About

Instagram

Tuesday, May 15, 2012

"please don't judge me by my past,i don't live there anymore"


salam.:)

P/S : NOTA PAKSAAN-SILA TINGGALKAN KOMEN SEBAGAI PENDAPAT ANDA.SEBAB NAK TAHU.;P

beberapa hari yang lepas,seorang hamba Allah berkongsi  dengan saya tentang perubahan yang mahu dilakukan,tetapi tidak mendapat sokongan..macam biasa la,saya kan pendengar yang setia,tapi bab nak komen orang balik,memang itu kelemahan saya,sebab tu kalau my sister mengadu masalah,saya boleh menjadi pendengar yang setia,tapi tak boleh nak memberi maklum balas..katanya..macam cakap dengan dinding..:'(..sadis giler..tapi tak mengapa,saya bukan tak mendengar,cumanya tak tahu nak memberi respond apa..tapi otak tengah berfikir..pendapat saya,seseorang yang datang pada saya dan mengadu or berkongsi masalah..mereka pasti dalam keadaan rungsing,penat,sedih,kecewa..so,we give them "lepaskan semuanya"..jangan cepat menilai selagi dia tak habis cerita dan kita tak bertanya..mereka pastinya dalam keadaan lemah semangat,rasa tendah diri..semua yang negatif..haruslah,kalau positif,pasti tak jadi masalah namanya.so,just make them feel comfortable nak bercerita..biarlah dia nak memaki hamun ke..istigfar je dalam hati..sebab bukan semua orang percaya kat kita,so once mereka bercerita.keep it as a secret..itu adalah amanah dan kepercayaan mereka..sangat bernilai tau.!.saya pasti,lepas mereka habis bercerita..lepas tu kalau saya diam..dieorang akan cakap.."dengar tak ni..orang cakap dengan dia"..saya pun jawab.."yee..i'm listening"..walaupun ada ayat dalam hati.."eyh..kalau dia cakap,aku cakap,sape nak dengar masalah dia"..LOL..ok,gurau..

orang tengah dalam masalah,dia akan rasa diri dia betul..contoh,seseorang yang mengadu.."kita penat tau..dah buat macam tu macam ni,dia tak suka..asyik nak marah..@%*%%#"..lepas tu,cuba korang jawab.."memang patut la dia marah..sebab awak buat macam tu"..pastu dieorang akan jawab."mana ada.!kita buat macam tu macam ni"..haaa?betul tak..pernah tak ada situasi macam tu..kita cakap,mereka membangkang..so,better jadi pendengar..orang tengah marah,dia akan rasa diri dia sentiasa betul..ye kan je..nanti tak pasal2 kita dengan dia jadi gaduh..lepas dah rasa 'lega' jadi cool sikit..tarik nafas..lepas tu diam..sebab dah penat..masa dieorang diam la,kita start cakap..*apsal cara aku cerita..macam bagi step orang meluah perasaan bagaimana*..kenapa aku lambat bagi respond??..sebab NAK BAGI AYAT POWER YANG MENYENTUH PERASAAN..perghh..ayat nak good-good je..*rosak bahasa.ish*..aku suka bermain dengan psycology...manusia ni berbeza2,tak semua orang mudah nak terima teguran dengan cara kasar..so..bagi ayat yang tersirat/cara yang buat mereka berfikir..bagi mereka rasa,diri mereka yang terima..bukan kita paksa dieorang terima..

well,aku share ni sebab aku pun manusia..kalau aku buat silap,aku pun tak suka orang marah2,terus nak blame gila2,terus menilai...

kisahnya bila ada seorang hamba Allah ni..mengadu kat aku..


A:  kita nak berubah jadi lebih baik..tapi dia tak pernah nak sokong kita..macam perlekehkan kita je..yela,dia baik,kita dulu jahat..

aku sekadar mendiamkan diri,tidak tahu nak berpihak pada siapa..nak salah kan A ke??sebab pernah jadi jahat??..JAHAT???..aku manusia,selalu buat silap sedar atau tidak..tak pernah buat dosa,hapus segala dosa ke nak menilai orang macam tu?...

pendapat aku,tak patut orang tu nak menilai dia yang dulu..Alhamdulillah..aku suka melihat mereka yang mahu menjadikan diri lebih baik..tak kisah lah seteruk mana pun dia yang dulu..mesti kita akan rasa macam..eyhh..dulu dia macam tu..macam ni..DULU..siapa kita nak mengira dosa pahala orang tu..siapa kita nak menerakakan dia..wallahualam,biarkan Allah saja yang menilai..sebagai manusia,kawan,hamba Allah..kita bantulah dia..
aku pernah berbual dengan kawan aku tentang topik ni..banyak yang memberi respond..antaranya.."nak berubah,tapi orang yang baik pun macam mencaci kita..baik tak payah."..hmm..sayangkan??..kan dah pesan,apa saja perkara baik yang kita buat..niatkan kerana Allah..kita nak berubah jadi lebih baik,pedulikan manusia yang 'BERKATA-KATA'..kalau yang konon dan bajet baik pun taknak tolong,rasa diri hebat giler..ilmu agama penuh di dada..biarkan mereka..kita pergi pada mereka yang sanggup bantu kita..
jangan rasa diri bagus sangat..di saat mungkin kita lena tidur,barangkali takde dosa agaknya,dia bangun tengah malam buat solat sunat taubat..

pada pendapat aku..manusia yang dikatakan baik itu banyak kategori rupanya..wallahualam yang selebihnya..
kenapa banyak kategori??.baik pada agamanya..tapi,hubungan dengan manusia pula masalah..baik sesama manusia,tapi tak pula pada agamana..dia solat,tapi pegang2 tangan perempuan..dia tak solat,tapi baik..
PENDAPAT ANDA?

perbualan dengan 3 orang rakan

A : dia tu baik...memang lah,solat..nak kita pakai stoking..pakai tudung labuh..tapi,dia macam perlekehkan kita nak jadi lebih baik..dia kata mak ayah kita tak ajar kita agama ke..macam nak kata family kita teruk
B : yeke??kita rasa dia tu baik gile..tak sangka dia cakap macam tu kat awk..dia kan baik,patutnya dia sokong awak
C : ish..orang alim2 pun sama je perangai..tak patut nilai ornag macam tu..

macam biasa,kan aku dah kata..aku ni tak reti nak bagi respond,aku diamkan..layankan dengar dan berfikir..

PENDAPAT KORANG?

aku sekadar berkongsi..dan ini pendapat aku..hasil dari perbincangan dengan akak usrah..dia juga bersependapat dengan aku..jangan ada rasa bangga diri dengan rasa diri kita baik,orang tu buat silap sikit kita kata dia jahat..taknak kawan dengan mereka,tak setaraf..owh,so orang alim2 je ble join usrah beb,ko tak alim,tak layak..kalau kita tak kawan dengan mereka,siapa yang nak saling mengingati?..sape nak bantu mereka?..dekat diri dengan mereka,faham mereka.supaya lebih mudah nak menegur..

wallahualam~


Saturday, May 12, 2012

steamboat dan sheila

salam.:)

hye..semalam lepas exam,terus balik hostel,solat asar.tukar baju cepat2..kemudian pergi dating..makan steamboat..


pergi dengan yatie je..kan dah kata..dating.mesti la berdua je kan.;p..yatie yang gigih mencuri udangg dengan banyaknyaaaaaa...haha


sape tak tahu..kat maeps ada kedai steamboat..sebab tempat ni kat dalam kan,tak ramai orang tahu.harga boleh tahan,makanan pun banyak..cuma takde grill ye..dari sem 1 pergi..memang asal boring dan bla2..kt sini

lepas tu..tadi jumpa sheila..rasa macam nak curi dia bawak balik MIAT.!!!..jumpa kejap je..nak macam dulu kt kmk,boleh borak2 sekatil..tidur sekatil..walaupun single bed..ahaks..;p..sheila kecik je,i pun slim je kan..ewahh~..pastu makan sama2..belajar sama2..gelak sama2..basuh baju sama2..kelas je tak sama..




perghh..sopannya pakai skirt..auww!.gedik..kbye.;p






Thursday, May 3, 2012

sabun glutakojic vitamin c..TERBAIK.!




gabungan mantap kojic,gluta dan vitamin c dalam 1 sabun SAHAJA.


kebaikan :





KEBAIKAN GLUTATHIONE + EXTRA KOJIC SOAP :


- PARUT

- JERAWAT

- JERAGAT

- BLACKHEAD/WHITEHEAD
- LICINKAN KULIT
- SGT EFEKTIF UNTUK EXTRA WHITENING.
- KULIT LAGI TEGANG
- HILANG KESAN HITAM DI CELAH-CELAH BADAN.
- RATAKAN WARNA KULIT







Penggunaan yang berterusan akan membuatkan kulit lebih cerah, muda, glowing dan kulit sekata tanpa apa2 masalah kulit dari sehari ke hari Formula unik ni akan membuatkan kulit kelihatan lebit cepat cerah, jerawat parut dan cela2 dimuka dapat dihilangkan



Untuk semua jenis kulit.

TESTIMONI










Sabun yg paling laris.makin mendapat sambutan mengalakan.pemintaan begitu tinggi



permintaan luar jangkaan dan menjadi antara sabun kecantikan yg terbaik.

Diakuai oleh ramai customer, antara sabun terbaik untuk kecantikan kulit. kandungan gluta+kojic dan vit c mampu menyerlah kecantikan kulit anda.

Telah diuji dan mendapat kelulusan. diakuai oleh para ahli farmasi. licensed pharmacits and chemist  nombor 049062


cara penggunaan :



1) Untuk tujuan penjimatan, potong sabun kepada beberapa bahagian lebih kecik seperti 5 bahagian kecil.

2) Harus dipotong bahagian oren + putih sekali supaya dapat guna kedua-dua kandungan aktif tersebut.

3) Untuk kulit normal memadai 2x sehari, kulit berminyak 3x sehari, kulit kering 1x sehari.Or bergantung keselesaan dan kesesuaian kulit masing-masing.

4) Tempoh masa semasa pemakaian adalah seperti dibawah :
Kulit Berminyak - 3minit dan bilas
Kulit Normal - 1 minit dan bilas
Kulit Kering - Kurang dari 1 minit dan bilas


dapatkan yang ORIGINAL dari agen yang berdaftar..saya mendapatkannya dari agen yang berdaftar


DIAKUI DAN DIDAFTAR :
KKM : NOT120301904K
KIMIA & FARMASI : 049062




HARGA RM45 (SM) RM48 (SS)




INCLUDE POSTAGE.!..




jika berminat boleh email ke apricotpie91@gmail.com



Wednesday, May 2, 2012

part 2 : borneo aviator trip...short vacation..2 in 1.:)

salam..:)

ini adalah sambungan bagi part 1..seperti yang sudah maklumkan..ianya seperti bekerja sambil jalan2 gitu~..ehee.makanya..dah alang2 sampai ke sarawak..walaupun dah hampir 4x..tapi ini kali pertama jalan bersama kawan2.excited lebih sikit.sebab bukan senang ibuku mahu melepaskan aku pergi jauh jalan2 dengan kawan.;p..sebelum pulang pada 22hb aritu..kiteorang sempat pergi ke cultural village..harga bagi mereka yang tiada student card adalah rm60..hrga bagi pelajar,tapi wajib ada student card adalah rm15...huuuu..jauh beza.~

so..part ni takde banyak sangat cerita..enjoy the pictures okeyhh~


selamat datang ke cultural village.!.eiceyhh..memulakan pengembaraan..
gambar seperti di alam lain

aku lupa apa nama rumah ni..tapi ada "hulu" something..bla2..tinggi.!..semput naik tangga


aksi lakonan semata..3x action cut.!


batu belah...batu tak belah..batu..batu...


kak pah dengan gaya terpaksa..ehee..maaf..terasa diri over pulak asyik masuk dalam kamera.;p


disebabkan masa tengok persembahan tarian budaya tadi..aku dah terpengaruh nak pakai costume ni..ahaksss..!...rm10 sekali pakai..boleh pilih baju mana anda nak pakai..nasib baik baju ni sopan sikit..warna pink pulak tue...eheh..ini adalah pakaian suku kaum bidayuh

kenangan yang sangat best.!.:D


gambar menyelit bole x~.jpm miat dan "bakal" jpm..ahhaha..sori lori strawberi...



