About

Instagram

Tuesday, March 6, 2012

adakah mereka kisah?




kerana kadang-kadang kita perlu buat keputusan tanpa berbincang
tanpa beritahu orang lain
tanpa pengetahuan orang lain
tanpa mereka tahu
tanpa sahabat tahu

kadang-kadang mereka bertanya
kadang mereka ingin tahu
kadang-kadang mereka terlalu ambil berat
kadang-kadang ada yang tidak kisah

sebab kadang-kadang keputusan itu terlalu sukar untuk diluah
kerana tidak semua orang berfikir macam kita
tidak semua rasa apa yang kita rasa
kerana masing-masing punyai pandangan yang berbeza

kadang-kadang ia memang sukar..
kadang-kadang ia mudah
tapi
konklusinya
ia  sesuatu yang rumit
sebab keputusan ini tentang masa depan
masa yang lebih jauh
untuk yang lebih baik

kita buat keputusan tanpa berbincang
kerana taknak dipengaruhui dengan kata-kata orang
kita mengatakan begini
mereka fikir begitu
keadaan akan jadi lagi rungsing

kalian
hidup ini terlalu banyak hati yang perlu dijaga
bukan hati aku..
tapi hati kau,dia,mereka

kadang-kadang
kata orang boleh membunuh segala rasa yang engkau pendam..
kadang-kadang 
bukan pentingkan diri sendiri
tapi
sayangkan diri..
sayangkan kamu
mereka

ada keputusan yang mereka tidak faham
ulangi
kerana fikir mereka begitu bukan begini

ini bisiknya diri pada hati..
"pejamkan matamu..buatlah..kerana ini yang terbaik"

kerana ini cintaku padaNya..

p/s: kadang-kadang aku tidak tahu apa rasannya begini

ORANG YANG AKAN PEDULI SAJA AKAN BACA POST INI..:)

btw..

i love this one by

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.
nukilan dua hamba Tuhan :)

2 comments:

  1. =)...suke ayt2 di ats,,,seperti betul dgn kehidupn realiti kan..=)...emm..cmne nk jdi bgus menulis mcm awk..

    ReplyDelete