About

Instagram

Sunday, November 25, 2012

mee kari ketam di seksyen 7,shah alam

assalammualaikum

aku jarang update blog tentang makanan kan..walaupun hobi adalah jalan2 cari makan.haha.giler kedekut taknak share cerita tempat makan mana best kan..aku bukan jenis 'kuat makan',tapi aku suka jalan2 cari makan..mencuba menu baru dan resepi yang baru.setiap kali keluar berjalan,aku mesti plan "nak makan dekat mana ye???" lepas tu sibuk google tempat makan yang mana best..boleh dikatakan hampir setiap hari,bila online je aku akan google menu dan resepi baru..tempat makan baru.lepas tu plan dan pasang angan2,suatu hari nanti,aku mesti sampai sana untuk makan ini dan itu.hahah

semalam 10 muharram,aku puasa..lepas tu berbuka dekat ayam penyet AP seksyen 7,shah alam.asam laksa AP memang terbaikkkkk.!

lepas makan asam laksa..pergi makan mee kari ketam yang terletak di shah alam,sekyen 7.yang nak mencari,ni alamat penuh kedai tu 

MEE KARI KETAM NO 11, KOMPLEKS ANJUNG 7, JALAN ZIRKON B 7/B,SEKSYEN 7 40000 SHAH ALAMSELANGOR.

antara menu yang famous kat kedai tu..korang boleh tengok gambar menu ni.:).harga pun mampu milik.ehe.alhamdulillah.rezeki


baca betul2..sangat clear gambar yang aku amek kan,kalau korang order mee kari,ianya tak termasuk udang dna ketam,so that korang kena order lain harga..harga berbeza mengkikut saiz perut..ehhh tak,mengikut saiz ketam.^^
  aku order MEE KARI KETAM  
mula-mula nak order nasi goreng ketam sebab tadi baru makan kuah2..asam laksa,tapi disebabkan naci goreng habis,aku order la mee kari ketam ni..nyum2..amacam??tengok gambar..selera tak???.;p



alhamdulillah.aku dah habis final exam.tamatlah pengajian untuk semester 5.semester depan dah ojt.semoga dipermudah segala urusan.Ameen.:)

 









Tuesday, November 13, 2012

lelaki baik untuk perempuan yang baik.kalau jahat dan dah bertaubat?





Sewaktu sesi ceramah bersama Ustazah Fatimah Syarha, seorang pelajar perempuan bertanya:

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Bagaimana pula perempuan yang pernah melakukan dosa diwak
tu silam akibat terlanjur, adakan mereka akan dapat jodoh yang tidak baik?"

Kita jangan sesekali "label" diri kita keji atau jahat sebab kita fitrahnya baik. Jika kita pernah buat silap itu waktu silam kita, hari ini kita bartaubat, kita beristighfar, kita bukan lagi orang yang keji dan orang yang tidak baik, kita sekarang berada dikalangan orang yang baik-baik, jangan kita ikat diri kita dengan dosa silam selama-lamanya. Janganlah menghukum diri kamu dengan melabel kamu tidak baik, kerana anda akan merasakan perbuatan yang baik tidak sesuai dengan dirimu, "Orang jahat mana buat baik". Yang berlalu biarlah berlalu. Anda sekarang adalah orang baik, dan akan dapat yang baik, bersangka baik terhadap jodoh yang Allah SWT akan beri kepadamu kerana, Rasulullah bersabda :

"Allah SWT berfirman : "Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kalau kita sangka baik terhadap Allah SWT. Insyaallah kita akan dapat orang yang membantu kita ke Syurga Allah. Insha-Allah.

.Istighfar. Taubat. Muhasabah.



copypaste

Wednesday, November 7, 2012

dilema tempat praktikal

assalammualaikum dan bismillah

hari ini dah 7 november 2012..lagi sebulan lebih nak sambut birthday..umur dah 21.hoyeah.!.
sebenarnya bukan nak cerita tentang sambut birthday..tapi.....TAPI.!.cerita tentang tempat OJT (on job training)..

pilihan ni..makin banyak susah..makin sikit pun susah..dah takde pilihan lagi susah..

makanya..hidup memang tentang pilihan..


dah bulan NOVEMBER..tapi masih takde ketetapan the best 3 choices untuk pilih..

pilihan utama MASKARGO..
pilihan kedua HM AEROSPACE
pilhan ketiga ..............*sili isi tempat kosong*..CTRM,SAE...etc


sangat penting untuk menyediakan pilihan jadi lebih..as a back up plan..

lepas pilih tempat OJT.nak kena fikir cari rumah..housemate lagi..huwarghhhh..ni 1st time gua nak kena berdikari macam ni..haiyaaa.!!!.

sebenarnya, rasa nak nangis..tp,tanya balik diri sendiri..kalau nangis dapat apa??boleh terus selesai masalah ke??makanyaaa..tak jadi menangis..tapi,take it as a challenge..itulah kehidupan kan~*tetibe ayat nk drama*


okkkkkk..lepas call madam untuk urusan OJT..terus ambil2 gambar dekap laptop.reaksiii senyum saja yang aku mampu untuk stay POSITIVE....

p/s : bila rasa susah nak memulakan sesuatu..teringat pesan mak "mulakan dengan bismillah.fikirkan akan menjadi dan teruskan,kalau rasa susah,itulah permulaan.bukan pengakhiran"...sebab setiap permulaan itu bukan mudah,tapi pengakhirannya manisss.insyaAllah..Ameenn

