About

Instagram

Friday, April 13, 2012

menari bersama ombak



dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani

dia berjalan seorang diri..
terkadang tersungkur..terjatuh..
berlatih mendidik hatinya..
berjaga-jaga dengan pandangannya
mata yang tertutup namun hati yang terbuka 
dia pasti temui cinta
alunan zikir yang tidak pernah henti dari mengingati PenciptaNya..

dia masih bersendirian..
 sambil menghirup udara segara..
sambil mengalun rindu pada PenciptaNya...

dia masih lagi di situ...
terkadang masih mencari siapa dirinya...
hati yang tegas dengan pendirian..
sesekali terusik dengan rasa bahagia ini..
namun pernah lemah dengan kekecewaan itu...

dia tidak pernah membawa diri..
dia mahu kembali..
namun,tidak tahu ke mana...
berdoa kepadaNya..
"Hanya kepada Engkau kami sembah,dan kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan,
tunjukilah kami jalan yang lurus,iaitu jalan-jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,bukan(jalan) mereka yang Engkau murkai,dan buka pula jalan mereka yang sesat"

kerana hati ini yang sering berbolak-balik
dia takut jika suatu hari nanti,HidayahNya yang pernah hadir membuatkan dia menangis..
namun kerana nikmat dunia yang sementara ini,dia sering kali terlalai..

terlalu banyak nikmat dariNya..
maka,nikmat tuhan yang mana lagi kamu dustakan..

kerana dia hanyalah seorang hamba Allah..
khalifah di bumi yang sementara ini..
dia belajar mensyukuri segala nikmat dariNya..
dia belajar menghijabkan pandangan serta hatinya..
dia belajar untuk menyempurnakan imannya yang sering kali tersasar dari niat asalnya
dia belajar untuk mendidik hati yang terleka..terlalai..
selagi mana hatinya masih terbuka untuk bertaubat,selagi mana dia diberi peluang..
selagi itu,dia mahu kembali kepada tuhanNya..kerana cinta dia dan hatinya milik ALLAH..
sejauh mana cinta itu,namun terkadang tersasar juga dengan panahan cinta manusia..
dia masih kembali dan mengharap redhaNya..

semoga hati dia sentiasa untuk menerima ketentuan dariNya..


-MIAT

1 comment:

  1. =)...nabilah..sy copy entry2 awk yg sweeet2 tau..untuk bacaan sy especially bile xde internet..nape taah rumah baru ni internet sy kureng skett..huhu..hope nabilah xkesah tau2...pastu an2..ritu sy try buka tumblr awk..pastu xleh punnnn...thnks sharing this..syg awk kerana Allah!!!

    ReplyDelete