About

Instagram

Monday, February 27, 2012

hijab ke khimar?




wanita A: saya sudah letih.
wanita B : mengapa?
wanita A : letih dengan semua orang yang menghukum saya
wanita B: menghukum yang bagaimana?
wanita A: ada seorang perempuan yang menyuruh saya berhijab.
wanita B : bukankah hijab itu sudah menjadi perkara biasa?
wanita A : Ya,saya tahu
wanita B: lagipun elok awak berhijab.
wanita A: siapa kata?
wanita B: Allah kata dalam al-quran
wanita A: ya...perempuan itu pun berkata begitu.surah an-nur dan surah al-ahzab.Tetapi ia cuma dosa kecil.
wanita B : dosa besar semuanya bermula daripada dosa kecil
wanita A: apa yang lebih penting daripada soal hijab adalah,asalkan hati baik.
wanita B: Tetapi,mengapa awak habiskan berjam-jam untuk bersolek?mengapa awak belanjakan banyak wang untuk kelihatan cantik?
wanita A: saya tidak sukakan hijab,ia merampas kebebasan saya..
wanita B: apa makna kebebasan bagi awak?
wanita A: kebebasan ialah,saya boleh lakukan apa saya suka.
wanita B: TIDAK.!.kebebasan ialah bebas melakukan apa yang baik tanpa mempedulikkan apa orang kata.
wanita A : saya lihat ramai yang berhijab tetapi berperangai buruk.
wanita B: jadi,wanita kaki botol yang tidak berhijab itu baiklah?
wanita A: saya tidak mahu jadi fanatik
wanita B: awak fanatik pada sekular dan ekstremis
wanita A: sekiranya saya berhjab,siapa hendak kahwin dengan saya?
wanita B: seseorang lelaki yang sedar hijab itu perintah Allah
wanita A: katakan suami saya tidak suka saya memakai hijab,bagaimana?
wanita B: lelaki itu tidak patuh perintah Allah dan tidak layak dikahwini.
wanita A: siapa yang akan terima saya bekerja?
wanita B: syarikat yang menghormat pekerjanya.ramai wanita yang bekerja di hospital dan sektor korporat tetapi mereka masih berhijab.
wanita A: tetapi hijab bukan fesyen
wanita B: hijab bukan setakat pakaian,ia adalah perintah.Jadi,baju snedat dan seluar ketat awak itu fesyen?
wanita A: lelaki mahu kawal wanita dengan hijab?
wanita B: spesifiknya?
wanita A: lelaki mengatur apa yang perlu wanita pakai
wanita B: jadi,bukan lelaki yang menyuruh awak berfesyen begini?ingat,fesyen yang dicipta oleh lelaki,malah mereka menggunakan wanita sebagai komoditi.
wanita A: maksudnya?
wanita B: televisyen dan majalah mengawal pakaian apa yang perlu awak pakai,bahkan mereka mengawal pasaran.Mereka membuat majalah supaya wanita menjadi kurus kering dan anoreksia agar muat dengan fesyen.Islam muncul menyatakan,yang dalaman lebih penting.
wanita A: tetapi,ia tidak sesuai dengan kehidupan sekarang
wanita B: "dan rugilah orang yang mengotorkan jiwanya"(surah al-syams,ayat 10).

