About

Instagram

Wednesday, July 17, 2013

tutorial : candy square hijab from Miasweetopia

haritu photoshoot untuk miasweetopia...for luna dress and candy square hijab

pada mereka yang suka dress comel2 muslimah ni dan warna pastel,pasti korang suka.:)

saya pernah beli luna dress warna mustard-pink..tapi,luna dress kali ni kainnya berbeza..mcm kain satin yang tebal,tapi ringan dan 'ayunan' kain tu lagi cantik dan selesa.

untuk buat kelainan pada candy square pulak,saya try untuk jadikan macam shawl..lilit punya lilit,jadi.makanya jom kita try macam mana nak pakai candy square untuk jadikan shawl..:)


pic credit to miasweetopia dan amirul arif photography

begini??


tutorial mengikut urutan

1. buka tudung candy jadikan segi empat tepat,ambil bahagian double color tu
2&3 letak bahagian double color tu di atas kepala,bahagikan sebelah kanan panjang dan kiri pendek,kemudian pin kan di bahagian belakang
4.tarik bahagian kanan yang panjang tadi ke belakang(lilit seperti shawl)
5. bahagian kanan yang panjang tadi,pinkan di kepala(seperti dalam gmbar)..supaya nampak kemas
6.lilit sehingga jadi seperti dalam gambar,kemudian kemaskan bahagian depan dan belakang.

untuk candy square hijab anda boleh pelbagaikan seperti



pic credit to miasweetopia dan amirul arif photography

bergantung pada style yang korang nak.:)

selamat mencuba.!

p/s : kepada yang masih nak order adha-skincare boleh lihat link ini adha skincare. promo ramadhan masih ON...!!.



.

Tuesday, July 16, 2013

kisah adik dan surah taha

salam.:)

macam biasalah,bila mood nak ber blog time dah malam..time semua orang dah tidur.time tu baru lah idea datang.:P..bukan 'mereka' cerita,cumanya bila nak share something ni..bagi orang faham,kena cari ayat yang sesuai.

kehidupan ni kita kena sentiasa 'belajar'..dan maksud belajar itu bukan sekadar pergi kelas dan exam.tapi kehidupan itu sendiri buatkan kita belajar apa erti kehidupan.kita rasa kita hebat bila dapat result exam cemerlang,keja pangkat tinggi,gaji besar dan masa tu kita rasa kita lah yang paling hebat dan mind setting kita "aku tak perlu belajar dari mereka..sebab aku tahu semuanya"..paling tidak mesti ada rasa 'pandang rendah'.contohnya,bila kita sebagai orang yang lebih tua,tak mungkin kita nak dengar kata budak kecil..kerana peribahasa melayu kata "makan garam dulu"..aku tak berapa setuju,sebabnya bila kita lihat dari perspektif yang lebih luas..pengalaman setiap orang itu berbeza.

nak jadikan cerita..adik bongsu aku,hafiz namanya..baru umur 14 tahun.apa yang aku bangga ada adik macam dia sebab aku boleh nampak perwatakan dan kriteria seorang 'lelaki' dalam diri dia..gentleman(walaupun akan bebel sebab selalu kena buli dengan akak2 dia)..bab agama mantoppp..pandai bergaul dan berkawan.dia akan berkawan dengan semua orang,tak memilih.tapi dia akan pilih yang mana baik atau buruk.bila dekat rumah,rajin teman abah pergi surau,jemaah..kawan dengan pakcik2 kat surau..pandai menegur bab agama tapi dalam gaya santai dan kadang2 sentap jugak..haha..pandai melawak dan amek hati..wahh.banyak lah nak senarai.walaupun dia ni nakal..tapi tak kisah lah,budak laki kan..'nakal' tu memang normal.

masa adik perempuan aku nak amek result spm..dia call adik laki aku ni.
conversation dieorang

1.

ika : apizz..akak takut la nak amek result spm
apiz : ika jangan takut,kita dah usaha,Allah yang tentukan.percaya dengan ketentuan..apa yang berlalu ada hikmahnya..
*kemudian* baca surah taha ayat 1-5
ika : *terharu*

alhamdulillah,hafiz ni sekarang sedang belajar sains agama tahfiz di MRSM kota putra..makanya,memang salah satu tugas dia wajib kena hafaz quran,makanya dia tahu la tips2 ayat quran nak bagi tenang ni
kisah kedua pulak

2.

apiz : ika,macam mana dekat uitm?
ika : entah la..kawan akak ajak pergi foundation ACC dkt kolej yayasan saat.after 2 years fly..tapi rasa nak stay uitm je
apiz : takpe..ika kena percaya,rezeki tuhan tu ada di mana2..kalau memang ada rezeki,memang tu rezeki kita.amalkan baca surah taha ayat 1-5 tu..hafal.minggu lepas adik kena pergi interview LDP pukul 5,tapi adik habis kelas lambat dan dah balik tu penat,adik tertidur..sampai 5.30..kawan adik kejut,bagi tahu cikgu tunggu di bilik interview sekarang..adik pergi dengan tak mandi,pakai baju sekolah terus turun..adik takut sangat,nervous..sebab tak prepare..tapi,alhamdulillah.adik dapat.sedangkan kawan2 adik yang datang on time n awal pun xdapat..

kisahnya..walaupun nakal2 hafiz ni,ada jugak part 'sweet' dia..aku dengar cerita ika ni terus tersenyum.semoga menjadi insan dan pemuda islam yang berguna kepada agama.:)

disebabkan aku sendiri bukan penghafaz quran,makanya aku pun bukak la quran untuk cari makna surah Taha ayat 1-5 tu..insyaAllah akan hafal dan amalkan..

nampak tak proses 'pembelajaran' di situ..tak semestinya dengan mereka yang mungkin lebih tua..aku rasa,orang tua pun belum tentu tahu..yang muda lebih tahu.makanya kita hidup sentiasa beringat dan diingatkan..jangan berlagak,sombong,angkuh,bongkak..low profile yooww.^^

gudnite

p/s : salah satu tips untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah,rajin2 lah jadikan "doa senjata orang muslim"..kita doa,berusaha,doa dan baru tawakal.:)



Friday, July 12, 2013

wordless: ramadhan

salam.:)

everyone worship for something..wealth,healthy and everything.be careful when u worship on something attached in your heart..just like a vessel must be empty before u can fill it up..same goes to our heart.!.do not fill it with unnecessary things...only Allah,but it doesn't mean to not love it just the contrary,true love is Allah.:)

   Allah is the Creator of all that is in the heavens and the earth. In Islam, Allah is the True and Only Creator, and only he deserves to be worshipped. Nothing else is worthy of worship; not stones, statues, crosses, tombs (of any religion), the sun, the moon, stars, temples, animals, Prophets (from any religion), messengers, saints, priests, movie stars, musicians, athletes, or religious scholars. All of those are created beings, and are not worthy of worship in Islam. In fact, doing that is to associate partners with Allah, and it is the only sin that would never be forgiven on the Day of Judgment.

Defining Worship 
Worship is to obey Allah completely, love Him completely, respect Him completely, do what He loves, and keep away from what He hates. 

Prayer is an act of worship.
Fasting is an act of worship.
Zakah is an act of worship.
Hajj is an act of worship.
Fighting evil is an act of worship.
Learning Islam is an act of worship.
Saying good words is an act of worship.
Avoiding bad words is an act of worship.
Dua (or Supplication) is an act of worship.

insyaAllah..if we can't do ALL..at least..do not leave it All..:) slowly learn it.i mean understand WHY u must do it..not just do it without know any reason of it.ok?

enough said..is it 'wordless"??..ehee.sorry.i just can't stop typing when the ideas come out.happy break fasting.!


p/s : ceq nak p iftar.mau join ka??..:P

Tuesday, July 9, 2013

gold coast,sepang


salam..tomorrow is the last day before ramadhan.!.

tak sabar nak puasa..rasa macam baru puasa tahun lepas.sekejap sangat setahun tu.:)

nak wish awal2,selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.perbanyak amalan sunnah..yang wajib jangan tinggal.mungkin orang kata "puasa je baru nak buat amalan sunnah"..takpe.! who knows..dari konon-konon time puasa,Allah bg hidayah..teruskan amalan tu sampai bila2.tak cuba tak tahu.

cerita puasa TAMAT..lol

so..semalam aku pergi berjalan dengan kakak aku dan kawannya.
di mana?sepang gold coast..seriously,aku yang duduk sepang pun tak pernah pergi sini.haiyaaa..view memang cantik.not bad.if buat wedding or post wedding pun cantik.heeee.*berangan jap*..
nasib baik aku pun jenis 'layan' tengok permandangan ni..tengok pantai dan tempat-tempat yang cantik.
design memang eksklusif.



ni gambar bahagian depan hotel.serius cantik.'open air'



ni pula..pemandangan masa sunset.memang sengaja pergi waktu petang..cantik sangat.!.


with my lovely sistaaaa


eiceh acah konon sweet..pandai tak berlakon dalam gambar.


ini view nak ke kawasan penginapan..if nak tengok selebihnya korang mungkin boleh google sendiri.ni pakai kamera hp je..tak cukup menarik.:P

btw..this is next TEASER.next entry.:)


credit to





Wednesday, July 3, 2013

Photoshoot with Miasweetopia

salam

sebenarnya entri ni dah lama..dah beberapa bulan yang lepas.tapi baru nak update.haha.pemalas betul la.sebabnya letak gambar sepah2 dalam entah mana-mana folder.bila nak mencari,dah jadi malas.

siapa yang suka dress labuh dan sopan..tapi masih nak bergaya dengan gaya remaja..boleh cuba shopping dekat miasweetopia ni..harga berpatutan dengan kualiti.yang penting custom made dengan tag miasweetopia juga.:)

nak menaip panjang pun bazir tenaga.mari kita tengok gambar




dress dan design hak milik cipta by Miasweetopia
photo from my handphone and credit to amirularif.com

P/S ni bukan feeling2 jadi model..tapi sebenarnya tolong kawan.:)
selain dress,ada juga blouse dan shawl labuh..silakan terjah facebook miasweetopia or istagram ya.:).btw,owner miasweetopia ni,nabiha sangatlah comel,sweet dan sopan je.ehee

belajarlah bersyukur dalam kekecewaan



belajarlah bersyukur dari sebuah kekecewaan.

semua orang pernah ada masa lalu..semalam dan mereka yang lepas.setiap manusia punyai sejarahnya.masa silam mahupun masa ketika bahagia.begitu juga dengan kehidupan..turun naik kehidupan.

apabila bersama orang..dalam topik perbualan,aku lebih suka menjadi pendengar,mendengar luahan dan pendapat mereka.bila ditanya tentang aku?aku sekadar diam,kemudian berfikir.bukan mahu menilai,tapi menjadi pemerhati kerana aku sendiri kadang-kala buntu..aku tidak punyai pengalaman sebegitu,mana mungkin aku harus jadi penilai mereka.bila dikumpul semua pendapat,aku 'lihat' warna warninya kehidupan ini..

kenapa kita kecewa?
aku pasti semua orang pernah rasa apa itu kecewa..kecewa bercinta,kecewa gagal dalam exam,kecewa tak dapat apa yang dihajati.
aku pernah terbaca satu artikel ni..syaitan suka bila kita kecewa,sebab dia akan buat kita patah semangat,bila patah semangat,kita akan give up..bila give up,kita tak percaya takdir..makanya bila kecewa,istighfar.kita MANUSIA.!.kita bukan tuhan.kalau kita cuba untuk semuanya berjaya,kita cuba untuk jadi tuhan.


dalam kehidupan seharian kita..pasti tak lari dari melakukan kesilapan.setiap malam sebelum tidur,aku mesti terfikir apa aku nak jadi untuk esok..apa yang aku dah buat hari ini.
aku suka membaca buku motivasi,ketuhanan,islamik dan sains..membaca buat aku berfikir dengan 'waras' setiap perkara yang berlaku,kenapa begitu dan begini.