Wednesday, October 31, 2012

being independent doesn't mean you are lonely




" I will tell you what i have learned from experience...only when you stop *needing* those things that desperately chase (love, status, money, career, people, etc) will you get them. Allah is raising you and teaching you to only depend on Him at times this is done by witholding . Just like someone is dependent on a drug the only way to break the dependency is to withhold the drug. After the dependency is cured the you will have it or be sufficed in another way, insyaAllah. The lesson is to learn to seek everything only through the Source" -yasmin mogahed





Friday, October 26, 2012

wear it right

assalammualaikum dan bismillah..:)

sebelum masuk kepada tajuk entri..sy nak mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua umat muslimin dan muslimat.semoga hari raya korban ni,kita sama2 menghayati erti pengorbanan yang sebenar..:)

bila dah kat rumah ni,internet laju..sy ambil masa untuk rehat seketika dari settle kan assignment dan mnulis blog..kalau tengok kat my "to-do list"..menulis entri sekian2 di blog adalah salah satu kerja yang perlu dilaksanakan jugak..tapi,mengikut kesuaian dan kepentingan..since,ada kelapangan sblum mnuggu masuk waktu zuhur ni,saya buat entri ni untuk berkongsi..:)

beberapa hari yg lepas sy nampak ada org tweet gambar ni kat twitter

makanya,saya terfikir.. i am at what stage???..kadang2 no.7..kadang2 no.8
TAPI
saya pernah bermula dari no.3...which is masa tu zaman sekolah rendah..saya start pakai tudung bukan on-off masa darjah 6...masa sekolah rendah,i was really active in sport..semua sukan kat sekolah tu saya bantai..so that,saya tak rasa masa tu pakai tudung ni satu keperluan..sbb agak menyukarkan..kemudian bila naik darjah 6,mak suruh pakai tudung..teringat masa msuk acara sukan ada cikgu ni cakap "nabilah tak pyah pakai tudung la..nanti lari lambat"..tapi,masa tu dalam hati.."walau mcm mana sekalipun,sy takkan tanggalkan"..naik form 1..saya pergi sekolah aliran sains agama dan sekolah tu takde lelaki.that means sekolah perempuan la..belajar aliran agama..sedikit sebanyak menambah ilmu tentang islam..kemudian,persekitaran yang banyak membantu..TAPI..sebab masa tu sekolah semua perempuan,so saya agak kurang alert tentang aurat..bagi saya,janji pakai seluar,baju n tudung..my life,pergi sekolah,balik skolah,kt rumah..kalau dah janji pakai tudung je,mesti la selimpang kiri kanan je..n i didn't even notice pakai stoking tu satu keperluan..dalam hati "takkan lah tapak kaki pun orang boleh tergoda"..
lepas habis sekolah menengah..dapat twaran ke asasi sains engineering...masa tu,rasa macam first time tengok dunia luar..terkejut jugak la,ramai lelaki.n rasa awkward nak bercakap..
tapi disebabkan kadang2 perangai selamba..ada jugak la membe lelaki..
nak djadikan cerita,suatu hari..semasa sedang study group..ada seorang perempuan lalu..kmudian kawan laki kata "hot seyh awek ni.."..aku marah la.."ko ni dasar lelaki..pantang nmpk pmpn"..tetibe ada perempuan bertudung labuh lalu dan kawan laki cakap "sejuk hati nak buat isteri"..aku tanya..kenapa ko cakap macam tu..n dia explain "aku lelaki..aku tau apa yang lelaki fikir..ko perempuan jaga diri..cover aurat tu betul2"..aku terdiam dan berfikir
he made me think at that time n i strted to questioning myself...WHY???
macam biasa la..bila dah buat aku tertanya2..aku pun mencari jawapan..
mula mencari.....2 kombinasi buku yang aku suka adalah kaitan psikologi dan islam.kadang2..apa yang islam bagitahu,kita taknak percaya..nak mencari di mana logiknya..tapi,apa yang aku yakin masa tu,apa yang islam suruh buat kena buat dulu..baru persoalkan dan mencari..contoh,solat itu wajib..ok..so,solat dulu..jangan persoalkan..dah solat,baru mencari kenapa..baru kita akan nampak hikmahnya,sebab hidayah tu kita kena berusaha..:)..apa yang islam suruh buat mesti ada kebaikan.btw,nak berubah dalam masa sehari memang mudah..tapi,untuk istiqamah bukan mudah..makanya,fokus kepada perkara wajib dulu.contohnya..perbaiki solat,menutup aurat..pakailah apa pun,janji tutup aurat dulu..bacalah bacaan solat yg sama setiap kali solat..takpe,janji solat dulu..lama2 ilmu tu akan bertambah dan inisiatif diri kita untuk menambah ilmu akan ada.insyaAllah..

so,berbalik pada soal aurat tadi..lepas aku baca buku yang berkait..psikologi dan fitrah..aku nampak kaitannya,dan aku faham kenapa islam sangat menjaga aurat wanita.sebab islam itu agama fitrah..:D..
sejak dari tu..aku agak cerewet dengan pemakaian aku..jenis kain,panjang,lebar,selesa..

TIPS MEMILIH PAKAIAN

1. MENUTUP AURAT
2.SELESA
3.TIDAK BERLEBIHAN 

bagi aku,lepas 3 perkara utama ni..lantak hang la nak pakai baju apa pun..brand apa pun..tapi,kalau dah elaun rm700 sebulan..jangan la nak pakai baju rm300 sehelai..for me,brand is doesn't matter..pakai jenama cotton on pun..ada tag kat baju,bila pakai tudung,orang bukan tahu pun kan..jenama cap tesco pun,kalau selesa n menutup,apa salahnya..:).ehehe





  TIPS NAK PAKAI STOKING ????

mula-mula..susah jugak la..tak terbiasa..tapi PERCAYALAH..saya berpegang pada pepatah ini 
"alah bisa..tegal biasa"..haha..gitu~ setiap kali rasa malas nak pakai stoking bila keluar..saya akan bagi motivasi pada diri seperti "bila lagi nak mula...kalau bukan SEKARANG.!"..
so..cara yang saya mula2 buat untuk menjadikan diri ni biasa..adalahhh..*eiceh.mcm nk umum pemenang anugerah popular la*..^^

BELI KASUT YANG BERTUTUP

Di mana anda perlu dan WAJIB pakai stoking kalau tak,kaki akan melecet..lagi2 orang yang berjalan laju seperti saya.haha..sebenarnya taknak rasa terbeban macam terpaksa pakai stoking..so that, saya ubah persepsi untuk jadikan ia lebih mudah..bila saya takut melecet,saya kena pakai stoking..bila dah terbiasa pakai stoking..lama2,nak pakai kasut biasa.. n tak pakai stoking akan rasa JANGGAL..bila mind setting kita dah kena "kunci"..secara automatiknya,kita akan jadikan itu satu kebiasaan..:)..settle bebeh..!.



*all the pictures above i got it from petisuaraku.blogspot.com*
2 perkara penting yang saya rasa orang terlepas pandang..adalah MELABUHKAN TUDUNG MENUTUP DADA dan MEMAKAI STOKING


HAAAA..yang ini juga saya dapat dari twitter..sungguh,saya terlupa owner gambar ini siapa.if i'm not mistaken from one of the bloggers juga..sesape yang tahu,mahupun owner gambar ini ternampak,sila inform..saya akan tag kan nama anda.terima kasih di atas perkongsian ini.:)
bagi ayat motivasi untuk berkongsi..

btw, hari tu ada orang tanya tentang selendang yang labuh2 nak dapat kat mana??..baju yang comel2 tapi masih menutup aurat..haha..comel ler sangat~..

saya jarang keluar..maka,saya rajin shopping online..saya nk share antara kedai on9 yang best.


shawl pemberian hadiah kawan..baju dari old blossom..skirt unbranded


tudung bawal from aidijuma dapat free sebab jaga booth.curly cardigan from miasweetopia..dress from thepoplook


shawl numa from tudungpeople..dress from thepoplook and cardigan unbranded


shawl safiyyah xl from tudungpeople

the list out are : 

ini antara top list yang menjadi pilihan..sebenarnya,mengapa perlu shopping, sebab baju2 zaman dahulu kala tidak 'sesuai' untuk pakai kat luar..kita berdandan di rumah saja.hahaa..feeling artis korea sket...pakai skinny jeans kat dlm rumah je,feeling mcm wonder girl la..walaupun kaki tak sepanjang wonder girl..but jadi wonder muslimah k.. cewaahh..sejuk perut bakal suami aku..ehhhh..
tengah rajin2 kan diri untuk pakai skirt je..doakan saya istiqamah.bila dah pakai skirt saya akan duduk seperti perempuan..kelajuan jalan boleh dikurangkan..dan rasa feminin tu ada..kah3x

mahu on9..sebab dah masuk waktu zuhur..salam.~

Sunday, October 21, 2012

"kenapa Allah ambil orang yang aku sayang?"

assalammualaikum wa bismillah..:)

lama menyepi dan semestinya bila kembali menulis inginkan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada semua orang..sesuatu yang ingin saya share..pendapat,pengajaran mahupun contoh untuk diteladani.

sebenarnya,banyk benda yang nak post kat blog ni..sebab banyak aktiviti..banyak kisah dan cerita,sehinggakan tidak tahu mahu bermula di mana.;p..atau secara ringkasnya,saya terlalu sibuk sangat semester ni..jadual harian yang bermula lepas subuh,terus ke malam..dan balik bilik,dah penat,nak post kat blog..alahai,internet pulak slow.makanya,saya pilih tidur dari menuggu.^^..penat oww.esok pagi nak bangun awl lagi.ahaaa..

dalam kesibukan mengurus hal dunia,saya selalu pesan kat diri sendiri..jangan lupa akhirat yang kekal..kalau dalam seharian pun saya tak sempat nak menambah ilmu akhirat walaupun dengan membaca sehelai muka surat buku agama,saya akan pastikan saya dapat solat 5 waktu di awal waktu..selagi mampu..rasa lega sangat bila nak tidur malam tu,dan perkara yang sy fikir..2 solat utama..iaitu subuh sy awal dan insyak..kenapa?sebab subuh waktunya pendek,dan manusia sukar nak bangun awal,kalau boleh nak hujung waktu..dan insyak sebab waktunya terlalu panjang,sehinggakan dilengah2 sehingga nak tidur.so,bila lepas azan insyak dan saya terus menunaikannya,rasa LEGA SANGAT-SANGAT..rasa hari saya sudah sempurna.:)

Sabda Nabi SAW

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat 
At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih



semoga kita saling memberi peringatan .:)

sebenarnya apa kaitan solat dengan tajuk entri??

begini kisahnya..semasa usrah minggu lepas, saya tertarik dengan ayat akk naqibah " hikmah surah al-fatihah diwajibkan dalam solat kerana doa kita meminta pertolongan kepada Allah "..iaitu :

Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”
Inilah pengakuan anda bahwa hanya Dia yang anda sembah, dan hanya padaNya anda mohon pertolongan. Buatlah pengakuan dengan tulus dan ikhlas.
nah..!.i got the idea to share with u.:).TAPI..masih ada yang tertanya-tanya.ada yang tidak faham.marilah saya ringkaskan dalam bahasa mudahnya iaitu "tanpa Allah,hidup anda tidak bermakna..tiada tuhan selain Allah,tiada makhluk yang dpt membantu..melainkan SEMUANYA dengan izin Allah."
sebenarnya,kalau kita tengok balik makna surah fatihah..ianya berkait.tengok dari ayat pertama..bermula dengan bismillah sehingga ayat terakhir.go and google for it.!.lagi bagus,hafal dan hayati dalam solat.insyaAllah kita akan rasa tenang.
setelah sekian lama saya menuggu seseorang dalam diam, akhirnya Allah memberi jawapan dia bukan jodoh aku. susah nak terima..ya,aku manusia yang imannya turun naik. aku sangka, semakin aku dekat denganNya, aku belajar untuk meredhai setiap kesedihan, dan tidak mungkin semudah itu..sebab itu Allah bagi ujian untuk menguji aku..Allah bagi ujian,jika benar apa yang aku katakan..apa yang aku yakinkan,tunjukkan..jalani ujian ini dengan kerana Allah.!..bagaimana saat itu???..sedih..sedih.sehinggakan aku tidak mampu untuk lihat keadaan aku sendiri..menangis setiap masa..hati aku tak tenang.rasanya saat itu terlalu sukar.setiap kali tertidur,aku harapkan semua itu hanya mimpi.aku banyak berdiam dan menyendiri..
orang kata,kalau sedih..jangan berseorangan.tapi bagi aku,semua itu perlukan masa..aku tidak bersendirian, dalam diri aku,seoalah2 ada yang memanggil untuk mengadu padaNya..sendirian aku untuk masa bersama Allah.bila kita dalam kesedihan tetapi kita masih ingat Allah, ya Allah..aku dapat rasakan sesuatu yang 'pegang' hati aku..


dulu aku tinggalkan semua itu kerana cintakan Allah lebih..dan kemudian bila Allah memberi ujian sebegini,kenapa aku harus bersedih lebih mengenangkannya sedangkan Allah yang memberi nikmat dan Dia juga yang memberi ujian ini. "dan ingatlah Allah hatimu akan menajdi tenang"

buku kembara hamba mencari cahaya dan sebelum aku bernikah aku beli sendiri..istikharah cinta from yatie dan bunga itu dari atikah..thanksss lot love.:)


dalam kesedihan..apa yang kita buat semua jadi tak fokus.satu kerja pun aku tak boleh fokus..hilang motivasi..dan satu soalan yang aku tanya kat diri sendiri "sampai bila???"..aku terfikir.sampai bila mahu begini.sampai Allah bagi semula orang yang aku sayang??siapa aku??..yaa.aku hanyalah hambaNya.cumanya pada masa itu aku hanya mampu didik diri dengan perkataan SABAR..things happen..kalau aku tak redha,aku tak sabar..apa yang aku mampu buat?..ye.sabar.tak mudah tapi besar ganjarannya..mencari semula semangat, aku suka untuk menambah ilmu mengenal Allah..bersangka baik dengan ujianNya.masa tu,aku baca buku kembara hamba mencari cahaya by hilal asyraf..aku tak sempat nak selak2..aku just bukak isi kandungan dan aku ternampak tajuk "manusia tidak mampu berdiri sendiri"..aku terus beli.lepas baca..aku bermuhasabah diri..untuk memulihkan semangat ni..aku kena berdiri kembali..TAPI..siapa yang akan bantu aku?Allah..kerana dalam quran "dan cukuplah Allah sebagai wakil" (an-nisa:81) serta "wahai orang beriman, cukuplah bagi kamu Allah dan orang mukminin yang mengikuti kamu" (al-anfal :64).."sekiranya kamu sudah berazam,maka bertawakallah kepada Allah" (ali-imran :159)..

aku mengasingkan diri.tidak mahu berbual dengan orang.aku ambil masa bersendirian kerananya aku tidak mahu kata2 jahat mhupun pendapat orang yang mempengaruhi diri ini untuk membenci.ya..sakit.memang sakit..tapi,islam tidak mengajar untuk membenci.sebaliknya redha..
bila solat..tipulah kalau aku jadi tak teringat2..emosi dah terganggu..dan bagi aku,bila dalam solat aku terfikir orang lain..itu sesuatu yang "tak boleh jadi macam ni,kena buat sesuatu"..aku alihkan fokus tu dengan hafal semua maksud dalam solat,dan surah yang aku baca..supaya bila solat,aku akan terfkir kan makna..baca,fahami,hayati..subhanaAllah,lepas solat tenang sangat rasanya..
semua yang terjadi pasti ada hikmahnya..kita je yang kadang2 tak sabar dan terus menghukum..ya.hikmah itu bukan 2,3 hari..bukan mingguan..dan mungkin bertahun..siapa kita??kita hanyalah hamba.!

teringat lirik opick-tiada duka yang abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

kenapa Allah ambil orang yang aku sayang???

mari menjadi hambaNya..engkau pasti temui jawapannya..:)..wallahualam..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..mahu move on??mulakan dengan bismillah
Rasakan betapa besar kasih sayang Allah kepada kita semua, bayangkan semua nikmat yang telah kita terima dariNya. Nikmat udara yang kita hirup, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat sehat. Apakah kita sudah berterima kasih padaNya??. Rasakan kasih sayang dan sifatnya yang maha pengasih serta pemurah.
nikmat islam itu sendiri..mahu meratapi kesedihan..kehilangan..tidak salah bersedih.tapi bila kita bersedih..kembalilah pada Allah.moga Dia akan memberikan petunjuk.Ameen..:)

p/s : sebenarnya ini akan tajuk usrah pada minggu ini.saya diberi tanggunjawab untuk menyampaikan pada adik2 semester satu tentang hikmah surah al fatihah..saya terfkir adakah saya mampu menggalas tanggungjawab sebagai naqibah??..doakan saya.semoga ia menjadi tarbiyah pada diri saya sendiri dan memberi manfaat pada orang lain.







Wednesday, October 17, 2012

sesuatu buat kamu yang tak pernah tahu






dan aku tahu,
tanpa doa ku,
kamu masih akan berbahagia.


Tuhan akan masih memberikan yang terbaik untuk kamu.
Tuhan akan masih menentukan takdir terindah buat kamu.
kerana aku percaya,
walau tanpa aku minta,
Tuhan masih akan memberikan yang terbaik buat hambanya,
Apatah lagi buat seorang yang baik dan sedang memperbaiki diri.


ketahuilah.
rasa ini, akan akhirnya pudar nanti.
doa ku, mungkin juga tak lagi aku titipkan.
harapanku, mungkin juga akan aku terlupakan.


jujur, kerana itulah sebenarnya yang lebih selalu aku doakan,
untuk melupakan, menghapus dan mengusir segala rasa dan kenangan yang tersisa.

ya, melupakan memang tak mudah,
namun terus mengingat dan mengenang juga tak selalu indah.


namun,
ingatlah suatu perkara yang akan selalu membuatmu bahagia,
itulah DIA,
rahmat-NYA, kasih sayang-NYA.
bukan aku. mungkin bukan doaku. mungkin bukan lagi harapan aku.


lantas, 
mengapa masih ada ragu,
bahawa, tanpa aku,
kamu masih akan berbahagia?




via -tersenyummelihatlangit

Tuesday, August 21, 2012

selamat hari raya

salam

nak buat entri raya..sebab entri bulan puasa takde.^^..uhuuu
lama sangatttt tak tengok blog2 ni..rajin tengok blog orang je..cari ilham baju raya konon2..fesyen raya sgt laaa~..suka tengok orang cantik2..tu je.owh ye..seperti tahun lepas juga.saya takde baju raya baru..pakai baju yang sedia ada sahaja.:)..


ye..ini baju jubah my sister..kan dah bitau,takde baju raya baru.:p


kalau raya..baju baru,langsir baru..semua baru,tu tah herraaann kan..kan..tapi,perkara pelik bila bab salam menyalam ni..haihh..aku rasa awkward sangat bila nak mengelak dari bersalam2 salaman dengan bukan mahram..huuuu..kalau orang luar,terang2 kita faham..tapi,kalau cousin2..pakcik2 ni..rasa macam tak sampai hati..eyh.kowt2 die termalu..bak kata adik aku "salam je la..jaga aib muka die"..hurmm..bagi aku,kalau die orang yg tak tahu agama..mungkin boleh..aku rasa macam berbeza pendapat tentang itu.tpi,dah terang2 dia orang islam..kita kena..TERPAKSA..buat macam tu..supaya die faham..kalau tak,main hulur je..sampai bila2 dia tak faham kan..kan..

nak tahu lebih lanjut..tengok ni..


semoga kita saling mengingati..:)


saya nurul nabilah bersama suami dan anak..ingin mengucakpan selamat hari raya kepada seluruh umat islam,terutama yang membaca blog ini..:)

owhh..tujuan utama tulis entri ni..mcm 2 in 1..ucapan raya dan sedikit info..


Wednesday, July 25, 2012

soalan random dan entri merapu

salam

dah lama tak update blog.senang kata,saya bukan malas..tapi takde idea yang mahu dikongsi bersama.walaupun sedang cuti semester..mungkin banyak masa,tapi sebenarnya..banyak perkara lain menjadi utama.*apalah sebenarnya aku nak tulis ni..mcm merapu@#$%!$&*.

biasanya apa yg saya share.kalau saya dah buat sesuatu perkara tu.barulah ada "feel" nak menulis.ni tak lah.pandai nasihat orang..pandai cakap.tapi diri sendri tak buat.."orang pandai bercakap OR orang pandai yang bercakap"...itu 2 perkara yang berbeza.jadi saya nak jadi macam orang pandai yg bercakap,bukan pandai cakap je..FAHAM??.:p

so,bila ada emel suruh buat entri2 agama lagi..adoyaii..saya bukan ustazah or menuntut ilmu agama tinggi2..saya sedang belajar,dan apa yg dah termampu buat je,saya akan share..ok?..


soalan yang pernah saya dapat dekat formspring.*punya berzaman dh tak bukak*

"saya ada mnt seorang lelaki ni dalam diam,tiba2 dia ajak saya dating berdua.saya berkawan dengan dia..cumanya kami tak couple,tapi dia suka buat mcm kami ni dh couple.sy tetap dgn pendirian sy.dan akhirnya dia ada perempuan lain........etc.........."

kalau korang bca entri aku ni.mesti rasa mcm aku ni bagus je..bajet perfect la.ala2 kaunselor.aku nak pesan..sehebat mana pun seseorang tu,takde manusia pernah dilanda masalah/ujian.takde doktor tak pernah sakit,takde ustaz tak pernah buat dosa,takde polis xprnah buat silap. aku kalau dpt soalan mnyelesaikan msalah ni..prkra prtama terlintas *ouwhh.apsal aku??kenapa aku??*..kdg2,soalan tu mcm menemplak diri sendiri.sentap i.!.haha..yeah,tapi jawab dengan nada cool n relax..chill la,orang nak mintak tolong.kadang2 bila orang tnya soalan yg "ko boleh google sendri kowt"..kenapa nak tanya..tapi takpe,manusia..aku pun manusia.klu ada masa lebih,aku layankan je.

