About

Instagram

Monday, August 29, 2011

berakhirnya ramadhan...

salam aidilfitri kepada pembaca blog sekalian..:)

saya dengan ini menyusun 10 jari..memohon maaf andainya kita pernah bersua
ada tersilap cakap...perbuatan menyinggung perasaan...
jika belum pernah berjumpa...
maaf jika ada tersalah ayat buat kalian terasa dan sebagainya..

yang baik datang dari Allah..yang buruk datang dari diri saya sendiri..:)

wasalam~

p/s:..raya..jaga diri..jaga kesihatan..berhati-hati dijalan raya..

Sunday, August 28, 2011

DISEMBER..:)


Desember
Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Senang apabila didampingi.
Suka bergaul dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.
Sangat jujur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi.
Benci apabila dikekang.
Suka bergurau.
Pandai membuat lelucon dan berfikir dengan logika

HAMPIR 90% BETUL..:)..EHEE.;P

P/S:..boleh tak nak bercinta mengikut bulan kelahiran..kaji dulu.jejaka ni lhir bulan berapa..ceytt..jodoh semua dtngn Allah..:)

Wednesday, August 24, 2011

two is better than one..:)


seindah hiasan di dunia...
seorang teman yang akrab...
pemberi kasih sayang yang sempurna..
mencintai dan dicintai..


kerana dia seorang teman dikala aku sedang kecewa akan dunia
kebahagian dan senyuman yang dikongsi bersama
dihormati kerana perilakunya..


kerana dia adalah seorang akak..
yang mencintai dan mengasihi adik-adiknya
jika tiada kehadiranmu di dunia..mungkin aku tidak tahu erti 
kasih sayang seorang akak...

thanks for being my partner in my life..
no matter how far you will go...
with who you will marry...
this is the real relationship....
i'm sorry if i am not perfect for you...:)

p/s:..kesat air mata buat ayat mcm ni..;p...uhukkk..even she is my sister..elder sister..but people always keep on calling me like i am the eldest...grrr....




Sunday, August 21, 2011

berbuka puasa bersama facilitator

salam sejahtera..:)


ini namanya terapi bulan puasa...tengok makanan dahulu kemudian baru fikir nak makan apa untuk berbuka..ehe..
kalau korang nak tahu..ni bru 1/5 makanan buka puasa aku semalam..memang murah rezeki sangat..sebab buka puasa ditaja..makan buffet pulak tu..huu..memang macam orang jakun la kan..
semua yang kat dalam pinggan tu lauk kegemaran aku..keli masak cili padi,ikan masin masak lemak cili padi,tempe sambal,sayur kerabu..aku dah senarai ni..apa lagi..carilah yang mana satu ikan keli,ikan masin,tempe..ahahah..cari2..

korang pernah dengar tak,orang kata kalau kita taknak,kita akan dapat benda tu..salah satunya,aku taknak orang belanja2 makan free ni..tapi,tu yang aku dapat..wahhaa..;p...
majlis berbuka puasa ni actually untuk merapatkan hubungan dan saling mengenali antara facilitator kem nur bukit unggul..ramai sebenarnya,tapi sebahagian je yang dapat hadir..kerja jadi faci dekat kem tu tak pernah pulak aku terfikir nak buat part time..sebab mula2 pergi dulu,sekadar sukarelawan dan aku pulak memang suka aktiviti kem2 ni..tu yang terlibat.so,sekarang ni..kalau aku free je dan ada kem..aku pun ikut join lah..

yang jadi faci ni semua peringkat umur..tiada yang terkecuali.teheee...
makanya..


makanya..budak kecik ni pun faci..*ok tak lawak giler*...ini anak faci..haa.comel sangat budak ni..dah la mesra..tak nangis pun kalau orang pegang..part pipi tu aku rasa mcm nak cubitttttt jerkkkk




betulkan aku kata..dia tak nangis pun..siap buat muka selamba je plak tu..sambil mulut mengunyah kentang goreng....aku bagi secubit kentang die nak satu suap jugak..haishh.


