About

Instagram

Thursday, February 28, 2013

review : A-DHA skincare original terbaik

bismillah

alhamdulillah.hari ni amek cuti semata-mata nak balik rumah sebab mak demam.ni sape rindu sape ni.kita yang rindu mak,die pulak yang demam.^^..baru 3 minggu tak balik,dah rindu.uhu..

btw,ringkaskan cerita,saya ada sesuatu untuk dikongsikan.kepada mereka yang tertanya,kenapa kejap tukar produk itu dan ini...baiklah,masa nak meningkat remaja,saya punyai masalah jerawat yang saya rasa dah fade up nak pakai pncuci la..toner..pelembap n etc.but then i still have to wash my face sebab berminyak.so,saya try sabun gluta kojic,sebab ianya ringkas,besar dan tahan lama.it really works on my skin.xsgka produk yang saya rasa,percaya ke tak ni..tapi bile tgk review dan ramai kata bagus,plus ada KKM saya berani cuba,sampai sabun ketiga,memang betul2 jerawat dah pulih kecuali jerawat time datang bulan tu lain cerita,tapi cepat kering...bila dah makin lama,jerawat dah pulih,tinggal pulak parut.gatal nak mencuba yang lain,mungkin leboh advance,saya cuba A-DHA ORIGINAL SKINCARE..mula2 memang tak yakin.tapi sebab kawan sendiri promote dan bagi harga special,saya cuba amek serum dulu..wahhhhhhhhh.!.lepas seminggu je,pakai serum je dah nampak kesan.kulit muka lagi glowing dan sihat,parut cepat lagi baik.tambahan untuk kesihatan dalaman saya amek SHAKLEE.kawan kata,muka tak payah pakai bedak pun dah ok.:).so terus cuba 1 set..sekarang ni dah nk sebulan.bagi sesape yang nak mencuba,boleh emel ke 

apricotpie91@gmail.com


boleh tanya sebarang pertanyaan.sekarang tengah ada harga promosi

satu set cuma RM125(INCLUDE POSTAGE)

dalam satu set ada 4 barang.sabun,krim siang dan krim malam serta serum vitamin c&e/acne


produk ni ada 2 jenis tau..warna hijau untuk orang yang punyai masalah jeragat teruk,suggestion untuk umur 40 tahun ke atas, dan warna pink cute tu untuk kulit remaja..emel saya jenis kulit,nanti kita boleh bincang lebih lanjut.:)



selain pembelian satu set..kalau awak2 nak beli satu-satu pun boleh.:)..

sabun
krim siang dan malam (tak boleh beli berasingan)
serum

bagi yang ragu2 atau takut..tapi,macam nak mencuba..boleh try serum dulu.cuma,kalau beli serum tak dapat harga promosi satu set ye.:)

ini testimoni dari my friend punya customer




produk ini original dari indonesia.jangan takut,sebab my friend memang beli direct dari sana.takde melalui orang tengah pun.:).sebabnya die belajar sana.




sekian.~

selingan


ehem..ehem..motor idaman dah sampai.!.^^

p/s : before balik keja,sempat lagi nak singgah warehouse semata2 nak tgk motor ni.LOL

Monday, February 25, 2013

"beauty with the brain" talk at UKM


Alhamdulillah semalam hari ahad,adalah masa yang sangat relax dan santai.masa untuk diri sendiri.:).bagun pagi,mandi..tunggu tengahari,pergi makan lunch kemudian terus ke UKM.



plan nak ke UKM bukan dalam list,tapi sudah ada niat,kalau betul2 tiada kerja,baju dah berlipat,bilik dah kemas,suami dah bagi makan,siap masak..semua baru boleh pergi talk dekat UKM. apa salahnya,sejak praktikal ni,dah lama tak pergi tempat2 kaum hawa.haha.^^..since,kaunselor praktikal dekat MIAT tu from USIM dan housemate dengan ara lee uolss*gaya meniru bahasa uolssssSSSS*.jangan jeles.lepas ni nak ajak ara lee lepak sama dan ada contact orang tengah ni.LOL.

sampai2 je dekat pintu masuk nampak ara lee.mak aihhh..tinggi,kurus,cantik.part mata dan bibir la yang sangat cantik.:).unik.nak tegur ni..nak tegur.."hye ara lee"..tapi,die tengah borak dengan kawan die.so..takpe.kita postpone.lepas habis talk baru dapat jumpa.pastu pung pang..pung pang..

me : assalammualaikum..ara lee,kawan fatin kan?your housemate praktkal kat tmpat kiteorg,dia ada bgtau ara bg talk arini.
ara : a'a..tu la,patut semalam datang miat,mintak tlong jadi juri fesyen show.tp,i ada datang miat kejap semalam.
me : oh yeke..tak jumpa pun.
ara : takpe,i dduk area nilai je pun,nnti ada masa boleh lepak sama.
me : wahhhhhhhhh.teruja *dalam hati*.:p


mengapa saya seperti bakal ibu muda yang mengandung 2 bulan ni??ishhh.muka pucat,berminyak..owh.nk kena belajar make up dengan si cantik ara lee.^^

berikut adalah gambar-gambar semasa hari kejadian 



ce teka siapakah ini..ni la maya karin versi bertudung.;p..model anggun zara.syaheera abd wahab.:)


haaa.yang ni paling teruja sebab tak sangka sangat2..die baru datang,tetibe je terus tegur dengan selamba.dalam banyak2 mereka yang aku jumpa.yang ini sorang tetibe lupa nama..BLANK..omg..sape..nama die ni..sapa..padahal selalu stalk blog die.kat twitter lagi..adoi..tak ingat,takpe,pergi dengan muka selamba,cakap assalammualaikum dan tanya nama akak ye..ada blog.die pun jawab..nurul ain..aku terus YE.!.nurul ain abd.salam..see..nama ayah terus aku bagi.bg peminat kak ain yang tak pernah jumpa die live..kak ain sangatlah ramah,kurus,cantik.dlm gambar cantik..tgk live lagggggii cantik.betul.tak tipu..:)..go terjah blog die.kelakar.1st time jatuh cinta sebab die comel dan blog die kelakar.ehee.nurul ain abd salam


duta cosmordem.elya..:).

dengan cherrie.ibu yang bekerjaya..:)..ramah ye.die yang senyum dulu dan tegur.selepas terlalu ramai sangat yang aku tegur,aku jadi segan dah nak panggil.sebab rasa diri terlalu over excited.^^.cherrie

kemudian

jumpa pula dengan puan amoi..:).tinggi dan kurus.



bila dah nak balik tu..bosan..mula la ada aksi mengada di phtobooth.thx to my junior.teman akak senior berjalan.:)
btw,ada rina salleh.tapi tak sempat bergambar.takpe.dah 3x jumpa.ada bnyk koleksi gambar bersama.:P





Sunday, February 17, 2013

a lesson : kisah duit RM1 dan RM100


hari ini,aku nak share suatu cerita..kebetulan nampak artikel ni.for those yang mungkin tak layan fb dan seumpamanya,aku copy paste dan letak dekat blog.public.biar semua orang boleh baca dan sama2 kongsi pengajaran dari kisah ini.:)

KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100


Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

Saturday, February 16, 2013

review : lulur atau skrub yang mana best untuk badan?


*entri untuk orang perempuan saja KOT..^^*

2,3 hari ni rasa rajin pulak asyik nak buat review produk2 ye..tetibe rasa rajin dan idea datang.:).

al-kisahnya,masa kat toilet tadi, nak mandi malam..ada sedikit dialog bersama kawan

A : "nabilah makan jamu ke?"
me : *dalam hati aku* "takkan la aku nak makan jamu dalam toilet"..tp,mulut jawab "taklah..kenapa?"
A : "owh..sbb bau jamu la"..
me : "ehhh.tak.ni bau lulur"

fineee..ni bukan soalan pertama yang aku dapat setiap kali nk berlulur..mesti orang akan tanya,tu bau apa..LOL..rasa mcm aku yang terasing atau dieorg yang jakun??kekekeke..*gelak jahat tutup mulut*

so,aku harap..kot2 la orang di luar sana..kalau terjumpa blog ni,dan korang ada membe yang macam aku,korang dah tau,bau lulur tu sebenarnya macam mana..zaman dah moden,jarang orang muda nak pakai lulur,sekarang ada skrub..beli je dekat mana2 kedai yang ada jual skincare product..mcm guardian ke..watson..kedai2 jamu.kenapa orang tak pakai lulur?sebab leceh..nak kena bancuh dulu dgn air dan baunya mcm jamu.!.tak semua orang suka.tapi,kalau orang kampung mcm i ni..suka la.bau traditional dan klasik..rasa macam pergi bali spa pula~.

honestly,aku malas nak pakai banyak2 produk untuk itu dan ini..tapi,sejak kecik lagi,mak aku banyak tekankan pentingnya jaga KEBERSIHAN..kalau dulu siap bagi makan jamu lagi..mak aihhh,aku makan ubat dah la nak kena tutup2 hidung..lagi nk bg makan jamu yang pahit n bau menyengat tu..mula2 je ok..curi2,kalau mak tak ingatkan..aku akan skip makan,dan lama2 jadi bosan...hal ini termasuklah dengan perihal lulur tadi..anak perempuan ramai,4 orang..so,tugas mak la kena bagi tahu..itu dan ini kena jaga..macam aku, dulu2 kecik agak lasak..mcm tomboi juga..bersukan x ingt dunia..kalau hari cuti sekolah..pagi keluar,nak maghrib baru balik..badan penuh dengan daki2..peluh semua..gua geng dengan budak2 laki je..:P..pastu,balik..mandi..mak akan "sental" dengan lulur.bagi buang daki2..peluh tadi..supaya bersih.:)..sayang mak saya.!.:D

so...jika anda tak cukup bajet nk pergi spa..takpe,boleh buat sendiri kat rumah.beli je lulur..lagi puas,sebab boleh 'sental' sendiri..:p..lulur yang aku pakai jenis murah2 je..local product..kalau kat mydin dalam rm1 sepeket..



*sumber google*

lulur bunga tanjung..tak silap aku made from kelantan..lulur ni yang kawan2 aku cakap macam bau jamu..satu peket tu boleh pakai 2x..letak dalam bekas..bancuh dengan air,jadi likat..jangan cair..kemudian sapu kat seluruh badan..biarkan separuh kering..kemudian,gosok..sehingga daki2 semua keluar..jangan kuat2 n kasar,nanti kulit luka.:).sayangi kulit anda ye..part2 yang banyak kotoran,sila beri perhatian lebih..contoh,kat tengkuk..kaki..belakang badan..lepas tu,bilas dengan air,dan boleh pakai sabun mandi macam biasa..

selain lulur..aku pun pakai skrub susu beras from putri binari..yang ni pun best..aku pakai bila aku rasa nak cepat dan malas nk bancuh2 dengan air..ni lebih moden sikit.bau pun best..macam susu jonhson tu..

*sumber google*

harga lulur skrub ni dalam rm10+..tengok tempat..ada yang rm12....

orang akan tanya..apa beza skrub dan lulur?..ok..lulur dalam bentuk serbuk dan tekstur halus..kena bancuh dengan air sampai likat..hampir kering,baru gosok..kalau skrub..tak perlu bancuh air,terus sapu kat seluruh badan..tekstur lebih kasar berbanding lulur..tapi,bagi aku,kepuasan lebih kepada pakai lulur..pakai kat badan dalam keadaan kering..before mandi..sebab kita nak tanggalkan kotoran2 tu..
pakai skrub/lulur tak boleh setiap hari.nanti kulit kering..pakai dalam 2,3 hari sekali..bergantung pada keadaan kulit.ada yang pakai seminggu sekali..

so far,2 brand ni je yang aku maintain..banyak lagi..mcm mustika ratu n etc..tapi,aku lagi prefer yang 2 brand ni.sebab murah dan berkesan.:)..

p/s : kepada pembaca yang bca review tentang shaklee tu.saya tak jual..saya sekdar buat review je.insyaAllah,suatu hari nanti.sekarang tengah busy.:)




Thursday, February 14, 2013

kenapa nak buat baik kena tunggu?

SITUASI 1

A : nanti dah kawen.solat jangan tinggal..nanti dh kwen xle kluar mlm..nnti dh itu ini xle buat itu ini..NANTI..
B : nape kalau kawen baru nak jadi baik?kalau tak kawen lagi..xplu solat?..nanti tu bila?bila dah nak mati?

KAHWIN mungkin boleh kata NANTI..tapi..MATI tak tunggu NANTI.:)

kita buat baik..berubah kerana Allah.bukan sebab pasangan.ye cinta mampu merubah segalanya..tapi,berhati2 dengan siapa anda bercinta.

nak berkasih sayang dengan adik sendiri takpe.LOL...dapat pahala yoww..:P



SITUASI 2

A : apsal datang keje awal ni..relax la..bos takde pun
B : kita kerja kerana Allah..bukan sebab bos..datang awal.tu tanggungjawab..dan amanah.dibayar untuk 8 jam..keja 8 jam.


tudung yg sy pakai ni..hasil ehsan dari bella luna..it's a shawl actually.tapi sebab besar..sy suka pakai jadikan macam bawal.tengok mood jgk.:P..

ini adalah contoh pekerja yang bosan duduk office..pergi jalan2 ke warehouse blajar guna x-ray machine.encik security sangat serius.sy tak tanya soalan fizik pun.uhu~


p/s : ni bukan entri bajet bagus..tapi sekadar berkongsi pendapat.manusia yang suka buat sesuatu untuk tarik perhatian orang lain adalah manusia yang paling membosankan bagi aku..kalau mak suruh pakai jubah,aku pki bju kurung..bila mak suruh pki bju kurung,aku pki jubah..takpe.tak salah.2-2 nampak sopan dan menutup aurat.makanya klu ada lelaki yang dari dunia mana nnti,tetibe datang dalam hidup..dan suruh aku pakai itu dan ini apa yang dia suka,goodbye..^^..tolong jangan terus memberi keputusan,tapi guide macam mana nk buat keputusan.faham?takpe.orang dewasa je faham.ehhh..


review : supplement terbaik (SHAKLEE)


hari ini aku amek cuti..mc.semalam n malam tadi agak panas jugak badan.dengan selsema,tekak sakit..lepas pergi lunch tadi,pergi klinik..doktor cakap "nabilah,sila jangan amek ais,makanan cili(pedas) n kurangkan mkanan berkanji"..dalam hati aku.."arghh.sudah..semua yang die mention tu la yang paling aku suka KECUALI ais"..tapi,sebab pagi tadi dah terperap dalam selimut,bagi feeling2 panas gila..sebab nk bagi demam cepat baik..misi berjaya.alhamdulillah.:).cuma slesema n batuk masih lagi.insyaAllah,lpas makan ubat secara paksa sambil tutup hidung,mungkin lepas ni akan lebih baik..:)

baru hari ni rasa macam ada masa free nak on9 dan buat karangan kat blog tercinta ni.rinduuuu.!.biasanya klu dh ngadap laptop,mmg aku akan sisihkan semua orang..haha.sampai roomate aku ngadu "bella ni,klu takde kat bilik,pergi keja..balik keja,pkul 9 dh tdo..ada kat bilik,buat kje/on9..xde msa untuk yana"..LOL.nasib baik aku takde bf/suami..uhuhu..alasan~..

so,berbalik pada tajuk di atas..di sebabkan masa yang busy,aku takut2 terlepas pandang nk jaga kesihatan.*gaya busy mcm CEO company*..takpe,klu aku dh jd CEO,bnyk duit,boleh upah PA remind,sebabkan aku tak kaya la,semua benda aku kena buat sendiri ye..takde orang nak ingatkan.ini termasuklah,makan..xde org nk tanya "darling..u dah makan.npe xmkn lg n etc"..hello..klu lapar,pndai2 la makan sendiri kan..haha.sila jangan tnya soalan2 yang tak membina minda..^-^..*sila lempang saya,sebab annoyying*.ngeee

so,nak jadikan cerita yang ringkas ni..aku terpaksa telan ubat supplement ni sejak duduk asrama.kalau dulu,duduk rumah.ye..makan minum,pakaian,tdo semua cukup dan terjaga.tapi,kat hostel ni,jangan harap nak baju wangi macam kat rumah..sbb basuh pakai tangan,kudrat tak cukup kuat nk perah..sidai2,kejap lagi hujan..kena sidai kat bilik baju..terkepam..banyak sangat baju org lain..last2,kering..tapi berbau.give up,terus anta dobi..tapi,kos lagi..minyak,duit dobi,masa..uhu.merungut je kan..bab makan pulak,klu kelas habis lambat,n smbung lg.masa makan aku jadi tak teratur..kmudian jadi la jadual makan yang skip sna sini..skali mkn banyak dan lewat malam.tu belum lagi mknan yang tidak berkhasiat sperti jajan2.haiyaa..
sebagai jalan penyelesaian..aku try nk amek supplement..survey punya survey..terjumpa SHAKLEE..well,klu korang nak tahu,aku sangat perticular dengan apa yang aku makan..lagi2 bab ubat,aku punya research n bca review tu berbulan2,baru aku buat kputusan..well,sekarang ni banyak sangat orang jual ubat2/supplement on9 kan..kena la tau betul2 apa yg kita makan..so,setelah dah masuk order kedua ni..aku boleh kata..aku puas hati dengan SHAKLEE..alhamdulillah.!.:)


fuhh..70x refresh n loading baru dpt masuk gambar..

GLA complex tu aku makan msa muka tengah sunburn..maka,proses nk salin kulit tu..mak aii,peritnya dengan jrwat dan ruam2 keluar..lepas kulit dh ok.aku stop GLA..maintain dengan ESP,vit e,c n b complex.:)..ni bukan segmen tajaan ye.aku akan share bila benda tu mmg betul2 ok atau untuk jadikan teladan sahja..btw,orang kta makan itu ini nak jadi cantik.hahaa..tidak.tapi,ini untuk kesihatan.
nak tahu lebih lanjut kebaikannya?google sendiri ye..:P..
shaklee ni,kalau sekali beli memang mahal harganya..tapi,worth buying sebab tahan 4 bulan.klu vitamin c sampai 6 bulan.ESP..nk dekat 2 bulan juga.

makan supplement ni,bukan sebulan dua dah nampak kesan..orang kata,bila kita dah berumur nanti baru nampak kesannya.maksud aku..jaga kesihatan dari umur remaja lagi.btw,jangan lupa minum air putih sekurang2nya 2Liter sehari..amalkan selawat dan jangan tangguh solat.:)

so,selamat menjaga kesihatan semua.sakit sikit2..demam tu normal la.cuaca..n sakit tu kan penghapus dosa.^^

bye-bye