About

Instagram

Tuesday, May 1, 2012

Mencari RedhaMu: pemilik tulang rusukku.Di mana?



hujan masih lebat di luar..melihat rakan sebilikku yang baru sahaja terlena,aku cuba juga mahu melelapkan mata,memaksa diri untuk tidur,tetapi gagal.!..pastinya aku asyik memikirkan perkara ini,kenapa ianya tidak pernah hilang dari lubuk fikiran ini.jauh di sudut hati,benar mahu melupakan..tapi,kebenarannya hanya Allah saja yang tahu.sungguh,aku memang tidak lena tidur sejak 3 hari yang lepas,hampir setiap malam aku asyik terjaga dari lenaku..kenapa hati ini tiba-tiba menjadi gusar begini,seolah tidak tenang..ya Allah,dugaan apa lagi yang Engkau berikan ini..rasa bersalah,rasa takut,rasa fobia dan segalanya..jika benar semua ini keranaMu..kenapa aku masih rasa begini..arghh.mungkin ini hanya bisikan syaitan saja.!.aku cuba melawan perasaan ini..cinta itu fitrah,namun jangan jadi fitnah..aku cuba memujuk dan mulai membisik kata-kata motivasi dalam hati,supaya aku tabah,walaupun terkadang memang aku akan menangis.seorang perempuan yang menangis tanpa berkata-kata kerana hatinya sudah cuku terluka.

aku melihat jam di telefon bimbitku,sudah hampir 3.30 pagi..pusing kiri,pusing kanan..yaa..akhirnya aku bangun membuka lampu belajar di meja lalu terus on9..aku terus membuka dan membaca kembali email si dia yang entah berapa kali aku mengulangi untuk membacanya namun tidak pernah ada kekuatan untuk membalasnya.luaran aku yang mungkin bersahaja,tapi dalam hati ini,siapa yang tahu.email yang dikirim hampir sebulan yang lepas,pada mulanya ada sedikit rasa 'terkejut' apabila setelah sekian lama semuanya aku anggap sudah berakhir,namun seperti baru semalam semuanya berlaku..hati ini sudah 'beku'..aku sendiri tidak mengerti apa yang aku rasakan ini..

akhirnya aku bangun dari katil dan terus ke tandas untuk mengambil wuduk,lalu terus mencapai telekung dan memulakan solat sunat..setelah selesai solat sunat,aku berdoa dan menangis..aku tidak tahu apa yang aku rasakan ini,aku mohon petunjuk dariNya..Ya Allah,dibenci oleh orang yang kita sayang itu sangat sakit rasanyaa..sesungguhnya,hanya Engkau saja yang tahu niat di hati ini,Engkau yang Maha Mengetahui segalanya,jika benar niat ini memang keranaMu,permudahkanlah..bantulah aku dalam mengharunginya..kenapa aku harus dibenci untuk memiliki cintaMu..berikanlah petunjuk baginya juga,agar mudah untuk dia mengerti segalanya..meninggalkan dirinya bukan bermakna aku membenci,tetapi aku telah sedar,ada cinta yang sepatutnya aku dahului dan cinta itu adalah cinta padaMu ya Allah..maafkanlah diri ini yang pernah menyakiti hatinya,aku bersungguh mencari hidayahMu..terkadang tersungkur,terjatuh,dibenci..aku bangun walaupun terpaksa merangkak,demiMu Ya Allah..

aku teringat kembali diari yang aku tulis hampir setahun yang lalu,setiap 15 hb,aku pasti menulis sesuatu perkembangan tentang perubahan ini..membelek setiap helaian,membacanya kembali dengan teliti..tajuk pengisianku yang bertajuk 'surat untuknya dan Dia'..

