About

Instagram

Monday, December 9, 2013

coz my mama is everything


where and how should i start??

ok..IBU,EMAK,MAMA,MUMMY,UMMI..tak kisahlah apa pun panggilan kita untuk mak kita..yang penting.mak kita dalam dunia ni cuma SEORANG.

orang kata,perempuan ni bila time nak kahwin nanti,dia akan rasa kehilangan ibu.sebab masa tu syurga dia dah beralih arah.*sedih*..hmm..yang dahulu kau patuh,kau sanjung,kau sayang..bertahun lama kau hidup dengan seorang emak,tiba-tiba kau perlu mengutamakan yg lain.

i have a story about my lovely mum..

dia seorang yang sangat kuat dan tabah.bagi aku power la..sebab dialah doktor,dialah cikgu,dialah motivasi,dialah chef aku,dialah semuanya..SEMUA.

dari kecik hingga umur aku sekarang,aku boleh bilang pakai jari berapa kali je aku pergi klinik gigi.
gigi pertama aku sahaja yang dicabut dekat klinik gigi.selepas tu,semua gigi aku,mak aku yang cabutkan.setiap kali aku sakit gigi or gigi baru nak tumbuh,mak akan check..pasti takkan terlepas.takut or sakit..aku terpaksa pasrah.sebabnya,mak cakap 'senyum yang cantik,bersama gigi yang cantik'..aku pasti,mak sangat prihatin dengan penampilan anak-anak.

bila aku sakit,aku nak mak yang kat sebelah..aku nak mak yang suap.antara adik-beradik aku,aku seorang je yang paling banyak masuk wad.start dari kaki aku pernah patah,dduk wad,msuk toilet,ambil darah,semua aku nak mak aku kat sebelah.even mak aku nak balik rumah,tukar baju ke..siapa yg jaga aku,aku akan buat bodo je.
aku masih ingat masa sekolah rendah,aku demam panas.demam yang sampai aku tak larat nak bangun.dan adik aku lagi 2 orang pun turut demam..mak sanggup dukung bawak masuk klinik.*oh my..i start to cry now*..hmm..

bila dulu nak pergi sekolah tadika,aku taknak..sebab sejuk nak mandi.mak masakkan air panas..yelaa,masa tu rumah xde lg water heater ni.

bila rambut aku panjang or rimas..mak aku yang akan potongkan.berbakat kan?

dulu mak menjahit..mak jahitkan baju sekolah..baju raya.

orang yang pertama ajar aku potong kuku,of coz my mum.!.

bila bab memasak...dulu aku ni jenis tomboy.aku tak suka masuk dapur.memasak.mengemas.lebih suka pergi main dekat luar rumah.tapi,bila makin besar ni..resepi mak jugak yang selalu aku belajar.

bila pertama kali aku 'sakit' putus cinta.aku call mak..mak suruh balik.tidur sebelah mak.malam2 terjaga n menangis..mak aku peluk.kau tahu saat mak aku peluk dan bisik dekat telinga aku 'istighfar,mak sayang ila,,jangan macam ni,kena kuat'..saat tu aku rasa kekuatan yg datang tiba2..

perasaan pertama kali aku tengok mak nangis,masa tu sebab penat dan rumah bersepah.biasalah..budak2 mcm kteorg adik beradik.tetibe aku sebagai ank kecik ada rasa sayu..dalam hati.'kenapa mak aku menangis'..

aku masih ingat waktu kecik-kecik..mak sambung belajar,bawak kami bertiga adik beradik..n she was pregnant that time..dengan suami jauh.oh noooo..aku tak dapat bayangkan kalau aku yang macam tu.

dah besar2 ni pun..kalau balik universiti, mak mesti bekalkan makanan.takpelah..kalau kena naik bas pun.bawak je..berat macam mana pun.aku akan amek.sebab mak masak..

aku akui,kadang-kala memang ada salah faham dengan mak..berbeza pendapat.but when it comes about choices..i will ask her 1st.walau macam mana sekalipun..redha Allah,terletak pada redha ibu bapa.kalau nak cerita pengorbanan mak tu,terlalu banyak..

jadi sekarang ni...kalau orang kata.."kenapa pilihan mak?'"..."kenapa mak yang pilih?"..."kenapa pilihan mak?kan dah besar..sampai bila nak mak yang aturkan?"..aku senyum.:).

