About

Instagram

Tuesday, December 13, 2016

Kesan makan produk shaklee

Salam

Lama tak update blog sebab busy dengan anak.hehe.

Sebenarnya dah lama nak share dengan korang tentang testimoni makan shaklee ni. Masuk tahun ni dah 6 tahun aku consume shaklee. WOOOWW..tak sangka boleh setia selama ini.ahakss.Orang yang kenal aku, mesti tahu aku ni jenis bukan setia pada 1 produk.Tengok testimoni orang putih cantik,aku pun nak cuba.tapi bertahan sebulan dua je.tak tahulah kenapa.Tapi dengan shaklee ni sebab dah serasi dan kena pulak dengan budget.Senang nak maintain.Lagipun ianya supplement.bukan ubat yang mengadungi dadah.

Bermulanya makan supplement shaklee ni sebab aku google tentang supplement yang bagus untuk jerawat resdung. YES ! aku memang ada masalah resdung dan alergik habuk serta seafood. So bila kau google tu banyakk sangat review tentang kebaikan supplement shaklee ni.

1st set shaklee yang try adalah set skin. Dalam basic set ni ada vit c, b complex, alfalfa (alergic / resdung) dan vit e. aku beli trial pack untuk 30 hari. Bila start nampak kesan yang positif ,aku kumpul duit sikit-sikit untuk beli set besar. Memang berbaloi sebab tahan 4-6 bulan.

KESAN POSITIF SET SKIN SHAKLEE yang aku dapat :

- jerawat makin berkurangan

-jerawat belakang badan dah takde (yes aku pernah ada masalah jerawat belakang badan sebab resdung)

-dah takde bersin2 setiap pagi.jarangggggg sgt kena 
bersin.melainkan kalau aku tak control makan.

-badan lebih bertenaga, tak mengantuk dalam kelas

lepas masalah resdung aku dah makin ok..aku tambah ESP shaklee untuk hilangkan parut hitam. mula-mula memang fokus parut kat muka je.lepas 3 minggu, aku perhati parut muka makin pudar, dan paling best parut luka kat kaki aku pun makin pudar !!..2 bulan dah hilang.padahal tu parut hitam yang aku memang pasrah je kalau die nak kekal.tapi sebab tak putus asa, berusaha konsisten makan ESP SHAKLEE alhamdulillah dengan izin Allah ianya berkesan. sejak daritu baru aku faham kenapa ESP SHAKLEE ni sangat laku keras. hehe.

lepas habis belajar,aku masih maintain makan supplement shaklee ni. kebaikan bukan untuk kulit je,tapi ianya baik untuk kesihatan badan.contoh vit e untuk jantung, vit c untuk antibodi, b complex untuk brain dan tenaga, esp shaklee ni kalau sehari x minum memang lain macam rasanya.eheh

lepas kahwin, alhamdulillah masa preggy pun aku maintain juga kecuali vit e dan alfalfa tidak sesuai untuk wanita mengandung.ESP tak pernah tinggal.

KESAN POSITIF SEMASA MENGANDUNG yang aku dapat :

-hb aku maintain 13.2

-berat aku naik konsisten,walupun awalnya sebulan naik 4kg sebulan,lepas kena minum air gula terus amalkan makanan yg sihat dan kawan manis.hahaha.bila berat konsiste,total naik 10kg..turun pun cepat

-kulit baby alhamdulillah cantik,tak sensitif,senang jaga
-baby sihat tak banyak ragam..

-lepas bersalin berpantang pun dengan set yang sama.mudah dan jimat.tak perlu tukar2 :)

.
.
so kepada ibu2 yang tengah mengandung nak cari supplement apa yang sesuai untuk mengandung dan berpantang,korang boleh try shaklee. jimat dan selamat.

boleh whatsap bella 019.6761074. Kita bagi harga special :))

BELLA SID SHAKLEE
019.6761074

Friday, May 6, 2016

Review : Baby food processor jenama Autumnz

Salam :)

Alhamdulillah, Anaqi sekarang dah 6 bulan 2 minggu. Dah start makan solid food. Eh,dalam blog ni Bella tak pernah cerita dan mention pasal Anaqi kan, next episod je la kita cerita. Hehe.Banyak sangat nak share dengan korang ni. Sementara idea nak menulis ni ada, Bella nak share review tentang baby food processor by Autumz ni. 