tu diaa..ni fatin bersama makanan2 untuk die sorang jerkk..*tipu taknak ngaku makanan aku jugak*..
korang tengok....banyak kan..rm10 seorang sahaja..all u can eat..tapi,aku sure..korang takkan larat nak habis semua..lepas tu terkejar nak solat maghrib lagi..rugi plak tak bawak plastik smlm..kalau tak,boleh moreh2 kan..ehehe...*tetibe lapar niiiii tengok roti jalan dan keria..my favourite*..aku rasa gaya fatin dah macam hos rancangan "mari berbuka puasa bersama artis"

siapa artisnya???

jeng..
jeng...



ahaha..2 artis jemputan..sebelam tu roomate saya,yana..die pun faci jugak..*gambar agak blur disebabkan tgn pengambil gmbar kurang arif*..;p


ahahah..gambar ni ada stu kepala yang sedang bergerak 2 saat.disaat jurukamera kurang arif sedang "click"..maka..terhasillah gambar ilusi begini ye kawan2..;p
sebelah kanan aku tu kteorng panggil dia "ayah"..dialah ketua faci bagi kem tu..


ni faci2 yang bukan semeja aku..susah nak ambil gambar yang lain..ni je sempat ambil....
faci2 lelaki jangan keci hati ye..aku segan nak ke meja korang..eheh..


bye..:)..

p/s:..hari masa berlalu bagitu pantas..dah pukul 6.30..jom cari makan berbuka.:)





























Saturday, August 20, 2011

bilik tidur yang comel

salam..:)

hye readers.!..:)...semoga hari ini lebih baik dari semalam..
aku tak boleh tidur malam tadi...rasanya tidur 2 jam je..lepas tu aku terlena sekejap..pukul 5 dah bangun sahur..dengan mata tertutup,tapi mulut mengunyah...boring oww bangun sahur sorang2..xde teman nak berbual,roomate aku jenis tak suka bangun sahur...

apabila tidur 2 jam je..sudah pastinya lepas subuh aku akan ngantok bangettt...kemudian mula lah sesi terlena nak ke tengahri..eheeekk..bukan selalu..hari cuti je~..lagipun keje2 membasuh..dah settle dari mlam tadi..bangun2..kemas bilik..mandi..baru duduk mengadap laptop ni..

idea sebenar tentang cerita kali ni bermula apabila aku nak taip "kombinasi warna" kat google..
nak cari wrna sesuai untuk dinner malam ni..*poyo..dinner konon..padahal..majlis berbuka puasa je*..;p..majlis berbuka puasa malam ni special sikit,sebab dijemput oleh orang luar..bukan membe2 kat MIAT...tu yang excited sekejap..makan free..*wink*..eheh..so,bila aku taip "kombinasi warna" tu..makanya..keluar lah gambar bilik tidur yang comel2 belaka...aku terfikir,kalau kecik2 dlu parents aku buatkan bilik macam ni..confirm..aku taknak jadi dewasa..sentiasa jadi budak kecik dengan dunia khayalan fantasi tanpa sempadan....

korang tengok contoh pertama ni:


comel kan??aku suka sangat warna purple...sampaikan kalau beli barang semua nak warna2 purple..kemudian combine dengan warna pink..wahhaa..sweettt nya...nampak lady je..kan2..
warna2 ni semua warna soft..biru,pink,purple,kuning,putih..memang nampak ceria..sweet..sopan..

contoh ke-2:


yang ni pulak nampak bilik macam dah remaja...mesti girlishh ni..obsesi terhadap warna pink..
aku suka selimut tu..sebab ada bulat2..ahhaa..korang perlu tau..aku sekarang minat polka dot..seperti gambar seterusnya..