tak mengapa..berapa banyak sangatlah yang aku harus ikut pilihan mak berbanding dengan jasanya.aku rasa senang melihat mak senang hati..melihat dia senyum.i can't imagine how to handle 6 kids dgn macam2 kerenah..biarlah aku jadi yang bila maka kata 'A'..xpe la.asalkan logik,fikiran,agama kata baik,insyaAllah baik untuk aku juga.

sekolah pilihan mak,subjek pilihan mak,belajar pilihan mak,suami pilihan mak...apa yang mak redha Allah akan redha juga kan.:D..apa yang Allah redha,semoga ada bahagia di situ.ujian2 kecil tu biasalah..nama pun kehidupan.tak semestinya apa yang mak kita pilih,xde derita..xde ujian..kan Allah dah berfirman "adakah kamu dikira sudah beriman sekirang tidak diuji?"..jangan risau..kalau kita buat pilihan kerana mak,kerana redha..insyaAllah,ujian itu juga akan menjadikan kita manusia yg lebih baik..yang mana kamu mahu?ujian dibawah redha Allah atau ujian kerana Allah murka??

p/s : orang mungkin fikir "anak mak".."anak manja"..takpe.sebab aku ada mak.dia tidak pernah memaksa.cuma bila yang mana harus aku pilih,aku utamakan dia dahulu.semoga Allah redha


kenapa?


apa rasa bila kecewa?putus cinta?

jawapan yang selalu aku beri "i'm just tired'"..bila ditanya tired of what??aku sendiri akan termenung mencari jawapan.

pernah sampai tahap aku jadi tidak kisah.fokus aku adalah diri aku.aku tidak kisahkan apa yang orang fikir dan rasa.itu masalah mereka.bukan aku.aku letih..aku dah letih.

ya..jawapan yang sama.sudah 2 tahun.

ada yang menunggu..ada yang sudah move on..ada yang tercari-cari..aku tidak kisah.

dan bila tiba-tiba aku membuat keputusan..semua orang seperti tidak percaya.semua tertanya-tanya.prinsip yang mana..

pernah kau terfikir...apa yang aku doa dalam diam?apa yang aku simpan dan pendam?apa rahsia tuhan dan aku?

lihat saja dari luarannya aku seperti tidak kisah.namun jauh di sudut hati,aku terlalu kisah.

aku beralih fokus..aku tukar prinsip lama ku..aku pilih yang lain.

kenapa???

sebab aku akur dengan aturan ilahi.aku manusia.aku hamba Dia..AKU BUKAN TUHAN.

bila tuhan kata bukan..aku harus memilih yang mana tuhan beri.aku sudah berusaha..dan tuhan kata bukan..aku pilih yang tuhan kata ya..kun fayakun.

dan akhirnya

bukan aku yang pilih..tapi Allah yang pilih

Thursday, December 5, 2013

pelamin cantik

ada sesuatu yang akan buat aku speechless..bila tengok gambar yang cantik..

aku suka something yang simple tp sweet and unik..

bila bercakap tentang impian perkahwinan.

apakah pelamin impian??ehee..^^

aku saja google..pelamin vintage style..terjumpa pulak facebook


jom cuci mata






hmmmmm

ok x??







Wednesday, December 4, 2013

PILIH




aku ada satu sifat yang tamak..aku kategorikan ini sebagai sesuatu yang hyperbola
bila aku pilih baju,aku suka untuk ada setiap warna..barangkali aku fikir,aku ni permaisuri.setiap 1 design,aku perlu ada semua warna.padahal,coraknya tetap sama..

kemudian,esok hari beli lagi yang lain..
tamak..sebab aku hanya mahu memiliki..
tapi sayang
akhirnya aku akan pilih mana yang aku selesa

dress cantik aku pilih untuk pakai skirt pasar malam dan t-shirt

boleh saja aku mahu pakai baju yang ada cutting..amoi tailor aku cakap "body cantik,boleh buat baju ada cutting la"..
jawapan yang aku pilih
aku pilih untuk selesa

mereka bilang
ramai lagi yang sesuai untuk aku..kenapa kau pilih yang bukan ramai
aku pilih
untuk selesa

aku pilih untuk selesa
rasa selesa yang Pencipta pinjamkan
sampai bila??