About

Instagram

Sunday, October 26, 2014

yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran

Assalammualaikum.!

sedar tak sedar,dah hampir 2 bulan aku dalam alam pekerjaan.esok kerja??OMG..!
kenapa isnin nak ke jumaat punyalah lama,tapi weekend tu sekejap je hoi..

kisahnya masa bulan pertama aku berkerja,aku masih lagi dengan 'kejutan budaya'.sebabnya aku rasa apa yang aku jumpa,lecturer aku tak ajar pun masa dalam kelas.tu la,dasar pemalas,semua nak kena suap.dah kerja kena suap sendiri lah.!muntah pun takdak orang nak tolong lapkan uittt.makanya aku rasa bulan pertama kerja adalah seperti mendapat azab kerana termasuk ke salah planet.planet apakah.kenapa orang2 nya begini.kenapa begitu dan begini.aku konfius.mula mencari peluang pekerjaan di company lain.lepas tu kena brainwash dengan bos aku secara berhikmah.pandai bos aku pujuk aku kan.berjaya juga masuk ke bulan kedua.kekekeke

 secara jujurnya,memanglah aku minat kerjaya aku tapi aku tak suka environment kerja aku.sob.sob.sob..bertahanlah kiah.kalau dah takdirnya begitu.mesti korang tertanya2,kenapa aku tak suka environment tempat kerja aku kan.kan.kan..itu lain entry lah.:P

TAPI,kesan dari itu.aku telah mengalami kemurungan serta stress yang menyebabkan berat badan turun,hilang selera makan,ternak jerawat tinggal nak jual balik je jerawat aku kalau laku nak jual lah..kemudian ditambah pula dengan masalah peribadi.mula2 aku tak pasti kenapa dengupan jantung aku jadi laju.dan aku mulai sakit dada.sebab dah tak tahan,aku pun pergilah klinik untuk buat pemeriksaan.hampir 3 jam aku menunggu di klinik kerajaan..tiba-tiba datang seorang pakcik menegur aku.dalam hati aku "pakcik ni lah tengok2 aku dari jauh tadi,lepas tu tersenyum2 kat aku"

"dik..muka adik ni macam isteri pakcik lah"kata pakcik tersebut.
arghhh..sudah.kalau kata macam muka anak dia takpe jugak.ni nak kata aku tua ke apa????..
lepas tu pakcik tu pun sambung berborak..
"pakcik ni datang nak bawak anak pakcik ni sakit kaki terjatuh tadi,mak dia ni muka macam kamu,ada keturunan mamak ke?hidung mancung..manis2.."
ehh.takdelah pakcik.saya jawa dan bugis.dalam hati aku lagi berkata "ada plak mamak mata sepet2..agak2 ler"..
pakcik tu sambung lagi "OHHH..pakcik umur dah 58.isteri pakcik yang mcm muka kamu tu bini nombor 2..ni anak pakcik yang ke-4,umur 8 tahun..pakcik dan bercerai dengan isteri pertama,beza dengan bini no-2 nak dekat 20 tahun..tapi pakcik dan bercerai dengan isteri pertama sebab pakcik kantoi dengan orang kampung masa mengurat bini no-2 dulu.anak pakcik yang sulung hingga no 3 dengan isteri pertama semua dah grad.dah kerja..yang ni no 3,kalau campur dengan isteri pertama dulu..pakcik kerja dekat telekom. ada bla..bla..bla...blallalalalalala"

sebenarnya kalau nak bercerita apa pakcik tu cerita kat aku pasal dia,lebih kurang nak sejam lah.dia ingat aku datang klinik tu sebab nak pergi mandi swimming pool agaknya.yang aku tak faham,apa motif dia cerita tentang kehidupan dan family dia..serta harta2 dia..adakah dia cuba melamar aku untuk jadikan bini yang ketiga???sebabnya sekarang bini no 2 dah mula nak minta cerai.
Astaghfirullah..pakcik.umur dah 58 tu,aku rasa dah cukup matang untuk ada hala tuju.

58 hoiii..bukan 28.dah patut jaga cucu bukan anak kecik.

sekarang ni.bini pertama dah diceraikan.bini kedua pula minta cerai selepas ada 2 anak.

apakah?

p/s : mungkin ada pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah pakcik ni.fikir2 kan

No comments:

Post a Comment