About

Instagram

Wednesday, July 25, 2012

soalan random dan entri merapu

salam

dah lama tak update blog.senang kata,saya bukan malas..tapi takde idea yang mahu dikongsi bersama.walaupun sedang cuti semester..mungkin banyak masa,tapi sebenarnya..banyak perkara lain menjadi utama.*apalah sebenarnya aku nak tulis ni..mcm merapu@#$%!$&*.

biasanya apa yg saya share.kalau saya dah buat sesuatu perkara tu.barulah ada "feel" nak menulis.ni tak lah.pandai nasihat orang..pandai cakap.tapi diri sendri tak buat.."orang pandai bercakap OR orang pandai yang bercakap"...itu 2 perkara yang berbeza.jadi saya nak jadi macam orang pandai yg bercakap,bukan pandai cakap je..FAHAM??.:p

so,bila ada emel suruh buat entri2 agama lagi..adoyaii..saya bukan ustazah or menuntut ilmu agama tinggi2..saya sedang belajar,dan apa yg dah termampu buat je,saya akan share..ok?..


soalan yang pernah saya dapat dekat formspring.*punya berzaman dh tak bukak*

"saya ada mnt seorang lelaki ni dalam diam,tiba2 dia ajak saya dating berdua.saya berkawan dengan dia..cumanya kami tak couple,tapi dia suka buat mcm kami ni dh couple.sy tetap dgn pendirian sy.dan akhirnya dia ada perempuan lain........etc.........."

kalau korang bca entri aku ni.mesti rasa mcm aku ni bagus je..bajet perfect la.ala2 kaunselor.aku nak pesan..sehebat mana pun seseorang tu,takde manusia pernah dilanda masalah/ujian.takde doktor tak pernah sakit,takde ustaz tak pernah buat dosa,takde polis xprnah buat silap. aku kalau dpt soalan mnyelesaikan msalah ni..prkra prtama terlintas *ouwhh.apsal aku??kenapa aku??*..kdg2,soalan tu mcm menemplak diri sendiri.sentap i.!.haha..yeah,tapi jawab dengan nada cool n relax..chill la,orang nak mintak tolong.kadang2 bila orang tnya soalan yg "ko boleh google sendri kowt"..kenapa nak tanya..tapi takpe,manusia..aku pun manusia.klu ada masa lebih,aku layankan je.

"sometimes u don't need people to give u advise,u just need somebody to LISTEN"

setuju kan??

sebenarnya aku tak tahu nak jawab soalan orang ni macam mana.tapi berdasarkan apa yang dia cerita..aku nak cakap DIA BUKAN LELAKI BAIK..

penjelasan

lelaki kalau datang kepada perempuan..sama ada 2 perkara ini saja. pertama "dia memang ikhlas dan nak jdikan awk isteri dia" atau kedua "dia nak dapatkan 'sesuatu'"...kalau dapat dia bla..kalau tak dapat,dia akan bla jugak.sebab nak buat isteri kena yang baik2 kan.cuma tahap usaha dia tu bergantung pada tahap kesabaran.huahaha..*ok tak lawak la nabilah.!*
belajar kenal kriteria cinta sebelum kita bercinta *perghh ayat nak gempak*
aku dapat ilham nak bagi jawapan ni sebab pernah terbaca
imam al ghazali mengajar anaknya mengenal kriteria berpuluh tahun sebelum anaknya mengenal cinta
"imam ghazali memberitahu anaknya berkenaan kriteria pasangan hidup berpuluh tahun sebelum anaknya mula mencari"
tadi awak bagitau,awak tetap dengan pendirian awk..bermakna,awk dah ada kriteria dulu sebelum nak bercinta..cumanya awk tersangkut dengan perasaan "minat dalam diam" pasal apa awak minat dia.itu saya tak tahu..sebab dia hensem ke.sbb dia kaya ke..sebab muka dia mcm anuar zain ke *tetibe*..atau sebab dia pandai mengayat..normal la,manusia ada perasaan kan.lelaki yang nak jadi suami..dia mesti ada pendirian pada agama.itu paling UTAMA.mesti tegas *tapi dengan cra berhikmah*.nak bagi nshat,ayat kasar,sape nak dengar..pastu,dia suka makan durian ke x*sbb aku kurang minat durian la.ohoi*..itu hal lain.agama paling utama.

contohnya :
gf : awak2..awk tengah buat apa?
bf : dah azan la..sy nak pergi solat
gf : alaaa..setiap kali call je..awk nak pergi solat.nnti la.kita borak kejap.5 minit lagi ke
bf : ?????..ok.awk nak borak apa? ATAU tak boleh,Allah lagi utama

so..dalam bab awak ni..dia tinggal awak sebab tak dapat apa di nak.come on la.!..lelaki mcm ni tak mencabar langsung.!.senang kena goda..esok kawen,tak puas...cari lain.ketepikan rasa minat tu dulu.utamakan mana lebih utama..jangan ikut nafsu sgt yerkk..kita cari LOGIK sikit.:)..sedih tu memang sedih..aku faham,perasaan minat cinta tak berbalas ni..ahakss..tapi,tegas sikit dengan pendirian tu..fikirrrrrrr panjang.fikir sampai tak boleh tidur pun takpe..;p..owh ye,kalau aku bagi nasihat bab2 agama,nanti kata cliche pulak..awk mesti tau..dari Allah kita dtg,dari Allah juga kita kembali.peace.^^..salam

p/s : terima kasih kerana bg idea nk menulis.;p..semoga beri manfaat pada kalian

Wednesday, July 11, 2012

"nak marah..marah..tapi akhirnya kena maafkan.."

salam.:)



hye kawan-kawan..pembaca blog dan entri ini..
dah pukul 3 pagi..
saya ada satu cerita.."mungkin" ringkas.yang buatkan kita sendiri berfikir sejenak..

cerita ini,yang saya akan fikir sebelum nak tidur..
memaafkan orang sebelum tidur..perkara baik dan digalakkan kan??

ceritanya

seharian suntuk..kita bekerja,kita buat kerja,kita belajar
bangun pagi,mandi,solat,pergi kelas..balik kelas,petang riadah,malam study lagi..lepastu nak tidur..
tidak kisahlah..apa rutin seharian korang sekali pun..setiap hari buat perkara yang sama..rutin yang sama....hidup kita,bukan dengan diri kita..kita hidup bermasyarakat..sehingga kita mati sekalipun,masyarakat yang akan tolong.jadi jangan nak berlagak sombong kata kita tak perlukan orang nak hidup..jangan kita dengan dunia kita.ASYIK..*kadang2 perlu dengan diri sendiri jugak*

apa yang korang buat sebelum tidur??rutin paling ringkas untuk diri sendri..pernah fikir tak??

basuh kaki?mengaji?baca doa tidur?berangan?baca buku?

kalau saya diberi pilihan untuk membentuk peribadi yang macam mana saya nak kat diri saya..
perkara pertama yang saya nak adalah..

"berilah aku kesabaran dalam setiap masalah dan ketika melakukan kebaikan"



sebabnya..saya tak suka nak jadi pemarah,saya tak suka marah orang,saya tak suka marah2..

bila saya marah,saya akan lukakan hati orang..saya akan buat diri saya tak terurus..saya akan buat diri saya dibenci orang..dan akhirnya jika saya marah untuk sesuatu yang dah berlaku untuk apa..sebab saya tidak akan dapat mengubah apa2..
saya masih ingat lagi kata2 cikgu disiplin saya "biar orang hormat kita bukan takutkan kita"

i'm trying to be like someone yang cool and penyabar..apabila berhadapan dengan perangai manusia yang berbeza-beza..

