About

Instagram

Sunday, March 2, 2014

Jodoh tu macam mana sebenarnya



      biasanya aku kalau nak menulis sesuatu sebab nak menjawab persoalan orang.kiranya ni jawapan dri apa yg aku terfikir untuk jawab.

"jodohlah tu"
"nak buat macam mana,belum jodoh"
"xde jodoh"


jodoh tu macam mana sebenarnya?

pernah tak jumpa orang cakap,bila couple lama..org ckap 'jodoh panjang'..bila bertunang dgn orang lain, 'jodoh singkat je'..bila kahwin dgn orang lain 'nak buat mcm mana,jodoh dgn org lain'..

pernah tak jumpa orang couple dgn orang lain,tunang dgn org lain,kahwin dgn org lain.scarry dengarnye.kalau aku ditempat orang mcm tu..cukuplah sekadar ikatan tunang, if tak menjadi aku takut nak meneruskan ikatan perkahwinan..mungkin hilang kepercayaan.

TAPI

jodoh ni siapa yang atur sebenarnya?kau boleh dengan bangga cakap.
'alhamdulillah..jodoh saya dengan 1st love saya,akhirnya ke jinjang pelamin'..tapi,takde siapa tahu apa akan jadi 20 tahun lepas kau kahwin.tiba-tiba lepas 20 tahun,korang bercerai..dan kahwin semula dengan ex boyfriend korang.jodoh ke tu??

berbelit2 kan..sampai terduduk dan bertanya.
'tuhan..apa yang cuba kau tunjukkan hikmah disebalik semua ni'

KITA,orang muda sibuk bercakap soal jodoh.excited haram jadah..sampai baca buku semua soal jodoh.yg tak pernah pergi kuliah agama.tup2 tajuk jodoh terus pergi.bila soal jodoh je baru nak fikir kaitan dgn agama.padahal hal2 lain ketepikan agama.

sebenarnya kalau kau pernah rasa SAKIT GILA PUTUS CINTA dan buat hidup kau berubah lebih baik..malah ke arah positif 100%..tahniah.memang itu yang tuhan nak tunjuk.padan muka kan.dah orang kata jangan couple...nak jgk couple.

tapi kalau tak couple pun.kau TERsuka seseorang dalam diam..simpan ketat2 cinta lepas kahwin kau selama bertahun-tahun tiba2 dia jadi milik orang lain.kau frust tak??tetap frust la.lagi2 kalau si dia tu macam first org yang kau suka gilaaaa.

jadi jodoh tu macam mana sebenarnya?

dah couple bertahun pun still bukan jodoh
dah cuba simpan cinta untuk kahwin pun tetap bukan jodoh

dah tinggalkan yang x baik n pilih yang baik pun Allah x bagi jodoh.

cemburu kan kalau orang yang dapat kahwin dengan 1st love die..lepas kahwin bahagia je..dapat anak..suami isteri romantik..setia..


logiknya..ada ke cinta macam tu??

jodoh kita adalah refleksi diri kita.tahu x,aku pernah terfikir taknak kahwin selagi aku xrasa diri aku baik macam malaikat..n tak pernah buat silap.sebab aku takut jodoh aku pun macam tu.
jadi nak sempurna macam mana?

kalau kau baca buku jodoh dari penulis terkenal dunia sekalipun.dia bagi 1001 tips untuk bertemu jodoh.kalau bukan jodoh..tetap BUKAN.jadi jodoh tu macam mana sebenarnya????

aku konfius

kalau perempuan baik untuk lelaki baik dan sebaliknya.habis tu..yang baik kat dunia ni berapa ramai.macam mana jodoh tu sebenarnya?

cinta ni adalah minda dibawah paras sedar.subconcious mind...perilaku yang kau buat tanpa kau sedar.tiba2 tersuka..hati berbunga2..apa je dia bagi kau jadi suka.padahal orang sebelah tgk kau..
entah pape minah ni,baca mesej senyum sorang2

stage hidup kat dunia ni takkan pernah habis.setiap benda baru itulah permulaan..ada orang baik permulaanya..sedih pengakhirannya.

ada orang tak sempat pun jumpa jodoh.ajal dah sampai dulu.bili fikir semula.
persiapan ajal ni lagi penting.apa amalan nak bawak ni..
tapi persiapan jodoh lagi penting....sebab nk kena cinta orang ni...takut tersalah pilih katanya.jadi yang macam mana jodoh ni??

ada orang suka yg sawo matang..ada yg putih berseri..ada yg taknak bertudung..ada yg suka chubby2..ada yang nak tinggi..

orang kata kita selalu dapat apa yang kita x suka..tapi ada jgk dapat yang dia suka

jadi

jodoh tu macam mana sebenarnya???





2 comments:

  1. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Kalau tak keberatan jemput singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete