About

Instagram

Saturday, April 28, 2012

PART 1 : borneo aviator trip...SUPER AWESOME.!..:D

salam..:)

seperti yang saya telah janjikan..cerita tentang aviator trip borneo di sarawak..tersangatlahhh best
sebab ini kali pertama saya berjalan jauh dengan kawan2..kiranya 2 in 1 la kan..
sambil join program..sambil jalan2..sambil mengeratkan silaturrahim..sambil habiskan duit juga..ehh??

aviator trip borneo yang telah diadakan pada 21/4/2012..bertolak ke kuching pada 20/4/2012..flight pukul 7 pagi..dan bertolak balik pada 22/4/2012..total kira 3 hari la kat sana kan..*dah macam nak buat report pulak*..

kami cuma perlu bayar rm70 sahaja untuk tiket pergi dan balik.murah x??*sambil angkat2 kening*.dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah..haaaaa..ce teka..apa nama airline tu??
kalau anda tak buta huruf..pasti boleh cari jwapan dalam gambar di bawah..heii..


ni masa baru nak baik flight ke kuching..semua muka semangat je..naik flight..semua terlena..
sebagai contoh :


amoi banyak penat maa..mau naik ini air asia..kena berlari2..naik tangga..ini macam jadi sampai terlena
p/s : bukan salah saya..salahkan jurukamera..okbye

so..hampir 1 jam 45 minit perjalanan..maka..kami pun sampai ke kuching international airport..selepas angkut semua barang2,terus ke homestay yang ditaja oleh director kami sendiri..nnti saya cite..sape director kami..:)..
lepas sampai homestay..berehat.mandi,solat smua..kmudian pergi ke sekolah yang akan diadakan akitviti aviator trip ni untuk membuat persiapan..

tujuan aviator trip ini diadakan adalah untuk bagi pendedahan or maklumat tentang industri penerbangan kepada para pelajar sekolah..
ramai pelajar yang menganggap..dunia penerbangan cuma pilot dan pramugari je..amboii..tukang betulkan kapal terbang sape pulak??..
sebelum ni aviator trip di semenanjung seperti di kedah,johor,pantai timur..dan kali ini,julung kalinya diadakan di sarawak..jauhhhhh..nasib baiklah tuan director anak jati sarawak..dapatlah program ni berjalan lagi lancar..alhamdulillah


semua sedang bertungkus lumus..saya nak tunjuk gambar mr.director..tp dia sedang pandang ke belakang pula..


gambar onwer blog wajib masuk kan??..n tersangat over sebab gambar nak sorang je..ahaksss

ok..selepas siap semua membuat persiapan..
beginilah hasilnya..


lepas siap semua persiapan..malamnya..kami dinner di rumah tuan director




keesokan harinya..bermulah program aviator trip borneo yang telah dirancang setelah sekian lama..

di



ini adalah ketua kami..awie..hmm..maaf..xtahu nama penuh..;p


ini tuan director kami...

2 orang terpenting dalam event ini..
awie si kaki pembuli..awas.!..bahaya kalau kena bang2 boom surprse birthday dengan dia..ahha
di support oleh tuan director ni..haishhh



mengadakan sedikit taklimat or perbincangan sebelum program mula..apakah fungsi mletak tgn di telinga??owhh..mungkin akan dengar suara awie lg kuat..;p


oleh kerana satu group di bahagi 2 kumpulan...prtama kena buat glider..dan yg kedua buat roket..
masa saya jadi faci untuk buat roket ni..datang seorang guru..
perbualan antara guru tersebut dan pelajar dalam group aku..

cikgu : eyh..korang kena buat macam ni..macam tu..ni kena berat sikit..bla300x *kemudian berlalu pergi*-dalam bahasa sarawak
pelajar : *sambil tengok kat aku*..yeke kak??
aku : berfikir...*******
pelajar : takpe kak..kiteorang ikut idea akak je..
aku : die cikgu fizik ke??
pelajar : tak..dia cikgu geografi..takpe..abaikan je
aku : ooooooooopqrstuvwxyz..bagus cikgu ni..hmmm


selepas hampir satu jam menyiapkan tugasan..kemudian..kita akan pergi ke sesi "rocket lauching" dan glider..kita tengok sapa yang kena..~



majlis penyampaian hadiah dan cenderahati


ini dia..hero dan heroin MIAT yang berasal dari sarawak..


semasa sesi "rocket launching"...penamat bagi majlis penutup aviator trip borneo 2012..yeayyyy..pasni boleh jalan2 pulakkk.;p..
-di sini saya agak konfius apabila ketua mpm MIAT yang berpakaian smart gitu..siapakah penolong pengarah sebenarnya??..oh yeah~


ok..sekian saja..tamat sudah cerita part 1..ingatkan nak buat satu sesi je..tp.disebabkan banyak benda nak cerita dan gambar serta internet yang "membantu" melambatkan proses upload..kite sambung esok2 ye awak2....mata dah ngantok..

goodnight.:)













Friday, April 27, 2012

when words fail,silence speaks

salam..:)..

kalian apa khabar?harap sihat dan semoga dipermudah segala urusan..

sekadar menjawab pertanyaan.."nabilah,mana dapat gambar dan ayat2 yang best ni??"

so jawapannya..it's from my tumblr.!..since,sy dah takde facebook,sy mulai jatuh cinta dengan 
my tumblr..tapi,maaf..saya suka ber tumblr,sorang2 je..tanpa ramai yang tahu itu adalah tumblr saya..ahhha..what so amazing about tumblr??ehe..bagi saya,hanya orang yang tertentu je suka tumblr..
mereka yang hatinya "berjiwa seni" dan "lembut"..sebab bukan semua orang boleh faham "ayat tumblr"..takde siapa boleh menilai ayat tumblr itu salah atau tidak..sebab ia memberi 1001 makna..
paling penting..membaca dengan hati,bukan dgn mulut je dan membuatkan kita berfikir..
ada banyak jenis orang yg suka ber tumblr ni..ada yg suka fesyen,gmbr pemandangan..tapi,sy lebih 
suka islamic tumblr.sebab..mereka menyebarkan tentang ISLAM.!..

selain solat dan mengaji yang kita buat bila bersedih..memohon petunjuk,doa..ayat2 tumblr juga seolah menjadi penghibur bila berseorangan dan bersedih..
bila tengah sedih2..bukak tumblr je,ada ayat2 yang memberi kata semangat..

contoh : 

1. seolah berkongsi rasa yang sama


   “
bukan senang, 

nak ‘buang’ atau ‘padam’ nama seseorang.

itu sama seperti,
mencuba sepuas hati,
memadam sepatah perkataan pada sekeping kertas yang ditulis dengan sebatang pen.

sedang kita tahu,
pemadam tak akan mampu memadam dakwat pen.
tapi kerana terdesak,
kita terus memaksa.
akhirnya?
bukan nama yang terpadam,
tapi kertas yang terkoyak.

ya,
nama itu akan kabur,
tapi kesan pada kertas itu,
akan kekal, dan tetap ada.

nak buat apa?

mintak hati baru. T_T

(via tersenyum-melihat-langit)



2. peringatan sesama sendiri.

kadang-kadang..ada masa kita akan bersendirian..tertuma bila bersedih..xnak cakap dengan orang..tapi
tumblr jadi kawan macam ayat berkawan dengan ayat





3. 'MEMBANTU' saya untuk sentiasa baca al-quran

saya tak kata tumblr menjadi pemangkin utama..tp,ia membantu..contoh


bila terbaca sepotong ayat mcm ni pun..sy takkan terima bulat2..makanya sy pun pergi bukak al-quran
betul ke ada?kemudian akan terus membaca..:)..menarik al-quran ni sebenarnya..

nabi S.A.W bersabda :
"bacalah al-quran.sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at kepada
para pembacanya" 

(riwayat al-bukhari)

4. buatkan kita berfikir semula 

betul atau tidak??



contohnya macam saya..:P


5. paling penting tumblr ada gambar budak kecik comel.!!!!!!!!!..:D..tengah ada masalah pun jd tersenyum kejap


alololololo..meh sini nak cubit..nak men geletek kaki..ble x??..haha

dan palingggg penting..tumblr takde budak comel ni
.
.
.











Saturday, April 14, 2012

tips untuk menghilangkan bosan

salam.:)

hari ini..aku nak berkongsi satu tips "pelik" yang aku buat...perkara apa yang korang rasa tak menarik minat..
tapi,korang akan buat time korang bosan..

someone pernah tanya saya,heyy..orang macam u yang serius pun tahu bosan ke??
saya menjawab kembali,sebab orang yang selalu serius la cepat bosan...
why?why??sebab..dalam kepala dia akan fikir kerja..kerja..kerja..sampai orang buat lawak pun,dia akan fikir serius..orang dah gelak 1 minit..5 minit kemudian baru tergelak..itu pun gelak tak ikhlas.."oh,dia buat lawak..ok..haha"..

aku bukanlah jenis serius sangat,cuma mungkin fikiran aku ni lebih kepada realistik..
jadi,aku susah nak faham cerita kartun,komik,anime or whateva..yang seangkatan dengannya.~..
kartun..dah kena tembak 100X pun ble hidup balik,bagi aku tak logik..huu..jadi,aku pening kalau nak proses 
untuk aku terima kenyataan itu..LOL.!.*maaf kepada peminat komik,kartun ye*..

tapi,jangan terkejut...kalau ada masanya,aku boleh layan semua benda2 ni..
apabila..aku rasa otak aku "berat" sangat..sarat dengan pelbagai masalah,kerja tapi aku taknak fikir semua tu..
makaaaaa..bermulalah situasi ini..

1.duduk dalam bilik,pakai headset...bukak lagu LAIN DARI YANG LAIN dari kegemaran anda...

CONTOH


sesekali..dengarlah lagu yang menaikkan semangat anda untuk membuat assignment tanpa merungut..ahakss..
kemudian,roomate akan masuk bilik dan pandang anda 2,3x.."ehh..kenapa ngn roomate aku ni"..anda akan menyanyi bersama..tak kisah lah walau suara tidak semerdu siti nurhaliza..lirik tunggang langgang..tempo lari..anda akan kata."it's SO COOL~"

2. tengok cerita kartun dengan 2 ekspresi muka..


kemudian apabila mulai bosan jugaaa...tiba-tiba akan ketawa..*dengan cara annoying*..
sampai kan kawan aku kata.."bella,tau r lawak,xpyah nak ketawa over sangat"..baiklah~


3. pergi depan cermin dan bercakap dengan cermin..


"i dah 8x buat proposal..asyik kena reject je"...:'(


4. TIDUR


selepas puas melakukan semua ini..anda akan bangun dan berfikir dengan relevan..

so..
what's our next plan..*eiceh,gaya tetibe jdi matang*..


itulah seharusnya...

jadi..kesimpulannya,bosan bagi saya adalah apabila kita mulai hampir putus asa dengan apa yang kita buat
apabila kita mulai tidak yakin dengan apa yang kita buat..maka,kita tidak tahu apa tujuan kita buat sesuatu
pernah tak orang cakap."eyhh..apsal u makan??".."saje~..bosan"..heh???
contoh :  i sangat rajin buat assignment,tapi bila lecturer asyik komen i punya esei, i rasa malas nak buat..
bila malas..rasa bosan..cubalah puji macam ni.."nabilah,esei awk ni dah bagus,tapi saya nak awak buat yang lagi bagus.!."..owhh.cliche~..

okbye

p/s : i dah bosan dengan anuar zain.sebab dah bertahun tunggu dia,tapi dia buat tak tahu~



Friday, April 13, 2012

menari bersama ombak



dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani

dia berjalan seorang diri..
terkadang tersungkur..terjatuh..
berlatih mendidik hatinya..
berjaga-jaga dengan pandangannya
mata yang tertutup namun hati yang terbuka 
dia pasti temui cinta
alunan zikir yang tidak pernah henti dari mengingati PenciptaNya..

dia masih bersendirian..
 sambil menghirup udara segara..
sambil mengalun rindu pada PenciptaNya...

dia masih lagi di situ...
terkadang masih mencari siapa dirinya...
hati yang tegas dengan pendirian..
sesekali terusik dengan rasa bahagia ini..
namun pernah lemah dengan kekecewaan itu...

dia tidak pernah membawa diri..
dia mahu kembali..
namun,tidak tahu ke mana...
berdoa kepadaNya..
"Hanya kepada Engkau kami sembah,dan kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan,
tunjukilah kami jalan yang lurus,iaitu jalan-jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,bukan(jalan) mereka yang Engkau murkai,dan buka pula jalan mereka yang sesat"

kerana hati ini yang sering berbolak-balik
dia takut jika suatu hari nanti,HidayahNya yang pernah hadir membuatkan dia menangis..
namun kerana nikmat dunia yang sementara ini,dia sering kali terlalai..

terlalu banyak nikmat dariNya..
maka,nikmat tuhan yang mana lagi kamu dustakan..

kerana dia hanyalah seorang hamba Allah..
khalifah di bumi yang sementara ini..
dia belajar mensyukuri segala nikmat dariNya..
dia belajar menghijabkan pandangan serta hatinya..
dia belajar untuk menyempurnakan imannya yang sering kali tersasar dari niat asalnya
dia belajar untuk mendidik hati yang terleka..terlalai..
selagi mana hatinya masih terbuka untuk bertaubat,selagi mana dia diberi peluang..
selagi itu,dia mahu kembali kepada tuhanNya..kerana cinta dia dan hatinya milik ALLAH..
sejauh mana cinta itu,namun terkadang tersasar juga dengan panahan cinta manusia..
dia masih kembali dan mengharap redhaNya..

semoga hati dia sentiasa untuk menerima ketentuan dariNya..


