About

Instagram

Tuesday, January 20, 2015

MY LOVE STORY

Assalammualaikum :)

Alhamdulillah,genap 3 minggu aku bergelar seorang isteri. Perkahwinan ni boleh dikatakan rahsia jugaklah sampailah di hari pernikahan baru dihebohkan. Yang dikatakan rahsia tu bila kawan2 tanya "eh nabilah dah kahwin,tiba2 je.bukan dia single ke", "eh,dah kahwin,tak jemput pun."..maka ramai jugaklah yang sentap menyentap dengan aku dek kerana tidak dijemput,tiba2 keluar gambar dah nikah.:P.

Pertama kalinya,majlis nikah hanya dihadiri oleh ahli keluarga pengantin,kenalan rapat dan dekat seperti jiran tetangga. Majlis resepsi akan diadakan pada 21 Februari 2015 ni. Semoga dipermudahkan segala urusan.Ameen.

Bila ada yang bertanya,kenapa tiba-tiba je kahwin.Soalan ni bukan orang luar je tanya,even kenalan rapat pun terkejut bila aku tiba2 tunang dan terus tetapkan tarikh pernikahan. Family adalah orang paling surprise bila aku bersetuju akhirnya untuk bertunang dengan suami. Nabilah adalah seorang yang degil,garang dan emo. Sampaikan ada kawan cakap dengan aku "oh,finally u met a guy yang boleh buka pintu hati u"..

Yes,I love to see marriage and wedding. But never dare to dream this is my journey. Sebab rasa tak layak. Aku pernah dikecewakan dan ada jugak aku terpaksa mengecewakan..but for me,life must move on. Jalan jodoh kita berbeza.Kau mungkin jumpa dengan 1001 orang yang salah,tapi cinta kau kau hanya dengan yang satu hingga hujung nyawa.kau mungkin jumpa dengan yang paling kau sayang,tapi harus berkongsi kasih atau kau jumpa dengan orang paling kau sayang tapi tidak mampu untuk bersama. 

Sesuatu yang aku belajar apabila dikecewakan adalah menerima takdir dengan hati terbuka dan berfikir bahawa itulah jalan jodoh kita.Kita belajar dan didik hati jangan berdendam.Hasilnya kita dapat ketenangan. Ianya pedih dan sakit.Tapi sakit yang bawa aku dekat dengan Allah.Takdir yang menemukan aku dengan usrah dan ilmu agama. Indah kasih sayang dan cinta Allah.If you guys ask me what I feel bila dikecewakan, I feel EMPTY. Yes I tanya diri balik "Ya tuhan,aku nak kahwin dengan siapa"..bila teringat balik rasa macam bodohnya tanya soalan gitu.LOLZ. For 3 years memang aku nekad jauhkanlah diri ini dengan dunia couple,jatuh hati or apa sahaja berkenaan dengan cinta. Aku doa "Ya Allah,bukalah pintu hatiku pada orang yang kau redha jadi suamiku". So,it's a sign yang aku minta pada tuhan agar jalan jodoh tu terus ke pernikahan,bukan untuk suka2 lagi. Bila final year study,normal bila orang tanya lepas ni kerja mana,kahwin..paling tak tahan bila berbincang tentang tema kahwin la,dress impian dan bla..bla..blaa..aku jadi blur setiap kali orang tanya impian sendiri.haha. Fokus dan target masa tu,habiskan belajar dan kerjaya. Tak terfikir pun diri sendiri akan dapat kahwin pada usia agak muda.^^.Baca kisah orang kahwin muda ni macam seronok la.Tapi seronok yang tengok orang bahagia.:)

Tahun 2014 merupakah tahun paling cemerlang mengikut sejarah umur aku. Tahun 2014 adalah tahun aku grad,konvo,dapat kerja dan penutupnya,aku kahwin. Allah,terlalu banyak rezeki yang kau berikan pada hambaMu ini.:').Kadang-kala takut untuk rasa bahagia.Takut lalai dan takut kecewa dengan ujianNya.Cukuplah minta hati yang tenang dan sentiasa syukur.

Alhamdulillah.Aku dinikahkan dengan seorang lelaki yang bernama Muhammad Syafiq . Tak pernah aku terfikir dapat bernikah dengan this kind of guy yang langsung takde dalam senarai 'my taste',kemudian nikah pada tarikh hari lahir aku, 26/12/2014, hari jumaat dan dinikahkan oleh abah aku sendiri. It's so touched.:').Lepas ni boleh claim 2 hadiah.1 hadiah birthday,1 lagi anniversary.hehe.Allah perancanganMu cukup hebat..kau ambil dan kau gantikan dengan sesuatu yang cukup aku tidak sangka. 

Memang aku bertunang secara tiba2 dan senyap2. Hanya kenalan terdekat je yang tahu.Itupun dah cukup buat dieorang macam tertanya2.why..why..why.mesti macam fikir,what so special about this guy yang bole buka pintu hati aku untuk terima kan. Semua orang ada keistimewaanya dan aku boleh katakan mungkin dialah jodohnya. Jodoh yang Allah beri,yang boleh ngam dengan kita,boleh masuk denga kita,boleh terima kekurangan kita..yang mungkin ujian buat kita dan sebagainya. Aku selalu fikir,tiada 1 pun perkara yang Allah izinkan melainkan ujian buat kita di dunia. Suami adalah pinjaman dunia.Dia bukanlah malaikat yang tiada dosa, sehebat rasul. Dia cuma manusia biasa. Sesuatu yang kau kena sentiasa berpesan dengan diri sendiri, bahawa jalan jodoh setiap orang berbeza. Ada yang mungkin sudah kenal 10 tahun,ada yang baru jumpa seminggu,ada yang tak pernah jumpa,tiba2 jumpa masa hari pernikahan dan sebagainya. Cuma kita berhak pilih,pilihlah cara yang elok,yang islam tetapkan sebagai panduan.:).

