About

Instagram

Thursday, November 28, 2013

carilah bahagia di setiap ruang hatimu




dan kerana hati yang rapuh..kadang-kala aku terfikir
benarkah ini pilihannya..memilih untuk bahagia atau membahagiakan
kalau kau iri hati dengan rasa aku bahagia,fikir sejenak..
betapa banyak air mata yang aku pertaruhkan
sakit yang aku pendam
cuma belum pernah diakui secara lisan
'makan hati' bukan sesuatu yang enak untuk dikongsi.
namun,aku yakin jika keranaNya pilihan ini..
mohon dalam duka juga aku tenang keranaNya

maafkan
kadang-kala soal hati harus jauh dibawa pergi
biar nanti tenang ketika mengadap ilahi
supaya nanti sampai suatu saat
kau tahu siapa yang kau rindu..siapa yang kau sayang

bila berkata tentang hati
BAHAGIA yang selalu direncanakan
kalau aku kata...solat di awal waktu itu bahagia..mengaji itu bahagia
kau kata..berpacaran itu bahagia..tidur lebih bahagia dari solat
lalu..yang mana bahagia sebenarnya?

bahagia tu kena cari dalam bahasa tuhan..bukan bahasa manusia
di mana??