About

Instagram

Thursday, October 23, 2014

REVIEW : SKINFOOD RICE MASK WASH OFF

Assalammualaikum and hello everyone.!!.:)

Sebenarnya aku ni pencinta produk2 kecantikan.boleh dikatakan setiap produk kecantikan yang berjaya menambat hati aku, aku akan beli.beli set besar terus,lepas tu guna macam trial je..agak2 seminggu dua tak best,aku simpan ataupun buang.sungguh membazir!.cepat terpengaruh.tukar sana sini.setianya tidak pernah.nasib baik kalau bercinta setia.:P.ehh

Makanya,aku terfikir dari membuat pembaziran ada baiknya kalau aku buat kerja kebajikan iaitu share review pada orang ramai melalui blog aku.dalam kepala ni,kalau boleh,setiap produk aku beli,aku nak buat review,cuma rajin tak rajin je.tapi yang pelik,setiap kali datang rajin,bukan pasal review,banyak tentang bab feeling2 je..hehee.jadi,aku berjanji dekat diri sendiri,jom cuba update blog sekali seminggu tentang produk2 yang aku pernah cuba.:).korang setuju tak??

So,berdasarkan tajuk entri hari ini,aku akan review SKINFOOD RICE MASK WASH dari jenama produk muka Korea.teruja tak korang kalau tengok kulit muka pelakon korea.aku kalau tengok movie korea,sebab nak tengok kulit pelakon je,dan makeup yang sangat natural.!.bedah loikeee.5 bintang.!.aku memang tak pernah tengok cerita korea sampai habis.sebab cerita banyak bab2 ni memang aku confirm tidur dan bosan.

al kisahnya aku terbeli produk ni sebab aku tengok muka kawan kerja aku ni cantik dan glowing sangat2 dan dia tak pakai makeup okeyh.aku tanya lah,dia guna apa dan jawapannya product from Korea.tapi disebabkan produk tu cuma hanya stock di Korea,makanya aku sedikit kecewa sebab tak mampu nak beli dekat Malaysia,dia orang kaya,setiap 2 bulan travel Korea,menangis aku dengar.^^

lepas tu, aku terfikir produk korea apa yang ada dekat malaysia ni,sebab korea ni suka guna produk berasaskan organik.google dan google,aku terbaca review tentang skinfood rice mask wash ni bagus untuk lembutkan kulit,bagi licin dan bantu hilangkan blackhead.bila sebut bab licin tu,aku terus membayangkan kulit muka aku umpama Song Ji Hyo.hahahahaharemm..

Kasi chance sikit aku berangan,asyik stress je pasal kerja.uhu.Banyak review tentang rice mask wash off ni dan black sugar.tapi,disebabkan kulit aku jenis sensitif,rice mask wash ni lebih sesuai sebab lebih mild and soft.ada butiran halus.macam 2 in 1 lah..skrub kemudian biarkan dan bilas.



Taraaaaa..bekas yang comel umpama nak makan ice cream vanilla..aku view website skinfood ni dan idea tentang produk ni adalah makanan.nama pun organik kan.setiap produk skinfood ni berasaskan makanan.koran boleh view website theskinfood   
aku suka packaging yang simple dan comel macam ni.            


even lepas kau buka penutup akan ada lagi 1 lapisan macam ni yang tertulis "skinfood since 1957"



ni pula cara-cara guna mask ni

lepas kau cuci muka, biarkan bagi kering kemudian ambil rice mask ni sapu dekat kulit muka dan urut perlahan.jangan tonyoh kuat2 or tekan kuat2..kulit muka ni sensitif tau.urut selama 10-15 minit,kemudian biarkan dalam 5 minit dan bilas.

hasilnya,kulit jadi lembut,bersih,licin dan glowing.aku dah guna 3 kali dan memang ada perbezaan dari hari pertama aku guna.terutama di bahagian hidung,rasa kasar2 sebab whitehead dan blackhead,bila sentuh rasa licin je.cuma masalah bila blackhead dekat bahagian lapisan dalam kulit,mungkin mengambil masa sedikit nak bagi hilang.bagi aku,untuk memiliki kulit yang bersih dan sempurna bak kulit bayi memang tidak mungkin,terutama bila hormon kau bertukar2.baru nak hilang parut,naik jerawat lain.dah kerja kau kena beli ubat jerawat,ubat parut..ahhhh.pokai aku macam ni.!.
takpe.usaha tangga kejayaan.chaiyok!!!..heeee.*tayang gigi sambil kembangkan hidung*


ni lah teksturnya..macam cream yang kemudian ada butiran halus2.tak rasa kasar pun dekat kulit


1st time guna aku tak berapa suka sebab bila cream,kulit rasa macam berminyak.aku suka kulit matte..tak suka glowing macam mak datin tu..nak macam anak dara datin..:P.
TAPI..lepas masuk kali ke-2 dan ke-3..aku dah rasa perubahan kulit,nak sapu bb cream dan bedak pun senang.

Kesimpulannya,aku akan habiskan guna dan tengok apa hasilnya untuk jangka masa lagi lama.
kalau elok,aku akan discontinue peeling gel dari korea yang agak pricey tu.produk apakah???tunggu entri2 di kemudian hari k.^^..sebab peeling gel tu dah nak habis ceritanya,tu yang nak cari sesuatu yang berkesan dan lebih murah.

P/S : sorryyy gambar agak gelap dibawah sinaran lampu tidurku.tak sabar nak update katanya.


SKINFOOD RICE MASK WASH OFF

HARGA : RM44
LOAKASI : DISEMUA SKINFOOD STORE SELURUH MALAYSIA
TEKSTUR : CREAMY DAN BUTIRAN HALUS
RATING : 4.5/5

RECOMMENDED

next entry 


korang pilih nak yang mana?



3 comments:

  1. Hi assalamualaikum ! Nak tanya member awak tu guna produk apa ek ? Btw selamat pengantin baruuu ~~ :))

    ReplyDelete
  2. Rice mask ni you guna everyday or 2-3 times a week mcm pakai scrub biasa?

    ReplyDelete