About

Instagram

Wednesday, July 3, 2013

belajarlah bersyukur dalam kekecewaan



belajarlah bersyukur dari sebuah kekecewaan.

semua orang pernah ada masa lalu..semalam dan mereka yang lepas.setiap manusia punyai sejarahnya.masa silam mahupun masa ketika bahagia.begitu juga dengan kehidupan..turun naik kehidupan.

apabila bersama orang..dalam topik perbualan,aku lebih suka menjadi pendengar,mendengar luahan dan pendapat mereka.bila ditanya tentang aku?aku sekadar diam,kemudian berfikir.bukan mahu menilai,tapi menjadi pemerhati kerana aku sendiri kadang-kala buntu..aku tidak punyai pengalaman sebegitu,mana mungkin aku harus jadi penilai mereka.bila dikumpul semua pendapat,aku 'lihat' warna warninya kehidupan ini..

kenapa kita kecewa?
aku pasti semua orang pernah rasa apa itu kecewa..kecewa bercinta,kecewa gagal dalam exam,kecewa tak dapat apa yang dihajati.
aku pernah terbaca satu artikel ni..syaitan suka bila kita kecewa,sebab dia akan buat kita patah semangat,bila patah semangat,kita akan give up..bila give up,kita tak percaya takdir..makanya bila kecewa,istighfar.kita MANUSIA.!.kita bukan tuhan.kalau kita cuba untuk semuanya berjaya,kita cuba untuk jadi tuhan.


dalam kehidupan seharian kita..pasti tak lari dari melakukan kesilapan.setiap malam sebelum tidur,aku mesti terfikir apa aku nak jadi untuk esok..apa yang aku dah buat hari ini.
aku suka membaca buku motivasi,ketuhanan,islamik dan sains..membaca buat aku berfikir dengan 'waras' setiap perkara yang berlaku,kenapa begitu dan begini.

Fitrahnya apa yang islam suruh itulah manusia yang asalnya..dan kita semua akan kembali pada fitrah.bila kita lari dari fitrah..there must be something wrong.check back.!.kena..mesti.wajib.sebabnya selagi tuhan masih memberi kita nafas untuk hari esok..kita kena sentiasa perbaiki diri.tak kisahlah berapa banyak dosa pun..

selagi mana kau adalah hamba Allah..hamba selamanya..kau memang akan buat dosa.kerana syaitan memang akan sesatkan manusia sehingga hari kiamat

 "Katakanlah "Hai hamba-hambaku yang melanggar batas hingga merugikan diri sendiri, janganlah berputus asa atas rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa kerana Ia Maha Pengampuan, Maha Penyayang"."
(Az-Zunar : 53)

aku?
pernah kecewa.sehingga aku rasa membenci dan benci apa yang islam kata itu fitrah..tapi,bila sampai satu tahap..aku tanya,kenapa aku masih marah..kenapa aku membenci..aku berdendam ke..tidak tenang.rupanya aku lari dari fitrah.aku tidak boleh menidakkan fitrah..TIDAK.!.makanya aku nekad untuk berubah dengan memandang masalah itu biarlah besederhana..bila mana kau rasa kecewa,fikirlah.."sementara dan bersederhana"..:).pegang kata-kata aku ni..SEMENTARA DAN BERSEDERHANA..dunia hanya sementara dan sederhana itu indah.:)

sentiasalah jadi manusia yang mahukan perubahan lebih baik..kita perlu sentiasa jadi lebih baik sebab kita tak pernah baik.!.harini mungkin tahap iman 10..esok turun 5..esok turun lagi 2..esok kena naikan semula 5..begitu la seterusnya.

bila kau rasa kecewa..kau fikirlah semula.kau kecewa untuk sesuatu yang islam redha atau tidak???..
bila ianya islam redha..Allah pasti mahu mengujinya.bersabarlah..perbaiki.jika kau kehilangan..kau pasti dapat pahala yang kekal kerana sabar..dan Allah akan gantikan yang lebih baik.yang lebih dari apa yang kau mahu.
jika kau kecewa kerana islam tidak redha..muhasabah diri.
jalan ke syurga itu banyak kan...sebab tu takdir,rezeki dan ujian yang Allah beri berbeza.

kita mahu syurga kan?syurga itu jauhhhhhhhhh.sangat jauh.kalau kita masih hidup dengan masa lalu kita..asyik patah balik dengan kehidupan kita yang lalu..bila kita nak sampai syurga??..:').

Ada sebuah buku yang terkunci.
Di setiap helaian tertulis sesuatu yang sangat peribadi.
Dan kunci itu tersimpan rapi dan rahsia.
Walaupun tiada pembaca,
Buku itu saksi senyuman dan airmata.
Ya.Walaupun tersembunyi,buku itu sangat istimewa.Bermakna.
 
Begitu juga kehidupan,
Ada yang perlu dilindungi,
Ada yang seharusnya menjadi peribadi,
Ada yang sebaiknya disimpan rapi,
Walaupun penuh misteri,
Tapi dihadapan Tuhan semuanya begitu bererti. =)

-penulisbuta-

sudahlah..kesat air mata.bangun dan pergilah cari kebahagiaan..tuhan sedang menanti.:)

kau kecewa kerana kau terlalu sayang.kau terlalu mengharap.kau terlalu menyanjungi.kau terlalu asyik...sehingga kau lupa siapa tuhan kau yang sebenar.



cukup dengan siapa masa lampau engkau..kita akan kembali di akhirat kekal..akhirat di masa akan datang.bersedialah untuk hari akan datang bukan masa lalu.Allah Maha Pengampun..kenapa engkau sendiri tidak mahu memaafkan diri sendiri..

p/s : istighfar,memaafkan,lepaskan.:).mari menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.