"sometimes u don't need people to give u advise,u just need somebody to LISTEN"

setuju kan??

sebenarnya aku tak tahu nak jawab soalan orang ni macam mana.tapi berdasarkan apa yang dia cerita..aku nak cakap DIA BUKAN LELAKI BAIK..

penjelasan

lelaki kalau datang kepada perempuan..sama ada 2 perkara ini saja. pertama "dia memang ikhlas dan nak jdikan awk isteri dia" atau kedua "dia nak dapatkan 'sesuatu'"...kalau dapat dia bla..kalau tak dapat,dia akan bla jugak.sebab nak buat isteri kena yang baik2 kan.cuma tahap usaha dia tu bergantung pada tahap kesabaran.huahaha..*ok tak lawak la nabilah.!*
belajar kenal kriteria cinta sebelum kita bercinta *perghh ayat nak gempak*
aku dapat ilham nak bagi jawapan ni sebab pernah terbaca
imam al ghazali mengajar anaknya mengenal kriteria berpuluh tahun sebelum anaknya mengenal cinta
"imam ghazali memberitahu anaknya berkenaan kriteria pasangan hidup berpuluh tahun sebelum anaknya mula mencari"
tadi awak bagitau,awak tetap dengan pendirian awk..bermakna,awk dah ada kriteria dulu sebelum nak bercinta..cumanya awk tersangkut dengan perasaan "minat dalam diam" pasal apa awak minat dia.itu saya tak tahu..sebab dia hensem ke.sbb dia kaya ke..sebab muka dia mcm anuar zain ke *tetibe*..atau sebab dia pandai mengayat..normal la,manusia ada perasaan kan.lelaki yang nak jadi suami..dia mesti ada pendirian pada agama.itu paling UTAMA.mesti tegas *tapi dengan cra berhikmah*.nak bagi nshat,ayat kasar,sape nak dengar..pastu,dia suka makan durian ke x*sbb aku kurang minat durian la.ohoi*..itu hal lain.agama paling utama.

contohnya :
gf : awak2..awk tengah buat apa?
bf : dah azan la..sy nak pergi solat
gf : alaaa..setiap kali call je..awk nak pergi solat.nnti la.kita borak kejap.5 minit lagi ke
bf : ?????..ok.awk nak borak apa? ATAU tak boleh,Allah lagi utama

so..dalam bab awak ni..dia tinggal awak sebab tak dapat apa di nak.come on la.!..lelaki mcm ni tak mencabar langsung.!.senang kena goda..esok kawen,tak puas...cari lain.ketepikan rasa minat tu dulu.utamakan mana lebih utama..jangan ikut nafsu sgt yerkk..kita cari LOGIK sikit.:)..sedih tu memang sedih..aku faham,perasaan minat cinta tak berbalas ni..ahakss..tapi,tegas sikit dengan pendirian tu..fikirrrrrrr panjang.fikir sampai tak boleh tidur pun takpe..;p..owh ye,kalau aku bagi nasihat bab2 agama,nanti kata cliche pulak..awk mesti tau..dari Allah kita dtg,dari Allah juga kita kembali.peace.^^..salam

p/s : terima kasih kerana bg idea nk menulis.;p..semoga beri manfaat pada kalian

Wednesday, July 11, 2012

"nak marah..marah..tapi akhirnya kena maafkan.."

salam.:)



hye kawan-kawan..pembaca blog dan entri ini..
dah pukul 3 pagi..
saya ada satu cerita.."mungkin" ringkas.yang buatkan kita sendiri berfikir sejenak..

cerita ini,yang saya akan fikir sebelum nak tidur..
memaafkan orang sebelum tidur..perkara baik dan digalakkan kan??

ceritanya

seharian suntuk..kita bekerja,kita buat kerja,kita belajar
bangun pagi,mandi,solat,pergi kelas..balik kelas,petang riadah,malam study lagi..lepastu nak tidur..
tidak kisahlah..apa rutin seharian korang sekali pun..setiap hari buat perkara yang sama..rutin yang sama....hidup kita,bukan dengan diri kita..kita hidup bermasyarakat..sehingga kita mati sekalipun,masyarakat yang akan tolong.jadi jangan nak berlagak sombong kata kita tak perlukan orang nak hidup..jangan kita dengan dunia kita.ASYIK..*kadang2 perlu dengan diri sendiri jugak*

apa yang korang buat sebelum tidur??rutin paling ringkas untuk diri sendri..pernah fikir tak??

basuh kaki?mengaji?baca doa tidur?berangan?baca buku?

kalau saya diberi pilihan untuk membentuk peribadi yang macam mana saya nak kat diri saya..
perkara pertama yang saya nak adalah..

"berilah aku kesabaran dalam setiap masalah dan ketika melakukan kebaikan"



sebabnya..saya tak suka nak jadi pemarah,saya tak suka marah orang,saya tak suka marah2..

bila saya marah,saya akan lukakan hati orang..saya akan buat diri saya tak terurus..saya akan buat diri saya dibenci orang..dan akhirnya jika saya marah untuk sesuatu yang dah berlaku untuk apa..sebab saya tidak akan dapat mengubah apa2..
saya masih ingat lagi kata2 cikgu disiplin saya "biar orang hormat kita bukan takutkan kita"

i'm trying to be like someone yang cool and penyabar..apabila berhadapan dengan perangai manusia yang berbeza-beza..

macam ni la ceritanya..kita sibuk dengan aktiviti kita..dan manusia lain juga sibuk nak masuk campur urusan kita..kita penat,letih..banyakkkkk giler kerja.!.kena marah dengan bos,dengan lecturer..lepas tu kawan2 buat hal..kawan2 tak tahu keadaan kita,sebab kita mampu tersenyum lagi...kita mampu bersabar lagi..tetapi akhirnya macam nak meletop.!.tapi tak jadi..kawal..kawal..bagi saya,marah adalah perkara terakhir yang mungkin jalan penyelesaian secara ringkas,tapi kurang berkesan..

saya tak suka marah..sebab sangat ganggu mood saya..marah dengan perangai si A..kejap lagi nak kena berurusan dengan si B ni..kenal kawal,takkan nak lemparkan kemarahan dekat si B..sebab nak marah si A tak boleh..takut..takde kuasa..nak buat kerja pun tak boleh..baru tadi si C kejap lagi nak ajak makan2..dah jadi takde selera..marah punya pasal..simpan..simpan..makan dalam ni..senyum..stay cool n be calm..biasanya kalau saya marah,saya senyap..sbb ketika marah,saya elakkan dari buat keputusan..paling tidak pun,istighfar banyak2..manusia..manusia..kita,mereka,dia dan SAYA JUGA MANUSIA..

perkara saya paling susah nak faham.."eyhh..aku tak buat kat orang..dan tak pernah terfikir orang nak buat macam tu..aku buat baik,kenapa kau balas macam ni????"...yaaa..rasa nak nangis,marah,geram..but yet,kena paksa juga diri terima.."nabilah..manusia berbeza..belajarlah"..

walau apa pun aktiviti dan cerita seharian kita..

akhirnya,sebelum tidur kita mesti nak maafkan orang..kita cakap kat diri kita.."tak faham la kenapa orang buat macam tu..macam ni.."..sebab diri kita bukan macam tu..mungkin esok diri kita macam tu..akhirnya positif juga yang kita cari..sebab nak maafkan ni..kena maafkan..sedangkan Allah maafkan hambaNya..inikan kita manusia..besar pangkat nampak.!..

...cadangan saya..

kalau rasa terlalu stress..rasa tak boleh nak go on dengan manusia yang tak sebulu dengan kita..tapi,terpaksa juga nak berurusan..buatlah apa yang termampu..mohonlah kekuatan dan kesabaran dari Allah..

TAPI
ambil lah masa..dapat buat seminggu sekali pun takpe..buat aktiviti yang berfaedah,yang kita rasa..kita nak masa dengna diri kita je..taknak orang lain gangu..taknak.!.kalau ada kawan or teman yang boleh "masuk" bawalah..cumanya,masa bersendirian ni sebenarnya kita lebih banyak muhasabah diri..membina kekuatan semula..mencari nilai2 positif..buatlah apa saja,janji kita bahagia dan tersenyum..penat nak melayan kerenah manusia,tak boleh lari,sebab hidup bermasyarakat..so,ambil msa untuk diri sendiri..

contoh paling simple.!..i have my own diary..kalau dulu rajin,setiap malam saya akan menulis..kalau tidak,bila saya betul2 perlu menulis...buatlah sesuatu kebaikan dalam diari tu..tulis semua benda yang boleh buat kita bahagia,tersenyum.akhiri dengan kata2 positif or ayat2 quran yang kita yakin dengan ayat2Nya..luahkan.!..kalau betul2 nak marah..tulis..tulis..kemudian buang..buat sampai kita rasa puas.

sekian..ini memang dah ngantok.:)

~

p/s : semoga mendapat manfaat apa yang saya share ye.kadang2 kalau fikir..diri kita pun kadang kalau ada TERbuat silap yang kita tak sengaja dan tak perasan.harap2 orang tu maafkan kita sebelum tidur juga.nite.xoxo.:)



Sunday, July 8, 2012

jangan pernah membenci



jangan kerana seseorang menolak cintamu
lalu engkau membencinya..
bukan kerana dia menolak cintamu..
engkau tidak cantik pada pandangannya..
menjadi dirimu dengan sesuatu yang Dia redha itu lebih utama

jangan kerana seseorang menolak cintamu
saat itu engkau mengatakan dia tidak baik bagimu
engkau bilang,akan ada yang lebih baik bagimu..
benar..
kerana janji Allah..yang baik hanya untuk yang baik..
bersangka baiklah dengan definisi cintamu
yang terbaik buatmu adalah lebih baik dari menerima sesuatu yang engkau mahu tetapi bukan dalam redhaNya

siapa kita..bila Dia telah tetapkan itu untukmu..maka itu bahagianmu..
tiada lagi yang mampu mengubah..kerana Dia lebih Mengetahui segalanya..
cinta yang membawamu ke syurga..
bukan perilaku ahli syurga bila mana engkau mendustakan cintaNya..

perbaiki definisi cintamu~

Friday, July 6, 2012

review : produk penjagaan rambut.vatika

salam.:)

lama tak menaip secara formal macam ni..cuti2,duduk rumah..tiada idea nak menulis sangat.maklumlah,jadi suri rumah ni busy...ahakss..;p..

so,ni adalah 1st review produk personal yang aku guna..bukan untuk menjual ye.untuk berkongsi sahaja.:)..

aku sangat teruja nak share tentang kebaikan syampu ni..because it's really works on mine..bagi kaum adam,kalau taknak meneruskan bacaan..boleh skip entri ini..:P..sebab entri ini khas untuk kaum hawa..ehee

mari aku perkenalkan syampu vatika..pernah dengar??


