About

Instagram

Monday, June 16, 2014

cerita kawen-kawen je

bismillah

saat ini.waktu aku menaip,jam sudah hampir 12.10 malam.selesai berwudhuk sebelum tidur,aku gagahkan diri untuk share sesuatu di sini.yang aku fikir, ini hanyalah pandangan aku sebagai seorang 'budak perempuan' yang berumur 23 tahun,masih belajar tentang kehidupan.
 sudah hampir genap 7 bulan bergelar tunangan orang..dan masih lagi menghitung bulan dan hari untuk menjadi seorang isteri..
bila jumpa dengan kenalan,soalan paling biasa "nabilah bila lagi?"..aku hanya tersenyum dan menjawab "insyaAllah"..bila ditanya siapa nama tunang,boleh tengok gambar.aku hanya jawab "nanti kenduri jemputlah datang,siapa yg jadi pengantin laki masa tu,maka dialah suami beta"..gitu..jawapan nak tuan puteri sangat.

aku jarang bercerita topik peribadi.walaupun dengan family..sehinggalah bila aku buat keputusan untuk memilih bakal suami.suatu perkara yang aku sendiri tidak jangka,tidak pernah terfikir,tidak pernah impikan.tidak pernah peduli pun.bertunang awal dan berkahwin pada usia bawah 25 tahun,bagi aku tersangat muda.dan itu tak pernah masuk dalam list aku selagi tidak punyai kerjaya yang kukuh.I got so many things to settle before get 30...dan sayangnya perkahwinan tak masuk pun dalam list.entah.mungkin kerana aku takde yang berkenan di hati,takde bf..makanya kenapa nak letak target untuk sesuatu yang kita tak pasti.kau nak berangan kahwin umur 24,pakai baju warna pink blink2 manik satu badan..tapi..siapa pengantin lelaki oiiii???..so,can't imagine la these kind of things nak masuk dalam list tapi kau tak tahu siapa,di mana,bila tarikhnya. 
di saat kawan2 seusia aku ada yang sudah sibuk bercerita tentang impian perkahwinan,tema apa,hantran apa..aku hanya mampu mendengar tanpa menghayati seluruh jiwa dan raga..yela.cerita di hujung2 usia menjadi final year student kan.selain topik kerjaya,topik kahwin la.remaja2 kan sangat suka cerita kawen2 ni.dia ingat macam main mak2,masak guna pasir agaknya.indah sangat.
sampaikan kadang2 aku terfikir..apa yang orang duk renjis2 basahkan baju pengantin tu..merepek2 je adat ni.nampak tak tahap kebosanan aku tentang cerita fairy tale kahwin2 ni..mcm princess sangat.

berbalik pada topik kahwin ni la kan...sampai satu saat,aku macam terkesan sedikit dengan hasil pembacaan aku.*apsal ayat aku mcm falsafah sangat ni*..dalam masa aku tak kisah tentang topik kahwin2 ni..aku jadi terfikir.aku suka baca buku tentang psikologi,sains dan islam..bila sentuh bab pemikiran lelaki dan perempuan..kaitan kenapa islam suruh itu dan ini..kenapa jadi hukum begitu..aku mula berfikir hikmah perkahwinan ni.ya...sekarang kita sudah masuk topik sedikit dewasa.bukan "budak perempuan" sangat..maka,sila baca dengan penuh kedewasaan,kematangan dan rasionalnya.

kau tahu apa yang aku pernah tanya kat mak aku?

aku : "mama,do u think that i am ready to be a wife?"
mama : "everybody will go through this stage,sama ada cepat atau lambat..tugas ibubapa tu termasuklah sehingga mengahwinkan anaknya"
aku : "but i don't think that i am ready..nak patuh mak abah sendiri pun kadang2 tak terlayan..macam mana nak hormat seorang suami..saya taknak tanggung dosa banyak2"..

ya..semua orang akan fikir perkahwinan tu yang indah2..menghalalkan yang haram..cium pipi dapat pahala..buat itu ini dapat pahala.tapi bila dosanya??taknak kira pula?

aku dikenalkan dengan tunang oleh ahli keluarga sendiri.tiada istilah bercinta.bila dia datang dan mahu berkawan untuk mengenali..dengan selamba ayat 'pedas' aku jawab "saya tak layan orang yg datang suka2 nak buang masa"..well,before dia sendiri yang berani nak perkenalkan diri,abang aku sendiri yg dah kenalkan siapa dia ni.i did my istikhrah before he came and if he is,let all the plans become smooth as u request ya Allah..aku tak pernah doa nak suami kerja apa,nama siapa,gaji berapa,siapa orangnya..no.i never mention secara detail..sejauh itu.cumanya,bila ia baik untuk agamaku,masa depanku..permudahkan.selebihnya..ALLAH MAHA MENGETAHUI..dari mulanya perkahwinan yang tak masuk dalam list target,tetibe terselit..terbuka pintu hati untuk terima after mak abah restu.Allah maha besar kan.:')
well,wallahulam..cerita hari esok itu masih jauh..dan kita takkan tahu apa yang akan jadi.mudahan siapa tunangku ini..dialah suamiku di dunia dan akhirat.hanya satu.Ameen..

pada bulan pertama.kedua..aku mungkin masih dibayangi dengan indahnya alam perkahwinan.aku fikir tunang dan akad..selesai sudah tugas sebagai manusia.tapi as i'm growing up..kita kena belajar persiapkan diri..dan satu persatu yang aku jumpa..dan akhirnya buatkan aku terfikir.."mama..am i ready to be a wife??"..aku mulai konfius.


Marriage in Islam.

An advice to all, easy to say and read but hard to do and live with.


May Allah make it easy for us all. Amin



bagi aku,setiap 'kebahagiaan' itu perlu disusuli dengan tanggungjawab.dan perkahwinan is A BIG STEP to do..orang kata,cuba fikir yang positf2..aku ni banyak sangat fikirnya.tapi,bila aku baca kisah perkahwinan,aku pilih yang perkahwinannya hingga hujung usia...bukan yang baru setahun jagung kahwin dah menjaja cerita satu dunia bahagia rumah tangga.aku baca kisah2 rumah tangga para nabi..kisah2 agama sebagai tauladan.dan apa yang aku dapat, kisah alam rumah tangga bukanlah seperti fairy tale..
dan aku fikir..mulai muhasabah diri sendri,adakah aku bersedia untuk semua itu?

"perkahwinan adalah salah satu sumber mudah dapat pahala"...mula2 aku fikir,oh...betullah tu,kongsi minum dpt pahala,tidur sama dapat pahala,gosokkan bju dpt pahala..tapi,kita ni manusia..bila termarah dan beremosi,adakah itu jadi dosa??aku jadi konfius..mula fikir,dari sibuk mengejarkan pahala,nanti dosa pun dapat..baik takyah kahwin la..sekurang2nya banyak lagi pahala boleh buat.
i repeat..perkahwinan adalah A BIG STEP..ni kira kita cakap tentang namanya perempuan lah ya..
bila selesai akad..hanya DENGAN AKAD sahaja,maka bermulalah 'taat' kau pada seorang lelaki yang bernama suami..seorang lelaki yang entah dari mana,bukan darah daging..bukan yang belikan kau susu masa kecik2..bagi makan minum kau sampai besar..tetibe,datang meminang..nikah dan kau kena patuhi dia.kau nampak tak 'kuasa' akad tu.magic macam dalam cerita maleficent..eh.sorry.terlalut pulak.:P.
aku faham,fitrahnya seorang perempuan ni..bila sayang,dia akan semulajadi buat semuanya.maka,tak kisahlah kena gosok baju,kena masak,kena kemas rumah, kena itu dan ini..sebab dah sayang.jadi,bukan masalah kalau korang kahwin sebab dah ada sayang.tapi,bagi aku..sayang saja tidak cukup dan menjamin kebahagian rumah tangga.
tidak puas..aku mencari lagi..kenapa dan kenapa..kalau dibolehkan bercerai kerana tidak sanggup bermadu,kenapa perlu bersusah payah mahu makan hati..kenapa bertahan dengan ujian jika pilihannya boleh dipilih.kenapa...kenapa perlu bersusah payah sangat untuk perkahwinan.sampaikan ada yang bertahan dan sabar yang sangat sabar.



ya...kuncinya adalah 'sabar'...sabar itu sebahagian dari iman.benar.itu yang aku dapat.berbalik dengan ayat tadi 'perkahwinan adalah salah satu sumber mudah dapat pahala'...kalau dilihat dari sudut patuh kepada manusia,maka kita akan jadi lemah..kita akan marah dan dendam..kahwin dan patuh kerana dia suami.maka akan dibuat apa sahaja kerana namanya seorang suami.tapi bila diuji..hilang semua rasa hormat,tiada lagi kebahagian..maka,tiada lagi pahala..yang hanya adalah dosa.tak gitu??
betullah..bilamana islam kata,setiap pelakuan dimulakan dengan NIAT..berkahwinlah kerana ALLAH.maka.disitulah sumber pahala yang sangat banyak..
contohnya...sebab masih hangat bercinta..masih sayang,maka tak kisah buat semuanya..hati bahagia,pahala pun dapat.tapi bila marah..hilang hormat..di mana pahalanya??SABAR..sebab ALLAH tahu perkahwinan itu bukan mudah...banyak ujiannya.maka ganjarannya besar..pahalanya besar.sebab banyak ujian dalam rumah tnga..Allah bagi banyak pahalanya.jika tidak mampu raih pahala dari bahagia..raihlah pahala dengan sabar..bukan kerana dia suami.tapi kerana ALLAH kata sabar..besar pahala orang bersabar.jika sudah hilang rasa hormat..tapi buatlah kerana amanah dan tanggungjawab..kerana ALLAH kata sabar.
maka,dari hasil perkahwinan..terdidiknya hati.hati yang mana adanya ALLAH sentiasa.cukuplah ALLAH bagiku.seseorang pernah cakap kat aku,"dalam perkahwinan..lebih banyak ujian dari yang indah..hasil ujian itulah yang menjadikan kita hamba lebih baik..hamba yg terdidik hatinya..sikap sabarnya..sikap tolak ansur..sikap saling memahami..sikap memaafkan..dan banyak lagi.taatnya kamu kerana hamba ALLAH..bukan hamba seorang suami."



aku tiada pengalaman berkahwin.apa yang aku share hanyalah apa yang aku rasa dan fikir.dari pengalaman orang sekeliling yang kadang kala buat aku terfikir,untuk apa lagi menjadi seorang isteri kalau sudah tiada rasa hormat..dan aku mungkin sudah dapat jawapannya...kerana sabar.
ya..untuk kamu kaum hawa yang sudah bergelar isteri dan ibu..aku ucapkan tahniah kerana sehingga hari ini masih bersabar untuk gelaran itu.

aku menulis bukan sebab pengalaman tapi peringatan untuk diri sendri.andai suatu hari nanti diri aku lupa..mudahan ini akan menjadi peringatan.
makanya,kalau ditanya apa itu perkahwinan..bagi aku,bukan setakat "untunglah kau...dapat dia cantik,baik n etc".."bertuahnya dapat dia..hensem..beragama..solatnya jaga"..nope..ia bukanlah tentang untung dan bertuahnyaaa.ia lebih dari itu.letaklah harapan..bahawa kita semua akan bahagia akhirnya.dengan siapa dan di mana,bila..ALLAH tentukan.dan bila bercakap tentang isu perbandingan..bekas kekasih lebih baik dari pasangan..jangan jadikan itu satu 'alat' mudahnya syaitan menghancurkan kebahagian..semua orang baik sehinggalah kita terlihat aibnya..mungkin kita nampak bekas kekasih lebih baik kerana Allah masih menutup aibnya..semoga kalau kita pernah dilukai..pernah ditinggalkan..ALLAH akan pulihkan hati kita.

p/s : saya ada impian sendiri untuk majlis perkahwinan..tapi nampaknya.mungkin tidak seperti apa yang saya impikan.ikut hati,kenapa perlu teruskan kalau belum mampu..tapi,muhasabah.pujuk hati
.Allah beri ujian supaya saya didik hati,jangan membazir..moga kalau bukan rezeki impian mjlis perkwinan..Allah ganti dengan rezeki yang lebih baik.AMEEN..mungkin rezeki di alam rumah tnga kelak..suami yang baik..ank2 yang sihat dan bijak.:)

btw ,i got something to share..selalunya bila jumpa perkataan english..mesti terms2 aviation,management or conversation..so,di samping tambah ilmu dari storiesofthesahabah tentang cerita para sahabat or berkaitan agama..boleh tambah ilmu terms agama dalam english.:)

3 comments:

  1. Byk2 post hang, entri ni paling aku like!! BarakAllah.. Semoga dipemudahkan.. Btw, you seem matured compare with your age..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah gerangan anonymous ni??ceq kenai ka??eheh..btw,time matured je la tulis gini.time budak2 xle post..bazir masa org bca takda faedah..:p

      Delete
  2. Alhamdulilla akhirnya sekarang nabilah dah jadi seorang istri dan ibu. tahniah. semoga saya cepat menyusul menikah. Amin. Nabilah sayang, folback IG saya : Nurhijria :) terima kasih. I suka baca tulisan2 awak. I jarang komen :)

    ReplyDelete