About

Instagram

Friday, April 6, 2012

Mencari RedhaMu : PART 1


" Tiada Solat yang paling berat bagi orang munafik melainkan Isyak dan Subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun mesti dengan merangkak.."  
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ) 

bersabda Nabi S.A.W : " Allah tiada memandang pada hari kiamat kepada hamba yang tiada menegakkan tulang sulbinya di antara rukuk dan sujudnya." Bersabda Nabi S.A.W : "Tiadakah takut orang yang memusingkan mukanya di dalam solat,akan dipusingkan oleh Allah mukanya menjadi muka keldai?"

dulu,saya selalu terfikir,bagaimana keadaan seseorang yang tak cukup tidur,disebabkan berjaga malam untuk solat sunat..setiap masam..jangan kata solat fardhu..solat sunat juga,solat dhuha,solat taubat..dan macam2..berjaga malam,kemudian selepas subuh tak tidur,selepas asar tak tidur..owhh..banyak sgt persoalannya..

kadang-kala..ok,saya tak mengatakan semua,tp kalau kita perasan..masa kita kecik2,biasanya ibubapa suruh kita solat..ok fine,tengok mak ayah solat,kita pun ikut,baca entah apa2,kita sekadar tiru gaya dan gerak geri...*sangat comel tgk budak kecik ikut gerak-geri mak ayah solat.ehik.~*..itu biasanya,masa untuk 4,5 tahun la mungkin..then,naik darjah 1..kita pergi sekolah agama..kat situ,biasanya peranan ustaz dan ustazah yang mengajar..ada ujian dalam bacaan solat,kita pun hafal..ujian amali,kena buat betul2 macam tengah solat..teringat dulu,ustazah di sekolah agama saya sangat garang,jadi saya paling takut,sbb dia ajar subjek amali solat dan lisan..sebelum hari ujian,kena praktis solat beramai..masa sujud,sy tersalah bentukkan tapak kaki,maka dia gunakan pembaris yang panjang tu dan mengetuk kaki saya sehingga sy ter OUWCHH.!!..BETUL!.TAK TIPU..saya masih ingat sampai skrang,nama dia cikgu munah..uhuuuu..dan terima kasih juga,sampai skrang kalau tengok orang sujud,n salah bentukkan tapak kaki,sy teringat pristiwa tu..ahaaa..dulu masa kecik2,boleh la kita kata.."eyhh.!..aku punya subjek amali A..100%..aku hafal semua makna dalam solat..aku hafal surah ni..surrah tu.."*alaa,aku pun pernah jadi student,xyah tipu*.fine la..masa kecik2,sekolah agama..ada orang nak pantau..nak tak nak..secara tak langsung,memang kena hafal dan belajar..kemudian,bila dah makin besar..sekolah agama dah tamat..sekolah menengah dah tamat..setiap pelajaran saban hari makin dilupakan...ouwhh..come on la,student universti..apa kelass duduk bilik hujung minggu,lepak mamak la bro..subjek agama pun,belajar masa semester 1..untung la kalau macam universiti yang menitik berat subjek agama...lagi laaa dah jauh dengan mak ayahhh..siapa yang nak pantau solat ke tak solat..sape nak tolong kejut solat subuh ni???malam tadi tengok bola sampai pukul 3 pagi.!..sanggup tidur awal dan bangun pukul 3,nak tengok bola..bukan sebab nak tahajjud..*fine la..tengok bola bukan setiap hari,ni aku bagi contoh je,jangan nak sentap sgtt la..;p.peace.:)..*

kadang-kadang rasa penat tu di akui la..sebagai student,tugas kita bukan belajar je..tanggungjawab dalam kelab,sukan dan lain2..kemudian kalau DIRI SENDIRI taknak pantau tahap iman,solat pun makin tak fokus,terasa macam pathetic.!..mengaji dah takde orang nak suruh..yela,dulu zaman sekolah,kita buat sebab subjek yang kita belajar,sebab nak exam..walaupun kita busy,tapi semua tu jadi wajib,tapi..sekarang,sebab dah bukan subjek yang kita belajar,maka susah la..yeah..i admit,contoh la..jadual untuk satu hari,bangun pagi,kelas,balik belajar..bla2~..then malam tidur..pastu terfikir, "apa yang aku buat hari ni untuk diri aku???"..rasa macam 24 jam aku buat apa??penat je dapattttttt..pastu tanya diri sendiri "nabilah hari ni mengaji berapa muka surat?baca je ke..baca dengan maksud??..ambil pengajaran tak??.manusia sering alpa.!.hari ni baca,malam gelak2 bergurau senda,kemudian lupa..esok kena baca lg,jadi peringatan.lain tau rasa penat dengan berkat dan penat memang penat..eh.!.come on la..dah besar kowttt..bukan budak2 kecik nak kena DISURUH..baru nak buat,kata kubur2 lain..haaa,get ready la..kubur lain2 la nanti dah takde sape nak tolong.time kita hidup la kena tolong diri sendiri..