macam ni la ceritanya..kita sibuk dengan aktiviti kita..dan manusia lain juga sibuk nak masuk campur urusan kita..kita penat,letih..banyakkkkk giler kerja.!.kena marah dengan bos,dengan lecturer..lepas tu kawan2 buat hal..kawan2 tak tahu keadaan kita,sebab kita mampu tersenyum lagi...kita mampu bersabar lagi..tetapi akhirnya macam nak meletop.!.tapi tak jadi..kawal..kawal..bagi saya,marah adalah perkara terakhir yang mungkin jalan penyelesaian secara ringkas,tapi kurang berkesan..

saya tak suka marah..sebab sangat ganggu mood saya..marah dengan perangai si A..kejap lagi nak kena berurusan dengan si B ni..kenal kawal,takkan nak lemparkan kemarahan dekat si B..sebab nak marah si A tak boleh..takut..takde kuasa..nak buat kerja pun tak boleh..baru tadi si C kejap lagi nak ajak makan2..dah jadi takde selera..marah punya pasal..simpan..simpan..makan dalam ni..senyum..stay cool n be calm..biasanya kalau saya marah,saya senyap..sbb ketika marah,saya elakkan dari buat keputusan..paling tidak pun,istighfar banyak2..manusia..manusia..kita,mereka,dia dan SAYA JUGA MANUSIA..

perkara saya paling susah nak faham.."eyhh..aku tak buat kat orang..dan tak pernah terfikir orang nak buat macam tu..aku buat baik,kenapa kau balas macam ni????"...yaaa..rasa nak nangis,marah,geram..but yet,kena paksa juga diri terima.."nabilah..manusia berbeza..belajarlah"..

walau apa pun aktiviti dan cerita seharian kita..

akhirnya,sebelum tidur kita mesti nak maafkan orang..kita cakap kat diri kita.."tak faham la kenapa orang buat macam tu..macam ni.."..sebab diri kita bukan macam tu..mungkin esok diri kita macam tu..akhirnya positif juga yang kita cari..sebab nak maafkan ni..kena maafkan..sedangkan Allah maafkan hambaNya..inikan kita manusia..besar pangkat nampak.!..

...cadangan saya..

kalau rasa terlalu stress..rasa tak boleh nak go on dengan manusia yang tak sebulu dengan kita..tapi,terpaksa juga nak berurusan..buatlah apa yang termampu..mohonlah kekuatan dan kesabaran dari Allah..

TAPI
ambil lah masa..dapat buat seminggu sekali pun takpe..buat aktiviti yang berfaedah,yang kita rasa..kita nak masa dengna diri kita je..taknak orang lain gangu..taknak.!.kalau ada kawan or teman yang boleh "masuk" bawalah..cumanya,masa bersendirian ni sebenarnya kita lebih banyak muhasabah diri..membina kekuatan semula..mencari nilai2 positif..buatlah apa saja,janji kita bahagia dan tersenyum..penat nak melayan kerenah manusia,tak boleh lari,sebab hidup bermasyarakat..so,ambil msa untuk diri sendiri..

contoh paling simple.!..i have my own diary..kalau dulu rajin,setiap malam saya akan menulis..kalau tidak,bila saya betul2 perlu menulis...buatlah sesuatu kebaikan dalam diari tu..tulis semua benda yang boleh buat kita bahagia,tersenyum.akhiri dengan kata2 positif or ayat2 quran yang kita yakin dengan ayat2Nya..luahkan.!..kalau betul2 nak marah..tulis..tulis..kemudian buang..buat sampai kita rasa puas.

sekian..ini memang dah ngantok.:)

~

p/s : semoga mendapat manfaat apa yang saya share ye.kadang2 kalau fikir..diri kita pun kadang kalau ada TERbuat silap yang kita tak sengaja dan tak perasan.harap2 orang tu maafkan kita sebelum tidur juga.nite.xoxo.:)



Sunday, July 8, 2012

jangan pernah membenci



jangan kerana seseorang menolak cintamu
lalu engkau membencinya..
bukan kerana dia menolak cintamu..
engkau tidak cantik pada pandangannya..
menjadi dirimu dengan sesuatu yang Dia redha itu lebih utama

jangan kerana seseorang menolak cintamu
saat itu engkau mengatakan dia tidak baik bagimu
engkau bilang,akan ada yang lebih baik bagimu..
benar..
kerana janji Allah..yang baik hanya untuk yang baik..
bersangka baiklah dengan definisi cintamu
yang terbaik buatmu adalah lebih baik dari menerima sesuatu yang engkau mahu tetapi bukan dalam redhaNya

siapa kita..bila Dia telah tetapkan itu untukmu..maka itu bahagianmu..
tiada lagi yang mampu mengubah..kerana Dia lebih Mengetahui segalanya..
cinta yang membawamu ke syurga..
bukan perilaku ahli syurga bila mana engkau mendustakan cintaNya..

perbaiki definisi cintamu~

Friday, July 6, 2012

review : produk penjagaan rambut.vatika

salam.:)

lama tak menaip secara formal macam ni..cuti2,duduk rumah..tiada idea nak menulis sangat.maklumlah,jadi suri rumah ni busy...ahakss..;p..

so,ni adalah 1st review produk personal yang aku guna..bukan untuk menjual ye.untuk berkongsi sahaja.:)..

aku sangat teruja nak share tentang kebaikan syampu ni..because it's really works on mine..bagi kaum adam,kalau taknak meneruskan bacaan..boleh skip entri ini..:P..sebab entri ini khas untuk kaum hawa..ehee

mari aku perkenalkan syampu vatika..pernah dengar??


well,bab penjagaan rambut ni..aku tak kisah sangat,syampu mahal or tidak,yang penting HASILNYA.!.
ye..syampu ni murah sahaja..200ml..rm6+ sahaja..bau yang wangi dan khasiat dari telur dan juga madu..
syampu ni diperkenalkan oleh akak aku sendiri..masa kiteorg pergi mydin..aku beli syampu head&houlder..sebab aku suka syampu yang tak "menyusahkan" aku..haha..maksudnya..nak kena pakai pelembap la..mask..walaupun bertudung,tak semestinya kita tak boleh jaga rambut juga kan..tapi,kalau duit berhabis untuk rambut je..susah jugak..so,head&shoulder yang cool tu best..cuma nak kena maintain dgn pelembap..yang menyebabkan kadang2 malas..kdg2 rajin..

secara jujur,mula2 aku tengok syampu ni.."tak pernah dengar pun..tak pernah nampak..yeke bagus"..akak aku pun jawab "tak semestinya murah tak bagus"..aku pun fikir2 dan berlalu pergi..ceyhh..konon tak pandang.fine..masa pergi bercuti ke sabah,aku terlupa bawak syampu.then my sis bagi syampu vatika..dia punya..1st time try.perghhhh...JATUH CINTA.!..haha..ni dah macam sesi iklan pula kan..takpe.disebabkan aku betul2 dapat kepuasan dengan hasil yang bagi aku cukup mengkagumkan..harga rm6+ dah setaraf syampu2 kat saloon yang aku rasa belum tentu bagus..

kenapa aku kata bagus syampu ni??sebab ianya jadikan rambut lembut,tak berminyak,ringan,kulit kepala rasa bersih dan rambut mudah disikat serta mudah di atur..lagi2 kalau mereka yang bertudung..rambut mungkin terperap lama kan..tapi,dengan guna syampu ni..selesa je nak bertudung..
serius..lepas guna syampu ni..aku dah tak perlu pakai pelembap dan jarang guna minyak rambut..kalau teringat je baru pakai..sebab syampu ni macam 3 in 1..hehhh..:D..senyum puas hati ^^..lagi pun syampu ni from dubai..arab.no wonder la rambut2 orang arab cantik..i just love my hair when i just wake up from sleep.yeah.!.guna jari pun boleh~.hahah

mana nak dapat syampu ni?..aku tak sure..yang aku pasti..kat mydin ada..bukan pavilion ye..:P..

okbye..tu je nak share..excited.ehe..

wasalam~

Tuesday, July 3, 2012

Monday, July 2, 2012

so soon

kindly love this song so soon by maher zain



Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever


You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same




But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh