About

Instagram

Tuesday, September 23, 2014

persepsi

minggu depan hampir genap sebulan aku bekerja.fresh graduate dan alam pekerjaan? BLURrrr

aku tidak pasti sama ada alam pekerjaan memang begitu ataupun memang persekitaran dan budaya tempat kerja aku yang begitu.

perbualan antara lelaki dan kawannya di tempat kerja

A : aku nak berhenti kerja. nak tukar kerja
B : ko gile?ko baru kerja.bukan senang zaman sekarang nak dapat kerja.lagi2 di company besar mcm ni.gaji besar..untuk starting n fresh grad,kalau kau berhenti.nanti kau menyesal.
A : sometimes,money is not the satisfaction.aku rindu saat berjemaah subuh dekat surau.masa aku banyak terluang untuk kerja
B : .............

umur 23 bukanlah tahap umur yang sudah stabil dari segala aspek.tapi bila aku "buka mata" ke dunia luar.ada yang umur aku sudah menjadi jutawan,ada yang masih terkapai2 mencari laluan hidup,ada yang masih dengan khayalan permainan dunia,masih leka..dan aku?

laluan hidup aku mungkin sama pada umumnya..kalau dilihat secara kasar
lepas habis spm,ambil asasi,lepas asasi sambung degree,lepas degree, kerja kemudian kahwin?
memang begitulah recycle kehidupan..lepas kahwin?ada ank..lepas tu tua.lepas tu meninggal.lepas tu?

setiap orang ada cita-cita.apa yang mereka nak jadi bila di alam pekerjaan.soalan yang selalu diajukan oleh lecturer.."tell me about your target in industry".to be professional,yes it is.dah dieorang mengajar subjek aviation.mestilah soalan relate dengan industri.tapi hakikatnya..tidak ramai cikgu yang mengajar,apa yang kau harus jadi dalam kehidupan.

aku bangga bila lecturer aku adalah bekas assistant general manager dalam salah sebuah syarikat penerbangan,dengan title sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak..aku terfikir.macam mana dia mengatur kehidupan sehariaanya.mungkin anak2 dan suami memahami kerjaya dia.tapi mungkin juga dia akan ketinggalan moment sebagai seoarang ibu dan isteri kerana tuntutan kerja.senang kata,aku bangga melihat wanita yang bekerjaya tapi pada yang sama ada family.

kau pernah dengar orang cakap "dia memang seorang bos yang berdedikasi dan bagus,tapi bos yang baik di office, belum tentu cemerlang untuk familynya"..ya..aku tahu,kau mesti cakap "apsal kau nak fkir negatif"..

sebenarnya aku ada impian.insyaAllah kalau diberi rezeki ada anak2.aku prefer untuk besarkan anak-anak aku sendiri.kalau bole aku taknak hantar ke nursery.aku boleh pantau mereka buat kerja sekolah..ya..naluri keibuan sangat.but bukanlah typical housewife yang korang fikirkan.very low standard.
kalau orang tanya,housewife je??what?ada degree jadi surirumah je?kalau i bosan boleh mati kot..u berhenti sebab suami suruh?oh no..i xsuka jd hamba laki..suami..u bljar bgus2..kje bgus2..brhnti dduk rumah?nanti u tak setaraf dngan wanita2 kt office laki u okeyh..dieorg terdedah dgn isu semasa..pndai bawa.wanita elegan..nanti suami u tersangkut dengan dieorang..u tak takut ke?-ni bukan ayat dari imaginasi aku,tapi inilah realiti yang dikatakan oleh rakan office aku.

dan bila suami kau kena kerja oversea.kau nak kena ikut.bermakna,kau memang kena berhenti kerja.kau pergi oversea.mereka hidup berpuak2..kena ikut usrah bagai.omg..what all these?what a life..-aku terkesima dengan jawapannya.

kalau orang tanya kenapa nak jadi surirumah?u muda lagi lah.ye.23 tahun.insyaAllah tahun depan bakal berkahwin.bakal bergelar isteri.bukanlah kata baru masuk kerja dah merungut.but i'm asking myself.keluar pagi balik petang.stress dekat tempat kerja lagi.balik kau nak mengadap anak2..suami lagi.yang mana tanggujawab lebih utama untuk family.ya..kita bole bekerjasama.memang tidak menjadi masalah.tapi THE SATISFACTION..kalau suami aku kata,boleh ambil pembantu rumah.aku taknak masakan dimasak oleh pembantu rumah..yang basuh baju n jga minum pakai family kau,pembantu rumah.
aku nak jadi contoh pada anak2 aku..homeschooling mereka.aku ada masa untuk bawa mereka pergi usrah sama2..aktiviti yang mana mereka membesar depan mata aku.dengan buka bisnes sendiri.cara aku..culture aku.masa aku sendiri tetapkan.plus bole bawa anak kau kat tempat kerja.seronok tak?lolzz.buat something yang bila u bangun pagi..kau happy nak buat.kau tentukan apa kau nak.bukan kena dapat approval bos.bila kau fail.kau blame dri sendiri.cakap tak guna.kemudian balik rumah, kau sedih sebab masalah dekat office.lepas tu..kau takda mood nak main dengan anak2 kau.

TAPI

semua itu masih dalam perancangan.aku masih ada ragu-ragu.aku fikir.ada ke perempuan berfikiran macam aku ye?yela..orang kata bukan senang nak senang.

ada?

korang ada pendapat sendiri?

tinggalkan komen plis..:)