About

Instagram

Tuesday, July 2, 2013

husnuzon




H U S N U Z O N

aku dah lama nak tulis entri tentang husnuzon ni..maksudnya bersangka baik.susah sangat ke nak bersangka baik?

aku akui..life aku bukan jenis keluar 24 jam..enjoy sana sini.and mostly orang yang aku jumpa adalah orang yang sama.jarang nak ada masa untuk keluar berjalan..cari kenalan.kalau setakat kenal..ye.ramai.tapi untuk betul2 kenal tak ramai pun.

masa aku praktikal,hari pertama datang aku sekadar senyum dan bagi salam.bagi orang yang tak kenal aku,mesti akan kata aku sombong.sebabnya,untuk orang yang aku baru jumpa,aku susah nak berborak.SEBAB aku kena 'kenal' dulu orang tu macam mana,yela takkan nak main terjah je.nanti ada soalan or kata2 yang sensitif,dah susah pulak.kecil hati.lagi satu,aku pulak jenis yang ada 2 karakter..pertama aku akan jadi sangat peramah/gila2..ATAU aku akan jadi serius.serius ni bila dalam suasana kerja.so,bila dalam working environment,aku memang tak banyak cakap..dalam kepala otak ni fikir kerja je dan macam2 benda nak settle kan..makanya kalau aku terserempak dengan orang ke n etc dalam suasana kerja/banyak kerja aku sekadar senyum je..xmenegur or etc.paling tidak aku akan bagi salam.bukan sengaja.!.tapi memang itu aku.

nak dijadikan cerita..masa minggu terakhir dekat office,of coz banyak kerja dah settle..report and presentation semua dah settle.senang cite memang santai la.otak tak banyak fikir..senang hati.aku pun duduk la berborak dengan sorang staff ni..dalam pertengahan borak dan gelak ketawa,tetibe dia cakap "nurul u have good looking but very reserved"..u got that?istilah kasarnya SOMBONG.i asked her back..part mana sombong?seriously aku terkejut..sebab bila fikir balik,aku tak pernah buat muka or bermasam muka.memang aku akan senyum.rupanya2 sebab aku xbercakap..makanya aku diberi nasihat supaya nanti kerja jangan buat begitu.

lesson from this story..HUSNUZON..lepas kami berborak.malam sebelum nak tidur,aku terfikir apa yang dia cakap..bermakna selama ni,apa pandangan mereka.sebenarnya penat kalau asyik nak puaskan hati semua orang.tapi,bila orang menegur dan aku rasa untuk improve diri,i take it on a positive side..aku terfikir,semua orang bukan macam aku.dalam hati aku..sedih dan kesian orang yang suka bersangka negatif.tapi,bukan semua orang boleh husnuzon.everybody has their own perception.

aku memerhati persekitaran kerja dan jenis2 manusia..ada yang begitu dan begini.

aku teringat kata-kata penulis yang aku kagumi..

"walaupun mungkin dia tidak sebaik sangkaanmu,tetapi jangan sampai menghalang kamu untuk terus bersangka baik"-Pahrol Mohamad Juoi

aku jenis yang "malas" nak ambil tahu perangai orang tu macam mana.bagi aku..kalau aku berkawan dan rasa serasi,itu secara semula jadi.bukan aku memilih dan memaksa diri.bila aku memilih,aku akan memerhati dan buat andaian.cukup aku pesan pada diri,walau sejahat mana dia..buruk sisinya,pasti ada yang baik sisinya.fitrah manusia itu baik..sukakan kebaikan.bila dia bukan seperti baik dari segi istilah,kasihan kan dia..doakan dia.bila rasa tidak suka,jauhkan diri dari membenci.

usah cari kebaikan dengan membanding diri dengan orang lain.siapa yang lebih baik..siapa yang tak baik.baik dan bahagia tu dekat dalam diri kita..hati kita.bila kita rasa susah untuk 'melihat' baiknya seseorang tu..tanya balik hati kita.

aku manusia.kadang-kala tipu kalau takde bersangka yang bukan2..macam aku cakap,1st impression kan.tapi bila mana perkara tu akan buat aku serabut..kenapa perlu menilai orang sejauh itu,fikir yang baik2 dan positif sahaja.perlu juga untuk bersangka sebagai langkah berjaga2..makanya berhati-hati dengan apa yang kita fikir.



aku tak mampu nak suruh orang berhusnuzon..makanya biar sahaja aku yang husnuzon/bersangka baik.:).

goodnight.

p/s : " kalau hari ini hari terakhir kita, hati yang bagaimana yang kita nak bawak balik bertemu Allah s.w.t?"