About

Instagram

Sunday, July 8, 2012

jangan pernah membenci



jangan kerana seseorang menolak cintamu
lalu engkau membencinya..
bukan kerana dia menolak cintamu..
engkau tidak cantik pada pandangannya..
menjadi dirimu dengan sesuatu yang Dia redha itu lebih utama

jangan kerana seseorang menolak cintamu
saat itu engkau mengatakan dia tidak baik bagimu
engkau bilang,akan ada yang lebih baik bagimu..
benar..
kerana janji Allah..yang baik hanya untuk yang baik..
bersangka baiklah dengan definisi cintamu
yang terbaik buatmu adalah lebih baik dari menerima sesuatu yang engkau mahu tetapi bukan dalam redhaNya

siapa kita..bila Dia telah tetapkan itu untukmu..maka itu bahagianmu..
tiada lagi yang mampu mengubah..kerana Dia lebih Mengetahui segalanya..
cinta yang membawamu ke syurga..
bukan perilaku ahli syurga bila mana engkau mendustakan cintaNya..

perbaiki definisi cintamu~

5 comments: