About

Instagram

Friday, March 16, 2012

saya memang suka bergurau..saya juga seorang yang serius..

salam.:)

dimulakan dengan bismillah..

minggu ini banyak perkara yang saya kena buat..setiap hari ada je perkara baru..ada je kerja..lepas habis satu kerja..kerja lain menunggu..itulah kehidupan,tak boleh nak terlalu bersenang lenang dengan kesenangan..lapang sebelum sempit..

saya teringat perbualan dengan seorang rakan..umurnya lebih tua dari saya,namun perilakunya tidak seperti umurnya,seorang yang agak happy go lucky,jarang melihatnya bersedih,saya fikir dia mungkin seorang yang tabah dan senang untuk menerima kesedihan..orang kata.."take it easy"..namun,kadang2 terlintas juga di fikiran,sebagai manusia, takkan lah dia tak pernah nak tunjukkan kesedihannya,kalau betul ada cara lain,saya perlu tahu..
saya mula bertanyakan kepadanya..satu persatu..soalan demi soalan yang mungkin dia sendiri secara tidak sedar yang saya sedang mengkaji setiap jawapannya.sudah pasti..jika saya bertanya soalan...tidak mungkin ianya "soalan bodoh"..soalan yang boleh dijawab sambil lewa...saya inginkan jawapan yang dapat merungkai setiap persoalan dalam kotak fikiran saya..jawapan yang bukan saja2 direka..jawapan yang lahir dari hati yang ikhlas untuk menjawabnya..
inilah saya,seorang yang mempunyai tahap ingin tahu yang sangat tinggi.kadang2 saya sendiri jadi letih dengan diri saya..kerana otak saya penat..ligat mencari jawapan setiap persoalan yang bagi orang lain ianya tidak penting..tapi,bagi saya..kalau saya ingin tahu sesuatu perkara itu,saya mesti cari jawapan.!..cuma apabila dalam sesuatu masa terlalu banyak yang saya kena fikir,saya perlu meletakkan perkara yang perlu menjadi keutamaan dahulu..jika tidak,saya akan jadi berserabut,saya perlu melatih diri untuk menyusun atur kehidupan saya..
berbalik kepada perbualan dengan rakan saya itu atau lebih dikenali sebagai A..walaupun dia seorang yang kelihatan agak tidak matang dari perilakunya yang suka bermain,tidak pernah serius.saya pasti,dalam setiap diri manusia akan ada sesuatu tahap yang dia akan serius..tapi,saya kena cari di mana dan sejauh mana tahap serius itu..tajuk dan topik apa yang boleh membuatkan dia menjawab dengan cara serius..serius di sini bukan bermaksud die perlu ubah perilakunya menjadi seorang yang tidak boleh ketawa,tak boleh tersenyum2 dan tidak boleh bergurau,tapi biarlah bagi jawapan yang relevan..jawapan yang boleh membuatkan kita berfikir.bukan perlekeh..

A : aku tengok ko ni macam main2 je..tak serius..asyik nak berlawak..tapi bila bab membaca,aku jarang tengok ko berminat dengan bahan2 bacaan yang lawak..komik..game pun ko tak suka..semua bab2 fakta..biasanya orang yang baca bahan2 ilmiah macam ni,seorang yang agak serius,tapi ko ni terbalik pulak..

saya : tersenyummm..:D..DAN "berfikir"

saya akui,saya seorang agak suka menyakat,bergurau senda dan bermain2..tapi,akan ada satu tahap yang mana saya anggap,ianya bukan main2.rakan2 yang mengenali saya secara luarannya dan jarang ada masa untuk berbual topik2 agama,mungkin akan memandang saya seorang yang "asyik main2"..benar,itu luaran saya..sebab tiada sebab untuk saya jadi 24 jam menjadi seorang yang serius..dalam sesuatu perhubungan,kita perlu ada masa untuk serius dan bergurau...terutamanya bercakap soal agama.
bagi saya,saya boleh bergurau dalam apa jua tajuk..tapi apabila ia berkaitan dengan agama,itu bukan bahan untuk dipermainkan..

pernah menegur seorang rakan yang melewat2kan solat dan sering meninggalkan subuh..tapi apa yang dijawabnya DENGAN SELAMBA.."nak buat macam mana,tak sedar,malam tadi tidur lewat"..
bagi saya,pekara asas dalam islam adalah solat..kalau perkara asas dalam solat pun dia boleh jawab sambil lewa,bagaimana urusan seterusnya..jawapan yang selalu diguna pakai dan jika dah tahu tabiat tidur lewat menyebabkan tertinggal subuh,kenapa tidak tidur awal..saya masih positif,mungkin ada urusan yang tidak dapat dielakkan..tapi apabila saya melihat ada perkara lain yang membolehkan dia tidur awal,saya rasa itu sesuatu yang kurang adil,jika dia boleh tidur awal dan bangun pagi untuk perkara lain sedangkan untuk solat subuh,dia ketepikan..