"15 oktober 2011
2.30pm

rakanku berjenaka..mengusik aku.."cinta itu anugerah,bila mahu dapat anugerah"
aku terdiam..mungkin baginya sekadar gurauan dan tiada maksud selebihnya..kemudian mereka bergelak sakan.aku turut tergelak,,entah mungkin aku gelakkan jenaka mereka atau diriku sendiri..gelak aku yang seolah menyindir diri ini..aku berfikir..
"cinta itu adalah anugerah..benar..dan sesungguhnya aku belajar mencintai pemberi anugerah itu"..
bagaimana aku mahu menghargai anugerah itu jika aku tidak mengenali pemberi anugerah ini..
dan kepada Dia..aku meninggalkan rasa ini untukMu ya Rabbi..
rakan-rakan masih mencuba untuk memberi pendapat..membantu mencari jodoh???..
alasan apa lagi yang harus aku berikan pada mereka..memberi jawapan secara serius,aku pasti tidak semua orang memahaminya..memang pada luaranya,aku seorang yang bersahaja,selamba,bergurau senda..seperti mereka juga..mengimpikan percintaan yang indah..tapi,tidak bagi pendirian aku....aku memang seorang yang petah dalam bual bicaranya,tapi apabila berkata soal hati,aku seolah menjadi seseorang yang sangat pendiam dan terdiam seribu bahasa.
memang rasa ini sukar untuk dihilangkan,persekitaran bersama rakan seusiaku yang indah di alam 'couple'..memang kadang-kala membuatkan aku rasa kesunyian..arghhh.TIDAK.!..aku ada keluarga dan agamaku..aku ada Allah..
kepadanya,aku belajar memaafkan dan kepadaNya,aku belajar bersabar..bukankah sabar itu sebahagian dari iman..

p/s :“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
aku menutup kembali diari dan berfikir sejenak....diari ini adalah kekuatanku..setiap perubahan yang dah berjaya aku lakukan..tidak mudah untuk aku berpatah balik..
............................................................................................................................................
"kenapa engkau break,aku rasa dia dah cukup baik bagi engkau"..pertanyaan rakanku yang membuatkan aku tersenyum pasrah..dalam hati..inilah jawapan aku..
kalau kita sayang seseorang,kita tidak akan membawanya pada kemungkaran..biarlah begini..aku tidak mendapat dosa,dan aku tidak memberinya dosa..
dari mana aku mendapat jawapan dan kekuatan untuk semua ini???
bermula dengan satu artikel di internet yang bertajuk "hatiku milikMu"..sebuah artikel yang cukup dengan pengisian yang penuh makna.aku mencari dimana pengakhiran bagi segalanya,dan di sini..aku mengutuskan,jika benar dia jodohku,maka suatu hari nanti aku hanya akan menjadi miliknya dengan lafaz akad nikah yang sah,bukan janji manusia yang kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi hari esok.benar..kita perlu usaha,tapi bukan usaha yang begini..aku berterusan mencari agamaku..ketenangan yang aku mahukan..hidup perlukan perubahan bukan??sehingga kini,aku masih lagi bertanya pada diri sendiri..kenapa aku jadi begini secara tiba-tiba??..aku teringat kembali janji yang pernah aku berikan..terasa diri ini sangat hina..malu padaNya..

tolong jangan hancurkan harapan seseorang untuk berubah ke arah kebaikan walaupun sedikit je kata kata yang boleh menjatuhkan semangatnya. ingatlah, bukannya senang seseorang nak kuatkan dirinya menuju redha Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran. So, tolong hargai niat dia dan jangan pandang dia dengan pandangan yang hina. ingatlah, dia sedang mujahadah. sedang mencuba :’)

yaa..aku mencuba..dan sedang bermujahadah..bukan mudah,jangan engkau perlekehkan semua ini.
aku banyakkan membaca buku-buku agama,improve knowlegde aku tentang agama,dan semuanya yang membawa kebaikan.ianya sangat sukar.!.seolah engkau bersendirian dalam semuanya.namun,aku gagahkan diri untuk mencari ilmu,walaupun sedikit..tidak sesekali aku biarkan diri ini "kosong"..penuh dengan bisikan syaitan,biarlah ianya sentiasa diisi dengan janji2 Allah.aku mulai menghadiri usrah...mereka bilang "wahh..dah jadi ustazah ni"...aku tidak salahkan mereka,mungkin mereka berjenaka saja.aku juga punyai pandangan begitu..ustazah??ahaa..aku gelakkan diri sendiri..apabila engkau melalui setiap masalah dengan penuh kesabaran,engkau akan "belajar" sesuatu..ambillah hikmah dari setiap kejadian.mungkin Allah mahu menegur caramu..memberikan sesuatu yang sesuai dengan keadaanmu,mahupun bukan kehendak,tapi mungkin itulah keperluanmu.aku bersangka baik denganNya.setiap apa yang disuruh dan dilarang,pasti ada hikmahnya.menggunakan seluruh pancaindera ini untuk mencari kebaikan tentannya,bukankah aku sedang belajar bersyukur??pandangan aku tentang hidup mulai berubah.. paksa diri untuk berubah...semuanya..pada mulanya memang sukar,namun biasakan yang betul,betulkan yang biasa..itulah yang aku cuba untuk memujuk diri ini.
adakah aku cuba untuk menjadi yang terbaik?tidak..tetapi aku mahukan sesuatu yang lebih baik..adakah aku tidak bersyukur?berubah dan pergi mendapatkan redhaNya rasanya bukan soal syukur atau tidak..tapi,selagi aku hambaNya..aku mesti sentiasa perbaiki diri.untuk berada dalam tahap yang sama..berhijrahlah!..