-MIAT

Wednesday, April 11, 2012

beberapa peringatan

bismillah~


18- يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَ لْتَنْظُرْ نَفْسٌ ما قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَ اتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبيرٌ بِما تَعْمَلُونَ 
Wahai orang-orang yang ber­iman! Takwalah kepada Allah dan hendaklah merenungkan se­tiap diri, apalah yang telah diper­buatnya untuk hari esok. Dan takwalah kepada Allah! Sesung­guhnya Allah itu Maha Menge­tahui apa jua pun yang kamu kerjakan.


19- وَ لا تَكُونُوا كَالَّذينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْساهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولئِكَ هُمُ الْفاسِقُونَ
Dan janganlah keadaan kamu seperti orang-orang yang me­lupakan Allah, lalu Allah pun membuatnya lupa kepada dirinya sendiri; itulah orang-orang yang fasik.


20- لا يَسْتَوي أَصْحابُ النَّارِ وَ أَصْحابُ الْجَنَّةِ أَصْحابُ الْجَنَّةِ هُمُ الْفائِزُونَ
Tidaklah sama penghuni-peng­huni neraka dengan penghuni­-penghuni syurga, penghuni­-penghuni syurga, itulah orang­orang yang beruntung.



21- لَوْ أَنْزَلْنا هذَا الْقُرْآنَ عَلى‏ جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خاشِعاً مُتَصَدِّعاً مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَ تِلْكَ الْأَمْثالُ نَضْرِبُها لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ 
Kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, niscaya akan engkau lihatlah gunung itu tunduk ter­pecah-belah disebabkan takut kepada Allah; dan perumpama­an-perumpamaan itu Kami perbuat untuk manusia supaya mereka berfikir.

surah al-hasyr 18-21


alhamdulillah

finally i have something to share with  all of you my dear friends..which is a reminder for me,yourself,them and WE.! that is AL-QURAN.
what's so interesting about this quran???u even never read it before??start it now.!..not after this,not tomorrow..KALAU KITA BUAT SESUATU KEBAIKAN ITU IKHLAS KERANA ALLAH,INSYAALLLAH KITA AKAN DIPERMUDAHKAN UNTUK MENDAPAT KEBAIKAN DAN MAANFAAT..
kita manusia..sentiasa..setiap saat memerlukan peringatan..kerana kita sering lupa..!..saya juga,jadi apa kebaikan yang saya dapat,saya mahu kongsi bersama kalian..agar jika saya terlupa,kalian pula ingatkan saya.:)

ما قَدَّمَتْ لِغَدٍ
"Apalah yang telah diperbuatnya untuk hari esok."

Hari esok ialah hari akhirat. Hidup tidaklah akan disudahi hingga di dunia ini saja. Dunia hanyalah semata-mata masa untuk menanam benih. Adapun hasilnya akan dipetik adalah di hari akhirat. Renungkanlah oleh tiap diri apalah yang telah lebih dahulu diamalkan untuk didapati di akhirat itu kelak? 

saya selalu sukar menangis..lagi2 depan orang..mungkin ego??ketahuilah,dengan membaca quran dapat membentuk hati kita menjadi lembut..lembut bukan bermakna lemah,sentiasa dan sikit2 menangis..tapi lembut untuk disentuh dengan perkara yang mudah untuk membentuk dan menegur hati kita..
kadang-kadang kalau baca quran,tapi saya tak dapat rasakannya dalam hati,saya akan baca ulang kali.yee..berulang kali,tak kisahlah 3 ayat sehingga 15 minit sekali pun....sampai saya nangis.!..dan pada masa tu,subhanaAllah..betapa hebatnya rasa ini..sangat sukar digambarkan....setitis air mata yang melambangkan keikhlasan,ketenangan,redha,patuh,akur dan segalanya..

yaaa..semua orang busy bukan??semua orang ada tanggungjawab..ibu,pekerja,pelajar,ketua pelajar..tidak kisahlah apa pun pangkat kita..tapi.!..jangan kita lupaaaaa..akhirnyaaa..di mana kita?apa tujuan kita dihidupkan..

     Firman Allah S.W.T.:
    “Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.
semoga ianya dapat memberi peringatan sesama kita..~


sebanyak mana pun harta kita..setinggi mana pangkat kita..sebanyak mana kebaikan yang kita dapat walau dengan usaha kita..KITA TAKKAN DAPAT TANPA IZIN ALLAH

P/S :ukhwah yang terbina atas dasar dan niat kerana ALLAH sukar untuk dipisahkan.walau sejauh mana,,walau tidak pernah jumpa,tapi kerana niat yang satu ini..saya rasa kalian dekat dengan saya,semoga entri ini dapat membalas rindu saya pada kalian..:)..*nabila azmi dan mazni



Friday, April 6, 2012

Mencari RedhaMu : PART 1


" Tiada Solat yang paling berat bagi orang munafik melainkan Isyak dan Subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun mesti dengan merangkak.."  
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ) 

bersabda Nabi S.A.W : " Allah tiada memandang pada hari kiamat kepada hamba yang tiada menegakkan tulang sulbinya di antara rukuk dan sujudnya." Bersabda Nabi S.A.W : "Tiadakah takut orang yang memusingkan mukanya di dalam solat,akan dipusingkan oleh Allah mukanya menjadi muka keldai?"

dulu,saya selalu terfikir,bagaimana keadaan seseorang yang tak cukup tidur,disebabkan berjaga malam untuk solat sunat..setiap masam..jangan kata solat fardhu..solat sunat juga,solat dhuha,solat taubat..dan macam2..berjaga malam,kemudian selepas subuh tak tidur,selepas asar tak tidur..owhh..banyak sgt persoalannya..

kadang-kala..ok,saya tak mengatakan semua,tp kalau kita perasan..masa kita kecik2,biasanya ibubapa suruh kita solat..ok fine,tengok mak ayah solat,kita pun ikut,baca entah apa2,kita sekadar tiru gaya dan gerak geri...*sangat comel tgk budak kecik ikut gerak-geri mak ayah solat.ehik.~*..itu biasanya,masa untuk 4,5 tahun la mungkin..then,naik darjah 1..kita pergi sekolah agama..kat situ,biasanya peranan ustaz dan ustazah yang mengajar..ada ujian dalam bacaan solat,kita pun hafal..ujian amali,kena buat betul2 macam tengah solat..teringat dulu,ustazah di sekolah agama saya sangat garang,jadi saya paling takut,sbb dia ajar subjek amali solat dan lisan..sebelum hari ujian,kena praktis solat beramai..masa sujud,sy tersalah bentukkan tapak kaki,maka dia gunakan pembaris yang panjang tu dan mengetuk kaki saya sehingga sy ter OUWCHH.!!..BETUL!.TAK TIPU..saya masih ingat sampai skrang,nama dia cikgu munah..uhuuuu..dan terima kasih juga,sampai skrang kalau tengok orang sujud,n salah bentukkan tapak kaki,sy teringat pristiwa tu..ahaaa..dulu masa kecik2,boleh la kita kata.."eyhh.!..aku punya subjek amali A..100%..aku hafal semua makna dalam solat..aku hafal surah ni..surrah tu.."*alaa,aku pun pernah jadi student,xyah tipu*.fine la..masa kecik2,sekolah agama..ada orang nak pantau..nak tak nak..secara tak langsung,memang kena hafal dan belajar..kemudian,bila dah makin besar..sekolah agama dah tamat..sekolah menengah dah tamat..setiap pelajaran saban hari makin dilupakan...ouwhh..come on la,student universti..apa kelass duduk bilik hujung minggu,lepak mamak la bro..subjek agama pun,belajar masa semester 1..untung la kalau macam universiti yang menitik berat subjek agama...lagi laaa dah jauh dengan mak ayahhh..siapa yang nak pantau solat ke tak solat..sape nak tolong kejut solat subuh ni???malam tadi tengok bola sampai pukul 3 pagi.!..sanggup tidur awal dan bangun pukul 3,nak tengok bola..bukan sebab nak tahajjud..*fine la..tengok bola bukan setiap hari,ni aku bagi contoh je,jangan nak sentap sgtt la..;p.peace.:)..*

kadang-kadang rasa penat tu di akui la..sebagai student,tugas kita bukan belajar je..tanggungjawab dalam kelab,sukan dan lain2..kemudian kalau DIRI SENDIRI taknak pantau tahap iman,solat pun makin tak fokus,terasa macam pathetic.!..mengaji dah takde orang nak suruh..yela,dulu zaman sekolah,kita buat sebab subjek yang kita belajar,sebab nak exam..walaupun kita busy,tapi semua tu jadi wajib,tapi..sekarang,sebab dah bukan subjek yang kita belajar,maka susah la..yeah..i admit,contoh la..jadual untuk satu hari,bangun pagi,kelas,balik belajar..bla2~..then malam tidur..pastu terfikir, "apa yang aku buat hari ni untuk diri aku???"..rasa macam 24 jam aku buat apa??penat je dapattttttt..pastu tanya diri sendiri "nabilah hari ni mengaji berapa muka surat?baca je ke..baca dengan maksud??..ambil pengajaran tak??.manusia sering alpa.!.hari ni baca,malam gelak2 bergurau senda,kemudian lupa..esok kena baca lg,jadi peringatan.lain tau rasa penat dengan berkat dan penat memang penat..eh.!.come on la..dah besar kowttt..bukan budak2 kecik nak kena DISURUH..baru nak buat,kata kubur2 lain..haaa,get ready la..kubur lain2 la nanti dah takde sape nak tolong.time kita hidup la kena tolong diri sendiri..