saya agak flexible dalam berkawan.saya boleh berkawan dengan semua orang,tapi saya perlu letakkan limit atau batasan dalam setiap pergaulan..tidak semua orang saya boleh melayan dengan sama rata dan adil..setiap manusia berbeza dan saya boleh berubah mengikut keperluan mereka..CUMA..macam saya btau,akan ada limit dan batasan..
dari sejak sekolah lagi,saya tidak seperti remaja lain.saya tidak melalui proses kehidupan remaja lain semasa sekolah..jadual harian saya yang padat dengan aktiviti sekolah,membuatkan saya akan ada masa lapang untuk berbual dengan kawan2 bila semua kerja dah siap..itupun jarang untuk dapat masa berbual kosong dengan kawan2..mungkin minat saya lebih kepada membaca bahan ilmiah,maka saya tiada masa untuk membelek novel cinta..walaupun ada rakan2 yang lain sibuk membalas surat cinta,berkenalan dengan kawan lelaki dari sekolah lain..tidak bagi saya..saya kurang berminat dengan aktiviti sebegitu,lagipun sekolah saya semua perempuan.
saya tidak ramai kawan..tidak ramai kenalan..selain pergi sekolah dan kawan2 sekolah,saya lebih banyak duduk di rumah,tidak seperti remaja lain yang mungkin banyak masa untuk ke shopping complex..keluar dengan kawan2 hujung minggu..nak ke mana dan dengan siapa saya keluar,saya perlu beritahu emak dan minta kebenaran..saya terbawak2 tabiat ni sehingga menyambung pelajaran ke peringkat asasi,itulah pertama kali saya berjauhan dengan keluarga..belajar hidup berdikari,perlu kenal orang baru..cari kawan..saya pasti,saya sukar untuk hidup sendirian tanpa ada kawan2..dapat cari seorang pun jadi lah.!
dari situ,saya kenal ramai kawan2 dari negeri yang berbeza2..semua negeri ada..dengan loghat pekat2 nya..ahah..kadang2 nak tergelak,sebab sebelum ni duduk johor je..memang tak pernah nak dengar loghat lain..bila kat foundation,jadi bingung sekejap..rasa macam kat dunia baru..yang pasti sampai sekarang MASIH FAIL NAK CAKAP LOGHAT KELANTAN.!huh..walaupun dari foundation sampai sambung degree roomate aku orang kelantan..haihhh..bila aku cakap je..dieorang gelak dan cakap aku orang siam..grrrrrrrrrr..kesimpulannya,aku dah tak nak cakap lagi...;p

senang kata..ada perkara yang kita boleh bergurau..ada perkara yang kita kena serius..
aku lebih kenal diri aku sendiri..kalau mereka yang betul2 kenal saya,mereka tak mudah kata "nabilah seorang yang suka berlawak,dan tak serius pun"..yes..i admit it..sy akan tersenyum saja..sebab anda belum kenal saya..:)..kalau anda benar2 kenal saya..anda akan kata..saya ini membosankan..percayalah.!..saya lebih suka untuk berbincang isu2 semasa..fakta..dari menonton wayang..tgk movie..cerita kartun..game..novel cinta..memang saya kurang gemar..
walaupun saya suka buat puisi2 jiwang..itu lahir dari hati saya..bukan sebab pengaruh dari novel mahupun cerita2..

owh ye..saya ada terbaca satu artikel dari langitilahi..entri yang sangat menarik untuk dikongsi bersama kalian..:)..


8 comments:

  1. Yeayy..!!! Entry baru..!! 1st..!! Hehehe.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye anonymous..seronok ye jd org prtama komen..:)..tahniah..

      Delete
  2. Replies
    1. ok..senyum jugak la..:).:)..nah.!..2x ganda..;p

      Delete
  3. the biggest different mengadu kat ko dgn mengadu kat ika is : ika akan potpet2 pungpang2 mcm machine gun israel g palestin.smpai aku pon rasa nak terajang je dgr ayat pedas die. tp kalau ckp dgn ko, mcm crita kat Gary. Dgr dan goyang2 telinga but no further respond. -_-'
    -hai saya adik nabilah-
    hahahahhahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello "adik" yang aku sayangi sgt2...muahx2 sikit..cium pipi kiri.cium pipi kanan..pastu lap pakai tuala..elakkan jangkitan kuman di muka..huahaha...hey.!..saya orang digital..makanya,sy perlu proses mklumat dlu bru ble beri mklum balas..org dgital ni bnyk brfikir..sbb tu die lmbt bg respond..faham??..ok la tu..ada org ble bg peluru..klu smua org nak bg ayt pluru kat anda..kang sentap.!.ahaha

      Delete
  4. Panggil "Meknab siam" la pasni. . seswai.woahahahaha ~

    ReplyDelete
  5. tp kalau process slow sgt tu kene tambah rem ok! lembab gila mcm kene virus. -_-'. tp yg pasti, ko boring sbb selalu serius je. tuka blog ko jadi blog serius la.
    -aku adik (eh..akak) kau-

    ReplyDelete