tajuk pengisian diariku yang seterusnya "bersabarlah qalbi"

-15 november 2011
-3.00 pagi

don't give up okay??i know you have been hurt.i know how it feels.believe me,i do.but the feeling will pass.the tears will stop falling.your heart will heal itself.

bagaimana aku mahu meneruskan.mereka menyalahkan aku.adakah benar caraku ini salah.teringat aku quotes james frey 'if you care what about other people think,you will always be their prisoner'


hampir sekian lama,mungkin aku mulai selesa dengan takat perubahan ini..rasa diri ini sudah cukup baik..bukankah lelaki baik untuk perempuan baik..perempuan baik untuk lelaki baik.adakah masanya untuk mencari peganti..yang lebih baik.baik??baik itu subjektif.setakat mana saja kita boleh menilai kebaikan seseorang itu.kita mungkin melihat keburukan seseorang tanpa melihat sebenarnya tersembunyi 1001 kebaikan padanya yang hanya Allah sahaja yang tahu.owh yaa...manusia sering lalai kan?..entahla~....jika Allah tidak mahu mengubah keadaan,makanya Allah cuba untuk mengubah hati ini..

adakah aku seorang yang melalui perasaan ini?..masih lagi di situ,aku kembali ke bilik..setelah selesai solat zuhur,aku melayari laman web tumblr..rasanya sudah lama aku tidak on9..kesibukan dan fokus hanya pada kerja2 yang berlambak dan masalah yang membuatkan aku terlupa dengan rakan alam mayaku.satu email daripada seorang wanita yang aku terima.cukup membuatkan hatiku tersentuh tatkala dia berkongsi rasanya..meluahkan perasaan dan meminta pendapatku.aku hanya mampu menitiskan air mata..bagaimana mahu meluahkan rasa ini..rupanya aku tidak berseorangan dalam mujahadah ini...hasil penulisan yang aku dapat daripada tumblr ainalthafunnisa 


Dahulu,

Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari ‘petaka’ rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi….


ini jalan yg ku pilih. smoga kaseh ALLAH sentiasa bersama kita. =___=


doaku padaNya.."ya Allah,jika benar sudah sampai masa jodohku..maka permudahkanlah ianya..jika ia baik bagiku serta agamaku..jika ia sudah sesuai pada masanya..maka permudahkanlah..sesungguhnya,Engkau yang mengetahui segalaNya.."

nantilah dulu..terlalu banyak perkara yang perlu aku utamakan.bercinta juga perlukan ilmu,bukan nafsu dan rasa semata...bagaimana mahu mendidik anak,jika ilmu agamaku pun belum memuaskan..mungkin aku yang terlalu mahukan kesempurnaan?..mereka aku kata khayalan aku terlalu jauh..aku terbang terlalu tinggi..tapi inilah impian aku,mendidik umat bermulanya dari tanggungjawab sebagai ibu bapa..bersediakah aku untuk semua itu?berkongsi cerita dan kisah tentang perjuangan Nabi kita..memantau anak2 ku mengaji..tidak hanya melepas tanggungjawab pada ustaz dan ustazahnya..aku mahu menjadi contoh bagi mereka...insyaAllah..jika ia perkara yang baik,moga Allah permudahkannya.cinta cumalah salah satu jalan kebahagiaan,masih banyak lagi jalan untuk mencapai bahagia..ketaqwaan,keimanan dan keikhlasan..dan bahagia itu yang sebenarnya kerana ia memberi ketenangan.

dan hari ini..jika aku tidak mampu memberi hati ini..aku hanya mampu mendoakanmu..
biarlah mendiamkan diri..tapi hati yang sentiasa mendoakanmu..kerna aku percaya,pemilik hati ini lebih berhak mengetahui segalanya...

wallahualam~