seorang hamba Allah pernah mengadu.."banyakknya kerja,nak study,susah..susahhh"..maka dia pun sering tidur lewattt kerana study.memang rajin,saya kagum.tapi,sayangnya,dia sering meninggalkan solat subuhnya..kerana tidur lewat..:(..dimana die meletakkan darjat solat itu dan belajar??apa pendapat kalian?



solat itu kewajipan SETIAP individu..no..no..takde alasan nak kata."beb,tolong solatkan untuk aku..aku busy la.."..boleh ke??..solat memang dah wajib,takde nak kata..nanti la,Hidayah Allah tak sampai lagi..bila dah solat,nak kena cari tips untuk khusyuk dalam solat pulak..apabila berbicara tentang SOLAT..banyak sangat yang nak dirungkai..belum lagi rahsia solat berdasarkan sains..manusia kan kadang2 suka fikir logik sains..

oleh kerana terlalu banyak,kali ni,aku nak berkongsi tentang SOLAT SUBUH..

...TIPS-TIPS..

1. TIDUR AWAL

2.MEMELIHARA ADAB TIDUR

3.PELAJARI BANYAK ILMU IMAN DAN AMAL SOLEH

4.MENJAUHI PERBUATAN MAKSIAT

5.MENGETAHUI DAN MEMAHAMI KELEBIHAN SOLAT SUBUH

6.MENJAUHI SIFAT MUNAFIK

teringat lirik raihan "peristiwa subuh"

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

"Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi."-darululumonline

selama 18 tahun duduk di rumah...semuanya dipantau oleh mak ayah..jangan kata solat,nak keluar ke mana pun kena beritahu..sampai dah 2 tahun kat universiti pun,aku masih terbawak2 sikap macam tu,nak keluar mesej mak,bitau nak ke mana..kemudian bila pergi asasi,saat tu aku mulai sedar..semuanya aku kena belajar berdikari..jangan gelakkan aku kalau masa asasi dulu,aku tak tau macam mana nak tunggu bas..masa kat rumah,abah bangun awal untuk berjemaah solat subuh di surau,anak2 masih tidur,walaupun sebelum die pergi surau,dia dah kejut...ok..takpe,abah pergi surau,ttidur kejap je..kejap lagi,abah balik..6.30.."eyhh..korang ni dah bangun subuh ke takk..nak kena simbah air ke..dah lewat ni"..see..6.30 pun ayah aku dah kata lewat..makanya,kalau aku rasa ada orang solat subuh pukul 7..aku rasa dah lewat sangat222x..abah selalu pesan.."kalau kita nak urusan dunia dipermudahkan,jangan "ambil ringan" dengan solat..jangan suka2 lambatkan solat"..dulu kalau dah janji nak keluar makan malam,makanya..lepas maghrib,aku pun dah siap2..pastu abah kata,kita keluar lepas insyak...grr..dulu2 rasa geram jugak laaa..tp,bila dah makin faham kepentingan solat ni..dah makin banyak yang belajar..ok sejukk sikit..

banyak..banyakkk..nanti,aku kongsi lagi apa yang aku dapat tentang solat ini.!.next entry.:)

p/s : sumber dan idea dari usrah,buku2,ceramah,ustazah dan SEMESTINYA TENGAH RINDU RUMAH..kbye~



Thursday, April 5, 2012

FINAL EXAM SEMESTER 4

salam.:)

semalam,macam biasa..kalau takde keje malam,aku memang tidur awl..bangun pukul 4 pagi..solat sunat,belajar..eiceh,konon rajin letuww~..padahal,scara jujur,i tak bpe suka kalau dah susun jadual untuk minggu ni,tibe2 ada kje lain sibuk mencelah..dah plan kena susun balik,kmudian mula la masa tidur tak teratur..tak cukup tidur shari je pdahal,tp nk top up tidur sampai 2 hari pun tak puas2..so melampau~..memang la..memang geram la..lg2 kje last mnit yg kna msuk dalam plan,baik2 kje lain nak siap awal dah kena tangguh...

minggu ni..sibuk dengan PBL 3,Aviation scurity,learning log,skrip aviator trip,busness plan techno..notes..notessss..
why notes??well,since aku ni bukan lah manusia yang boleh fokus BERJAM-JAM dalam kelas..sikit2 terberangan dating ngn anuar zain..sikit2 berangan nak pergi bercuti..pastu terasa macam..eh,bru 2 jam kelas??ada baki 2 jam..alahai..smbung berangan prgi brcuti lg..minta maaf..fokus aku adalah 1 jam prtama je,lps tu,aku kena rehat..tp,wlupun aku brangan..aku msih mndgar dan memerhati,aku just ambil mna yg pnting je,sbb tu klu takde nota revision..aku mcm lost..the idea come out b4 enter the class or after..
so..bangun malam2 barulah aman dan damai nak buat nota..


disebabkan masa kat kelas susah nak fokus,masa buat nota kena betul2 fokus..tu sbb aku suka belajar pagi..3-6..takde orang nak gangu..senang masuk.

kadang2,klu notes siap awal..ada sisa baki sebelum subuh,maka aku akan tertidur kejap..kemudian bermimpi..ehhh..dah hbis exam semester 4..pastu 5..pastu 6,7,8..pastu 

GRAD.!


yana : bella,nak kena lamar mcm mana?
aku : haaa..time grad,trun tangga ada orang bagi bunga..ouwhh..so suweettt *awas,jangan buat mcm ni,kerana ianya gurauan*
yana : ehh..kata lamar kena jumpe mak ayah
bella : ehh..tak..suami/tunang yang bagi ni
yana : )&*^&&$&^$&

hahah..ok..nak out..maaflah~tiada apa yang serius apabila ianya mood bergurau dan bersantai


p/s : MOOD : EXAM...EXAM..EXAM..!


Wednesday, April 4, 2012

perihal walimatul urus~


yana : bella,agak2 siapa jodoh kita kan?.Jacob ke Edward? *pengaruh cerita twilight*
aku : hmmm..Edward confirm2 bella punya,yana ngn Jacob la *WELL,IF YOU REALLY KNOW WHAT I MEAN* :D
yana : eyhhhhhh..bella?dalam maksud tu..*sambil tergelak*
aku : *buat muka takde perasaan*..

semenjak,dua menjak,tiga menjak,bermenjak-menjak..aku rasa kawan-kawan aku asyik cerita tentang kahwin laaaaa..lupa pulak,umur bukan forever 20 lg~.uhukk..apabila mereka bercerita,aku sekadar dengar dan jadi pencelah juga,penambah perisa dan penyedap cerita..kemudian datang idea merepek aku..dan tetiba mereka juga akan tanya perihal AKU???bila lagi?..macam biasa,alasan yang sama..

hari tu aku tolong kawan aku siapkan project management dia,dapat pulak kena handle wedding..so,as a wedding planner,dia mintak tolong aku..bagi idea dan bg draft untuk majlis tu..huuuuuuuu..sumpah aku pening.!.selepas 30 minit aku berfikir tentang idea dan draft untuk kos perbelanjaan..perkara PERTAMA yang aku terfikir adalah "GILA BANYAK BELANJA KAWEN".sambil meneliti SETIAP IDEA ADALAH DUIT..makin banyak idea korang untuk wedding,makin besar belanja..padahal yang wajib,adalah akad je pun~..harga bagi sekeping kad paling cikai pun rm0.29 sen..tu belum lagi nak reben2 bagai,gambar la,wangi2 laaaa.yang selepas itu walaupun wangi2 n ada gambar bagai,akhirnya orang akan buang,,paling berguna maybe akan dibuat sebagai penanda buku??ehh?..harga untuk dulang hantaran dan hiasan je dah rm500.!.wattt..mahal..tambah lagi rm200 ble dapat hp sony sebijik,kemera 8MG plak tu~..huu.kos untuk mak andam,berapa kali make up..baju lagi,belum lagi baju untuk nikah,uolss ingat baju yang banyak manik2 tu murah ke..mahal~grrr.kalau nak cerita memang penuh la blog ni..
apabila melihat kertas A4 yang dah berhelai-helai dengan kiraan dan idea,aku jadi takut pulak nak menambah idea,eyh macam wat wedding untuk diri sendiri plak...terasa banyaknya duit nak pakai.!..tetibe rasa,ok nak sambung belajar sekarrang jgk.!.taknak tengok wedding2 ni bagai..*tetibe konon~*..dan tetibe juga terfikir,untonglaaa lisa surihani..


