About

Instagram

Wednesday, July 29, 2015

STRETCH MARK

Salam :)

Alhamdulillah,harini genap 28weeks kandungan. Rasa bersyukur sebab Allah masih pinjamkan nikmat untuk rasa baby gerak dan dah pandai bagi respond sekarang.Pantang kena usik..eheh.Mudahan dipermudahkan semuanya.

Cerita tentang pengalaman mengandung ni..lain orang lain pengalaman.Tak semua orang akan rasai perkara yang sama ketika mengadung. Ada yang alah teruk.ada yang selamat je makan tak ke sudah dari awal preggy sampai bersalin. ada yang maintain cantik je..ada yang comot bukan main.Macam2 lah senang kata..nampak macam tak best,tapi hakikatnya,ada rasa yang sangat subjektif.aku rasa,yang bakal dan dah jadi mak2 je akan rasa benda ni..segala rintangan dan sakit sanggup ku lalui demi nyawa dalam kandungan.tuan punya badan dah lalui dari 1st trimster,2nd trimster and Alhamdulillah harini masuk 3rd trmister..tinggal lagi beberapa bulan je sebelum due.

Disebakan takde pengalaman mengandung sebelum ni,maka macam biasalah,nasib aku ni jenis rajin membaca dan tahap curios tu sangat tinggi nak tahu macam2. Kalau pergi check up tu,jenuh nurse nak jawab soalan aku kenapa itu ini takboleh..kenapa jadi macam tu n etc. Tapi itu yang sepatutnya,sebab yang kita baca dekat blog ni kekadang acah2 mak enon je..viral lebih..tapi takde fakta yang sohih pun.ehe. 

So,aku pasti dalam banyak2 perkara yang bakal mak or mak2 dah lalui, mesti nak taknak,kecantikan diri pun kena jaga kan. Maksud aku untuk kecantikan ni bila kita ambil berat dan jaga apa yang Allah bagi pada asal kejadiannya.Tapi kalau memang dah takdir jadi kekal, tak boleh nak buat apalah. Contohnya, ambil supplement sebagai makanan sihat tambahan untuk kita bersyukur and jaga tubuh badan dengan apa yang diamanahkan. Bila bab mengandung ni, perut dah mula membesar,secara tak langsung, kulit jadi lebih tegang,maka mula lah cenderung untuk jadi kering,gatal dan akhirnya terhasil stretch mark ni.
.
Nak cerita pengalaman aku masa pergi korea,official honeymoon la kononnya.hehe.(nanti next update aku cerita part korea k)..aku ni jenis kulit nipis dan preggy ni kulit jadi kering sangat.masa pergi korea,1st time aku tengok kulit aku jadi putih2 mengelupas dan gatal.Nak kata musim winter..dah nak masuk summer.tapi still aku rasa sejuk.huuu..Balik malaysia tu,nak nangis tengok perut dah start ada stretch mark tapi belum tahap tebal dan teruk. 

Sebelum ni aku macam rilex buat tak tahu sebab perut belum besar lagi.masa tu baru 4 bulan dan macam orang buncit sikit je..jadi aku tak expect akan jadi stretch mark tu. Jadi,aku pun macam sekadar pergi google losyen apa yang selamat untuk sapu dekat perut..dan tawakal je la kalau tak hilang.

Masuk guardian je, aku terus nampak brand palmer's cocoa butter yang memang khas untuk stretch mark. Yang bestnya,dia keluarkan yang jenis spray,so senang keje aku,just spray dan sapu.tekstur yang nipis buatkan ianya cepat meresap dlm kulit.*baca nada ala2 model iklan kat tv k*


ni la rupa spray palmer's cocoa butter tu.Alhamdulillah,resultnya positif.sebab bila aku sapu,dalam seminggu lebih macam tu,hilang dah kesan stretch mark tu..sekarang ni aku masih continue guna je hari2.pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur. Sebab aku takut bila jadi kering lagi dan extra hasil yang aku nampak, parut operation aku dah makin pudar. Dulu aku pernah operate appendix.That was 10 years ago beb and bayangkan dah 10 tahun pun parut tu masih kekal macam  baru lagi.now parut operate aku dah makin nipis and rata. :).aku bagi tips,sebabkan aku ni memang dari awal preggy dah cakap sorang2 dengan baby walaupun baru 2 bulan terlalu awal nak dengar,tapi sebab dah terbiasa,jadi sampai sekarang,setiap kali aku usap perut sambil sapu cocoa butter ni,aku borak dengan baby.macam spent time masa gituu..jadi,dia mulalah bagi respond tendang2 dan gerak bila aku usap2 perut.eheh.

Tambahan lagi,

yang ni skrub yang aku guna dan nak masuk 2 botol buat DIY je.safe ingredients dan bagi benefit untuk kulit kering,bagi moist.kebaikan skrub ni untuk stretch mark juga.yang ni aku guna dulu untuk kaki,sebab aku ni dulu orang sukan.jadi bila stop sukan,mulalah ada kesannya.


korang boleh cuba ni..kopi + garam halus + olive oil = skrub

tapi sebab skrub ni leceh kerana setiap kali mandi,aku kena cuci balik toilet,kalau tak,memang macam warung kopi la toilet jadinya, jadi aku tak guna hari2.mungkin boleh guna 2x seminggu or 1x seminggu. 



Kesimpulannya, korang boleh cuba 2 cara di atas. skrub kopi tu sebagai tambahan je.Kalau nak lagi bersih bagi buang daki badan semua,aku lebih suka gunakan lulur :).

Selamat mencuba !