bermula dengan kisah saya sendiri..saya masih ingat lagi..semasa kecil..umur 10 tahun..saya adalah seorang yang agak tomboi.untuk bertudung?mestilah tidak..dengan alasan sibuk di padang dan kawan2 yang berlainan jantina..saya memang agak kasar..sehinggakan suatu hari,semasa menjaga arwah nenek saya ketika sakit,pakcik saya tanya.."nabilah taknak pakai tudung ke?kan cantik"..cantik?rambut yang pendek nak ikut style lelaki dah cukup hensem bagi saya.;p..buat apa nak nampak cantik..
tapi..disebabkan saya dikelilingi dengan mereka yang bertudung..family saya..sekolah..dan kawan2..maka,saya pun pakai tudung..ingat.!..ianya tudung..bukan hijab.
kadang-kala terlintas di fikiran saya yang masih keanakan.."cantiknya rambut dia..boleh ikat..main belai2..rasa bangga tunjuk rambut yang cantik"..sesekali bila keluar ada juga yang tidak saya bertudung
kemudian..apabila menjadi latihan..maka,lama-lama pun menjadi kebiasaan...tapi,berbalik pada niat...niat asal saya bukan sebab saya nak bertudung..tapi persekitaran..pergi sekolah agama..belajar sampai darjah khas..i never care n know.."why islam suruh aku pakai tudung"...cuma yang saya tahu,islam suruh pakai tudung..pakai tudung tu orang baik..tak pakai tudung itu dosa..apa yang aku buat..bila aku tahu ianya dosa dan pahala saja..tak pernah ada rasa nak membaca..bertanya..
hidayah Allah itu tidak datang bergolek..!..kita kena cari..alhamdulillah..saya bersyukur kerana ibu bapa saya seorang yang suka membaca..lagi2 apabila ia berkaitan islam dan psikologi.makanya,rumah akan penuh dengan buku-buku tentang agama dan psikologi..tetapi itu belum cukup dengan membaca..
tanamkan minat dan niat..setiap ilmu yang saya pelajari..bawalah cintaku kepada ilahi..dekatkan aku padaNya..
apa yang aku pasti..aku suka melihat mereka yang bertudung labuh..ustazah..yang kelihatan tenang je dalam bicara serta raut wajahnya..berkata-kata dalam hati."apa yang membuatkan mereka nak pakai macam ni?"..sekali lagi..semua persoalan itu saya hanya simpan dalam hati..saya memang seorang yang pemalu..lagi2 mahu bertanya soalan macam tu..takut dikatakan tidak ada agama dan kena marah..takpelah..simpan je..janji pakai tudung..jika masa sekolah rendah..pakai tudung pun,saya masih berpakaian lengan pendek..tidak lengkap..selepas naik ke sekolah menengah..aliran sains agama..dikelilingi dengan mereka yang lebih dan lagi sopan pemakaiannya..lagi2 bila berhadapan dengan ustaz dan ustazah dan menjadi pelajar contoh..mestilah malu dan segan..dan syarat wajib sekolah pula harus pakai lengan panjang walaupun dalam aktiviti sukan..
masih..masih..masih terkapai..tetapi diri sendiri tidak tahu kenapa kena pakai tudung..
cuma bagi saya...rambut itu aurat..dan ianya mahkota..
sehinggalah pengalaman pertama saya semasa bekerja di sebuah restoren,saya seorang sahaja pekerja islam..yang lainnya adalah foreigner..ada juga yang islam..cuma saya kurang pasti pada asalnya..kerana tiba waktu solat saja..seperti saya seorang yang minta tangguh kerja dan menunaikan solat..
apabila bertudung dan berpakain lengan panjang.salah seorang pekerja di situ..bertanya "kenapa pakai tudung dan lengan panjang"..saya jadi terdiam sekejap..tak tahu nak explain macam mana..ingatkan bagi mereka sudah biasa nampak..maklumlah..manager dan supervisor saya islam dan pakai tudung..bila saya jawab"ianya perintah tuhan dan wajib pakai"..mereka tanya "kenapa masa dah habis kerja pun saya masih pakai tudung'..mereka ingatkan pakai tudung ketika kerja tu adalah perintah Allah..sebab bila habis masa kerja..manager saya dan sprvsor saya tidak bertudung..lagipun mereka pakai lengan pendek..
dalam fikiran saya..arghhhh..sudahhh..saya tak tahu nak jawab apa..nak terang logik akal..dan termati..nak bagi hukum agama..mereka tidak faham...lagipun mereka kurang fasih dalam bahasa inggeris..
cuma apa yang saya perhati..saya sangat dihormati oleh mereka..walaupun saya seorang perempuan dan bertudung..tetapi mereka menghormati saya..menjadi kebiasaan bagi mereka apabila bercakap perkara lucah..tapi..apabila dengan saya.mereka jadi segan..tambahan lagi,apabila mereka sudah biasa sentuh perempuan..nak bersalaman..tapi..apabila saya explain..banyak perkara yang saya tak boleh buat..dan akhirnya mereka faham..sehinggakan..jika saya terlewat waktu solat pun disebabkan tengah ramai pelanggan..mereka yang akan suruh saya berhenti dan tahu waktu solat saya...
kaum wanita yang beragama islam..nampak tak??betapa islam sangat menghormati dan mengangkat darjat wanita yang bertudung...
pengalaman demi pengalaman..semakin banyak yang kita tahu tentang islam..semakin banyak yang kita tak tahu sebenarnya..teruskan mencari..membaca.sentiasa mahu perbaiki diri..bukan menjadi yang terbaik..tetapi mahukan yang lebih baik..

nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki.Lelaki secara fitrahnya mahu menikmati keindahan ini.Maka islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah,untuk lelaki meneguk biologi ini dan bukan dengan sewenang-wenang.Wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki.Islam meletakkan batasan dan hijab adalah antara ubat supaya dapat menjaga batasan.

tak kenal..maka tak cinta..maka,berkenal-kenalan lah dengan islam..
konsep bercinta ni mudah..kena faham-memahami..kalau saling memahami..mesti urusan jadi mudah..
islam adalah agama fitrah..sudah cukup faham fitrah manusia..cuma kita je yang tidak faham dan kurang faham dengan islam..
kalau orang tanya..apa bukti kita cinta..tunjukkan bukti..al-quran dan sunnah..
macam kita bercinta..apa bukti awak sayang dia..dia bagi saya rumah..kereta..cincin berlian..
tapi..islam lagi sayangkan kita..dia boleh bagi kita syurga..kau ada??..;p..

kesimpulannya..mudah..FAHAM..AMALKAN..dan ISTIQAMAH..insyaAllah..sentiasa berdoa..agar diberi petunjuk olehNya.
mungkin niat asal saja2 pakai tudung...tapi...insyaAllah..kalau kita sentiasa belajar..dan mencari...kebaikan akan datang kemudian..sedikit demi sedikit..:).
tak perlu bandingkan orang lain yang bertudung tapi luarannya kurang sopan..persoalannya..islam dah bagi yang terbaik..mengapa perlu mencari lagi??


p/s:  saya rasa..saya dah tak minat anuar zain la..*motif??*..

Sunday, February 26, 2012

bukan aku tidak sudi



tidak semudah ini
masa akan terus berlalu..

maafkan aku jika pernah membuatmu menangis..
sakit mengenang masa lalu
ketika ia terus berlalu..
air mata adalah penyeri senyuman dalam duka..

ketahuilah..
walau bukan siapa pun kita di dunia..
bukan jodoh..
namun..
aku sentiasa doakan engkau dalam lindunganNya

selamat menempuh kehidupan baru
pasti akan ada yang terbaik buatmu
akan tiba masa itu..
status engkau yang akan diredhaiNya..

miat
26/2/2012



Sunday, February 19, 2012

kerdilnya cinta manusia





Aku terima ketentuan ini
Engkau menghilang lenyap dari hariku
Aku menempuh liku dalam liku
Lumpuh langkah kesal rinduku

Sepi ke sepi panjang dan berbatu
Pedih hancur lena dalam mimpiku
Aku mendengar keluhan darimu
Namun kini segala berlalu

nisaa:..alya..tidak bosan ke duduk bilik seorang diri??..sedangkan teman lain pergi keluar dating bersama boyfriend.
alya:..tak mengapa la..aku sudah biasa begini..kan ada banyak movie..nanti tengok je la..
nisaa:.sampai bila?tak teringin ke nak mencari pengganti..?..lupakan kisah lama..mungkin dia bukan jodoh kau..
alya:..bukan begitu..namun..kadang2 kisah lama menjadi pengajaran..mungkin aku belum bersedia lagi..
nisaa:..kalau kita tak cuba..kita tak tahu..tak kenal maka tak cinta..
alya:..kenapa couple tu best??aku tengok ramai je yang bersedih akhirnya
nisaa:..ramai..tapi bukan semua..ada je yang bahagia..sehingga kahwin..muungkin mereka tidak bertuah..dah bukan jodoh..
alya:..aku selalu dengar couple itu haram..
nisaa..kalau begitu..jangan couple..berhubungan je..kenal2..kalau suka..meminang la..
alya:.engkau pasti sekadar berkenal-kenalan?cukup sekadar itu??jangannn..syaitan itu kreatif..tak mungkin sekadar kenal tanpa ada perasaan...
nisaa:..kenapa engkau selalu berfikiran negatif tentang ini??..
alya:.aku berfikiran positif kenapa islam kata "couple itu haram"..tahu kenapa sebab2nya.. 
nisaa:.selama 5 tahun aku couple..tak pernah pun berzina..masih tahu batas2nya..
alya:apa yang engkau faham dan tahu tentang zina..cukup sekadar melakukan hubungan seks?
nisaa:..dia tak pernah sentuh aku..dan engkau pula..tak baik nak menuduh semua orang yang couple itu tak baik..