majlis yang simple juga boleh nampak bahagia dengan senyuman~

kesimpulannya,pda pendapat aku,aku nak majlis yang simple..tapi mudah dan menjadi kenangan.alaaa..lepas kahwin,hari2 pun terasa macam kahwin kan..kan kan~alaa..i bukan artis youw nak kawen megah2..since, aku ni bukan materialistik kan,so aku tak berapa kisah tentang hantaran ni,TAPI aku lagi risau siapa suami aku tu..u know what,apa guna hantaran bepuluh ribu,tapi suami kaki pukul,tak solat,panas baran..apa guna majlis besar2,kalau akhirnya dia kawen lain juga, owhhh laki semua sama je..tak suka..tak suka *sambil bahu goyang  kiri ke kanan,gaya abon*..kalau tak dapat bagi hantaran bepuluh ribu,boleh bagi saya syurga tak???..:) *eiceh,kowt2 la jodoh aku terbaca blog aku kan..hahaha.LOL.!*


edward bukan nama sebenar dan sekadar gambar hiasan

p/s : ada sesetengah kawan2 panggil aku bella,so..tak salah kalau aku terperasan edward pilih bella kan??motif?..kbye

Sunday, April 1, 2012

perempuan dan perfume

salam.:)

bismillah~

abang afiq : ila..mana beli perfume victoria secret ni?abg dah lama cari..nak beli..!.*sambil pegang botol perfume aku*..
aku : *alamak..mamat ni nampak je benda2 mcm ni..hbs la,msti nak aku punya*..beli dekat KLIA masa kje kat sana..g la beli..ada diskaun 30%..
abang afiq : abg dah lama cari perfume victoria secret ni..dulu masa praktikal ada akak ni wangi sangat,pakai perfume macam ni..

ini adalah dialog bersama abang kandung aku ye..mohd afiq..dia ni pantang betul kalau aku pakai wangi2..nak bertepek mask ke..skrub ke..minyak rambut wangi ke..losyen..semua dia nak tanya aku..kalau dia tak minat,dia bebel,kalau dia suka,bodek..ahha..
tak kisah lah dia nak bodek or membebel..

kawan2.!.aku memang suka pakai perfume sebelum tidur..itu habit aku sejak sekolah lagi..
so,jangan ingat aku pakai perfume kat luar or berjalan2..

apa yang aku nak tekankan kat sini..nampak tak perkataan highlight merah pekatt tu..

"dulu masa praktikal ada akak ni wangi sangat,pakai perfume macam ni.."

masa abang aku cakap ayat di atas..perkara pertama yang terlintas adalah.....

fuhhh.!..abang aku ojt(on job training) tahun lepas..kiranya dah nak dekat setahun,tapi dia masih boleh ingat bau tu..betapa "BAHAYA"....why??sebab sampai boleh teringat2 bro~
well,korang yang tak setuju..terpulang,mungkin nak kata aku kolOt or tak open minded..
TAPI
tapiiiii...bagi aku,benda2 macam ni..walaupun ianya bergantung pada orang..sebab ada orang kata,kalau laki tu tak tahan nafsu..mmg la jd mcm2..klu yang open,ok je..
hmm...kita faham secara fitrahnya,manusia memang suka benda yang wangi2 kan..aku pun suka..
cuma,kalau dah islam kata tak boleh pakai wangi-wangian(perfume)..takkan aku nak wat bodo,terasa bersalah..so,sebab aku suka..jadi aku pakai la time nak tidur..pergh nak tidur wangi2 memang best r,lena sungguh.
tapi..
pakai perfume di luar boleh merangsang dan menjadi perhatian lelaki yang bukan mahram

nabi S.A.W bersabda :


Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)
bukan tak boleh pakai..pakai je la...tak salah,tak haram..tak berdosa..TAPI..jangan sampai dihidu oleh lelaki bukan mahram...so,the best solution is..pakai kat rumah sebelum tidur..
dulu aku akui la,terfikir kenapa tak boleh pakai..tapi,bila aku belajar mengenali fitrah manusia ni dan psyclogy dan pemiran lelaki ni..aku menjadi faham..
bagus juga tak boleh wangi-wangian ni kan..sekurang-kurangnya,kita akan terlatih jadi pembersih..sentiasa basuh baju..jaga bau..biar tak wangi asal jangan busuk!.okeyh??.;p
kadang-kadang aku rasa macam..eh laki ni boleh bau perfume ko..laki tu juga..laki sana..eh laki sana sini..eh semua..so..nothing special about it..tak boleh.!.tak boleh.!..
well,aku rasa..itu baru yang abang aku cakap..let say kalau ada lelaki yang suka mengutuk..ehhh,kawan-kawan..aku rasa lelaki ni kalau mengutuk lagi jahat mulut dieorang,kita tak tau sejauh mana perbualan mereka sesama jantina..maka pandai2 jaga diri dan maruah..*aku pun ada kawan laki n abang..so,nak tau tanya pendapat mereka sebagai lelaki*
nak salahkan lelaki??takkan nak suruh mereka jalan sambil tutup hidung kowt ~

or you just don't even care about what they think??


pendapat kalian?


p/s : okbye..nak pergi bersahur.!.selamat hari isnin.:)


ehhhh rindu mau pergi buat umrah lagi.!.