contoh yang ke-3:



comelnya alahaiiii....~..simple..tapi polka dot kat dinding tu yang nampakkan ianya simple tapi masih cantik.
dengan kombinasi pink-putih tu..rasa2 kalau katil aku kat MIAT mcm ni..memang semua keja aku buat atas katil..*walaupun aku tak suka buat menulis,belajar atas katil*..

contoh ke-4:


tengok tu..lagi2 polka dot..dah la bilik warna putih...rasa segar jeee..ngeee..

aku rasa cukup setakat 4 gambar contoh ni yang buatkan aku berangan2 nak ada bilik macam ni..
tapi,biasanya..taste dan minat kita berbeza bila umur makin meningkat kn..ada ke korang tengok2 nenek suka polka dot??xde kan..

so..kalau tak dapat bilik macam ni..aku lebih prefer bilik tu biar ringkas*senang nak kemas*..hiasan tak serabut...pengudaraan yang baik..simple tapi masih nampak menarik..
macam ni:




haaa..bilik tidur ala2 IKEA kan...ringkas,moden..jenis petak2..xde polka dot la..warna pun soft je..*apsal mcm bilik tidur orang dah kahwin??*..haaaa..maksud aku..kalau dah berumah tangga..takpun..dah kerja..kena kurangkan sikit minat2 warna girlish..polka dot ni..minat akan berubah pada warna yang lebih matang..heiii..bagi chance kat anak2 korang pulak nak polka dot ni..bilik tidur comel2..nanti jangan tanya aku pulak kenapa anak2 korang tidur sebilik dengan korang..ahakks..

bye~

p/s:sumber gambar dari internet

Thursday, August 18, 2011

3 things that i like the most but i hate it so much

hye..selamat hari khamis kepada pembaca blog ini..:)..
bagi yang pertama kali baca...segan aku tayang blog yang entah pape ni...
maaf lah..aku susah sikit nak update blog..sebab agak sibuk dan internet kat u aku ni pun "LAJU" sangattt..
boleh je kalau nak update setiap hari..tapi..tunggu loading je dah nak 5 minit..dari menunggu,baik aku buat kerja yang wajib kan..seperti assignments dan ulangkaji..maklumlah..nama pun student..kena lak beraksi seperti seorang mahasiswi..cewaahh..;p
baru aku perasan,followers dah 47 orang...dalam hati tadi terfikir "apa lah sangat nak jadi follower blog aku ni..dah la pemalas nak update blog..pastu entri merepek2.."..tapi..ayat dalam hati ni dah diluahkan kat blog..<<<<..ahaha..
walau bagaimanapun.sesungguhnya..NURUL NABILAH AKAN TETAP MENGHARGAI KALIAN...:).:)..:)....

TERIMA KASIH KEPADA FOLLOWERS SAYA...:)
s
a
y
a
n
g
KALIAN..~!

FOLLOWER a.k.a STALKER???

ahaha..ok2..tak kisah la apa pun status anda..my sis cakap,dia tak faham kenapa orang nak marah2 stalker..sedangkan kita yang sibuk duk tayang gambar2,update status,buat blog..dah nama pun public..lagi la yang laman web..haruslah mereka akan dengan mudahnya stalk anda,kita,saya dan lain2..makanya..jangan marah2 kalau mereka jadi stalker anda ye..!..eheh..

sebaBBB..stalker ni mesti minat anda..kita kena layan peminat dengan cara baik,kalau kita pun nak dihormati..eihee..faham tak apa aku cuba sampaikan ni???
maksudnya..pandai2 jaga diri..jangan sampai ada orang ambil kesempatan terhadap diri kita..:)..

owh ye..sebelum aku nak explain tentang tajuk entri kali ni...
aku nak bagi penjelasan sedikit tentang FACEBOOK..dulu,aku senang nak approved orang...korang add jela..kalau aku baik hati..pasti aku akan approved..PASTI ye...tapi,sekarang..mohon maaf dari hujung rambut ke hujung jari jemari je..;p..sebab aku kena tapis2 banyak..pastu perah2..pastu tapis2 lagi siapa yang aku nak approved....bagi lelaki???hmmm...aku tengok nama je yang berjantina lelaki dan aku tak kenal..aku dah tak check..terus je ignore..maaf sangat ye..rasa serba salah..tapi..xpelah..dah minta maaf kan..:)..