P/S : maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan..pakai kamera hp je..;p

Tuesday, May 1, 2012

Mencari RedhaMu: pemilik tulang rusukku.Di mana?



hujan masih lebat di luar..melihat rakan sebilikku yang baru sahaja terlena,aku cuba juga mahu melelapkan mata,memaksa diri untuk tidur,tetapi gagal.!..pastinya aku asyik memikirkan perkara ini,kenapa ianya tidak pernah hilang dari lubuk fikiran ini.jauh di sudut hati,benar mahu melupakan..tapi,kebenarannya hanya Allah saja yang tahu.sungguh,aku memang tidak lena tidur sejak 3 hari yang lepas,hampir setiap malam aku asyik terjaga dari lenaku..kenapa hati ini tiba-tiba menjadi gusar begini,seolah tidak tenang..ya Allah,dugaan apa lagi yang Engkau berikan ini..rasa bersalah,rasa takut,rasa fobia dan segalanya..jika benar semua ini keranaMu..kenapa aku masih rasa begini..arghh.mungkin ini hanya bisikan syaitan saja.!.aku cuba melawan perasaan ini..cinta itu fitrah,namun jangan jadi fitnah..aku cuba memujuk dan mulai membisik kata-kata motivasi dalam hati,supaya aku tabah,walaupun terkadang memang aku akan menangis.seorang perempuan yang menangis tanpa berkata-kata kerana hatinya sudah cuku terluka.

aku melihat jam di telefon bimbitku,sudah hampir 3.30 pagi..pusing kiri,pusing kanan..yaa..akhirnya aku bangun membuka lampu belajar di meja lalu terus on9..aku terus membuka dan membaca kembali email si dia yang entah berapa kali aku mengulangi untuk membacanya namun tidak pernah ada kekuatan untuk membalasnya.luaran aku yang mungkin bersahaja,tapi dalam hati ini,siapa yang tahu.email yang dikirim hampir sebulan yang lepas,pada mulanya ada sedikit rasa 'terkejut' apabila setelah sekian lama semuanya aku anggap sudah berakhir,namun seperti baru semalam semuanya berlaku..hati ini sudah 'beku'..aku sendiri tidak mengerti apa yang aku rasakan ini..

akhirnya aku bangun dari katil dan terus ke tandas untuk mengambil wuduk,lalu terus mencapai telekung dan memulakan solat sunat..setelah selesai solat sunat,aku berdoa dan menangis..aku tidak tahu apa yang aku rasakan ini,aku mohon petunjuk dariNya..Ya Allah,dibenci oleh orang yang kita sayang itu sangat sakit rasanyaa..sesungguhnya,hanya Engkau saja yang tahu niat di hati ini,Engkau yang Maha Mengetahui segalanya,jika benar niat ini memang keranaMu,permudahkanlah..bantulah aku dalam mengharunginya..kenapa aku harus dibenci untuk memiliki cintaMu..berikanlah petunjuk baginya juga,agar mudah untuk dia mengerti segalanya..meninggalkan dirinya bukan bermakna aku membenci,tetapi aku telah sedar,ada cinta yang sepatutnya aku dahului dan cinta itu adalah cinta padaMu ya Allah..maafkanlah diri ini yang pernah menyakiti hatinya,aku bersungguh mencari hidayahMu..terkadang tersungkur,terjatuh,dibenci..aku bangun walaupun terpaksa merangkak,demiMu Ya Allah..

aku teringat kembali diari yang aku tulis hampir setahun yang lalu,setiap 15 hb,aku pasti menulis sesuatu perkembangan tentang perubahan ini..membelek setiap helaian,membacanya kembali dengan teliti..tajuk pengisianku yang bertajuk 'surat untuknya dan Dia'..

"15 oktober 2011
2.30pm

rakanku berjenaka..mengusik aku.."cinta itu anugerah,bila mahu dapat anugerah"
aku terdiam..mungkin baginya sekadar gurauan dan tiada maksud selebihnya..kemudian mereka bergelak sakan.aku turut tergelak,,entah mungkin aku gelakkan jenaka mereka atau diriku sendiri..gelak aku yang seolah menyindir diri ini..aku berfikir..
"cinta itu adalah anugerah..benar..dan sesungguhnya aku belajar mencintai pemberi anugerah itu"..
bagaimana aku mahu menghargai anugerah itu jika aku tidak mengenali pemberi anugerah ini..
dan kepada Dia..aku meninggalkan rasa ini untukMu ya Rabbi..
rakan-rakan masih mencuba untuk memberi pendapat..membantu mencari jodoh???..
alasan apa lagi yang harus aku berikan pada mereka..memberi jawapan secara serius,aku pasti tidak semua orang memahaminya..memang pada luaranya,aku seorang yang bersahaja,selamba,bergurau senda..seperti mereka juga..mengimpikan percintaan yang indah..tapi,tidak bagi pendirian aku....aku memang seorang yang petah dalam bual bicaranya,tapi apabila berkata soal hati,aku seolah menjadi seseorang yang sangat pendiam dan terdiam seribu bahasa.
memang rasa ini sukar untuk dihilangkan,persekitaran bersama rakan seusiaku yang indah di alam 'couple'..memang kadang-kala membuatkan aku rasa kesunyian..arghhh.TIDAK.!..aku ada keluarga dan agamaku..aku ada Allah..
kepadanya,aku belajar memaafkan dan kepadaNya,aku belajar bersabar..bukankah sabar itu sebahagian dari iman..

p/s :“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
aku menutup kembali diari dan berfikir sejenak....diari ini adalah kekuatanku..setiap perubahan yang dah berjaya aku lakukan..tidak mudah untuk aku berpatah balik..
............................................................................................................................................
"kenapa engkau break,aku rasa dia dah cukup baik bagi engkau"..pertanyaan rakanku yang membuatkan aku tersenyum pasrah..dalam hati..inilah jawapan aku..
kalau kita sayang seseorang,kita tidak akan membawanya pada kemungkaran..biarlah begini..aku tidak mendapat dosa,dan aku tidak memberinya dosa..
dari mana aku mendapat jawapan dan kekuatan untuk semua ini???
bermula dengan satu artikel di internet yang bertajuk "hatiku milikMu"..sebuah artikel yang cukup dengan pengisian yang penuh makna.aku mencari dimana pengakhiran bagi segalanya,dan di sini..aku mengutuskan,jika benar dia jodohku,maka suatu hari nanti aku hanya akan menjadi miliknya dengan lafaz akad nikah yang sah,bukan janji manusia yang kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi hari esok.benar..kita perlu usaha,tapi bukan usaha yang begini..aku berterusan mencari agamaku..ketenangan yang aku mahukan..hidup perlukan perubahan bukan??sehingga kini,aku masih lagi bertanya pada diri sendiri..kenapa aku jadi begini secara tiba-tiba??..aku teringat kembali janji yang pernah aku berikan..terasa diri ini sangat hina..malu padaNya..

tolong jangan hancurkan harapan seseorang untuk berubah ke arah kebaikan walaupun sedikit je kata kata yang boleh menjatuhkan semangatnya. ingatlah, bukannya senang seseorang nak kuatkan dirinya menuju redha Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran. So, tolong hargai niat dia dan jangan pandang dia dengan pandangan yang hina. ingatlah, dia sedang mujahadah. sedang mencuba :’)

yaa..aku mencuba..dan sedang bermujahadah..bukan mudah,jangan engkau perlekehkan semua ini.
aku banyakkan membaca buku-buku agama,improve knowlegde aku tentang agama,dan semuanya yang membawa kebaikan.ianya sangat sukar.!.seolah engkau bersendirian dalam semuanya.namun,aku gagahkan diri untuk mencari ilmu,walaupun sedikit..tidak sesekali aku biarkan diri ini "kosong"..penuh dengan bisikan syaitan,biarlah ianya sentiasa diisi dengan janji2 Allah.aku mulai menghadiri usrah...mereka bilang "wahh..dah jadi ustazah ni"...aku tidak salahkan mereka,mungkin mereka berjenaka saja.aku juga punyai pandangan begitu..ustazah??ahaa..aku gelakkan diri sendiri..apabila engkau melalui setiap masalah dengan penuh kesabaran,engkau akan "belajar" sesuatu..ambillah hikmah dari setiap kejadian.mungkin Allah mahu menegur caramu..memberikan sesuatu yang sesuai dengan keadaanmu,mahupun bukan kehendak,tapi mungkin itulah keperluanmu.aku bersangka baik denganNya.setiap apa yang disuruh dan dilarang,pasti ada hikmahnya.menggunakan seluruh pancaindera ini untuk mencari kebaikan tentannya,bukankah aku sedang belajar bersyukur??pandangan aku tentang hidup mulai berubah.. paksa diri untuk berubah...semuanya..pada mulanya memang sukar,namun biasakan yang betul,betulkan yang biasa..itulah yang aku cuba untuk memujuk diri ini.
adakah aku cuba untuk menjadi yang terbaik?tidak..tetapi aku mahukan sesuatu yang lebih baik..adakah aku tidak bersyukur?berubah dan pergi mendapatkan redhaNya rasanya bukan soal syukur atau tidak..tapi,selagi aku hambaNya..aku mesti sentiasa perbaiki diri.untuk berada dalam tahap yang sama..berhijrahlah!..

tajuk pengisian diariku yang seterusnya "bersabarlah qalbi"

-15 november 2011
-3.00 pagi

don't give up okay??i know you have been hurt.i know how it feels.believe me,i do.but the feeling will pass.the tears will stop falling.your heart will heal itself.

bagaimana aku mahu meneruskan.mereka menyalahkan aku.adakah benar caraku ini salah.teringat aku quotes james frey 'if you care what about other people think,you will always be their prisoner'


hampir sekian lama,mungkin aku mulai selesa dengan takat perubahan ini..rasa diri ini sudah cukup baik..bukankah lelaki baik untuk perempuan baik..perempuan baik untuk lelaki baik.adakah masanya untuk mencari peganti..yang lebih baik.baik??baik itu subjektif.setakat mana saja kita boleh menilai kebaikan seseorang itu.kita mungkin melihat keburukan seseorang tanpa melihat sebenarnya tersembunyi 1001 kebaikan padanya yang hanya Allah sahaja yang tahu.owh yaa...manusia sering lalai kan?..entahla~....jika Allah tidak mahu mengubah keadaan,makanya Allah cuba untuk mengubah hati ini..

adakah aku seorang yang melalui perasaan ini?..masih lagi di situ,aku kembali ke bilik..setelah selesai solat zuhur,aku melayari laman web tumblr..rasanya sudah lama aku tidak on9..kesibukan dan fokus hanya pada kerja2 yang berlambak dan masalah yang membuatkan aku terlupa dengan rakan alam mayaku.satu email daripada seorang wanita yang aku terima.cukup membuatkan hatiku tersentuh tatkala dia berkongsi rasanya..meluahkan perasaan dan meminta pendapatku.aku hanya mampu menitiskan air mata..bagaimana mahu meluahkan rasa ini..rupanya aku tidak berseorangan dalam mujahadah ini...hasil penulisan yang aku dapat daripada tumblr ainalthafunnisa 


Dahulu,

Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari ‘petaka’ rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi….


ini jalan yg ku pilih. smoga kaseh ALLAH sentiasa bersama kita. =___=


doaku padaNya.."ya Allah,jika benar sudah sampai masa jodohku..maka permudahkanlah ianya..jika ia baik bagiku serta agamaku..jika ia sudah sesuai pada masanya..maka permudahkanlah..sesungguhnya,Engkau yang mengetahui segalaNya.."

nantilah dulu..terlalu banyak perkara yang perlu aku utamakan.bercinta juga perlukan ilmu,bukan nafsu dan rasa semata...bagaimana mahu mendidik anak,jika ilmu agamaku pun belum memuaskan..mungkin aku yang terlalu mahukan kesempurnaan?..mereka aku kata khayalan aku terlalu jauh..aku terbang terlalu tinggi..tapi inilah impian aku,mendidik umat bermulanya dari tanggungjawab sebagai ibu bapa..bersediakah aku untuk semua itu?berkongsi cerita dan kisah tentang perjuangan Nabi kita..memantau anak2 ku mengaji..tidak hanya melepas tanggungjawab pada ustaz dan ustazahnya..aku mahu menjadi contoh bagi mereka...insyaAllah..jika ia perkara yang baik,moga Allah permudahkannya.cinta cumalah salah satu jalan kebahagiaan,masih banyak lagi jalan untuk mencapai bahagia..ketaqwaan,keimanan dan keikhlasan..dan bahagia itu yang sebenarnya kerana ia memberi ketenangan.

dan hari ini..jika aku tidak mampu memberi hati ini..aku hanya mampu mendoakanmu..
biarlah mendiamkan diri..tapi hati yang sentiasa mendoakanmu..kerna aku percaya,pemilik hati ini lebih berhak mengetahui segalanya...

wallahualam~