???

pengalaman saya semasa menjadi pelajar sekolah..saya sangat anti LELAKI..
tak tahu mengapa..tapi..sangat menyampah..dan rasa lelaki itu sangat menyusahkan..mungkin pengalaman orang tersayang yang disakiti..
maka..saya tak pernah bercinta semasa sekolah..dan tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki semasa sekolah..
orang mungkin kata..saya tak macam remaja lain..sebab saya benci lelaki..
namun..hakikatnya..semakin dewasa ini..saya mulai mencari kebenaran dalam islam..
maka..kalau orang tanya kenapa saya tak bercinta.???
jawapan saya adalah islam itu sendiri..:)


p/s: adik2 yang baru nak kenal dunia remaja.."kenal islam dulu baru kenal cinta"..
teramat sayang..mereka yang masih berpakaian baju sekolah sudah mulai berjinak2 kenal cinta...terlalu mentah untuk mengenal cinta sejati...dengan mudah hatinya disentuh..




Saturday, February 11, 2012

always be there..



p/s:.hebat kan Kekasih Hati saya??..Dia seorang yang Maha Besar..Maha Pengampun..tiada cinta yang dapat tandingi dan setaraf denganNya..ini lah cinta Hakiki saya.:)


Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard


There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…


p/s.apakah yang kita sering fikir??dan banyak berfikir..cinta yang mana satu kita selalu fikirkan??


subhanaAllah..


Wednesday, February 8, 2012

pemenang giveaway "marilah menutup aurat"..!

salam

it just a short entry.!

saudari sekalian..maaf kerana lambat mengumumkan nama pemenang bagi hadiah giveway ini..
baca berkali-kali sebab susah nak pilih...rasa macam nak bagi semua je yang join hadiah..:)
bagi saya..semua adalah pemenang..lagipun,menulis tentang perkara kebaikan ni...tiada yang salah..semuanya benar,sebab tu lagi susah nak pilih pemenang..pemenang dipilih berdasarkan isi entri..dan juga kreativiti anda..:D

bagi yang tak menang..cuba untuk giveway akan datang ye..
insyaAllah..yang penting tujuan dan niat..apa salahnya..anda juga telah menulis tentang kebaikan dan semoga memberi manfaat ..:)

so..
the winner goes to 


boleh click ke link tersebut..:)..

sila tuntut hadiah dari saya..nak post gambar hadiah..tapi..nanti dah tak surprise la..;p..
tinggalkan komen anda..bagaimana saya mahu contact anda secara personal untuk mendapatkan alamat,nama penuh dan no tel untuk memudahkan urusan hadiah di pos..

TAHNIAH..:D

owh ye...kalian juga boleh tengok2 blog lain yang buat entri tentang giveaway ini..








terima kasih kepada kalian.!..muaxsss..eheh..




p/s:..saya dah naik berat 5kg..!..tak patut kan..ish3x..

Sunday, February 5, 2012

tidur awal dan mudah bangun tahajjud.kenapa?

salam..:)

sekarang baru sampai rumah..perancangan masa cuti,sekadar duduk di MIAT sahaja..menyiapkan assignment..tapi,kita hanya merancang kan..
perlu balik kerana nenek saya sedang sakit..tanggungjawab sebagai cucu..plan yang asal perlu di ubah dan agak berserabut..sebab perlu susun atur semula plan mana yang lebih penting..kawan2..doakan nenek saya cepat sembuh ye..:)..

semasa dalam perjalanan pulang tadi..macam biasa,aku dan akak memang akan berbual..macam2 la yang bualkan..bila penat berbual..sambung balik baca buku "surat untuk carolynn"..biasanya aku memang selalu akan gaduh dengan akak..bila bab bercanggah pendapat..ouwh..itu biasa..tapi sekadar gaduh pendapat..bukan lah gaduh "besar"..kira macam berdebat juga..dan persoalkan..kenapa..kenapa..bila sentuh hukum2 agama..aku juga persoalkan..kenapa??..ok..bukan persoalkan dari sudut negatif..istilah santainya.."banyak songeh"..tapi..aku sekadar nak tahu...hikmahnya..dan sebab kenapa islam larang,wajibkan,sunat.galakkan..dan bla2x~..

antara perbualan kami adalah tentang TIDUR...
siapa suka tidur???..angkat tangan!..*sambil tunjuk diri sendiri*..;p..

ok..fine..tidur juga ibadah..tapi..masalah asyik tidurrr je pun penyakit juga..

masalah yang pernah aku hadapi adalah...ASAL MASUK BILIK JE AKU NGANTUK...ASAL NAMPAK KATIL JE AKU NGANTUK..
aku rasa...dah tidur 8,9 jam pun..aku ngantuk jugak...kenapa EKKK????..menyampak EKKK..asyik tdo je EKKK..HAHAA..*merepek macam kerepek*..

habit suka online sampai lewat malam juga sangatlah tidak baikkk..bila duduk depan laptop..rasa masa tu macam tak berlalu..duduk dah 3 jam..tapi rasa macam 30 minit..apa kes?..lepas tu..esok lepas bangun subuh..sambung tidur..tak elok kan??..tidur lepas subuh..tutup pintu rezeki..

jadi..di sinilah..bermulanya..persoalan..KENAPA..tahajjud itu digalakkan pada sepertiga malam..??..itu adalah waktu yang lebih elok..
berdasarkan jadual tidur aku mengikut schedule..pukul 10pm atau 11pm aku perlu tidur..sebab pukul 3 pagi aku akan bangun untuk solat sunat mahupun belajar..sejak dari sekolah lagi..aku bukan jenis yang belajar straight sampai 2,3 pagi..
TAPI..itu bukan mudah...sebab cabaran nak bangun awal pagi..perlu "kuat"..kalau layan ngantok..memang tak bangun lah..so..usaha aku adalah..set mind aku.."kerja tak siap..kalau tak bangun,nanti kerja tak buat"..jadi aku menggunakan alasan "terpaksa".....

yang aku perasan..kalau aku tidur lewat..atas pukul 11pm..pasti aku susah nak bangun jam 3 pagi tu...kenapa??
sebab tu digalakkan..tidur jam 10..dan bgun 3 pagi..cukup 5 jam..

berdasarkan peringkat tidur


secara ringkasnya..
tidur ada 2 peringkat

peringkat 1: peringkat bukan REM (RAPID EYE MOVEMENT) atau pergerakkan mata laju 
peringkat 2: peringkat REM-biasanya pada permulaan tidur,kita akan menempuh peringkat bukan REM terlebih dahulu. Peringkat ini terbahagi kepada 4 fasa,bergantung kepada kenyenyakan tidur seseorang.


4 FASA:
stage 1 dan 2 : adalah proses tidur yang baru bermula,jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah.masa ni..kalau korang baru tidur..tapi ada bunyi perlahaaann pun korang akan terjaga..
stage 3: kita akan tidur jadi lebih nyenyak..masa ni..kita dah tak nampak apa2..kira dan mula nak tidur "mati" la..ahaha..bunyi yang kuat je boleh mengejutkan kita..
stage 4: fungsi badan jadi lebih relaks..lebih direhatkan..pernafasan akan jadi lagi slow..dan terkawal..masa ni adalah peringkat tidur yang paling nyenyak..
stage 5:..REM-peringkat ini yang kita akan mula MIMPI..mata mula bergerak2 mengikut gelombang otak.tapi mata je bergerak..badan jadi lumpuh..REM ni lebih kurang 10 minit untuk kitaran PERTAMA..dan akan jadi lagi lama setelah beberapa lagi kitaran.BIASANYA untuk keseluruhan kitaran adalah 2 jam.!..

lepas peringkat mimpi..biasanya kita akan terjaga.!..betul tak????..betul kan..sebab kitaran tidur kita dah habis...:)...tapi kalau korang tengah mimpi kahwen ngn anak raja..pastu kena kejut..rasa macam..owhh..demmm..baru nak tengok anak raja mana..ahaha..ok..takpe..boleh sambung tidur..dan sambung mimpi semula..yeee..kitaran tidur selepas mimpi akan berulang kembali..tapi..biasanya..lepas mimpi..dan terjaga..bangun dan tak rasa mengantok..melainkan korang memang hantu tidur..keh..keh..;p.
maka..kalau anda sedang bermimpi..dan tak habis lagi.kemudian sambung tidur..kemudian terjaga lagi..dan terjaga..walaupun anda tidur 7 jam pun..tapi asyik terjaga..kualiti masa itu terjejas..maka..akan masih mengantok juga..

kesimpulannya...

KALAU TIDUR PUN DAH NAK PUKUL 3 PAGI..MACAM MANA NAK BANGUN TAHAJJUD??
boleh bangun..tapi..mengantok..kita mahukan kualiti..bukan kuantiti..solat dalam keadaan mengantok..agak rugi kan..:)..itu pun kalau larat bangun...
sebab tu pentingnya tidur awal dan bangun awal..
berdasarkan pengalaman aku..kalau kita jaga masa tidur tu betul2..tidur pukul 10 mlm dan bangun pukul 3 pagi..confirm..akan bangun dalam keadaan segar..paling tidak akan letih sekejap bila tengahari...tapi..tidur sebelum zuhur walaupun 20 minit sahaja dan cukup..
cuma..aku sekarang tengah kurangkan tidur tengahari..or siang..biar buat kerja penat2..siapkan semua kerja waktu siang..dan malam aku ngantok awal..bila dan penat..aku senang tidur..
tidur dalam keadaan betul2 penat..mudah tidur..dan mudah bangun..dari tidur terjaga2 sebab tak boleh tidur..akan jadi lagi sukar bangun..sebab tidur tak puas..

mengikut fakta kajian..tiada masa yang ditetapkan..berapa lama kita perlu tidur..kerana ia bergantung pada piawaian masing2..setiap individu memiliki keperluan yang berbeza..ada yang 7/8 jam..ada yang 4/5 jam juga "fresh"..

:)

p/s:..kalau dah assignment berlambakkkk...kelas pun habis 11.30 malam..macam mana??.:(..

berusaha mendisiplinkan diri.!..

the story begins here

salam






i’m looking at her, but she do not look at me. I think of her and ask myself, why is this girl not looking at me. I stand opposite her, but she turns her back to me. I see she rejects me, and I use my words, but why doesn’t she respond? ..I am thinking in my mind I’ll see her tomorrow. She wears a headscarf. She is quite covered, and I see nothing of her parts. I think to myself, and say what should I do now?

I get confused and I would like to have contact with her, but how?. I see all of her friends talking to other boys, laughing and having fun, but she sits alone at her place and read a book that I don’t know which is?. I see her with the headscarf every day, but thinking to myself and ask myself why she wears it all the time? I want to talk to her and look at her, look how she really looks like, but she does'nt allowed me. One day, we went into each other, and I could feel her, her body touched mine, but I saw that she didn’t look at me. I just stood in front of her and looked at her and did not go my way. She walked away and said; oh no! I thought within myself what I did wrong in this moment since she said oh no? I did nothing? 

One day she did'nt came to school, I started thinking about her the whole day while my tears run. I know I am a boy who does not cry, but when she’s not there, I feel myself alone. I sit and think of how my friends never have asked her, such a beautiful girl like her. What is wrong with her, and what is the difference between her and the others ? I do not understand it, but since she wears the scarf, I do not know what it takes, to talk to her or just look at her? I know only that she has beautiful eyes. Why can’t she just look at me or get to know me? I feel something for her, but she obviously feels nothing for me, I look at her when she dosen’t look at me.

I just want the warm side of her, but I can see that she is like a refrigerator. One day at school, she had a presentation about Islam, and the knowledge I learned from her that day I will never forget. I listened to her and looked at her, but she never looked at me, she didn’t look at me even once. She talked a lot while my tears fell down my cheeks, but she didn’t see it. She talked about her faith, and why she wears the scarf. Her faith made me both interested and afraid. She spoke about women and men how they should relate to each other in Islam, it made me confused. I thought about all that she said, and I got to change myself. We got winter vacation, and I read about Islam throughout the holidays, just because she did it and I wanted to see what it led to, how she was I wanted to be too, maybe then I would have contact with her. One day at school after the vacation, she wanted to pray, but the teacher said that she was not allowed. She went on to say why it was important for her, and she was to say something, I got up, went and defended her, and she got allowed. She said thanks, and it was the first time she said something to me, but ofcourse without looking at me again.

I thought it was enough, I took her arm and asked her to teach me to pray. She said ok, but still, her eyes were down. She told me a lot about islam without looking at me. I heard some sounds inside me. My body was shaking, and my mind fell off. I ran my way, and wept as if there was someone after me. I knew something was wrong, but I went home and said Allah!  I cried and cried, my eyes couldn’t do it anymore, and I prayed that my sins would be forgiven. I didn’t come to school the day after, the whole day I spent time reading about Islam. I went on and eventually I began to call myself a Muslim. I began to pray, and it helped my days. I went to school, and I saw she was there. She came towards me and said Salamu alaykum and I said w’aleykum salam, where she looked at me, but just for a moment. Then we just talked about Islam, while she heard me talk about Islam, she looked at me. 

She helped me going the right path, it was only that. And for that I thank her as a good Muslim. I ended up not writing to her and talking to her everyday, but after a while it ended up that I proposed to her and she said yes.

Wednesday, February 1, 2012

surat yang tak pernah dikirim..



Kehadapan awak,


Saya menulis di sini kerana saya adalah lelaki yang tak mampu untuk berhadapan dengan awak. Saya menulis kerana saya ialah lelaki yang kehilangan suara jika berhadapan dengan awak. Saya menulis kerana saya tidak mampu untuk mengucapkan ‘saya cintakan awak’ tanpa saya akan gagap dan pengsan sesudah itu.

Kerana ucapan ‘aku cinta padamu’ atau ‘saya cintakan awak’ itu ialah ucapan yang berat dan penuh mendalam. Dan ucapan itu ialah ucapan yang hanya wujud pengucapannya dalam dunia drama atau novel sahaja. Kerana bahasa tulisan dan bahasa pengucapan sebenar-benarnya adalah bahasa yang berbeza.

Juga saya menulis kerana untuk menceritakan apa yang saya rasa kepada awak tanpa mampu untuk menatap mata awak adalah mustahil. Dan tanpa memandang ke wajah serta mata awak, mungkin awak tak akan mempercayai segala apa yang saya perkatakan.

Saya cintakan awak. Sungguh saya mahu menemani dan ditemani awak. Dan sungguh saya mahu menjadi lelaki yang membahagiakan awak.

Awak pasti tertanya. Sejak bila. Kenapa. Mengapa. Bagaimana. Dan saya sedia maklum disebalik cinta itu punya beribu soalan yang mengiringinya. Tapi satu yang saya pasti iaitu tak pernah ada sebab disebalik sesuatu cinta. Kerana cinta itu walau beribu ahli falsafah dan beratus penyair cuba memberi makna yang setepatnya, akan tumpullah falsafah dan cacatla h syair mereka. Kerana cinta itu datang dengan ketentuan bukan pilihan atau permintaan.

Sejak bila ya. Saya pun tak pasti apa jawapannya. Tapi satu perkara yang saya pasti iaitu kita tidak pernah terlalu awak atau terlalu lewat untuk jatuh cinta. Cinta itu boleh saja muncul tanpa kita sedari kerana Tuhan yang bertanggungjawab mencampak rasa itu kedalam hati kita.

Kenapa, bagaimana dan mengapa, saya kira tak perlu saya jawab kerana jika ada jawapan pastinya jawapan itu akan ada unsur ketidakjujuran dan tokok tambah. Kerana manusia, sifatnya inginkan pujian dan kata-kata manis. Lalu manusia yang mengagumi manusia lain akan sedaya upaya menuturkan kata-kata indah agar dapat menawan manusia yang dikaguminya. Saya tak mahu begitu. maka biarlah cinta saya kepada awak tidak bersebab.

Saya dapat tahu bahawa awak telah dimiliki. Saya tersenyum saja mendengar khabar itu. Awak, kita tak layak memilki sesiapa kerana kita hanyalah hamba. Dan kita semua adalah milik-Nya. Tapi sungguhpun awak dimiliki, saya tetap akan menunggu awak. Sampai awak bernikah dan bersanding di atas pelamin. Sesudah saya pasti semua itu, barulah saya akan buka hati saya untuk orang lain. Ramai yang kata saya bodoh. Tapi saya rasa mereka semua pengecut. Kerana bagi saya keberanian itu ialah melakukan sesuatu yang pengecut akan kata bodoh. Macam yang sedang saya lakukan. Saya tahu jodoh pertemuan ditentukan Tuhan. Tapi selagi Tuhan belum menemukan saya dengan jodoh itu, saya akan terus berdoa dan mengharap awaklah jodoh yang dikirim Tuhan untuk saya.

Saya tak layak memiliki awak. Cuma kalau diberi peluang, saya akan menemani awak. Sampai akhir hayat. Bersama mencari redha-Nya. Beriringan ke syurga. InsyaAllah.

Mengapa saya sanggup berkorban? Menutup hati untuk orang lain kerana awak? Kerana bagi saya, hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada orang yang tersayang adalah pengorbanan. Dan bercakap tentang pengorbanan, awak mahu dengar cerita? Ada cerita berkenaan seorang sufi. Begini, suatu hari, ada seorang perempuan terkentut dengan kuat dihadapan seorang lelaki. Perempuan itu menjadi malu atas ketidaksengajaannya itu. Tahu apa lelaki itu buat? Lelaki itu berpura-pura menjadi pekak dan bisu, untuk menjaga maruah perempuan tersebut. Dan lelaki itu berpura-pura menjadi pekak dan bisu bukan hanya pada hari itu tetapi hingga perempuan itu meninggal dunia!

Ada sebuah lagi kisah dimana dua kekasih saling mencintai. Suatu hari lelaki itu kehilangan kekasihnya. Namun pada hari kekasihnya meninggal, sebelah mata lelaki itu tidak mengalirkan air mata. Lalu lelaki itu menutup sebelah matanya hingga dia meninggal dunia sebagai hukuman kerana tidak mengalir air mata!

Awak, saya tak layak bercakap soal pengorbanan jika awak hendak bandingkan saya dengan kedua-dua lelaki itu. Malah saya tak layak bercakap soal cinta pun. Namun jika saya diberi peluang, saya akan menjadi, cuba menjadi lelaki yang lebih baik dari kedua lelaki tersebut.

Awak, cinta itu penyakit dan ubatnya adalah perkahwinan. Saya berdoa agar Tuhan memelihara rasa ini, dan jika diizinkan-Nya, saya akan mengikat awak dengan perkahwinan. Kerana cinta sebelum kahwin banyak maksiatnya. Kerana itu saya ingin berjalan dihadapan awak dan memimpin awak sebagai seorang suami, di mana ada keberkatan dari-Nya bukan memimpin dan berjalan dihadapan awak sebagai sepasang kekasih di mana ada kemurkaan dari-Nya.

Mungkin ini ialah penghujung kepada surat ini. Dan surat ini tidak datang dengan rayuan mahupun pujukan. Saya tidak menulis surat ini untuk menjual rasa saya dan membeli rasa awak. Surat ini datang dengan penuh hormat, sekadar pernyataan terhadap sesuatu yang awak mungkin tak pernah sedari.

Maaf kerana menulis surat ini. Apa pun Tuhanlah yang memberi ilham dan menggerakkan naluri.

Eternal happiness. With you. Guide you. Protect you. Make you smile. Walk with you. To Jannah. Be on your side. Be your wonderwall. Come hell or high water. InsyaAllah. May Allah bless.


Ikhlas,
saya yang mencintai awak.
;’) beruntunglah ‘awak’ itu


p/s:..i just got it from my tumblr..