Macam mana kami kenal?kami tak kenal.cuma kami tahu dari kenalan rapat sendiri,iaitu ahli keluarga. Dia adalah kawan abang aku. For sure,orang paling aku boleh percaya. At first,bila abang aku sendiri yang approach dan tanya aku if aku masih available untuk dia kenalkan dengan kawan dia.Tapi,dia tanya mak aku..sebab aku ni jenis emo sikit nak cakap pasal hal lelaki or kahwin2.haha.maksudnya tak berminatlah senang cite.Setelah beberapa kali,finally abang aku give up dan bagi mak aku yang tanya.Aku pun masih buat tak tahu,buat bodo je.Setiap kali dieorang buat2 cerita,seek for attention,aku mesti tanya balik,kawan dia yang mana ni.dah kata tak berminat.memanglah aku tak amek kisah kan.uhu.
tapi dalam diam, I do my istikharah.even before terjadinya dan wujudnya kisah ni pun,aku memang dah selalu amalkan istikharah untuk apa2 tujuan pun. I just let Allah handle my heart.bukannya aku yang membuta terus reject orang. First yang aku tanya tentang dia pada abang aku,macam mana solatnya dan karakter dia. Alhamdulillah jawapannya.Aku bukanlah orang alim atau perfect.Langsung aku tak harapkan jodoh aku itu ini.Cuma aku pegang pringsip,if dia seorang yang jaga solatnya,insyaAllah lain kekurangan boleh diperbaiki. Aku taknak tahu rupa dia macam mana,berapa gaji dia,apa pangkat dan harta dia.aku cuma nak tahu 2 perkara tu je.Solat dan karakternya. Memang masa tu diri nekad untuk yakin dengan Allah.So after 2 weeks, he came and text my parents yang dia nak datang merisik dan meminang aku. Dia text sebab masa tu dia takde dekat malaysia. So as he promise, once he back to Malaysia,dia bawak jumpa parents. Itulah kali pertama aku jumpa dia. So,we ikat pertunangan for a year and now alhamdulillah nikah. Takde bercinta atau couple. Untuk pengetahuan,aku cuma jumpa dia masa hari dia datang merisik je.hari pertunangan dia takde pun.So kalau ada gambar hari pertunangan,jangan tanya aku mana tunang ko wei.haha.
Makanya,tiada apa yang perlu dihebahkan.Dah confirm nikah,majlis resepsi saya jemput ye kawan2.gituuu...

Ada lagi a few stories yang abang aku cerita dan buat aku tersentuh. He knows someone yang dia dah tunggu for 4 years and at the end that girl pilih orang lain. Tapi dia langsung tak marah, sedih ya.tapi tidak membenci dan tidak pernah keluar 1 perkara pun memburukkan that girl. Never. Aku kagum dengan sikap dia yang suka bersangka baik dan positif. Instead abang aku pernah nampak dia nangis doa lepas solat malam.bukan senang nak cari kekuatan balik minta pada Allah kan.
I met a lot of guys yang bila kecewa,mesti akan burukkan orang yang dia tak dapat tu. I just don't get it. It reflect yourself bila orang yang pernah kau suka dan sayang,lepas tu kau kutuk dan buruk2 kan dia.It shows yang korang ni looser sebenarnya.bhahahaha.ok.kidding.I mean.enough dan move on. Don't ever tell people and kutuk2. kau marah macam mana pun.kau cakap direct je dengan orang yang kau marah tu.tapi jangan burukkan dia pada orang lain.

So,yeah I just discover a few interesting parts of him after nikah.Dia ni seorang yang suka melawak dan kaki menyakat. I feel glad to have him sebab aku ni jenis serius orangnya.Bila aku gelabah,dia lah yang paling cool dan tenang. Seronok bercinta lepas nikah ni rupanya.lagi best bila lepas solat berjemaah kemudian baca quran sama2.:).

To my hubby, thank you for everything.For making efforts for all these. I start to fallin love with you.:'). 





gambar paling cantik dan sweet kot.yang lain semua hancur.kekok macam haprak.!.haha. No fancy nikah dress.sebab baju lelaki dan perempuan beli dah siap dekat jalan tar je.ehe.(pada yang bertanya).cuma veil dan shawl je jahit sendiri.beading dan manik tambah sendiri.

pictures : kirikananstudio
makeup : bymyzura

p/s : harap dapatlah menjawab beberapa persoalan :)

5 comments:

  1. ada fb x? nak tanya tentang BAVM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye faiz.boleh add this link https://www.facebook.com/profile.php?id=100006690738191

      Delete
  2. Salam.nabilah.hehe teay dh buka blog balikk ..

    ReplyDelete
  3. Tahniah sayang :) saya pembaca setia blog awak. cuma jarang komen :)ig saya Nurhijria. follow back ya sayang

    ReplyDelete