About

Instagram

Friday, September 23, 2011

have fun...sweet moments...and exciting activities..!

salam..:)

hye pembaca sekalian..korang sihat?
mood aku kurang ceria semalam...tapi..biarlah..dah cerita semalam..hari ini..
aku nak happy kembali...!..hehe..

ok..terus kepada tajuk hari ini...
aku xtau nak letak tajuk apa..men bantai je..orang kata..apa yang terlintas di hati..itu yang seikhlasnya..;p..
*apa kena mengena tajuk dengan ikhlas???.@*^(&(*.ahah..merapu mcm ikan kerapu...

sebenarnya..aku nak cerita tentang aktiviti yang aku gemar lakukan...
mencuri perhatian aku...menyambat rasa cintaku..*ewahh..dah mula dah ayat puisi aku*..
aku ni..macam wanita lain juga..perempuan mana yang tak sukakan kecantikan...kan..
nak bergaya...nak make up comot2..conteng muka macam badut kan...
haaa..meh sini.joyah nak habaq....semua tu adalah lumrah wanita biasa....normal...
tapi..aku bukan jenis yang 24 jam nak melaram...sekali sekala..suka gak nak rasa "sejuk matahari"..berpeluh2...
macam ni la...
AKU JATUH CINTA DENGAN WANITA YANG SERBA BOLEH..
gitu...
jatuh cinta terus..xde nak kenal2..tanya nama..terus jatuh cinta bro....
kenapa aku cakap macam ni???
sebab....
aku suka yang macam tu...orang kata.natural beauty...xyah nak make up sgt time nak pergi joging..
nak panjat gunung pakai lipstick merah pakngah   makngah....

ini dipanggil..beauty with the brain..
korang boleh bincang topik kecantikan dengan mereka...topik kerjaya..pengetahuan umum..dah boleh juga ajak dieorang buat aktiviti lasak.!..dan tahu memasak,mengemas..kerja2 perempuan...
independent..

aku nak jadi yang seperti itu...:)..
bercakap tentang aktiviti lasak...

seperti.:
-flying fox
-rock climbing
-night walk
-climbing wall
-abseiling
-jungle trekking

dan macam2 lagi...

antara yang aku senaraikan tu...rock climbing je aku tak pernah try....
korang ada cadangan tempat mana yang best??bayaran murah....
area sepang..or putrajaya


dapat buat yang indoor pun best..


bungee jumping..
yang ini aku rasa paling best.!!!...feel the rain on your skin..cyehh..mahal la nak buat benda ni..
setakat ni kat malaysia yang aku tau cuma kat sunway lagoon je..
kalau dapat buat kat new zealand..best ni.!..

banyak lagi aktiviti yang menarik...
korang minat??ada yang dah pernah buat semua ni..
meh la share pengalaman dengan aku....

banyak2 aktiviti ni..aku lebih suka yang melibatkan sorang..
macam bungee jumping..flying fox..rock climbing...
bukan xnak campur dengan orang..tapi ini yang dikatakan kepuasan sendiri...
aku pernah btau kat kawan tentang aktiviti macam ni..tapi dia tak setuju..
lebih sedih bila dia kata aktiviti macam ni buang masa...dan membahayakan...

secara jujur..itu aku akui..memang bahaya..tapi..buang masa??
SALAH..
korang bukan buat aktiviti ni setiap hari...entah..susah nak cerita..tapi..kalau bagi yang berminat..
korang pasti kata tidak buang masa...
it's all about satisfaction...

aku selalu membayangkan..sepanjang minggu dah letih dengan assignment..study..melayan perangai manusia lagi..
so..hujung minggu kalau dapat buat benda ni semua..pasti rehatkan minda.!..
aku nak tunjuk aksi aku buat flying fox..tapi..hilang pulak gambar..uhu..
masa tu..korang boleh jerit puas2....berapa banyak masalah korang..jerit lah.!!..dengan melihat keindahan ciptaan tuhan..alam...langit yang luas terbentang..

jangan kata aktiviti lasak buang masa..kerana:
-ia membuatkan kita merasai kepuasan sendiri...mencabar diri..atasi ketakutan..
-buatkan kita jadi positif...bangkitkan keyakinan diri...
-sentiasa melatih untuk diri kita bersedia
-dapat rehatkan minda...alami keseronokan..

paling penting...
aktiviti ni TAK AJAK BUANG MASA..SEPERTI GOSIP..MELEPAK..heii..

ok..cukup di sini..

p/s:..kalau ada cerita or tempat2 best nak buat aktiviti mcm ni..tinggalkan link..nanti aku tgk..

bye..
salam sayang..:)


2 comments: