About

Instagram

Thursday, August 27, 2015

KISAH MAJLIS PERKAHWINANKU

Salam.

Aku ni sebenarnya tak tahu nak mula macam mana cerita ni. Tapi point utama nak cerita adalah berkenaan hal urusan perkahwinan aku.

Untuk pengetahuan korang,aku kenal suami aku ni dari abang aku sendiri. Mak aku memang berkenan dan selalu jugak nak update pasal dia kat aku.Tapi macam biasalah, masa tu aku tak berminat langsung.Mak aku cakap banyak kali nama dia Syafiq pun,lepas tu aku tanya balik "Syafiq mana ni mak..xkenal"..Masa tu suami aku ni masih bekerja di saudi,kebetulan 1 bilik dengan abang aku.jadi dia tidur terbongkang ke..bangun subuh ke x,memang aku tahu dari abang aku. Nak jadikan cerita pendek, memang dah jodoh agaknya, tetiba aku rasa lembut hati pulak nak terima. Mungkin hasil solat istikharah yang sebelum aku kenal lagi dia. Memang saja buat,sebab niat dalam hati,in case la ada orang tetibe nak meminang (aku memang suka budget hot ^^), terus terima. Mind set aku buang masa nak bercinta2 ni..so,dari kenal lama2 tapi tak tahu tujuan,baik pada awalnya lagi kenal dengan niat nak kahwin. Ikut hati aku, tunang je la sekejap kemudian terus nikah.Ini bukan cerita gelojoh nak kahwin,cuma aku xsuka buang masa. Aku bukan jenis nak melayan2 lebih kalau tiada ikatan sah. Nanti karang kau rasa mcm mesej dengan dinding pulak. Tapi disebabkan suami aku ni susah cuti dan cuma dapat cuti setahun sekali je balik malaysia, maka nikah dilakukan pada tahun hadapan.

Dalam masa setahun tu, senang cite tak sempat pun nak konon2 kenal hati budi. Aku busy dengan final year project dan dia pula dengan perbezaan masa 5 jam saudi-malaysia. Time aku nk tidur,die baru balik kerja. So, disebabkan itu juga banyak persiapan perkahwinan aku yang uruskan. Tak tahu nak cerita berapa percent. Tapi, kalau fikir balik mengamuk tak mengamuk tu ada jugak lah..i memang emo sket uollss..hahaha. Aku ni konon2 je macam nak plan itu ini untuk majlis perkahwinan, ingat pro sangat mcm perancang majlis. Kawan aku kata,aku ni jenis cepat stress sebab aku buat kerja based on plan,takde plan masakkkk aku gelabah..well,nak minta tolong family pun,seriously ini adalah majlis pertama dalam family.Deorang pun sebenarnya takde pengalaman.Apa aku buat semua based on Google.Masalah google ni,dia akan bagi ko rambang mata kekonon nak buat majlis makan roti kosong celup teh je tapi jadi kambing golek 100 ekor plak. Tapi angan2 je la..akhirnya semua yang aku buat ikut budget. Aku dah cuba untuk buat yang paling simple,tapi kun fayakun,tuhan yang tentukan semuanya.

1. KISAH BAJU RESEPSI TAK JADI

Untuk majlis,aku handle baju,mekap,photographer, pelamin dan hiasan. Bab makan dan tetamu semua family yang uruskan. Cerita bab baju, aku cuba elakkan untuk ambil baju sewa sebab kebanyakkannya tak berkenan disebabkan cutting badan. Maka aku pilih untuk ambil tailor. Tailor aku ni punyalah jauh dekat kuantan, pahang bak hanggg..asalnya aku amek dia sebab murah. Harga baju dia custom made sama macam harga kau sewa baju. Dalam RM350-400 termasuk kain,design,beading dan upah jahit. Customer dia ramai dekat kl,so weekend dia akan datang kl untuk amek ukuran face to face dengan customer. Memang review aku tengok semua ok.Meyakinkan,jadi aku pun tempah la..Dia turun putrajaya weekend tu dan amek ukuran badan aku semua. Bila baju dah siap, dia akan pos sahaja. Bila baju sampai, memang elok sebab dia buat on time. Cuma kena alter sikit bahagian bahu macam terbesar and nampak 'jatuh'. Aku pulangkan suruh dia alter, kemudian aku tambah lagi sehelai untuk resepi belah lelaki. Nak jadikan cerita,lagi sebulan nak majlis tu,baju aku tak siap2 lagi.Puas aku call n mesej semua. Dia acuh tak acuh je balas. Katanya sakit,lepas tu bila tanya lagi,katanya dah pos tapi tak sampai2.Akhirnya, selepas puas aku dengan suami push2 deorang,baju sampai juga.TAPI alangkah aku rasa macam nak tembak2 tailor ni sebab 2-2 baju aku dia salah buat. Baju pertama untuk majlis resepsi perempuan besar, dan resepsi lelaki kecik..kecik yang memang bukan size aku,kemudian lengan singkat.Kalau tengok pada design memang dah cun sangat,tapi aku tak tahu size mana dia buat and tak logik boleh pulak 2-2 baju tu berbeza size,padahal orang yang sama buat order. Dia cakap dah alter,tapi sebenarnya sama je size yang salah. Masa tu aku rasa menyesal sangat dengan duit dah habis bayar.Bila aku mesej sepatah tak reply, bila aku tengok dekat fb dia,ramai lagi rupanya yang mengalami nasib yang sama. Suami cakap, redha je la dan kita cari je baju sewa. Pada awalnya dulu xnk amek baju sewa sebab susah nak cari yang loose dan suami plak jauh kat saudi masa tu,memang takde masa nak pergi fitting semua. Kiteorang plan semua based on whatsap and email je. Korang bayangkan, 2 hari sebelum majlis baru kiteorang pergi cari baju sewa dan alhamdulillah,jumpa juga yang berkenan walaupun semua dah jadi lari tema.



kalau tengok pun dah boleh agak terlalu ketat untuk aku.Tapi seriously kain best,beading cantik,warna cantik,cuma salah cutting dan majlis lagi 2 minggu nak alter mana kak oiii.Bahagian tengok dalam gambar pun dah nampak pendek.

2.KISAH BAJU NIKAH TAK SAMA WARNA

Yang ni pula kisahnya agak geram-lucu. Macam aku cakap,aku tak suka kalau orang tak ikut planning. Sehari sebelum nikah,banyak kali aku pesan dekat bakal suamiku,'awak,jangan salah bawa baju'..TAPI,bila di hari pernikahan,yes.!.kata2 ku bukan bebelan tapi dah jadi doa,memang dia tersalah bawa baju dan pakai baju warna lain. Sebab tersalah tu, dia konfius warna baju nikah dan resepsi. Memang untuk majlis nikah dan resepsi,dia plan nak pakai baju melayu je. Jadi, dia beli 3 helai baju melayu. Warna baju melayu untuk nikah hampir sama dengan warna resepsi. Cream peach-nikah dan cream yellow-resepi..Sekali imbas memang tak perasan,tapi hakikatnya memang nampak perbezaan warna cuma tak ketara. Start hari nikah lagi dah masalah planning aku ni. Haihh ~



tang tara muka bahagia hatiku geram je.dah sah jadi suami kan?meh I nak cubit2 u sampai lebam. Biasaaaaa dia pakai baju salah warna. ! *gaya mak marah anak*

3.KISAH ALBUM KAHWIN YANG LAMBAT SIAP DAN SALAH BUAT

Dah lepas kisah baju,aku ingatkan macam,"takpelah biarlah benda nak jadi,kalau jadi kenangan pun,cuma memori,tak boleh nak simpan"..TAPI..amek kauuu,,album kahwin aku pulak photographer salah buat. Ingatkan bila ada gambar,inilah yang akan jadi kenangan manis. Sentimental value. Bab baju tu aku boleh pejam mata sebab majlis dah selesai.Tapi bab gambar yang forever ever ni,nak buat tatapan anak cucu cicit,jadi salah. Memang aku hangin sangat. Tapi macam biasalah,suami aku yang cool,aku yang hot. Tapi,keputusan aku bagi suami yang buat,sebab kalau aku yang start cakap and deal dengan ptohographer ni,memang lahhh kau jah.!.Hello,dia profesional photographer yang sangat dikenali,dia bagi harga pakej,sesen pun kiteorang tak minta kurang,bayar je la if itu harga servis,tapi boleh pula dia buat macam tu.Lepas ni photographer jgn nak up status "bayar nak murah,servis nak 5 bintang"..hakikatnya, kteorang bayar ikut pakej yang diberi. Kenapa tak tulis je harga pakej termasuk kesalah taip nama. kan senang. Bukan album je salah,tapi kualiti gambar pun kurang menarik. Kau dah tahu suami aku suka main pejam2 mata,bagi tahulah suruh ready,ni mata terpejam pun kau print. Tapi bila ambil gambar orang2 famous bukan main lagi hasil kaklong bagi 5 bintang.!.


ini cover album bahagian depan. Nama dah betul, tapi tarikh 3.1.2014..patutnya 3.1.2015..sejak bila pula anniversary aku dah setahun. January  2014 tu,kenal laki aku pun belum kiah oiii..


ini cover album bahagian belakang. Entah MUAZ & SHAHIRAH mana..tarikh pun salah bulan november 2014. Sumpah lawak semua ni.Kot ye pun nak salah,biarlah depan belakang bagi sekata. Ni nama pengantin mana,tarikh pun aku tak nikah lagi. Nampak sangat careless yang tak boleh nak dimaafkan.grrrrrr.Buat kerja sambil masak nasi goreng GST ke ??

Album siap lambat,salah tulis nama (nama orang lain), salah tarikh *hakak rasa nak payung2 kan kau ni*

4. KISAH JURUMEKAP LAMBAT DATANG

Yang ni terjadi time nikah, majlis hari jumaat,confirm semua nak cepat. Pagi tu dah berdebar,tunggu jurumekap tak sampai2..aku rilex lagi.Dah jam 7, orang semua dah kehulu hilir nak bersiap,akak aku pun dah mula mekap (aku nikah tarikh yang sama dengan akk aku,tu pasal ada 2 pengantin). Aku call dan jurumekap terlajak tidur. Sejam lagi sebelum majlis baru dia sampai dan nasiblah dia boleh mekap dan siapkan aku dalam masa sejam. Tapi hasilnya memang tergopoh dan tak rilex...dah la semalamnya aku tidur lewat,jam 3 pagi. Jammmm..

Dalam 4 kisah ni,aku boleh cakap hiasan dan pelamin je yang aku puas hati.Bukan pelamin nak bersanding renjis2,tapi untuk bergambar.

Aku banyak luah rasa tak puas hati dekat suami. Tapi macam biasalah, lelaki ni malas nak amek pusing,bagi deorang kalau dah jadi,macam tu la..nak patah balik masa pun tak boleh. Tapi aku keep blaming itu ini tak betul. Sampaikan kalau aku fikir balik setiap perkara yang jadi merepek2 untuk majlis,aku dah macam 'lantak kau la labuu'..janji aku dah nikah,dan dah nak jadi mak pun. Cuma apa yang aku belajar dari kesilapan ni,macam mana bagus planning kau,cuba untuk duduk bersama dengan family dan bincang. Nanti parents nak majlis pink,baju kau nak biru,makcik nak goodies warna kuning..jadilah tema pelangi of the year.

Kos perkahwinan aku simple je pada asalanya tapi at last semua jadi over budget sebab kesilapan2 manusia. Baju nikah aku beli baju kurung biasa je dekat jalan tar,baju melayu lelaki beli dekat jakel. Hantaran pun buatlah simple janji kat dulang ada lah sikit2 bunga,bagi tak kosong. Aku rasa kalau takde kesilapan,mungkin majlis ni jadi simple and lovely gittuuu..

ok la..cerita aku ni korang jadikanlah pengajaran ya. Kadang-kadang Allah mungkin tak bagi perkahwinan yang kau impikan sebab Allah nak bagi mahligai perkahwinan yang indah..positif sungguh kan aku. 

Tapi kalau mood aku x baik,nanti aku ungkit la balik kisah 1-4 tu semula. Perempuan wei perempuannn..^^ Nasib dah kahwin.baru tahu laki ku ni suami yang baik. Apa?setakat baju kahwin tak siap,tak kisahlah janji suami I boleh belanja baju baru setiap bulan.bhahahahha.love u husband.x0x0

3 comments:

  1. Bab album tue agak keterlaluan.. baju ke makeup ke bleh la pendam.. tapi album mmg agak MELAMPAU kesalahannya.. ganti rugi?? Apa diorg buat utk kesalahan diorg tue. Xwat baru?

    ReplyDelete
  2. bella...tabahnya awak. antara part paling geram is album kahwin tu. anyway pergilah pulang balik album. suruh re-print balik. Mcm tak elok je perangai photographer buat mcm tu.. dah amek duit customer tapi hasil tak memuaskan.

    ReplyDelete
  3. hihi kelakar pulak baca kisah awak ni...sweet pun ada..
    selamat pengantin baru ya^^ dah jadi suami isteri pon..
    respek cara awak ni tak suka hubungan tanpa hala tuju gituww...bagus..
    tak ramai dah perepuan macam ni skrg..

    : promosi september khas untuk wanita-wanita cantik gebus

    ReplyDelete