itu adalah yang tersurat. yang tersirat?



“Aku tanggung dosa-dosa si pulanah dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku”



Lafaz akad nikah bukan semudah yang di hafal. tapi sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat, yakni, tanggungjawab yang besar untuk si suami untuk mendidik isterinya dan juga anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.





p/s : good luck kaum adam! hafal hafal juga. ehehe. :D peace!

Tuesday, June 14, 2011

kemaafan



Pernah rasa sukar nak maafkan orang??
telajak perahu boleh diundur..telajak kata??
orang biasa yang menghina dengan orang yang kita sayang menghina..terhina-hina..
mencari erti kemaafan..memaafkan..
sebuah kisah yang terulang-ulang setiap kali hati mulai kuat...
mengapa begini???
tidak mudah untuk menerima

engkau tahu..
jika terlalu rasa..dilukai..jangan engkau memaki hamunnya..
mungkin jadi dia akan kembali 
engkau tahu rahsia Allah??
Aku tidak tahu..
sekadar menulis sebagai coretan rasa...
kisah semalam yang aku nukilkan.
menjadi potret di hati ini..
sebuah gambaran yang masih jelas...

aku tahu indahnya hati bila tiada dendam dan menyimpan dendam
memaafkan tanda ketenangan
tapi jika hinaan kembali sebagai cinta..
aku lelah memilih jawapan..
tidak tenat untuk mencuba...
rasakan..betapa aku masih MENCUBA..

kepada hati ini
jangan engkau hati besi berpenjara
penuh dengan kekerasan dan kegelapan..
mohonku
jadilah engkau seperti rama-rama..
 ..terciptanya seekor rama2 yang cantik warnanya
jangan biarkan disentuh..kerana akan "rosak" warna itu..

warnai kemaafan itu..
boleh jadi ia adalah penyeri hidupku..

sampai bila??
sehingga hariku berjumpa tuhan..

insyaAllah..

14/06/2011...2.11.am..