baiklah...sekian sudah introduction 

sekarang kita masuk kepada isi perenggan yang pertama...
apakah TIGA perkara yang aku suka sangat tapi paling aku benci..haiyaakk..ayat nak cliche~..ahaha..
tajuk kejam...sampai nak benci..saja je..sebab nak sedapkan struktur ayat..:)


yang pertama
number one..
no.1
3 perkara yang aku tak suka tentang makanan:

1-manis
2-rasa yang pelik
3-tak bersih

itu kira top 3 yang terlintas di fikiran..

TAPI..

AKU SUKA SANGAT KUIH TART NENAS..
sejak zaman bila entah...aku boleh habiskan kuih tart ni dalam masa 3 hari..satu balang penuh tu...
xboleh nak habiskan satu hari..nanti,jadi muak pulak..tepung..
aku tak suka makanan manis..tapi..aku suka tart nenas..
tengok gambar..terliukkkk aku tengok..dah la puasa hari ni..haiyoo..
tahap mengidam aku..tak disangkal..kuih tart ni susah nak dapat kalau bukan bulan puasa kan..
tapi,aku sanggup search kat internet dan beli on9..YE.!..saya memang penggemar belian secara on9..;p..
orang kata,kalau tak keluar rumah seperti katak bawah tempurung..tapi..kiranya,aku katak yang maju..sebab dduk rumah..main klik2 kat internet je..;p..ahaha




sudah pasti...gambarajah di bawah adalah tahap gula yang melampau
sweets
candy
sugar

aku tak boleh terima sangat makanan manis2 ni..





TAPI

3 perkara yang aku suka tentang makanan:

1.pedas
2.coklat
3.berlauk

nampak tak??aku TAK SUKA MAKANAN MANIS..tapi..AKU SUKA COKLAT....


AKU SUKA LELAKI PAKAI CERMIN MATA...tapi...AKU SUKA ANUAR ZAIN..

MOTIF??
haha...

3 perkara tentang lelaki yang aku tak suka:

1.smoking
2.tak reti nak senyum *ingat macho la buat muka bengis kedekut senyum tu~*..
3. gelebah..*jejaka seharusnya bersifat cool~*..;p..p/s:aku gelabah takpe..ahakss..

aku paling pantang kalau pergi kedai makan,lepas tu ada smoker..perghh..rasa macam nak tenyeh dengan ubat gigi je kat muka smoker tu..tension tau tak..!..nak makan..lepas tu ada asap2 rokok..bau rokok..dah hilang pulak bau baju aku yang wangi..mahal aku beli softner downy tau.!..tolong lah bro..gua tak rasa lu sangat macho giler dengan hisap rokok..pastu hembus..fuhhh..fuhhh...
lepas tu...lelaki yang tak reti nak senyum ni..aku tak faham kenapa..kenapa..baiklah..senyuman disini bukan sebab nak menggatal..tapi.come on la bro..senyuman tu pun kira budi bahasa tau...
ada satu kejadian..dah la buat salah..potong barisan..lepas tu buat muka tak bersalah dan tak reti nak senyum..
haish..aku baru nak puji.."bro muka lu hensem mcm anuar zain la"..tp..takpelah..dah tak jadi..haaa..takkan nak tunggu aku puji baru nak senyum kowtttt....
lelaki gelabah??huishh...tak best benor bunyi nya..ahaha..bagi aku.lelaki gelabah..tak macho la..;p..

p/s:sorry..kepada jejaka yang baca part ni..ini sekadar pandangan aku..:)..senyum sikittt..heiii

3 perkara tentang lelaki yang aku suka:

1.gentleman
2.matang
3.peramah

ehemm...gentleman itu sudah wajib..bagaimanakah lelaki yang gentleman tu ye??
ehehe...*apsal tetibe aku senyum sorang2,mcm baru lepas dating ngn anuar zain*..ok..aku bagi situasi ya..
lelaki yang dikatakan gentleman..hmm..ladies first..haishh..maksud aku..caring..pelindung kaum hawa..
kita boleh tengok ye..lelaki gatal or gentleman...yang gatal rasa mcm nak tarik2 rambut die..tp,yg gentleman ni..rasa mcm..huyyyyoo..cair hati i..~..
matang??ouwhh..ini merangkumi semuanyaaaa....dari sudut agama,kehidupan dan cara berfikir..
the way u tackle me is the way how u think..walllaaa..seriously...jujurnya aku..aku boleh jadi minat kat seseorang tu berdasarkan pemikiran die...tak kiralah apa pun jantina anda,status,pekerjaan..:)..
kiranya..open minded...tp,bukan open minded benda2 negatif..maksudnya..pemikiran die yang meluas
dari situ..aku rasa seronok nak berkawan..sebab macam2 aku boleh tahu..
peramah...ye..lelaki yang peramah bukan SWEET TALKER..maksudnya..senang nak bergaul dengan semua orang..kalau nanti dah jadi suami aku ke..senang nak bawak pergi majlis sana sini...eiceh..ni tak,tak boleh nak bergaul dengan kawan2 aku...dunia dia..cuma nak aku je...sorry..i am not that person yang nak berkepit 24 hours ye..:)..

TAPI..
bagaimana..jika jejaka yang aku suka..adalah seorang perokok..tapi..matang,caring..peramah..
??????
siapa nak tolong jawab...
itu semuA jodoh..


3 perkara yang tak suka tentang "my life"

1.lambat a.k.a menunggu or ditunggu
2.katak *segala binatang berkulit licin,menggerutu*
3.warna pink

aku tak suka kalau lambat...sebab lambat akan buat aku tertunggu or ditunggu..jadi,aku tak suka menunggu yg tertunggu2...dan tAK suka buat orang menunggu aku...makanya,aku akan siap awal..jalan laju..serius..tak tipu...aku memang dilatih jalan laju sejak sekolah...uhuh..bersiap awal..aku akan set jam 10-15 minit lebih awal..so,biasanya.aku sampai ke kelas 10 mnit awal...tapi,aku paling tak suka orang btau aku last minit..sebab aku boleh bersiap cepat,tp tergesa..makanya,aku tak suka cepat tapi tergesa2..

aku suka cepat tapi relaks...tak suka keadaan yang tergesa2..nanti aku jadi rimas,kelam kabut,dan rasa nak marah..

apa jenis katak sekalipun.....walaupun dalam gambar...tetap tak suka...geli..geli..geli...

warna PINK????haiyooo...aku tak berapa gemar warna pink..ok lah..cantik..tapi,,ok takpe..aku pasti..sekarang aku mulai suka warna pink..

3 perkara yang aku suka tentang ""my life"

1.aktiviti lasak
2.mudah senyum
3.tidur

aktiviti lasak tu..memang kegemaran..walaupun orang kata aku nampak perempuan sangat..sebaB nak bergaya bagai..tapi aku bukan jenis yang 24 jam dengan fesyen,make up,wangi2..TIDAK..bagi aku,jadi wanita kena seimbang...ada masa nak bergaya,cover2 ketawa..ada masa kena mandi peluh jugak..contoh,rock climbing..flying fox,night walk,cycling..bagi sesiapa yang minat kita sama..marilah..ehe
tapi,aku xbpe suka aktiviti yang kena buat panas terik matahari..huhu.
haaa.aku mudah senyum...kalau yg aku kenal..lagi laaaaaa..aku senyum2..
aku suka tidurrrr...ini memang tak dinafikan...ahhaa

p/s:..saya tak suka lambat..tapi kalau lambat sebab tertidur???bagaimana???


sekian.~..:)