About

Instagram

Wednesday, May 20, 2015

Kisah ujian kehamilan


Assalammualaikum

Lama juga tak update blog ni. Rindu nak menaip :) . Korang semua apa khabar?

Alhamdulillah, hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga. Seronok ada teman hidup ni.Lagi bertambah seronok sebab aku Allah beri rezeki pregnant awal.macam tak percaya diri ni mengandung dan ada nyawa dalam perut aku sendiri. 

Kandungan dah cecah genap 18 minggu hari ini. 4 bulan, 2 minggu. Setiap minggu mengira hari untuk genap seminggu dan sampailah nak ke-20 minggu sebab nak pergi scan jantina :)

Pengalaman pertama kali tahu diri ni mengandung sebenarnya instinct suami sendiri. Disebabkan kiteorg ni hubungan jarak jauh buat sementara waktu,makanya bila jumpa weekend je. Al-kisahnya pada hari sabtu kiteorang keluar pegi jejalan,sampai dekat guardian, dia tanya, "Sayang, jom beli pregnancy test"..aku ni tersipu-sipu malu sambil dalam hati terfikir kenapalah laki aku ni. Kalau dengan dia pun aku malu,dengan jurujual guardian tu lagi aku maluuuuu...aku pun jawablah "takyah la beli dulu.belum lagi ni.kalau lewat nanti,kita check la..lagipun mahal"..maka si dia yang excited entah kenapa pergi tanya jurujual guardian tu dan tiba-tiba panggil aku, "sayang, mari sini..akak ni nak explain cara guna"...aku yang berlari konon-konon pergi tengok skincare dan tersipu-sipu malu depan akak tu.bila die explain pun aku rasa macam masuk telinga kanan,keluar telinga kiri sebab xboleh nak fokus. Tetibe aku tu cakap "awak 1st time ye..patutlah malu-malu..good luck test"...hhahaha..

Balik rumah tu,tak sempat aku nak mandi lagi semua,suami dah suruh check..aku cakap,macam susah je nak guna alat ni. Tak reti. Suami suruh tengok instruction. Dia cakap kalau tersalah takpe lah..cuba suka-suka je..tak faham betul dengan dia ni. Pregnancy test clear blue ni dah la mahal. 1 kotak hampir RM40 tau..

Kalau korang tak pernah tau dan blur 1st time jugak macam aku,boleh tengok contoh ni


sumber dari Google.


Aku beli yang digital punya sebab lebih tepat dan boleh tahu dah berapa week. 

Untuk pengetahuan korang. Ada 2 cara untuk lakukan pregnancy test menggunakan clear blue digital ni. Aku cerita berdasarkan pengalaman aku yang tersilap cara penggunaan dan hasilnya error.Bukan sekali tapi 3 KALI.!!!.membazir amalan syaitonnnnn sangat. Aku cuba dan cuba tapi masih error.Cuba dengan kaedah yang sama. Lepas give up tu..aku dah malas nak test.Tapi disebabkan aku datang bulan lewat 4 hari,jadi aku pejam mata keluarkan duit untuk beli kali ke-4. Kali ke-4 tu aku tengok dekat you tube terus senang,xyah baca dekat instruction yang aku tak faham.Alhamdulillah. sujud syukur sangat. Orang paling hepi mestilah suami.

Nasihat aku,sebelum guna sila tengok cara pengambilan dekat u tube. Alat ni boleh sekali guna je.If korang salah test dan error.terus ke tong sampah la nasibnya ya.


Ini gambar masa baru tahu. Terlalu kecik sangat sebab baru 1-2 minggu.Sekarang dah 18 minggu. Cepatnya masa berlalu. Lepas ni dah masuk 20,30 minggu..ehhhh. tup2 dah jadi ummi.

Walaupun macam2 kisah sepanjang kehamilan ni,tapi rasa seronok sangat sebab ada teman dalam perut. Terasa sangat nilai keibuan tu dalam diri.

Bila tengah mengandung ni,rasa Kuasa dan ciptaan Allah tu sangat hebat dan sangat dekat dengan diri aku. Diberikan amanah untuk jaga ciptaanNya dalam rahim ni. Subhanallah. :')

Next entry nanti aku cerita tentang kisah morning sickness dan supplement untuk ibu mengandung pulak k. Bnayak sangat benda nak share. Tapi masa je susah. See u !

XOXO