About

Instagram

Monday, December 9, 2013

coz my mama is everything


where and how should i start??

ok..IBU,EMAK,MAMA,MUMMY,UMMI..tak kisahlah apa pun panggilan kita untuk mak kita..yang penting.mak kita dalam dunia ni cuma SEORANG.

orang kata,perempuan ni bila time nak kahwin nanti,dia akan rasa kehilangan ibu.sebab masa tu syurga dia dah beralih arah.*sedih*..hmm..yang dahulu kau patuh,kau sanjung,kau sayang..bertahun lama kau hidup dengan seorang emak,tiba-tiba kau perlu mengutamakan yg lain.

i have a story about my lovely mum..

dia seorang yang sangat kuat dan tabah.bagi aku power la..sebab dialah doktor,dialah cikgu,dialah motivasi,dialah chef aku,dialah semuanya..SEMUA.

dari kecik hingga umur aku sekarang,aku boleh bilang pakai jari berapa kali je aku pergi klinik gigi.
gigi pertama aku sahaja yang dicabut dekat klinik gigi.selepas tu,semua gigi aku,mak aku yang cabutkan.setiap kali aku sakit gigi or gigi baru nak tumbuh,mak akan check..pasti takkan terlepas.takut or sakit..aku terpaksa pasrah.sebabnya,mak cakap 'senyum yang cantik,bersama gigi yang cantik'..aku pasti,mak sangat prihatin dengan penampilan anak-anak.

bila aku sakit,aku nak mak yang kat sebelah..aku nak mak yang suap.antara adik-beradik aku,aku seorang je yang paling banyak masuk wad.start dari kaki aku pernah patah,dduk wad,msuk toilet,ambil darah,semua aku nak mak aku kat sebelah.even mak aku nak balik rumah,tukar baju ke..siapa yg jaga aku,aku akan buat bodo je.
aku masih ingat masa sekolah rendah,aku demam panas.demam yang sampai aku tak larat nak bangun.dan adik aku lagi 2 orang pun turut demam..mak sanggup dukung bawak masuk klinik.*oh my..i start to cry now*..hmm..

bila dulu nak pergi sekolah tadika,aku taknak..sebab sejuk nak mandi.mak masakkan air panas..yelaa,masa tu rumah xde lg water heater ni.

bila rambut aku panjang or rimas..mak aku yang akan potongkan.berbakat kan?

dulu mak menjahit..mak jahitkan baju sekolah..baju raya.

orang yang pertama ajar aku potong kuku,of coz my mum.!.

bila bab memasak...dulu aku ni jenis tomboy.aku tak suka masuk dapur.memasak.mengemas.lebih suka pergi main dekat luar rumah.tapi,bila makin besar ni..resepi mak jugak yang selalu aku belajar.

bila pertama kali aku 'sakit' putus cinta.aku call mak..mak suruh balik.tidur sebelah mak.malam2 terjaga n menangis..mak aku peluk.kau tahu saat mak aku peluk dan bisik dekat telinga aku 'istighfar,mak sayang ila,,jangan macam ni,kena kuat'..saat tu aku rasa kekuatan yg datang tiba2..

perasaan pertama kali aku tengok mak nangis,masa tu sebab penat dan rumah bersepah.biasalah..budak2 mcm kteorg adik beradik.tetibe aku sebagai ank kecik ada rasa sayu..dalam hati.'kenapa mak aku menangis'..

aku masih ingat waktu kecik-kecik..mak sambung belajar,bawak kami bertiga adik beradik..n she was pregnant that time..dengan suami jauh.oh noooo..aku tak dapat bayangkan kalau aku yang macam tu.

dah besar2 ni pun..kalau balik universiti, mak mesti bekalkan makanan.takpelah..kalau kena naik bas pun.bawak je..berat macam mana pun.aku akan amek.sebab mak masak..

aku akui,kadang-kala memang ada salah faham dengan mak..berbeza pendapat.but when it comes about choices..i will ask her 1st.walau macam mana sekalipun..redha Allah,terletak pada redha ibu bapa.kalau nak cerita pengorbanan mak tu,terlalu banyak..

jadi sekarang ni...kalau orang kata.."kenapa pilihan mak?'"..."kenapa mak yang pilih?"..."kenapa pilihan mak?kan dah besar..sampai bila nak mak yang aturkan?"..aku senyum.:).

tak mengapa..berapa banyak sangatlah yang aku harus ikut pilihan mak berbanding dengan jasanya.aku rasa senang melihat mak senang hati..melihat dia senyum.i can't imagine how to handle 6 kids dgn macam2 kerenah..biarlah aku jadi yang bila maka kata 'A'..xpe la.asalkan logik,fikiran,agama kata baik,insyaAllah baik untuk aku juga.

sekolah pilihan mak,subjek pilihan mak,belajar pilihan mak,suami pilihan mak...apa yang mak redha Allah akan redha juga kan.:D..apa yang Allah redha,semoga ada bahagia di situ.ujian2 kecil tu biasalah..nama pun kehidupan.tak semestinya apa yang mak kita pilih,xde derita..xde ujian..kan Allah dah berfirman "adakah kamu dikira sudah beriman sekirang tidak diuji?"..jangan risau..kalau kita buat pilihan kerana mak,kerana redha..insyaAllah,ujian itu juga akan menjadikan kita manusia yg lebih baik..yang mana kamu mahu?ujian dibawah redha Allah atau ujian kerana Allah murka??

p/s : orang mungkin fikir "anak mak".."anak manja"..takpe.sebab aku ada mak.dia tidak pernah memaksa.cuma bila yang mana harus aku pilih,aku utamakan dia dahulu.semoga Allah redha


kenapa?


apa rasa bila kecewa?putus cinta?

jawapan yang selalu aku beri "i'm just tired'"..bila ditanya tired of what??aku sendiri akan termenung mencari jawapan.

pernah sampai tahap aku jadi tidak kisah.fokus aku adalah diri aku.aku tidak kisahkan apa yang orang fikir dan rasa.itu masalah mereka.bukan aku.aku letih..aku dah letih.

ya..jawapan yang sama.sudah 2 tahun.

ada yang menunggu..ada yang sudah move on..ada yang tercari-cari..aku tidak kisah.

dan bila tiba-tiba aku membuat keputusan..semua orang seperti tidak percaya.semua tertanya-tanya.prinsip yang mana..

pernah kau terfikir...apa yang aku doa dalam diam?apa yang aku simpan dan pendam?apa rahsia tuhan dan aku?

lihat saja dari luarannya aku seperti tidak kisah.namun jauh di sudut hati,aku terlalu kisah.

aku beralih fokus..aku tukar prinsip lama ku..aku pilih yang lain.

kenapa???

sebab aku akur dengan aturan ilahi.aku manusia.aku hamba Dia..AKU BUKAN TUHAN.

bila tuhan kata bukan..aku harus memilih yang mana tuhan beri.aku sudah berusaha..dan tuhan kata bukan..aku pilih yang tuhan kata ya..kun fayakun.

dan akhirnya

bukan aku yang pilih..tapi Allah yang pilih

Thursday, December 5, 2013

pelamin cantik

ada sesuatu yang akan buat aku speechless..bila tengok gambar yang cantik..

aku suka something yang simple tp sweet and unik..

bila bercakap tentang impian perkahwinan.

apakah pelamin impian??ehee..^^

aku saja google..pelamin vintage style..terjumpa pulak facebook


jom cuci mata






hmmmmm

ok x??







Wednesday, December 4, 2013

PILIH




aku ada satu sifat yang tamak..aku kategorikan ini sebagai sesuatu yang hyperbola
bila aku pilih baju,aku suka untuk ada setiap warna..barangkali aku fikir,aku ni permaisuri.setiap 1 design,aku perlu ada semua warna.padahal,coraknya tetap sama..

kemudian,esok hari beli lagi yang lain..
tamak..sebab aku hanya mahu memiliki..
tapi sayang
akhirnya aku akan pilih mana yang aku selesa

dress cantik aku pilih untuk pakai skirt pasar malam dan t-shirt

boleh saja aku mahu pakai baju yang ada cutting..amoi tailor aku cakap "body cantik,boleh buat baju ada cutting la"..
jawapan yang aku pilih
aku pilih untuk selesa

mereka bilang
ramai lagi yang sesuai untuk aku..kenapa kau pilih yang bukan ramai
aku pilih
untuk selesa

aku pilih untuk selesa
rasa selesa yang Pencipta pinjamkan
sampai bila??


Thursday, November 28, 2013

rezeki yang dirahmati


IT is idiot...the "I" stand for idiot-lecturer aku cuba berjenaka

yes sir..the idea of idiot is not important but money is important..30 years working in IT department and become the CIO (chief IT officer)..duit bnyk maa-sebagai seorang student,ada yang cuba mencelah..bangga dengan pangkat lecturers kami..yang mengajar bukan calang2 orang..pangkat paling rendah pun manager.

aku duduk di hadapan sekadar mendengar,tersenyum dan berfikir.."bekas CIO,sangat humble,kelakar,pakai hp sambung biasa je"..aku suka keadaan yang begini.dalam kesempitan ekonomi zaman sekarang..hidup sebagai seorang student yang hanya bergantung pada duit elaun x sampai seribu pun sbulan..itupun suka berangan

*kalau aku kaya*..ada pangkat,duit..macam2 aku nak..nak iphone,pergi bercuti,,bla2..

tapi bila memikirkan situasi encik CIO ni..aku terfikir.if i were u..i wanna buy iphone now..hellooo.dgn life sbagai student,kau kumpul duit..ikat perut semua..semata2 nak beli hp 2k plus..membazir dan bukan kerperluan yer..

tiba-tiba lecturer aku geleng kepala dan jawab

money is not everything..if u work for money,u will never get satisfy..what makes u feel enough when u get barakah..sikit atau bnyk..yang penting dirahmati atau tidak..i've been working almost 30 years in industry, working with half of your life and time spending..if u just wake up early in the morning, go for working and just to get 20k..it won't be enough for the rest of your life..jaga niat kerana Dia..lillahi taala"

we put into this kind of situation...u get salary..n half of your salary of this month, u got to pay for ur car's maintenance..habis rm500 just for 2 tyres..but the NEW TYRES can last long for 1 years coming..u think it's not your rezeki..dapat gaji untuk bayar tayar kereta..but if u think again,with that new tyres, that's your rezeki for a year..

bekerja dalam industri selama berpuluh tahun..masa dan hidup kau untuk kerja..aku pernah terfikir untuk tidak sanggup dengan semua ini

tapi..manusia begini buatkan aku terfikir semula..mana niat??

niat yang baik juga ibadah..bukan sia-sia kan??




carilah bahagia di setiap ruang hatimu




dan kerana hati yang rapuh..kadang-kala aku terfikir
benarkah ini pilihannya..memilih untuk bahagia atau membahagiakan
kalau kau iri hati dengan rasa aku bahagia,fikir sejenak..
betapa banyak air mata yang aku pertaruhkan
sakit yang aku pendam
cuma belum pernah diakui secara lisan
'makan hati' bukan sesuatu yang enak untuk dikongsi.
namun,aku yakin jika keranaNya pilihan ini..
mohon dalam duka juga aku tenang keranaNya

maafkan
kadang-kala soal hati harus jauh dibawa pergi
biar nanti tenang ketika mengadap ilahi
supaya nanti sampai suatu saat
kau tahu siapa yang kau rindu..siapa yang kau sayang

bila berkata tentang hati
BAHAGIA yang selalu direncanakan
kalau aku kata...solat di awal waktu itu bahagia..mengaji itu bahagia
kau kata..berpacaran itu bahagia..tidur lebih bahagia dari solat
lalu..yang mana bahagia sebenarnya?

bahagia tu kena cari dalam bahasa tuhan..bukan bahasa manusia
di mana??


Friday, November 15, 2013

rezeki Allah kerana persediaan yang disusuli tanggungjawab

assalammualaikum.semoga kalian dalam keadaan sihat dan dipermudah segala urusan.:)
rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi rasa dengan korang.lately ni,perkara ni asyik terngiang2 di kepala..
korang tahu apa perkara paling mudah nak bersyukur dan dapat pahala,bila korang niatkan semua kerja baik yang korang lakukan kerana Allah taala..kaitkan alam sekeliling,apa yang kita nampak,lihat dan rasa dengan hubung kaitnya dengan Allah..Allah Maha Besar.Segala pujian bagiNya..
contoh perkara paling mudah,bila setiap kali nak makan,fikirlah.."alhamdulillah,inilah rezeki dari Allah"..mulakan dengan bismillah..sedap atau tidak,banyak atau tidak,mahal atau murah..itulah rezekinya.sebab rezeki tu pemberian dariNya..apa yang diizinkan olehNya..maka jadilah.*kun fayakun*..:)..bila nak complain pun rasa maluuuu sangat dalam hati.malu sebab Allah mendengar.takut tak bersyukur..Allah tarik nikmat yang sedikit langsung tiada.
apabila bercakap soal rezeki,kita mungkin hanya memandang dari sudut keewangan..duit..
yang dinamakan rezeki tu bila semuanya indah.definisi INDAH kita sebagai manusia terlalu 'sempit' sehinggakan pemikiran kita selalu mudah menjadi negatif bila kita dapat yang sebaliknya.bila kita dapat yang bukan kemahuan kita..maka,ianya tidak lagi indah.barangkali disogok dengan persekitaran..pembacaan..apa yg kita lihat..itulah yang kita fikir.namun,kadang kala..berhentilah melihat dan banyakkan berfikir.
berfikir untuk sesuatu yang kita tidak pernah lihat..orang putih kata 'think outside the box"..jika kita duduk di dalam kotak,kita takkan pernah tau apa yang di luar kotak..kita melihat kegelapan..kesempitan..yang diluar penuh dengan cahaya dan keluasan..kebebasan.
aku pernah terbaca tentang jenis rezeki :
-rezeki yang kita usaha dan kita dapat
-rezeki yang kita tak usaha tapi kita dapat
-rezeki yang kita usaha tapi tak dapat
apa yang aku nak tekankan kat sini tentang rezeki yang 'kita dah usaha tapi kita tak dapat'..kenapa  masih dipanggil rezeki sedangkan tak dapat???
aku percaya dan yakin Allah Maha Kaya..Maha pemurah dan Maha Penyayang..manusia,kita adalah hamba.malukah kita sebagai hamba yang meminta dan bila tak dapat,kita marah tuan kita??meminta dalam keadaan yang datang bila susah..meminta dengan doa tanpa bersungguh..
aku suka melihat kembali kisah lama dan kisah baru tentang kehidupan aku sendiri.aku terfikir
"Allah memberi kerana bersebab..dan semuanya ada ber'ujian'..ujian Allah sesuai dengan kesanggupan manusia.makanya,kalau kita di uji,anggaplah yang kita sebenarnya memang mampu..be positive..dan kerana persediaan kita..tapi andai kata kita rasa diuji saat belum bersedia..fikirlah dan ambil iktibar..sekiranya Allah mahu memberi yang lebih baik,dia mahu kamu bersedia..dan bagaimana mahu memberi persediaan kepada kita,dengan cara memberi ujian..ingat janji Allah..Maksudnya : "Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan" (Surah Alam Nasyrah ayat 5).YAKIN..YAKIN..YAKIN"



Begitulah proses kehidupan..selagi mana kita hidup..selagi tu kita akan diuji..kerana 'adakah kamu dikira sudah beriman sekiranya tidak di uji".-ayat ni buatkan aku fikir besederhana saja bila kau bersedih atau gembira.islam ni cukup indah..sangat sempurna.bercakapa pula tentang keyakinan..seni keyakinan tu.kenapa tak solat?kau tahu kalau tak solat,masuk neraka?kau tahu neraka tu panas?kau tahu tapi kau tak buat..sebab KAU TAK YAKIN..kau tahu perkahwinan itu ibadah..bila kerana Allah,ianya pahala..kau tahu..tapi kenapa kau pilih couple dari perkahwinan??..sebab KAU TAK YAKIN...makanya..kita tanya kembali diri kita..DI MANA KITA LETAK KEYAKINAN KITA..PADA ALLAH ATAU MANUSIA???bila kau ragu-ragu..kau tanyalah islam..dan antara yang buruk atau baik,jika islam suruh pilih yang baik walau bukan kehendakmu,pilih yang islam pilih..kerana Allah takkan mungkiri janjinya..lagi..lagi..lagi..YAKIN..YAKIN..YAKIN..kadang-kala bila bercakap soal keyakinan ni,ianya terlebih dulu dalam hati dari akal yang berfikir..kita makan ubat kerana yakin akan sembuh..dari berfikir dulu apa kesan makan ubat..yang mungkin ada negatif juga..sebab tu,bila kita letak keyakinan pada Allah,jangan ragu-ragu..kesannya itu dikemudian hari..yang pasti,kena ada usaha.sebagai contoh, 'berkahwinlah,dan rezeki bertambah'..kita pun ambil ayat tersebut sebulatnya..kahwin dan duduk goyang kaki kat rumah,macam mana nak dapat rezeki??tanpa usaha??YAKIN DAN USAHA..jadi atau tidak,itu kerana izin Allah.tidak mungkin Allah memberi sesuatu kepada hambaNya kerana menyusahkan..kesakitan itu kifarah dosa kita.Allah Maha penyayang kan?.:)marilah jadi hambaNya yang bersyukur.Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)

Saturday, August 24, 2013

expect the unexpected things



“Allah, jadikan setiap harap agar tak berlebihan, agar setiap rasa selalu dalam kadarnya, agar tiap kisah tetap terbingkai dalam niatnya..”


semenjak umur makin meningkat ni..aku suka berfikir tentang kehidupan secara realistiknya berbanding dulu yang berfikir keanakan..orang kata makin matang 'kot'..:P.dan itu juga membuatkan aku berfikir tentang masa lalu dan semua yang pernah berlaku.aku seorang yang suka berfikir dan secara automatiknya akan buatkan aku fikir dan banyak fikir untuk setiap perkara.makanya aku suka bertanya 'kenapa'..

bila kau belajar untuk kaitkan apa yang terjadi dengan apa yang berlaku sekarang..itulah hikmahnya.aku 'teruja' untuk tahu apa hikmah diesebalik yang berlaku.jika dulu pemikiran aku tentang hikmah ini selalu dikaburi..mencari-cari kenapa..kenapa..dan sekarang alhamdulillah bila berlaku sesuatu aku mudah untuk menerima...sebabnya aku fikir..ITULAH REALITI KEHIDUPAN

bila kita perlu fikir satu persatu tentang kehidupan ni..penat sebenarnya dan akhirnya kita sendiri tidak mampu menjawab untuk diri sendri.dan masa itu..tanyalah kembali apa tujuan kita dihidupkan..

Firman Allah, "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku." (Al-Zariyat: 56)

Firman Allah, "Aku cipta mati dan hidup untuk menguji dan mengetahui, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. (Al-Mulk : 2)

kalau kau rasa masalah dunia kau sukar..terlalu susah..fikirlah semula.

dalam kehidupan aku sebagai manusia biasa..hubungan sesama manusia sangatlah penting.dalam proses mengenali jenis manusia dan itulah buatkan aku selalu pesan pada diri bila rasa sedih

"PEOPLE CHANGE"

manusia berubah..sama ada ke arah kebaikan atau yang tidak baik
betul ke manusia berubah?jangan nak faham manusia..faham diri kita sendiri pun kadang kala sukar..

aku bagi situasi paling mudah

"kau kenal dengan A selama 3 tahun..kemudian si A kau rasa makin lama makin berubah..family si A merasakan itu normal..sebab perangai si A adalah yang selepas tahun ketiga"

bagi kau si A sudah berubah..tapi bagi family si A tidak berubah..kerana itu memang perangainya

ATAU

sebenarnya paling mudah manusia berubah2 mengikut situasi?atau juga sebenarnya memang begitu.bagaimana?

dalam sesuatu hubungan..aku akur..memang TIDAK AKAN pernah jumpa yang sempurna.pandanglah seseorang itu sebagai manusia biasa yang sangat biasa..bila kau expect sesuatu yang kau memang harapkan..kemudian berlaku unexpected things..kau akan kecewa.

aku pernah terdengar suatu perbualan

"ehhh..xsangka dia tu..pakai tudung labuh..pakai sarung tangan..tapi mulut jahat.baik xpyah la pki mcm tu"

aku tidak mengulas..langsung tidak memberi sebarang respond.sekadar diam dan senyum.aku terfikir.sayangnya...

bila kita tak ready for unexpected things..memang banyak perkara yang SEBALIKNYA akan terjadi

expected things

kau tengok orang pakai tudung labuh...-dia seorang ustazah,berhati mulia,baik hati,sopan santun,tidak pernah buat dosa,penyabar sangat2

kau tengok yang biasa-SEMUANYA BIASA je

unexpected things

semua ayat di atas akan menjadi lebih negatif..

kesannya???

tepuk dada tanya "diri sendiri"..

besederhana saja...:)







Wednesday, July 17, 2013

tutorial : candy square hijab from Miasweetopia

haritu photoshoot untuk miasweetopia...for luna dress and candy square hijab

pada mereka yang suka dress comel2 muslimah ni dan warna pastel,pasti korang suka.:)

saya pernah beli luna dress warna mustard-pink..tapi,luna dress kali ni kainnya berbeza..mcm kain satin yang tebal,tapi ringan dan 'ayunan' kain tu lagi cantik dan selesa.

untuk buat kelainan pada candy square pulak,saya try untuk jadikan macam shawl..lilit punya lilit,jadi.makanya jom kita try macam mana nak pakai candy square untuk jadikan shawl..:)


pic credit to miasweetopia dan amirul arif photography

begini??


tutorial mengikut urutan

1. buka tudung candy jadikan segi empat tepat,ambil bahagian double color tu
2&3 letak bahagian double color tu di atas kepala,bahagikan sebelah kanan panjang dan kiri pendek,kemudian pin kan di bahagian belakang
4.tarik bahagian kanan yang panjang tadi ke belakang(lilit seperti shawl)
5. bahagian kanan yang panjang tadi,pinkan di kepala(seperti dalam gmbar)..supaya nampak kemas
6.lilit sehingga jadi seperti dalam gambar,kemudian kemaskan bahagian depan dan belakang.

untuk candy square hijab anda boleh pelbagaikan seperti



pic credit to miasweetopia dan amirul arif photography

bergantung pada style yang korang nak.:)

selamat mencuba.!

p/s : kepada yang masih nak order adha-skincare boleh lihat link ini adha skincare. promo ramadhan masih ON...!!.



.

Tuesday, July 16, 2013

kisah adik dan surah taha

salam.:)

macam biasalah,bila mood nak ber blog time dah malam..time semua orang dah tidur.time tu baru lah idea datang.:P..bukan 'mereka' cerita,cumanya bila nak share something ni..bagi orang faham,kena cari ayat yang sesuai.

kehidupan ni kita kena sentiasa 'belajar'..dan maksud belajar itu bukan sekadar pergi kelas dan exam.tapi kehidupan itu sendiri buatkan kita belajar apa erti kehidupan.kita rasa kita hebat bila dapat result exam cemerlang,keja pangkat tinggi,gaji besar dan masa tu kita rasa kita lah yang paling hebat dan mind setting kita "aku tak perlu belajar dari mereka..sebab aku tahu semuanya"..paling tidak mesti ada rasa 'pandang rendah'.contohnya,bila kita sebagai orang yang lebih tua,tak mungkin kita nak dengar kata budak kecil..kerana peribahasa melayu kata "makan garam dulu"..aku tak berapa setuju,sebabnya bila kita lihat dari perspektif yang lebih luas..pengalaman setiap orang itu berbeza.

nak jadikan cerita..adik bongsu aku,hafiz namanya..baru umur 14 tahun.apa yang aku bangga ada adik macam dia sebab aku boleh nampak perwatakan dan kriteria seorang 'lelaki' dalam diri dia..gentleman(walaupun akan bebel sebab selalu kena buli dengan akak2 dia)..bab agama mantoppp..pandai bergaul dan berkawan.dia akan berkawan dengan semua orang,tak memilih.tapi dia akan pilih yang mana baik atau buruk.bila dekat rumah,rajin teman abah pergi surau,jemaah..kawan dengan pakcik2 kat surau..pandai menegur bab agama tapi dalam gaya santai dan kadang2 sentap jugak..haha..pandai melawak dan amek hati..wahh.banyak lah nak senarai.walaupun dia ni nakal..tapi tak kisah lah,budak laki kan..'nakal' tu memang normal.

masa adik perempuan aku nak amek result spm..dia call adik laki aku ni.
conversation dieorang

1.

ika : apizz..akak takut la nak amek result spm
apiz : ika jangan takut,kita dah usaha,Allah yang tentukan.percaya dengan ketentuan..apa yang berlalu ada hikmahnya..
*kemudian* baca surah taha ayat 1-5
ika : *terharu*

alhamdulillah,hafiz ni sekarang sedang belajar sains agama tahfiz di MRSM kota putra..makanya,memang salah satu tugas dia wajib kena hafaz quran,makanya dia tahu la tips2 ayat quran nak bagi tenang ni
kisah kedua pulak

2.

apiz : ika,macam mana dekat uitm?
ika : entah la..kawan akak ajak pergi foundation ACC dkt kolej yayasan saat.after 2 years fly..tapi rasa nak stay uitm je
apiz : takpe..ika kena percaya,rezeki tuhan tu ada di mana2..kalau memang ada rezeki,memang tu rezeki kita.amalkan baca surah taha ayat 1-5 tu..hafal.minggu lepas adik kena pergi interview LDP pukul 5,tapi adik habis kelas lambat dan dah balik tu penat,adik tertidur..sampai 5.30..kawan adik kejut,bagi tahu cikgu tunggu di bilik interview sekarang..adik pergi dengan tak mandi,pakai baju sekolah terus turun..adik takut sangat,nervous..sebab tak prepare..tapi,alhamdulillah.adik dapat.sedangkan kawan2 adik yang datang on time n awal pun xdapat..

kisahnya..walaupun nakal2 hafiz ni,ada jugak part 'sweet' dia..aku dengar cerita ika ni terus tersenyum.semoga menjadi insan dan pemuda islam yang berguna kepada agama.:)

disebabkan aku sendiri bukan penghafaz quran,makanya aku pun bukak la quran untuk cari makna surah Taha ayat 1-5 tu..insyaAllah akan hafal dan amalkan..

nampak tak proses 'pembelajaran' di situ..tak semestinya dengan mereka yang mungkin lebih tua..aku rasa,orang tua pun belum tentu tahu..yang muda lebih tahu.makanya kita hidup sentiasa beringat dan diingatkan..jangan berlagak,sombong,angkuh,bongkak..low profile yooww.^^

gudnite

p/s : salah satu tips untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah,rajin2 lah jadikan "doa senjata orang muslim"..kita doa,berusaha,doa dan baru tawakal.:)



Friday, July 12, 2013

wordless: ramadhan

salam.:)

everyone worship for something..wealth,healthy and everything.be careful when u worship on something attached in your heart..just like a vessel must be empty before u can fill it up..same goes to our heart.!.do not fill it with unnecessary things...only Allah,but it doesn't mean to not love it just the contrary,true love is Allah.:)

   Allah is the Creator of all that is in the heavens and the earth. In Islam, Allah is the True and Only Creator, and only he deserves to be worshipped. Nothing else is worthy of worship; not stones, statues, crosses, tombs (of any religion), the sun, the moon, stars, temples, animals, Prophets (from any religion), messengers, saints, priests, movie stars, musicians, athletes, or religious scholars. All of those are created beings, and are not worthy of worship in Islam. In fact, doing that is to associate partners with Allah, and it is the only sin that would never be forgiven on the Day of Judgment.

Defining Worship 
Worship is to obey Allah completely, love Him completely, respect Him completely, do what He loves, and keep away from what He hates. 

Prayer is an act of worship.
Fasting is an act of worship.
Zakah is an act of worship.
Hajj is an act of worship.
Fighting evil is an act of worship.
Learning Islam is an act of worship.
Saying good words is an act of worship.
Avoiding bad words is an act of worship.
Dua (or Supplication) is an act of worship.

insyaAllah..if we can't do ALL..at least..do not leave it All..:) slowly learn it.i mean understand WHY u must do it..not just do it without know any reason of it.ok?

enough said..is it 'wordless"??..ehee.sorry.i just can't stop typing when the ideas come out.happy break fasting.!


p/s : ceq nak p iftar.mau join ka??..:P

Tuesday, July 9, 2013

gold coast,sepang


salam..tomorrow is the last day before ramadhan.!.

tak sabar nak puasa..rasa macam baru puasa tahun lepas.sekejap sangat setahun tu.:)

nak wish awal2,selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.perbanyak amalan sunnah..yang wajib jangan tinggal.mungkin orang kata "puasa je baru nak buat amalan sunnah"..takpe.! who knows..dari konon-konon time puasa,Allah bg hidayah..teruskan amalan tu sampai bila2.tak cuba tak tahu.

cerita puasa TAMAT..lol

so..semalam aku pergi berjalan dengan kakak aku dan kawannya.
di mana?sepang gold coast..seriously,aku yang duduk sepang pun tak pernah pergi sini.haiyaaa..view memang cantik.not bad.if buat wedding or post wedding pun cantik.heeee.*berangan jap*..
nasib baik aku pun jenis 'layan' tengok permandangan ni..tengok pantai dan tempat-tempat yang cantik.
design memang eksklusif.



ni gambar bahagian depan hotel.serius cantik.'open air'



ni pula..pemandangan masa sunset.memang sengaja pergi waktu petang..cantik sangat.!.


with my lovely sistaaaa


eiceh acah konon sweet..pandai tak berlakon dalam gambar.


ini view nak ke kawasan penginapan..if nak tengok selebihnya korang mungkin boleh google sendiri.ni pakai kamera hp je..tak cukup menarik.:P

btw..this is next TEASER.next entry.:)


credit to





Wednesday, July 3, 2013

Photoshoot with Miasweetopia

salam

sebenarnya entri ni dah lama..dah beberapa bulan yang lepas.tapi baru nak update.haha.pemalas betul la.sebabnya letak gambar sepah2 dalam entah mana-mana folder.bila nak mencari,dah jadi malas.

siapa yang suka dress labuh dan sopan..tapi masih nak bergaya dengan gaya remaja..boleh cuba shopping dekat miasweetopia ni..harga berpatutan dengan kualiti.yang penting custom made dengan tag miasweetopia juga.:)

nak menaip panjang pun bazir tenaga.mari kita tengok gambar




dress dan design hak milik cipta by Miasweetopia
photo from my handphone and credit to amirularif.com

P/S ni bukan feeling2 jadi model..tapi sebenarnya tolong kawan.:)
selain dress,ada juga blouse dan shawl labuh..silakan terjah facebook miasweetopia or istagram ya.:).btw,owner miasweetopia ni,nabiha sangatlah comel,sweet dan sopan je.ehee

belajarlah bersyukur dalam kekecewaan



belajarlah bersyukur dari sebuah kekecewaan.

semua orang pernah ada masa lalu..semalam dan mereka yang lepas.setiap manusia punyai sejarahnya.masa silam mahupun masa ketika bahagia.begitu juga dengan kehidupan..turun naik kehidupan.

apabila bersama orang..dalam topik perbualan,aku lebih suka menjadi pendengar,mendengar luahan dan pendapat mereka.bila ditanya tentang aku?aku sekadar diam,kemudian berfikir.bukan mahu menilai,tapi menjadi pemerhati kerana aku sendiri kadang-kala buntu..aku tidak punyai pengalaman sebegitu,mana mungkin aku harus jadi penilai mereka.bila dikumpul semua pendapat,aku 'lihat' warna warninya kehidupan ini..

kenapa kita kecewa?
aku pasti semua orang pernah rasa apa itu kecewa..kecewa bercinta,kecewa gagal dalam exam,kecewa tak dapat apa yang dihajati.
aku pernah terbaca satu artikel ni..syaitan suka bila kita kecewa,sebab dia akan buat kita patah semangat,bila patah semangat,kita akan give up..bila give up,kita tak percaya takdir..makanya bila kecewa,istighfar.kita MANUSIA.!.kita bukan tuhan.kalau kita cuba untuk semuanya berjaya,kita cuba untuk jadi tuhan.


dalam kehidupan seharian kita..pasti tak lari dari melakukan kesilapan.setiap malam sebelum tidur,aku mesti terfikir apa aku nak jadi untuk esok..apa yang aku dah buat hari ini.
aku suka membaca buku motivasi,ketuhanan,islamik dan sains..membaca buat aku berfikir dengan 'waras' setiap perkara yang berlaku,kenapa begitu dan begini.

Fitrahnya apa yang islam suruh itulah manusia yang asalnya..dan kita semua akan kembali pada fitrah.bila kita lari dari fitrah..there must be something wrong.check back.!.kena..mesti.wajib.sebabnya selagi tuhan masih memberi kita nafas untuk hari esok..kita kena sentiasa perbaiki diri.tak kisahlah berapa banyak dosa pun..

selagi mana kau adalah hamba Allah..hamba selamanya..kau memang akan buat dosa.kerana syaitan memang akan sesatkan manusia sehingga hari kiamat

 "Katakanlah "Hai hamba-hambaku yang melanggar batas hingga merugikan diri sendiri, janganlah berputus asa atas rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa kerana Ia Maha Pengampuan, Maha Penyayang"."
(Az-Zunar : 53)

aku?
pernah kecewa.sehingga aku rasa membenci dan benci apa yang islam kata itu fitrah..tapi,bila sampai satu tahap..aku tanya,kenapa aku masih marah..kenapa aku membenci..aku berdendam ke..tidak tenang.rupanya aku lari dari fitrah.aku tidak boleh menidakkan fitrah..TIDAK.!.makanya aku nekad untuk berubah dengan memandang masalah itu biarlah besederhana..bila mana kau rasa kecewa,fikirlah.."sementara dan bersederhana"..:).pegang kata-kata aku ni..SEMENTARA DAN BERSEDERHANA..dunia hanya sementara dan sederhana itu indah.:)

sentiasalah jadi manusia yang mahukan perubahan lebih baik..kita perlu sentiasa jadi lebih baik sebab kita tak pernah baik.!.harini mungkin tahap iman 10..esok turun 5..esok turun lagi 2..esok kena naikan semula 5..begitu la seterusnya.

bila kau rasa kecewa..kau fikirlah semula.kau kecewa untuk sesuatu yang islam redha atau tidak???..
bila ianya islam redha..Allah pasti mahu mengujinya.bersabarlah..perbaiki.jika kau kehilangan..kau pasti dapat pahala yang kekal kerana sabar..dan Allah akan gantikan yang lebih baik.yang lebih dari apa yang kau mahu.
jika kau kecewa kerana islam tidak redha..muhasabah diri.
jalan ke syurga itu banyak kan...sebab tu takdir,rezeki dan ujian yang Allah beri berbeza.

kita mahu syurga kan?syurga itu jauhhhhhhhhh.sangat jauh.kalau kita masih hidup dengan masa lalu kita..asyik patah balik dengan kehidupan kita yang lalu..bila kita nak sampai syurga??..:').

Ada sebuah buku yang terkunci.
Di setiap helaian tertulis sesuatu yang sangat peribadi.
Dan kunci itu tersimpan rapi dan rahsia.
Walaupun tiada pembaca,
Buku itu saksi senyuman dan airmata.
Ya.Walaupun tersembunyi,buku itu sangat istimewa.Bermakna.
 
Begitu juga kehidupan,
Ada yang perlu dilindungi,
Ada yang seharusnya menjadi peribadi,
Ada yang sebaiknya disimpan rapi,
Walaupun penuh misteri,
Tapi dihadapan Tuhan semuanya begitu bererti. =)

-penulisbuta-

sudahlah..kesat air mata.bangun dan pergilah cari kebahagiaan..tuhan sedang menanti.:)

kau kecewa kerana kau terlalu sayang.kau terlalu mengharap.kau terlalu menyanjungi.kau terlalu asyik...sehingga kau lupa siapa tuhan kau yang sebenar.



cukup dengan siapa masa lampau engkau..kita akan kembali di akhirat kekal..akhirat di masa akan datang.bersedialah untuk hari akan datang bukan masa lalu.Allah Maha Pengampun..kenapa engkau sendiri tidak mahu memaafkan diri sendiri..

p/s : istighfar,memaafkan,lepaskan.:).mari menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.



Tuesday, July 2, 2013

husnuzon




H U S N U Z O N

aku dah lama nak tulis entri tentang husnuzon ni..maksudnya bersangka baik.susah sangat ke nak bersangka baik?

aku akui..life aku bukan jenis keluar 24 jam..enjoy sana sini.and mostly orang yang aku jumpa adalah orang yang sama.jarang nak ada masa untuk keluar berjalan..cari kenalan.kalau setakat kenal..ye.ramai.tapi untuk betul2 kenal tak ramai pun.

masa aku praktikal,hari pertama datang aku sekadar senyum dan bagi salam.bagi orang yang tak kenal aku,mesti akan kata aku sombong.sebabnya,untuk orang yang aku baru jumpa,aku susah nak berborak.SEBAB aku kena 'kenal' dulu orang tu macam mana,yela takkan nak main terjah je.nanti ada soalan or kata2 yang sensitif,dah susah pulak.kecil hati.lagi satu,aku pulak jenis yang ada 2 karakter..pertama aku akan jadi sangat peramah/gila2..ATAU aku akan jadi serius.serius ni bila dalam suasana kerja.so,bila dalam working environment,aku memang tak banyak cakap..dalam kepala otak ni fikir kerja je dan macam2 benda nak settle kan..makanya kalau aku terserempak dengan orang ke n etc dalam suasana kerja/banyak kerja aku sekadar senyum je..xmenegur or etc.paling tidak aku akan bagi salam.bukan sengaja.!.tapi memang itu aku.

nak dijadikan cerita..masa minggu terakhir dekat office,of coz banyak kerja dah settle..report and presentation semua dah settle.senang cite memang santai la.otak tak banyak fikir..senang hati.aku pun duduk la berborak dengan sorang staff ni..dalam pertengahan borak dan gelak ketawa,tetibe dia cakap "nurul u have good looking but very reserved"..u got that?istilah kasarnya SOMBONG.i asked her back..part mana sombong?seriously aku terkejut..sebab bila fikir balik,aku tak pernah buat muka or bermasam muka.memang aku akan senyum.rupanya2 sebab aku xbercakap..makanya aku diberi nasihat supaya nanti kerja jangan buat begitu.

lesson from this story..HUSNUZON..lepas kami berborak.malam sebelum nak tidur,aku terfikir apa yang dia cakap..bermakna selama ni,apa pandangan mereka.sebenarnya penat kalau asyik nak puaskan hati semua orang.tapi,bila orang menegur dan aku rasa untuk improve diri,i take it on a positive side..aku terfikir,semua orang bukan macam aku.dalam hati aku..sedih dan kesian orang yang suka bersangka negatif.tapi,bukan semua orang boleh husnuzon.everybody has their own perception.

aku memerhati persekitaran kerja dan jenis2 manusia..ada yang begitu dan begini.

aku teringat kata-kata penulis yang aku kagumi..

"walaupun mungkin dia tidak sebaik sangkaanmu,tetapi jangan sampai menghalang kamu untuk terus bersangka baik"-Pahrol Mohamad Juoi

aku jenis yang "malas" nak ambil tahu perangai orang tu macam mana.bagi aku..kalau aku berkawan dan rasa serasi,itu secara semula jadi.bukan aku memilih dan memaksa diri.bila aku memilih,aku akan memerhati dan buat andaian.cukup aku pesan pada diri,walau sejahat mana dia..buruk sisinya,pasti ada yang baik sisinya.fitrah manusia itu baik..sukakan kebaikan.bila dia bukan seperti baik dari segi istilah,kasihan kan dia..doakan dia.bila rasa tidak suka,jauhkan diri dari membenci.

usah cari kebaikan dengan membanding diri dengan orang lain.siapa yang lebih baik..siapa yang tak baik.baik dan bahagia tu dekat dalam diri kita..hati kita.bila kita rasa susah untuk 'melihat' baiknya seseorang tu..tanya balik hati kita.

aku manusia.kadang-kala tipu kalau takde bersangka yang bukan2..macam aku cakap,1st impression kan.tapi bila mana perkara tu akan buat aku serabut..kenapa perlu menilai orang sejauh itu,fikir yang baik2 dan positif sahaja.perlu juga untuk bersangka sebagai langkah berjaga2..makanya berhati-hati dengan apa yang kita fikir.



aku tak mampu nak suruh orang berhusnuzon..makanya biar sahaja aku yang husnuzon/bersangka baik.:).

goodnight.

p/s : " kalau hari ini hari terakhir kita, hati yang bagaimana yang kita nak bawak balik bertemu Allah s.w.t?"







Wednesday, June 26, 2013

TESTIMONI: "KULIT DAH CANTIK PAKAI ADHA SKINCARE JE.:)"

Salam

seperti biasa,setiap hari saya akan dapat mesej/emel dari pengguna atau customer yang baru nak beli.saya akan follow update sampai mereka puas hati.cara guna dan semuanya.:)

alhamdulillah,ni update minggu ni..saya happy dan customer pun happy



2 MINGGU dah nampak kesan glowing.!!!..sekarang kulit putih mulus.ehee..


"suami pun kata dah macam remaja yang dia kenal dulu".wahhh



sebelum


selepas

"baru 6 hari guna dah nampak perubhan..jrwat dah kurang..kulit dah kurang merah..lepas cuci muka rasa bersih".

p/s : apa yang penting semuanya SABAR..SABAR..adha skincare bukan ubat magic yang pakai sekali terus cantik..elok.kulit mengambil masa 2-3 minggu untuk pulih..semua kesan bergantung pada jenis kulit.:).


seronok kan?jom order ADHA SKINCARE..raya dah nak dekat.apa tunggu lagi.jangan lupa 'like' page adha original adha original

Wednesday, June 19, 2013

where did you bought your shawls?


i just want to tell u something.i love shawl.!.shawl lover..really.LOL

dulu pakai tudung bawal,mak aihhh.comot bebenor..gelembung sana sini.senget sana sini.if i have to wear it..it would take more time.!.

yes,definitely i admit that i'm really fussy in choosing what i have to wear..u know,girls~.i take it on positive way why girls should be fussy in choosing what they should or shouldn't wear because they have a lot of things to cover..paling malas dan senang,sarung je jubah,hah..pergi la mana2.tapi,takkan nak pergi jogging pakai jubah kan..not proper..so,have to choose another way but yet still cover.

something that u put on your head is 'tudung'..tak kisah la tudung saji sekali pun.yang penting selesa.!.faham?.^^

for me,there are certain rules that i have to consider before buy any scarfs/shawls

1.large/extra large to cover at my back n chest.
2.comfortable,basically it's from cotton/chiffon made
3.design and colour
4.price must be reasonable

the reason why i write about this entry because a few of my readers asked me where,how,what to do..any tips of buying the shawls...etc.so girls..i made this entry for u.!.i prefer shopping online shop rather than to go outside..save time,fuel and energy.ehee.*sampai abang pos laju pun dan kenal aku.LOL*..

well,just to let u know..most of my shawls are custom made which is i go and find kain..jahit sendiri..if not,i beli yang dah siap custom made by other seller..

ukuran adalah 2m*0.7m..

pic credit to my friend..candid.!.:) n of coz after being edited.ehee

shawl from purdy petals.super comfy,large and easy to wear..no need to iron so.heh.*nampak x nabilah malas nak iron.!.yeee*..like i said..jimat masa okeyh.u don't need so much time just to do on something yang u pakai sekejap then u kena tukar..nak pergi ambil adik 10 minit..gsok tudung je dh 5 minit??gile ke apa...i choose to choose on something that is more important than that.lolzz..pilih tudung berjam2 takpe,jangan nak kena gsok berjam2 lama..hahaha

price??rm39 sahaja.:).i bet u will love it.girls.!

here are the lists of online shopping yang i suka..

1.tudungpeople
2.purdy petals
3.miatsweetopia
4.zorascarf
5.bella luna
6.shawlsister
7.proper hijab

let me know if ada lagi yang besttttt..okeyh?ehee.feel free to drop your comment for any suggestions/advice.:)..

harap dapat menjawab soalan anda.

night~

p/s : will do review about others in future~













Wednesday, June 12, 2013

REVIEW : ADHA SKINCARE

HYE..

saya nak cepat..tp saya kena update testimoni ni laju2..cerita kemudian ye.sebab ada hal urgent.

ini kawan saya..mula2 try sabun je..lepas tu krim..lepas tu nak try serum plak..lepas ni nak bg adik die plak try..ni testimoni die yang lepas sebulan try.


sebelum

 selepas


ADA BEZA TAK???eheh

jom la order adha.!!.mesej/whataps saya di 013-6418611

Tuesday, May 21, 2013

FAQ : skincare ADHA

salam.:)

entri ini agak panjang.tapi sila baca satu persatu untuk anda faham lagi berkenaan adha ye.:)

lama tak menulis blog dan review tentang adha skincare.memang sangat sibuk dengan kerja.balik2 bilik je dah malas nk bukak laptop n online.

so..hari ni saya nak menulis sedikit tentang soalan2 yang biasa orang tanya tentang ADHA.

1. macam mana nak bezakan adha tiruan dan original ?

baiklah..susah untuk bezakan adha original dan tiruan.ada yang menilai berdasarkan packaging ada yang beli dari owner yang berbeza.di indonesia,banyak keluaran adha ni.berbeza tempat.contohnya dari jaya mandiri,kurniaa,depok...yang biasa paling famous adalah PT kembang hati,kilang di jakarta.saya punya ada 2 keluaran, dari kembang hati dan jaya mandiri.serum dari jaya mandiri lebih tinggi berbanding kembang hati.tapi 2-2 original. :)

sebagai pelanggan dan customer saya sangat prihatin dengan soalan dan kemusykilan anda tentang produk adha.ada yang membandingkan produk saya dengan owner lain..harga.kenapa ada berbeza2..saya berkawan dengan seorang usahawan dari jakarta.dia berniaga di malaysia.ceritanya kebetulan dia memang pakai produk adha,so..saya tanya mana dia tahu tentang produk adha.katanya,dia beli direct dari KILANG PT KEMBANG HATI,jakarta..dan dia hanya berniaga adha di indonesia je,sebab tak tahu pula kat malaysia adha ni mendapat sambutan.sejak dari tu..sy memang ambil barang dari dia.sebab dia 2 minggu di malaysia dan 2 minggu di jakarta.dia jamin original.jika bukan ori..dia akan pulang duit 2x ganda.:)..sila jangan ragu2 ye..

2.kenapa barang awak dengan owner lain tak sama.saya pakai tidak ada kesan.

soalan macam ni pun selalu saya dapat.biasanya yang tanya macam ni,yang baru sebulan or tak sampai sebulan.begini ye..kulit kita mengambil masa paling bagus 3 bulan untuk betul2 respond dengan produk yang kita pakai.masa saya pakai..dalam 3 minggu dah MULA nmpk perubahan,bukan SEMUA perubahan dalam  minggu ketiga.nampak sangat tipu dan bahaya kalau kulit yang teruk,sebulan pakai dah bersih.produk adha adalah produk berasakan bahan semulajadi..tiada mercuri dan bahan kimia merbahaya.semestinya mengambil masa..jadi,jangan kata dengan saya,pakai tak sampai sebulan..tak nampak kesan,awak2 kata ianya tiruan ye..:).customer saya yang sabar dan menunggu perubahan,alhamdulillah semuanya ok.walau apapun..semuanya bergantung pada jenis kulit kita..ada yang sebulan dah nampak.ada yang 2 bulan..ada yang 3 bulan..ada yang tak sampai sebulan.SABAR itu kunci kecantikan.^^

3.kalau saya stop pakai adha.ada apa2 kesan buruk tak..

first of all..kenapa nak berhenti kalau kulit dah cantik??.:p..maintain je.xpyah tukar2.tp saya faham,mungkin ada yang mengalami msalah keewangan.saya cadangkan kalau tak mampu untuk smbung satu set semula,sementara nak beli semua,maintain cuci dengan sabun adha saja.dah ada duit lebih..sambung pakai krim n serum.pakai produk muka apa sekali pun..sk11 ke..safi ke..klu kita stop,mesti la kulit x cun macam masa kita pakai kan.perut kita pun nk kena isi tiap2 hari..macam kulit jugak,kena belai tiap2 hari.:).tp,sebab customer nak tahu..saya pernah stop adha untuk 2 minggu,nak tengok perubahan..takde pula naik jrwat,cuma kulit tak berseri sangat la..biasa2 je.eheh.

4.kenapa yang A jual hrga sekian2..B jual harga mcm tu..awak jual harga mcm ni.?
sebelum membeli..kita mesti buat research kan..buat pembandingan harga.saya faham.sy pun jenis shopping online.untuk pengetahun anda..saya tak ambil untung banyak pun.cuma saya nak jelaskan.saya berniaga..bila berniaga,saya kena kira untung dan pulang modal.saya ambil barang direct dari jakarta..bukan post dari jakarta.nk jaga kualiti produk.if pakai pos.mungkin main campak2 je produk kita...duit pos barang,minyak semua.kalau tolak semua..berapa sangat lah.sebenarnya ni idea kawan saya untuk berniaga..pada mulanya pakai untuk diri sendiri,kemudian share dekat blog dan mendapat sambutan.so,kalau awak2 rasa ada yang lebih murah dari saya jual..n yakin,belilah dari owner tu,tiada paksaan.tp,jgn pula membanding harga dan macam nak marah2..sedih kita..:(.

5.kenapa saya pakai muka naik ruam2 kecik warna merah dan blackhead/whitehead?

semua kesan di atas hanya sementara.tu menunjukkan kulit mendapat respond/tindak balas..macam healing crisis la..keluarkan semua.mengikut pengalaman saya..ruam2 kecik tu sekejap je.dlm beberapa hari..paling lama seminggu.tp,bukan satu muka.sama ada dahi or pipi..tempat paling banyak minyak.kemudian keluar blackhead.whitehead.!!.bagus lah..lepas 2/3 minggu..sila pergi facial or boleh skrub n picit menggunakan alat blackhead..bagi keluar semua itu isi.kadang2 blackhead dekat dalam hidung..nak picit sakit,adha bagi keluar untuk senang picit n hidung bersih.:).TAPI..kena rajin buat..lepas hidung bersih..mesti ada lagi..stiap sbulan 2 kali la bersihkan or skrub.semua faktor persekitaran yang jadikan blackhead tu datang balik.


lain2 soalan..sambung episod lain.saya nak buat free gift adha dan giveway..tunggu.!!.:)

next update nak cerita tentang gambar ini..:D





yang nak order adha..boleh mesej/whataps no ni 0136418611.

p/s : jangan call.sebab takut saya silent or ada urusan penting.saya tak jawab call.tinggalkan mesej ye.