About

Instagram

Monday, September 7, 2015

SUPLEMEN SAYA SEMASA HAMIL

Salam

Seperti yang aku janjikan untuk cerita mengenai suplemen semasa hamil, baru harini ada masa untuk buat entri penuh dan sengaja aku biarkan sehingga kandungan masuk fasa 3rd trimister. 

Alhamdulillah.dah 34 minggu usia kandungan. Sekarang ni hanya mengira minggu sebelum tarikh due. Semasa awal kehamilan, banyak juga petua yang aku dapat melalui kenalan dan juga pembacaan di internet. Tapi, bukan semua aku buat dan ikut sebab kekangan masa jadual pemakanan dan aku lebih pilih untuk buat yang mana wajib dahulu dan bederhana je. 

Perkara pertama yang aku sering dengar berkenaan bekalan nutrisi untuk si ibu dan anak. Pemakanan adalah sesuatu yang amat dititik berat selain amalan2 agama seperti solat, berdoa dan mengaji. Apabila dah ada benda bernyawa dalam rahim kita, terasa tanggungjawab yang amat besar untuk beri sepenuh perhatian kepada pembesaran dan kesihatannya. Aku tidaklah terlalu cerewet tentang pemakanan untuk diri sendiri,tapi bila berkenaan dengan nyawa2 yang aku sayang, memang aku akui, banyak itu ini yang tak boleh ^^. Berbalik dengan soal pemakanan dan bekalan nutrisi untuk si ibu dan anak,aku pilih suplemen tambahan jenama SHAKLEE. 

Aku kenal suplemen shaklee ni sudah agak lama,sejak zaman belajar lagi. Bermula mencari suplemen di sebabkan masalah kulit berjerawat dan berparut, kemudian masalah gastrik dan pencernaan, kemudian maintain untuk kulit dan kesihatan dalaman, dan sehinggalah kahwin, kemudian disahkan mengandung. Memang setia dengan suplemen jenama shaklee sudah 4 tahun. Semasa zaman student, disebabkan budget tidak banyak, jadi aku bermula dengan set percubaan untuk sebulan. Lepas tu, bila merasai perbezaanya, aku sendiri kumpul duit untuk beli botol yang besar. Kawan aku pernah nasihatkan aku, makan suplemen ni kena bersabar,sebab ianya bukan ubat, hasilnya bukan esok lusa tapi bila kita sudah makin berumur, lagi awal pengambilan lagi bagus kesannya sementara sistem badan masih elok berfungsi. Walaupun awal pengambilan aku hanya niatkan untuk menyelesaikan masalah kulit, tapi apabila semakin banyak pembacaan, mind set berubah untuk jadikan hidup lebih seimbang dan sihat bukan hanya pada kecantikan. Apa yang sihat itu yang cantik. Niatkan dalam hati untuk menjaga kesihatan. Bila badan sihat,apa yang terhasil insyaAllah cantik. 

Untuk entri kali ni khas mengenai suplemen tambahan semasa hamil, aku mula bertukar dengan set kehamilan sejak kandungan mencecah 2 bulan. Sebab masa awal perkahwinan,aku stop pengambilan suplemen bagi ruang untuk merancang, sebab sebelum ni aku ambil set yang ada vitamin alfalfa. Walaupun ianya vitamin, tapi bukan semua vitamin diperlukan untuk wanita hamil ya. Kerana fungsi vitamin berbeza. Contohnya seperti vitamin yang mengadungi iron tidak boleh di ambil dengan makanan tenusu, bagi mengelakkan ganguan penyerapan nutrisi. Perlu dijarakkan.Begitu juga jika hamil,ada sesetengah vitamin yang perlu diberhentikan seketika sehingga selepas bersalin. Apabila disahkan mengandung,aku mula bertukar kepada set hamil. Apa yang menarik tentang brand shaklee ni,aku sudah buat survey,harganya lebih murah dan tahan lama berbanding produk di pasaran. 

Vitamin apa yang terdapat dalam set hamil shaklee ?



Pada awal pengambilan, aku cuma ambil set basic hamil iaitu :

1.Energy Soy Protein (favorite sejak zaman belajar !)
2.Vitalea (iron)
3.Bcomplex
4.Vitamin C
5.Ostrematix

If korang pergi ke klinik kesihatan, vitamin untuk ibu hamil yang wajib diberi adalah Iron, B complex (asid folik) dan Vitamin C. 

Selepas kandungan masuk fasa 2nd trimister :

Tambakan dengan vitamin omega guard untuk perkembangan otak bayi  (dalam penggunaan semasa hamil ianya bagus kerana kandungan Omega yang tinggi)

Fasa 3rd trimister :

Apabila kandungan cecah 8 bulan, aku berhenti ambil omega dan gantikan dengan minyak kelapa dara dan pati buah dilema (tiada dalam gambar)

Nampak banyak dan agak leceh. Tapi cara pengambilan bukanlah sekaligus. Contohnya, selepas solat subuh,aku amalkan pengambilan ESP shaklee dibancuh dengan susu. Sejam selepas sarapan, aku ambil vitamin b complex, kemudian selepas lunch, jarakkan sejam sebelum mengambil vitamin c, vitalea, kemudian omega/minyak kelapa dara. Malam sebelum tidur, aku ambil ostrematrix.

Paling penting sekali jangan lupa pengambilan air putih yang cukup, ia bukan sahaja membantu penyerapan vitamin2 yang kita makan,malah ketika hamil , pengambilan air yang cukup juga bantu bagi mengelakkan kekeringan. (ini yang doktor selalu pesan, kalau awak malas minum air,kesian dekat baby )

Pernah masa masuk fasa 2nd trimister, aku kurangkan minum air putih kerana kerap ke tandas untuk buang air,office pula sejuk...makanya jadi batuk dan selsema. Bila jumpa doktor, mulalah doktor sound macam ni "tak kesian kat baby ke?dia kering kat dalam tu"...sejak dari itu,aku disiplinkan diri bawa botol air besar 2 liter ke office..berkorban dan gagahkan diri untuk ke toilet setiap 10 minit ^^...

Baiklah,untuk entri kali ni,aku cerita secara ringkas tentang set hamil shaklee. Untuk entri seterusnya,aku akan cerita khasiat setiap vitamin untuk ibu hamil ya :).Oh ye, jangan lupa follow instagram aku bellahaul . Dalam instagram ni juga banyak 'instant' produk review tentang shaklee.

p/s : Buat entri panjang2,nanti orang bosan nak baca :P. 


No comments:

Post a Comment