seorang hamba Allah pernah mengadu.."banyakknya kerja,nak study,susah..susahhh"..maka dia pun sering tidur lewattt kerana study.memang rajin,saya kagum.tapi,sayangnya,dia sering meninggalkan solat subuhnya..kerana tidur lewat..:(..dimana die meletakkan darjat solat itu dan belajar??apa pendapat kalian?



solat itu kewajipan SETIAP individu..no..no..takde alasan nak kata."beb,tolong solatkan untuk aku..aku busy la.."..boleh ke??..solat memang dah wajib,takde nak kata..nanti la,Hidayah Allah tak sampai lagi..bila dah solat,nak kena cari tips untuk khusyuk dalam solat pulak..apabila berbicara tentang SOLAT..banyak sangat yang nak dirungkai..belum lagi rahsia solat berdasarkan sains..manusia kan kadang2 suka fikir logik sains..

oleh kerana terlalu banyak,kali ni,aku nak berkongsi tentang SOLAT SUBUH..

...TIPS-TIPS..

1. TIDUR AWAL

2.MEMELIHARA ADAB TIDUR

3.PELAJARI BANYAK ILMU IMAN DAN AMAL SOLEH

4.MENJAUHI PERBUATAN MAKSIAT

5.MENGETAHUI DAN MEMAHAMI KELEBIHAN SOLAT SUBUH

6.MENJAUHI SIFAT MUNAFIK

teringat lirik raihan "peristiwa subuh"

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

"Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi."-darululumonline

selama 18 tahun duduk di rumah...semuanya dipantau oleh mak ayah..jangan kata solat,nak keluar ke mana pun kena beritahu..sampai dah 2 tahun kat universiti pun,aku masih terbawak2 sikap macam tu,nak keluar mesej mak,bitau nak ke mana..kemudian bila pergi asasi,saat tu aku mulai sedar..semuanya aku kena belajar berdikari..jangan gelakkan aku kalau masa asasi dulu,aku tak tau macam mana nak tunggu bas..masa kat rumah,abah bangun awal untuk berjemaah solat subuh di surau,anak2 masih tidur,walaupun sebelum die pergi surau,dia dah kejut...ok..takpe,abah pergi surau,ttidur kejap je..kejap lagi,abah balik..6.30.."eyhh..korang ni dah bangun subuh ke takk..nak kena simbah air ke..dah lewat ni"..see..6.30 pun ayah aku dah kata lewat..makanya,kalau aku rasa ada orang solat subuh pukul 7..aku rasa dah lewat sangat222x..abah selalu pesan.."kalau kita nak urusan dunia dipermudahkan,jangan "ambil ringan" dengan solat..jangan suka2 lambatkan solat"..dulu kalau dah janji nak keluar makan malam,makanya..lepas maghrib,aku pun dah siap2..pastu abah kata,kita keluar lepas insyak...grr..dulu2 rasa geram jugak laaa..tp,bila dah makin faham kepentingan solat ni..dah makin banyak yang belajar..ok sejukk sikit..

banyak..banyakkk..nanti,aku kongsi lagi apa yang aku dapat tentang solat ini.!.next entry.:)

p/s : sumber dan idea dari usrah,buku2,ceramah,ustazah dan SEMESTINYA TENGAH RINDU RUMAH..kbye~



3 comments:

  1. =)...suke entry ni...=)...muhasabah diri..time kasih=)

    ReplyDelete
  2. cik nabilah..kejut sy bangun subuh lah..sy selalu bangun lmbt.. :(

    ReplyDelete
  3. " a busy life makes a prayer harder...BUT a prayer makes a busy life easier..."

    :) lama tidak tinggalkan jejak...:)

    ReplyDelete