About

Instagram

Friday, November 15, 2013

rezeki Allah kerana persediaan yang disusuli tanggungjawab

assalammualaikum.semoga kalian dalam keadaan sihat dan dipermudah segala urusan.:)
rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi rasa dengan korang.lately ni,perkara ni asyik terngiang2 di kepala..
korang tahu apa perkara paling mudah nak bersyukur dan dapat pahala,bila korang niatkan semua kerja baik yang korang lakukan kerana Allah taala..kaitkan alam sekeliling,apa yang kita nampak,lihat dan rasa dengan hubung kaitnya dengan Allah..Allah Maha Besar.Segala pujian bagiNya..
contoh perkara paling mudah,bila setiap kali nak makan,fikirlah.."alhamdulillah,inilah rezeki dari Allah"..mulakan dengan bismillah..sedap atau tidak,banyak atau tidak,mahal atau murah..itulah rezekinya.sebab rezeki tu pemberian dariNya..apa yang diizinkan olehNya..maka jadilah.*kun fayakun*..:)..bila nak complain pun rasa maluuuu sangat dalam hati.malu sebab Allah mendengar.takut tak bersyukur..Allah tarik nikmat yang sedikit langsung tiada.
apabila bercakap soal rezeki,kita mungkin hanya memandang dari sudut keewangan..duit..
yang dinamakan rezeki tu bila semuanya indah.definisi INDAH kita sebagai manusia terlalu 'sempit' sehinggakan pemikiran kita selalu mudah menjadi negatif bila kita dapat yang sebaliknya.bila kita dapat yang bukan kemahuan kita..maka,ianya tidak lagi indah.barangkali disogok dengan persekitaran..pembacaan..apa yg kita lihat..itulah yang kita fikir.namun,kadang kala..berhentilah melihat dan banyakkan berfikir.
berfikir untuk sesuatu yang kita tidak pernah lihat..orang putih kata 'think outside the box"..jika kita duduk di dalam kotak,kita takkan pernah tau apa yang di luar kotak..kita melihat kegelapan..kesempitan..yang diluar penuh dengan cahaya dan keluasan..kebebasan.
aku pernah terbaca tentang jenis rezeki :
-rezeki yang kita usaha dan kita dapat
-rezeki yang kita tak usaha tapi kita dapat
-rezeki yang kita usaha tapi tak dapat
apa yang aku nak tekankan kat sini tentang rezeki yang 'kita dah usaha tapi kita tak dapat'..kenapa  masih dipanggil rezeki sedangkan tak dapat???
aku percaya dan yakin Allah Maha Kaya..Maha pemurah dan Maha Penyayang..manusia,kita adalah hamba.malukah kita sebagai hamba yang meminta dan bila tak dapat,kita marah tuan kita??meminta dalam keadaan yang datang bila susah..meminta dengan doa tanpa bersungguh..
aku suka melihat kembali kisah lama dan kisah baru tentang kehidupan aku sendiri.aku terfikir
"Allah memberi kerana bersebab..dan semuanya ada ber'ujian'..ujian Allah sesuai dengan kesanggupan manusia.makanya,kalau kita di uji,anggaplah yang kita sebenarnya memang mampu..be positive..dan kerana persediaan kita..tapi andai kata kita rasa diuji saat belum bersedia..fikirlah dan ambil iktibar..sekiranya Allah mahu memberi yang lebih baik,dia mahu kamu bersedia..dan bagaimana mahu memberi persediaan kepada kita,dengan cara memberi ujian..ingat janji Allah..Maksudnya : "Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan" (Surah Alam Nasyrah ayat 5).YAKIN..YAKIN..YAKIN"



Begitulah proses kehidupan..selagi mana kita hidup..selagi tu kita akan diuji..kerana 'adakah kamu dikira sudah beriman sekiranya tidak di uji".-ayat ni buatkan aku fikir besederhana saja bila kau bersedih atau gembira.islam ni cukup indah..sangat sempurna.bercakapa pula tentang keyakinan..seni keyakinan tu.kenapa tak solat?kau tahu kalau tak solat,masuk neraka?kau tahu neraka tu panas?kau tahu tapi kau tak buat..sebab KAU TAK YAKIN..kau tahu perkahwinan itu ibadah..bila kerana Allah,ianya pahala..kau tahu..tapi kenapa kau pilih couple dari perkahwinan??..sebab KAU TAK YAKIN...makanya..kita tanya kembali diri kita..DI MANA KITA LETAK KEYAKINAN KITA..PADA ALLAH ATAU MANUSIA???bila kau ragu-ragu..kau tanyalah islam..dan antara yang buruk atau baik,jika islam suruh pilih yang baik walau bukan kehendakmu,pilih yang islam pilih..kerana Allah takkan mungkiri janjinya..lagi..lagi..lagi..YAKIN..YAKIN..YAKIN..kadang-kala bila bercakap soal keyakinan ni,ianya terlebih dulu dalam hati dari akal yang berfikir..kita makan ubat kerana yakin akan sembuh..dari berfikir dulu apa kesan makan ubat..yang mungkin ada negatif juga..sebab tu,bila kita letak keyakinan pada Allah,jangan ragu-ragu..kesannya itu dikemudian hari..yang pasti,kena ada usaha.sebagai contoh, 'berkahwinlah,dan rezeki bertambah'..kita pun ambil ayat tersebut sebulatnya..kahwin dan duduk goyang kaki kat rumah,macam mana nak dapat rezeki??tanpa usaha??YAKIN DAN USAHA..jadi atau tidak,itu kerana izin Allah.tidak mungkin Allah memberi sesuatu kepada hambaNya kerana menyusahkan..kesakitan itu kifarah dosa kita.Allah Maha penyayang kan?.:)marilah jadi hambaNya yang bersyukur.Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)