well,bab penjagaan rambut ni..aku tak kisah sangat,syampu mahal or tidak,yang penting HASILNYA.!.
ye..syampu ni murah sahaja..200ml..rm6+ sahaja..bau yang wangi dan khasiat dari telur dan juga madu..
syampu ni diperkenalkan oleh akak aku sendiri..masa kiteorg pergi mydin..aku beli syampu head&houlder..sebab aku suka syampu yang tak "menyusahkan" aku..haha..maksudnya..nak kena pakai pelembap la..mask..walaupun bertudung,tak semestinya kita tak boleh jaga rambut juga kan..tapi,kalau duit berhabis untuk rambut je..susah jugak..so,head&shoulder yang cool tu best..cuma nak kena maintain dgn pelembap..yang menyebabkan kadang2 malas..kdg2 rajin..

secara jujur,mula2 aku tengok syampu ni.."tak pernah dengar pun..tak pernah nampak..yeke bagus"..akak aku pun jawab "tak semestinya murah tak bagus"..aku pun fikir2 dan berlalu pergi..ceyhh..konon tak pandang.fine..masa pergi bercuti ke sabah,aku terlupa bawak syampu.then my sis bagi syampu vatika..dia punya..1st time try.perghhhh...JATUH CINTA.!..haha..ni dah macam sesi iklan pula kan..takpe.disebabkan aku betul2 dapat kepuasan dengan hasil yang bagi aku cukup mengkagumkan..harga rm6+ dah setaraf syampu2 kat saloon yang aku rasa belum tentu bagus..

kenapa aku kata bagus syampu ni??sebab ianya jadikan rambut lembut,tak berminyak,ringan,kulit kepala rasa bersih dan rambut mudah disikat serta mudah di atur..lagi2 kalau mereka yang bertudung..rambut mungkin terperap lama kan..tapi,dengan guna syampu ni..selesa je nak bertudung..
serius..lepas guna syampu ni..aku dah tak perlu pakai pelembap dan jarang guna minyak rambut..kalau teringat je baru pakai..sebab syampu ni macam 3 in 1..hehhh..:D..senyum puas hati ^^..lagi pun syampu ni from dubai..arab.no wonder la rambut2 orang arab cantik..i just love my hair when i just wake up from sleep.yeah.!.guna jari pun boleh~.hahah

mana nak dapat syampu ni?..aku tak sure..yang aku pasti..kat mydin ada..bukan pavilion ye..:P..

okbye..tu je nak share..excited.ehe..

wasalam~

Tuesday, July 3, 2012

Monday, July 2, 2012

so soon

kindly love this song so soon by maher zain



Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever


You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same




But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh





Monday, June 25, 2012

removing the intruder on treating love addictions

i found this article via yasmin mogahed

do check her article since it such a lovely reminder for all of us.
what i can share here is about how to treat love addictions.love here means something that is prohibited in islam.everything we do is motivated by love,even fear and hate are born of love,so be careful what you love.do not give your heart fully to someone who didn't deserve it.love is something from our heart.remember like 

The Prophet (pbuh) said: “Fitan (trials) will be presented to hearts, as a reed mat is interwoven: stick by stick. Any heart which absorbs these trials will have a black mark put in it. However, any heart that rejects them will have a white mark put in it. The result is that hearts will be of two kinds: one white like a white stone, which will not be harmed by trials as long as the heavens and earth endure; and the other dark and rusty, like an over-turned vessel; not able to recognize the good, nor reject evil, but rather being absorbed with its desires.” [Muslim]

yes.!.prevention is better than cure.wala takrabu zina.but..human make mistakes.we cannot predict what will happen in future.we forgot what quran said..because we human ALWAYS make mistakes.if it was,and now is the time to repent and just learn from the mistake.these are some tips from the article :

Just as Allah can give life to the dead land, so too can Allah give life to the dead hearts. So if you have absorbed something of the dunya into the sponge of your heart, there is always hope.
1.One of the most common types of ‘ink’ that gets absorbed into the heart is other people. It may be a person who entered your heart, but you cannot marry. Or it may be a person you did marry, but who entered a place in the heart reserved for Allah (swt). Removing this person from the heart is a lot like treating a drug addiction.
If it’s a person you can’t be with, like a drug, you need to cut yourself off from that person completely. Cut off all communication and reminders–even if that means blocking numbers, emails, and Facebook profiles.
This is your detox.
2.Second, you need to replace that object of worship with something better. Increase in your thikr (remembrance of Allah) and get closer to Allah. If you aren’t praying your daily prayers, fix that. Pray all, and pray on time. Pray qiyam in the last third of the night (just before fajr). Make duaa (supplication), tawbah (repentance), cry, plead to Allah to cure you and heal you.
This is your treatment.
Once the treatment has taken effect, your heart will be restored, by the permission of Allah. Once the heart is restored, it can come back to balance and its’ created purpose: to know and love its’ Creator more than anything else. Such a heart will regain the ability to give again to the creation, but this time in a healthy, selfless, and less dependent way. The heart will be able to give for the sake of the One it loves most—not for the sake of the self (nafs). Once this treatment has taken effect, you will be able again to give that inner mass of complete love, devotion, and loyalty to the place it was created to live. Remember that the mass that is not given is a ticking inner bomb. But, the mass that is given to the wrong place is also a ticking inner bomb.
Give. But give rightly. Absorb. But only what rightly lives and belongs in that sacred land inside your chest. Once this balance is regained, your heart will be able to see, love, give, and take in the right way. Your heart is your true eye. Your heart is the master of the body. Its’ purpose is far too noble to go unrealized. Its’ palace is far too precious to go unguarded.
Guard it. And guard it well…because every created thing yearns to fulfill its’ purpose.



p/s : for more information and understanding you can read her fully writing by clicking to the link above