About

Instagram

Wednesday, October 17, 2012

sesuatu buat kamu yang tak pernah tahu






dan aku tahu,
tanpa doa ku,
kamu masih akan berbahagia.


Tuhan akan masih memberikan yang terbaik untuk kamu.
Tuhan akan masih menentukan takdir terindah buat kamu.
kerana aku percaya,
walau tanpa aku minta,
Tuhan masih akan memberikan yang terbaik buat hambanya,
Apatah lagi buat seorang yang baik dan sedang memperbaiki diri.


ketahuilah.
rasa ini, akan akhirnya pudar nanti.
doa ku, mungkin juga tak lagi aku titipkan.
harapanku, mungkin juga akan aku terlupakan.


jujur, kerana itulah sebenarnya yang lebih selalu aku doakan,
untuk melupakan, menghapus dan mengusir segala rasa dan kenangan yang tersisa.

ya, melupakan memang tak mudah,
namun terus mengingat dan mengenang juga tak selalu indah.


namun,
ingatlah suatu perkara yang akan selalu membuatmu bahagia,
itulah DIA,
rahmat-NYA, kasih sayang-NYA.
bukan aku. mungkin bukan doaku. mungkin bukan lagi harapan aku.


lantas, 
mengapa masih ada ragu,
bahawa, tanpa aku,
kamu masih akan berbahagia?




via -tersenyummelihatlangit

4 comments:

  1. suka sangat paragraph akhir tu. "lantas, mengapa masih ada ragu,bahawa, tanpa aku, kamu masih akan berbahagia?"

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum kita berjumpa dengan orang yang betul2 milik kita..bersabarlah sahabat, sesunguhnya sabar tu manis nikmatnya..

    ReplyDelete