About

Instagram

Wednesday, September 2, 2015

TEKNOLOGI

Dunia zaman sekarang ni semua bergantung pada teknologi. Sebab teknologi juga boleh jadi gaduh,boleh menghubungkan. Aku tak pasti kalau penulisan aku kali ni,boleh jadi sumber karangan kepada adik2 di sekolah. Tentang kebaikan dan keburukan teknologi.

Tajuk tentang teknologi ni,karangan SPM pun keluar. Semua orang boleh fikir baik dan buruknya. Kalau diberi masa 2 jam untuk menulis karangan,nak tak nak memang kau kena perah otak untuk keluarkan isi bagi memantapka karangan. Setuju? Tapi tak ramai yang boleh jadikan contoh untuk diri sendiri.Semua hanya di atas kertas sahaja.

Aku akui,dulu aku memang macam kena kejutan budaya bila masuk universiti, semua tentang teknologi. Masa tu juga facebook baru lagi. Friendster and Myspace pun masih ada.Kemudian ada twitter and sekarang ni macam2 lagi. Penting untuk tahu kewujudan teknologi ni supaya kita tak ketinggalan. Contoh macam masa aku belajar, technology and aviation memang berkait rapat. Orang beli tiket guna hujung jari,kau masih kayuh basikal nak cari kaunter beli flight ticket.

Kalau semua apps kau nak upload dekat handphone, setahun pakai handphone dah boleh jadi 'lembap'. Kebergantungan hidup kita dengan teknologi ni sampaikan bila hilang atau kena hack, boleh jadi gila. Apa taknya,semua benda kau nak simpan and upload. Konon view untuk "only me" je,kemudian esok lusa kena hack habis semua rahsia bukan lagi rahsia. Nak jadi famous di social media, keyboard warrior..semua di hujung jari. Kau upload la sikit muka gambar gyiyomi, mekap comel2, ambil tudung and snap muka. Memanglah comel,hakikatnya kau cuma bersinglet dan seluar pendek saja.hahahaha. Aku cerita ni sebab pernah ternampak gambar orang post selfie reality vs reality. Post "good morning world !" konon kau jenis morning person,padahal lepas post kau sambung tidur sampai matahari naik, bangun lambat terus nak dhuha dan mengharap rezeki jatuh dari langit macam tu je..

Hidup kita dibayangi dengan apa yang kita nak upload. Semua akan jadi perhatian and nak yang "good-good" je. Aku pernah tengok post tentang 'click dengan bijak'..bagi aku,sebab zaman sekarang teknologi dan aplikasi memang tak dapat dipisahkan. Jadi, kau kena train dan disiplinkan diri kau supaya setiap kali nak post sesuatu tu mesti fikir dahulu baik buruknya. 

Tapi bila umur meningkat dewasa ni,kadang2 aku letak handphone kat mana pun aku tak amek kisah. Aku tak peduli orang nak beli tab ke, GoPro bagai ke..kalau ada,boleh guna,kalau takde,tak kisah. Tapi,untuk pengetahuan, mestilah kena amek tahu apa kegunaan teknologi sekarang supaya bila kau borak dengan orang atau terdengar sesuatu maklumat tu,kau tahu kewujudannya. Aku masa memula dengar perkataan GoPro tu aku rasa macam perkataan jawa je dengarnya.LOL. lebih kurang macam perkataan jawa "ngobrol"= bicara..gituu..maaf ler,saya anak jawa :P.

Disebabkan dulu hanya24 jam dengan handphone. Aku rasa,aku kehilangan hobi aku iaitu membaca buku. Dulu aku ratu nilam dekat sekolah. Karangan terbaik. Bila dah mula main whatsap dan sms ni,mula lah shortform dan bahasa rojak. Tapi shortform aku masih boleh difahami lah. Bukan macam sesetengah orang sampai merubah ejaan. Sori jadi cowi, kita jadi itew, suka jadi cuke..Aku menyampah nak baca mesej macam tu.

Maka untuk disiplinkan balik diri, salah satu cara yang aku buat adalah stop guna internet di handphone. Aku berhenti langgan internet. Apa yang aku buat bila menunggu, apps yang boleh buka cuma lah al-quran aplikasi. Kemudian,aku bawa apa2 sahaja artikel dan simpan dalam beg. Biasanya baru lepas bagi salam je, mesej2 selalu menggangu, Reply mesej dulu dari baca doa. Jadi, dengan ketiadaan internet ni, lepas solat terus buka quran apps. Sementara nak menunggu check up boleh baca quran. Lagi satu, bila keluar dengan kawan2 atau suami, aku lebih suka ajak borak dan tinggalkan handphone dalam beg. I always say to my husband "please no gadget" unless message penting yang memang kau kena tengok sebab bos tunggu update, orang nak call untuk emergency. 
Dulu aku bangun2 tidur tengok handphone dulu. Notification dari peminat2 di fb,twitter dan mcm2 lagi lah..*perasan sangat*..but now,before off bed aku off internet, at least tidur aku tak tergangu dengan bunyi message group atau notification. Aku cuba elakkan dari silent phone untuk panggilan emergency. Lagipun bila bunyi jam loceng kat handphone nak kejut subuh,taklah kau ternampak notification dulu. Membuatkan kau rasa nak reply comment dulu dari pergi solat. 

Sebagai penutup, kurangkan penggunaan internet dan hidup kau akan lebih bahagia. Pergi explore dunia luar. Pergi hiking dari pagi2 lagi dah ngadap game. Do something yang boleh connect people in reality life dan buat hobi baru...kenal orang reality kehidupan dari sibuk baca gosip beautifulnara.kbye..^^


No comments:

Post a Comment