About

Instagram

Monday, February 27, 2012

hijab ke khimar?




wanita A: saya sudah letih.
wanita B : mengapa?
wanita A : letih dengan semua orang yang menghukum saya
wanita B: menghukum yang bagaimana?
wanita A: ada seorang perempuan yang menyuruh saya berhijab.
wanita B : bukankah hijab itu sudah menjadi perkara biasa?
wanita A : Ya,saya tahu
wanita B: lagipun elok awak berhijab.
wanita A: siapa kata?
wanita B: Allah kata dalam al-quran
wanita A: ya...perempuan itu pun berkata begitu.surah an-nur dan surah al-ahzab.Tetapi ia cuma dosa kecil.
wanita B : dosa besar semuanya bermula daripada dosa kecil
wanita A: apa yang lebih penting daripada soal hijab adalah,asalkan hati baik.
wanita B: Tetapi,mengapa awak habiskan berjam-jam untuk bersolek?mengapa awak belanjakan banyak wang untuk kelihatan cantik?
wanita A: saya tidak sukakan hijab,ia merampas kebebasan saya..
wanita B: apa makna kebebasan bagi awak?
wanita A: kebebasan ialah,saya boleh lakukan apa saya suka.
wanita B: TIDAK.!.kebebasan ialah bebas melakukan apa yang baik tanpa mempedulikkan apa orang kata.
wanita A : saya lihat ramai yang berhijab tetapi berperangai buruk.
wanita B: jadi,wanita kaki botol yang tidak berhijab itu baiklah?
wanita A: saya tidak mahu jadi fanatik
wanita B: awak fanatik pada sekular dan ekstremis
wanita A: sekiranya saya berhjab,siapa hendak kahwin dengan saya?
wanita B: seseorang lelaki yang sedar hijab itu perintah Allah
wanita A: katakan suami saya tidak suka saya memakai hijab,bagaimana?
wanita B: lelaki itu tidak patuh perintah Allah dan tidak layak dikahwini.
wanita A: siapa yang akan terima saya bekerja?
wanita B: syarikat yang menghormat pekerjanya.ramai wanita yang bekerja di hospital dan sektor korporat tetapi mereka masih berhijab.
wanita A: tetapi hijab bukan fesyen
wanita B: hijab bukan setakat pakaian,ia adalah perintah.Jadi,baju snedat dan seluar ketat awak itu fesyen?
wanita A: lelaki mahu kawal wanita dengan hijab?
wanita B: spesifiknya?
wanita A: lelaki mengatur apa yang perlu wanita pakai
wanita B: jadi,bukan lelaki yang menyuruh awak berfesyen begini?ingat,fesyen yang dicipta oleh lelaki,malah mereka menggunakan wanita sebagai komoditi.
wanita A: maksudnya?
wanita B: televisyen dan majalah mengawal pakaian apa yang perlu awak pakai,bahkan mereka mengawal pasaran.Mereka membuat majalah supaya wanita menjadi kurus kering dan anoreksia agar muat dengan fesyen.Islam muncul menyatakan,yang dalaman lebih penting.
wanita A: tetapi,ia tidak sesuai dengan kehidupan sekarang
wanita B: "dan rugilah orang yang mengotorkan jiwanya"(surah al-syams,ayat 10).

bermula dengan kisah saya sendiri..saya masih ingat lagi..semasa kecil..umur 10 tahun..saya adalah seorang yang agak tomboi.untuk bertudung?mestilah tidak..dengan alasan sibuk di padang dan kawan2 yang berlainan jantina..saya memang agak kasar..sehinggakan suatu hari,semasa menjaga arwah nenek saya ketika sakit,pakcik saya tanya.."nabilah taknak pakai tudung ke?kan cantik"..cantik?rambut yang pendek nak ikut style lelaki dah cukup hensem bagi saya.;p..buat apa nak nampak cantik..
tapi..disebabkan saya dikelilingi dengan mereka yang bertudung..family saya..sekolah..dan kawan2..maka,saya pun pakai tudung..ingat.!..ianya tudung..bukan hijab.
kadang-kala terlintas di fikiran saya yang masih keanakan.."cantiknya rambut dia..boleh ikat..main belai2..rasa bangga tunjuk rambut yang cantik"..sesekali bila keluar ada juga yang tidak saya bertudung
kemudian..apabila menjadi latihan..maka,lama-lama pun menjadi kebiasaan...tapi,berbalik pada niat...niat asal saya bukan sebab saya nak bertudung..tapi persekitaran..pergi sekolah agama..belajar sampai darjah khas..i never care n know.."why islam suruh aku pakai tudung"...cuma yang saya tahu,islam suruh pakai tudung..pakai tudung tu orang baik..tak pakai tudung itu dosa..apa yang aku buat..bila aku tahu ianya dosa dan pahala saja..tak pernah ada rasa nak membaca..bertanya..
hidayah Allah itu tidak datang bergolek..!..kita kena cari..alhamdulillah..saya bersyukur kerana ibu bapa saya seorang yang suka membaca..lagi2 apabila ia berkaitan islam dan psikologi.makanya,rumah akan penuh dengan buku-buku tentang agama dan psikologi..tetapi itu belum cukup dengan membaca..
tanamkan minat dan niat..setiap ilmu yang saya pelajari..bawalah cintaku kepada ilahi..dekatkan aku padaNya..
apa yang aku pasti..aku suka melihat mereka yang bertudung labuh..ustazah..yang kelihatan tenang je dalam bicara serta raut wajahnya..berkata-kata dalam hati."apa yang membuatkan mereka nak pakai macam ni?"..sekali lagi..semua persoalan itu saya hanya simpan dalam hati..saya memang seorang yang pemalu..lagi2 mahu bertanya soalan macam tu..takut dikatakan tidak ada agama dan kena marah..takpelah..simpan je..janji pakai tudung..jika masa sekolah rendah..pakai tudung pun,saya masih berpakaian lengan pendek..tidak lengkap..selepas naik ke sekolah menengah..aliran sains agama..dikelilingi dengan mereka yang lebih dan lagi sopan pemakaiannya..lagi2 bila berhadapan dengan ustaz dan ustazah dan menjadi pelajar contoh..mestilah malu dan segan..dan syarat wajib sekolah pula harus pakai lengan panjang walaupun dalam aktiviti sukan..
masih..masih..masih terkapai..tetapi diri sendiri tidak tahu kenapa kena pakai tudung..
cuma bagi saya...rambut itu aurat..dan ianya mahkota..
sehinggalah pengalaman pertama saya semasa bekerja di sebuah restoren,saya seorang sahaja pekerja islam..yang lainnya adalah foreigner..ada juga yang islam..cuma saya kurang pasti pada asalnya..kerana tiba waktu solat saja..seperti saya seorang yang minta tangguh kerja dan menunaikan solat..
apabila bertudung dan berpakain lengan panjang.salah seorang pekerja di situ..bertanya "kenapa pakai tudung dan lengan panjang"..saya jadi terdiam sekejap..tak tahu nak explain macam mana..ingatkan bagi mereka sudah biasa nampak..maklumlah..manager dan supervisor saya islam dan pakai tudung..bila saya jawab"ianya perintah tuhan dan wajib pakai"..mereka tanya "kenapa masa dah habis kerja pun saya masih pakai tudung'..mereka ingatkan pakai tudung ketika kerja tu adalah perintah Allah..sebab bila habis masa kerja..manager saya dan sprvsor saya tidak bertudung..lagipun mereka pakai lengan pendek..
dalam fikiran saya..arghhhh..sudahhh..saya tak tahu nak jawab apa..nak terang logik akal..dan termati..nak bagi hukum agama..mereka tidak faham...lagipun mereka kurang fasih dalam bahasa inggeris..
cuma apa yang saya perhati..saya sangat dihormati oleh mereka..walaupun saya seorang perempuan dan bertudung..tetapi mereka menghormati saya..menjadi kebiasaan bagi mereka apabila bercakap perkara lucah..tapi..apabila dengan saya.mereka jadi segan..tambahan lagi,apabila mereka sudah biasa sentuh perempuan..nak bersalaman..tapi..apabila saya explain..banyak perkara yang saya tak boleh buat..dan akhirnya mereka faham..sehinggakan..jika saya terlewat waktu solat pun disebabkan tengah ramai pelanggan..mereka yang akan suruh saya berhenti dan tahu waktu solat saya...
kaum wanita yang beragama islam..nampak tak??betapa islam sangat menghormati dan mengangkat darjat wanita yang bertudung...
pengalaman demi pengalaman..semakin banyak yang kita tahu tentang islam..semakin banyak yang kita tak tahu sebenarnya..teruskan mencari..membaca.sentiasa mahu perbaiki diri..bukan menjadi yang terbaik..tetapi mahukan yang lebih baik..

nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki.Lelaki secara fitrahnya mahu menikmati keindahan ini.Maka islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah,untuk lelaki meneguk biologi ini dan bukan dengan sewenang-wenang.Wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki.Islam meletakkan batasan dan hijab adalah antara ubat supaya dapat menjaga batasan.

tak kenal..maka tak cinta..maka,berkenal-kenalan lah dengan islam..
konsep bercinta ni mudah..kena faham-memahami..kalau saling memahami..mesti urusan jadi mudah..
islam adalah agama fitrah..sudah cukup faham fitrah manusia..cuma kita je yang tidak faham dan kurang faham dengan islam..
kalau orang tanya..apa bukti kita cinta..tunjukkan bukti..al-quran dan sunnah..
macam kita bercinta..apa bukti awak sayang dia..dia bagi saya rumah..kereta..cincin berlian..
tapi..islam lagi sayangkan kita..dia boleh bagi kita syurga..kau ada??..;p..

kesimpulannya..mudah..FAHAM..AMALKAN..dan ISTIQAMAH..insyaAllah..sentiasa berdoa..agar diberi petunjuk olehNya.
mungkin niat asal saja2 pakai tudung...tapi...insyaAllah..kalau kita sentiasa belajar..dan mencari...kebaikan akan datang kemudian..sedikit demi sedikit..:).
tak perlu bandingkan orang lain yang bertudung tapi luarannya kurang sopan..persoalannya..islam dah bagi yang terbaik..mengapa perlu mencari lagi??


p/s:  saya rasa..saya dah tak minat anuar zain la..*motif??*..

4 comments:

  1. Nice entry!! Keep it up!!

    P/S: Sy rs awk boleh masuk ustazah pilihan utk next season la.. :p

    ReplyDelete
  2. anonymous:.hye.thx..awk ni siapa ye?apa nama??...sy tak layak lagi nak msuk ustzah pilihan..

    ReplyDelete