About

Instagram

Sunday, November 25, 2012

mee kari ketam di seksyen 7,shah alam

assalammualaikum

aku jarang update blog tentang makanan kan..walaupun hobi adalah jalan2 cari makan.haha.giler kedekut taknak share cerita tempat makan mana best kan..aku bukan jenis 'kuat makan',tapi aku suka jalan2 cari makan..mencuba menu baru dan resepi yang baru.setiap kali keluar berjalan,aku mesti plan "nak makan dekat mana ye???" lepas tu sibuk google tempat makan yang mana best..boleh dikatakan hampir setiap hari,bila online je aku akan google menu dan resepi baru..tempat makan baru.lepas tu plan dan pasang angan2,suatu hari nanti,aku mesti sampai sana untuk makan ini dan itu.hahah

semalam 10 muharram,aku puasa..lepas tu berbuka dekat ayam penyet AP seksyen 7,shah alam.asam laksa AP memang terbaikkkkk.!

lepas makan asam laksa..pergi makan mee kari ketam yang terletak di shah alam,sekyen 7.yang nak mencari,ni alamat penuh kedai tu 

MEE KARI KETAM NO 11, KOMPLEKS ANJUNG 7, JALAN ZIRKON B 7/B,SEKSYEN 7 40000 SHAH ALAMSELANGOR.

antara menu yang famous kat kedai tu..korang boleh tengok gambar menu ni.:).harga pun mampu milik.ehe.alhamdulillah.rezeki


baca betul2..sangat clear gambar yang aku amek kan,kalau korang order mee kari,ianya tak termasuk udang dna ketam,so that korang kena order lain harga..harga berbeza mengkikut saiz perut..ehhh tak,mengikut saiz ketam.^^
  aku order MEE KARI KETAM  
mula-mula nak order nasi goreng ketam sebab tadi baru makan kuah2..asam laksa,tapi disebabkan naci goreng habis,aku order la mee kari ketam ni..nyum2..amacam??tengok gambar..selera tak???.;p



alhamdulillah.aku dah habis final exam.tamatlah pengajian untuk semester 5.semester depan dah ojt.semoga dipermudah segala urusan.Ameen.:)

 









Tuesday, November 13, 2012

lelaki baik untuk perempuan yang baik.kalau jahat dan dah bertaubat?





Sewaktu sesi ceramah bersama Ustazah Fatimah Syarha, seorang pelajar perempuan bertanya:

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Bagaimana pula perempuan yang pernah melakukan dosa diwak
tu silam akibat terlanjur, adakan mereka akan dapat jodoh yang tidak baik?"

Kita jangan sesekali "label" diri kita keji atau jahat sebab kita fitrahnya baik. Jika kita pernah buat silap itu waktu silam kita, hari ini kita bartaubat, kita beristighfar, kita bukan lagi orang yang keji dan orang yang tidak baik, kita sekarang berada dikalangan orang yang baik-baik, jangan kita ikat diri kita dengan dosa silam selama-lamanya. Janganlah menghukum diri kamu dengan melabel kamu tidak baik, kerana anda akan merasakan perbuatan yang baik tidak sesuai dengan dirimu, "Orang jahat mana buat baik". Yang berlalu biarlah berlalu. Anda sekarang adalah orang baik, dan akan dapat yang baik, bersangka baik terhadap jodoh yang Allah SWT akan beri kepadamu kerana, Rasulullah bersabda :

"Allah SWT berfirman : "Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kalau kita sangka baik terhadap Allah SWT. Insyaallah kita akan dapat orang yang membantu kita ke Syurga Allah. Insha-Allah.

.Istighfar. Taubat. Muhasabah.



copypaste

Wednesday, November 7, 2012

dilema tempat praktikal

assalammualaikum dan bismillah

hari ini dah 7 november 2012..lagi sebulan lebih nak sambut birthday..umur dah 21.hoyeah.!.
sebenarnya bukan nak cerita tentang sambut birthday..tapi.....TAPI.!.cerita tentang tempat OJT (on job training)..

pilihan ni..makin banyak susah..makin sikit pun susah..dah takde pilihan lagi susah..

makanya..hidup memang tentang pilihan..


dah bulan NOVEMBER..tapi masih takde ketetapan the best 3 choices untuk pilih..

pilihan utama MASKARGO..
pilihan kedua HM AEROSPACE
pilhan ketiga ..............*sili isi tempat kosong*..CTRM,SAE...etc


sangat penting untuk menyediakan pilihan jadi lebih..as a back up plan..

lepas pilih tempat OJT.nak kena fikir cari rumah..housemate lagi..huwarghhhh..ni 1st time gua nak kena berdikari macam ni..haiyaaa.!!!.

sebenarnya, rasa nak nangis..tp,tanya balik diri sendiri..kalau nangis dapat apa??boleh terus selesai masalah ke??makanyaaa..tak jadi menangis..tapi,take it as a challenge..itulah kehidupan kan~*tetibe ayat nk drama*


okkkkkk..lepas call madam untuk urusan OJT..terus ambil2 gambar dekap laptop.reaksiii senyum saja yang aku mampu untuk stay POSITIVE....

p/s : bila rasa susah nak memulakan sesuatu..teringat pesan mak "mulakan dengan bismillah.fikirkan akan menjadi dan teruskan,kalau rasa susah,itulah permulaan.bukan pengakhiran"...sebab setiap permulaan itu bukan mudah,tapi pengakhirannya manisss.insyaAllah..Ameenn