Fitrahnya apa yang islam suruh itulah manusia yang asalnya..dan kita semua akan kembali pada fitrah.bila kita lari dari fitrah..there must be something wrong.check back.!.kena..mesti.wajib.sebabnya selagi tuhan masih memberi kita nafas untuk hari esok..kita kena sentiasa perbaiki diri.tak kisahlah berapa banyak dosa pun..

selagi mana kau adalah hamba Allah..hamba selamanya..kau memang akan buat dosa.kerana syaitan memang akan sesatkan manusia sehingga hari kiamat

 "Katakanlah "Hai hamba-hambaku yang melanggar batas hingga merugikan diri sendiri, janganlah berputus asa atas rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa kerana Ia Maha Pengampuan, Maha Penyayang"."
(Az-Zunar : 53)

aku?
pernah kecewa.sehingga aku rasa membenci dan benci apa yang islam kata itu fitrah..tapi,bila sampai satu tahap..aku tanya,kenapa aku masih marah..kenapa aku membenci..aku berdendam ke..tidak tenang.rupanya aku lari dari fitrah.aku tidak boleh menidakkan fitrah..TIDAK.!.makanya aku nekad untuk berubah dengan memandang masalah itu biarlah besederhana..bila mana kau rasa kecewa,fikirlah.."sementara dan bersederhana"..:).pegang kata-kata aku ni..SEMENTARA DAN BERSEDERHANA..dunia hanya sementara dan sederhana itu indah.:)

sentiasalah jadi manusia yang mahukan perubahan lebih baik..kita perlu sentiasa jadi lebih baik sebab kita tak pernah baik.!.harini mungkin tahap iman 10..esok turun 5..esok turun lagi 2..esok kena naikan semula 5..begitu la seterusnya.

bila kau rasa kecewa..kau fikirlah semula.kau kecewa untuk sesuatu yang islam redha atau tidak???..
bila ianya islam redha..Allah pasti mahu mengujinya.bersabarlah..perbaiki.jika kau kehilangan..kau pasti dapat pahala yang kekal kerana sabar..dan Allah akan gantikan yang lebih baik.yang lebih dari apa yang kau mahu.
jika kau kecewa kerana islam tidak redha..muhasabah diri.
jalan ke syurga itu banyak kan...sebab tu takdir,rezeki dan ujian yang Allah beri berbeza.

kita mahu syurga kan?syurga itu jauhhhhhhhhh.sangat jauh.kalau kita masih hidup dengan masa lalu kita..asyik patah balik dengan kehidupan kita yang lalu..bila kita nak sampai syurga??..:').

Ada sebuah buku yang terkunci.
Di setiap helaian tertulis sesuatu yang sangat peribadi.
Dan kunci itu tersimpan rapi dan rahsia.
Walaupun tiada pembaca,
Buku itu saksi senyuman dan airmata.
Ya.Walaupun tersembunyi,buku itu sangat istimewa.Bermakna.
 
Begitu juga kehidupan,
Ada yang perlu dilindungi,
Ada yang seharusnya menjadi peribadi,
Ada yang sebaiknya disimpan rapi,
Walaupun penuh misteri,
Tapi dihadapan Tuhan semuanya begitu bererti. =)

-penulisbuta-

sudahlah..kesat air mata.bangun dan pergilah cari kebahagiaan..tuhan sedang menanti.:)

kau kecewa kerana kau terlalu sayang.kau terlalu mengharap.kau terlalu menyanjungi.kau terlalu asyik...sehingga kau lupa siapa tuhan kau yang sebenar.



cukup dengan siapa masa lampau engkau..kita akan kembali di akhirat kekal..akhirat di masa akan datang.bersedialah untuk hari akan datang bukan masa lalu.Allah Maha Pengampun..kenapa engkau sendiri tidak mahu memaafkan diri sendiri..

p/s : istighfar,memaafkan,lepaskan.:).mari menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.



Tuesday, July 2, 2013

husnuzon




H U S N U Z O N

aku dah lama nak tulis entri tentang husnuzon ni..maksudnya bersangka baik.susah sangat ke nak bersangka baik?

aku akui..life aku bukan jenis keluar 24 jam..enjoy sana sini.and mostly orang yang aku jumpa adalah orang yang sama.jarang nak ada masa untuk keluar berjalan..cari kenalan.kalau setakat kenal..ye.ramai.tapi untuk betul2 kenal tak ramai pun.

masa aku praktikal,hari pertama datang aku sekadar senyum dan bagi salam.bagi orang yang tak kenal aku,mesti akan kata aku sombong.sebabnya,untuk orang yang aku baru jumpa,aku susah nak berborak.SEBAB aku kena 'kenal' dulu orang tu macam mana,yela takkan nak main terjah je.nanti ada soalan or kata2 yang sensitif,dah susah pulak.kecil hati.lagi satu,aku pulak jenis yang ada 2 karakter..pertama aku akan jadi sangat peramah/gila2..ATAU aku akan jadi serius.serius ni bila dalam suasana kerja.so,bila dalam working environment,aku memang tak banyak cakap..dalam kepala otak ni fikir kerja je dan macam2 benda nak settle kan..makanya kalau aku terserempak dengan orang ke n etc dalam suasana kerja/banyak kerja aku sekadar senyum je..xmenegur or etc.paling tidak aku akan bagi salam.bukan sengaja.!.tapi memang itu aku.

nak dijadikan cerita..masa minggu terakhir dekat office,of coz banyak kerja dah settle..report and presentation semua dah settle.senang cite memang santai la.otak tak banyak fikir..senang hati.aku pun duduk la berborak dengan sorang staff ni..dalam pertengahan borak dan gelak ketawa,tetibe dia cakap "nurul u have good looking but very reserved"..u got that?istilah kasarnya SOMBONG.i asked her back..part mana sombong?seriously aku terkejut..sebab bila fikir balik,aku tak pernah buat muka or bermasam muka.memang aku akan senyum.rupanya2 sebab aku xbercakap..makanya aku diberi nasihat supaya nanti kerja jangan buat begitu.

lesson from this story..HUSNUZON..lepas kami berborak.malam sebelum nak tidur,aku terfikir apa yang dia cakap..bermakna selama ni,apa pandangan mereka.sebenarnya penat kalau asyik nak puaskan hati semua orang.tapi,bila orang menegur dan aku rasa untuk improve diri,i take it on a positive side..aku terfikir,semua orang bukan macam aku.dalam hati aku..sedih dan kesian orang yang suka bersangka negatif.tapi,bukan semua orang boleh husnuzon.everybody has their own perception.

aku memerhati persekitaran kerja dan jenis2 manusia..ada yang begitu dan begini.

aku teringat kata-kata penulis yang aku kagumi..

"walaupun mungkin dia tidak sebaik sangkaanmu,tetapi jangan sampai menghalang kamu untuk terus bersangka baik"-Pahrol Mohamad Juoi

aku jenis yang "malas" nak ambil tahu perangai orang tu macam mana.bagi aku..kalau aku berkawan dan rasa serasi,itu secara semula jadi.bukan aku memilih dan memaksa diri.bila aku memilih,aku akan memerhati dan buat andaian.cukup aku pesan pada diri,walau sejahat mana dia..buruk sisinya,pasti ada yang baik sisinya.fitrah manusia itu baik..sukakan kebaikan.bila dia bukan seperti baik dari segi istilah,kasihan kan dia..doakan dia.bila rasa tidak suka,jauhkan diri dari membenci.

usah cari kebaikan dengan membanding diri dengan orang lain.siapa yang lebih baik..siapa yang tak baik.baik dan bahagia tu dekat dalam diri kita..hati kita.bila kita rasa susah untuk 'melihat' baiknya seseorang tu..tanya balik hati kita.

aku manusia.kadang-kala tipu kalau takde bersangka yang bukan2..macam aku cakap,1st impression kan.tapi bila mana perkara tu akan buat aku serabut..kenapa perlu menilai orang sejauh itu,fikir yang baik2 dan positif sahaja.perlu juga untuk bersangka sebagai langkah berjaga2..makanya berhati-hati dengan apa yang kita fikir.



aku tak mampu nak suruh orang berhusnuzon..makanya biar sahaja aku yang husnuzon/bersangka baik.:).

goodnight.

p/s : " kalau hari ini hari terakhir kita, hati yang bagaimana yang kita nak bawak balik bertemu Allah s.w.t?"