Actually, memula ingatkan mudah je nak siapkan makanan baby ni. Tapi, bila banyakkk sangat membaca jadi pening pulak. Baru tahu, tak buat persiapan awal. Sebab dulu banyak study tentang breastfeeding je. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki susu badan untuk Anaqi sampai sekarang. Mudahan sampai 2 tahun la ye nak. Ok, berbalik tentang cerita baby food processor ni, Bella dah survey macam2 brand. Dari yang murah dan mahal cecah 1k.Huhhh..maaf nak,ummi tak mampu lagi nak beli yang sampai cecah 1k, so lepas buat survey,akhirnya Autumnz jugak jadi pilihan sesuai dengan budget dan 2 in 1(steamer & blender). Ada yang bawah RM100 tapi cuma berfungsi untuk blend je. Pada awalnya, Bella cuba blender biasa je yang buat blend masakan tu, tapi yang baru lah, bukan yang dah guna blend cili kering tu, hasilnya tak memuaskan,sebab makanan tak berapa hancur dan Bella kena steam dulu baru boleh blend, agak leceh di situ.Anaqi pulak jenis tak boleh tinggal lama2.^^. So,akhirnya carilah baby food processor ni.

FYI, Bella memang guna jenama Autumnz ni for breastfeeding tau. Pump susu, warmer, steamer dan botol susu semua complete set. 

Bella, shopping dekat Lazada je, sebab mudah pakai shopping cart,buat comparison,dapat pulak harga lagi murah berbanding harga pasaran. Untuk baby food processor, Bella beli dengan harga lebih kurang RM186 je. Murah kan? :)). I loikee.

Servis memang terbaik !.


Ummi excited !.Cara penggunaan pun mudah. 


Korang boleh tengok ni, semua jenis makanan boleh blend. Praktikal 2 in 1. Korang xyah nak masak rebus bagai tu kat kuali. Bersihkan, potong kecik-kecik, masukkan dalam bowl blender, steam lepas tu blend.!.Semua tinggal putar masa lepas tu tinggal. Boleh layan anak sementara nak tunggu steam tu. Tak perlu risau takut terlupa nak tutup api dapur ke apa. Memang value for money !.cewahh.



Dalam tu disiapkan dengan manual sekali. Kalau korang tak tahu berapa minit nak kena steam, dalam manual tu dia akan guide masa mengikut jenis makanan.


Ini gambar bahagian dalam. Manalah tahu korang nk tengok rupa blade tu kan ^^. Sebelah tu, tempat letak air untuk steam. Masukkan je air,kemudian set masa berapa lama nak steam dan boleh tinggal. Jangan lupa masukkan makanan yang nak di blend dulu k. !

So, lepas bukak plastik, Bella rasmikan dengan memasak sweet potato for Anaqi .


Tengok dari gambar pertama sebelah kiri atas. Bersihkan sweet potato, bagi buang kulit, cuci, potong kecik, masukkan dalam blend bowl, lepas tu set 30 minutes, tinggal, kemudian blend dan siap !.Nampak halus je kan sweet potato yang seketul2 tadi.Ehehe.


Kalau nak tahan lama, of coz korang kena jaga elok-elok. Boleh bukak blend bowl tu dan bersihkan sekali dengan blade tu. 

Mudah je.Lepas ni boleh campur 2 jenis makanan dalam 1 hidang, kurma campur brokoli ? Next menu.:)


See, tak sabar nak makan. Anak soleh ummi dan abi.:).

So,korang yang masih mencari baby food processor harga yang berpatutan boleh cuba brand ni. 







Tuesday, May 3, 2016

KONGSI RESEPI : POPIA INTI DAGING

Salam :)

Lama tak berkongsi resepi masakan. Nak kata pandai masak sangat tu taklah :P cuma Bella suka try and error mengikut selera sendiri, bila dah siap lepas tu jadi sedap,boleh lah kita kongsi resepi di blog ya. Semangat nak update blog sebab gambar lawa2 boleh di ambil menggunakan kamera Canon hadiah daripada suami. hehe..

Resepi yang Bella nak share ni sesuai untuk juadah minum petang. Hidangkan dengan air teh panas atau nescafe favorite husband pun sedap...Kebetulan memang dapat stock daging cincang fresh, so Bella campurkan apa yang je dalam peti sejuk. Orang kata resepi 'campak-campak'.:)

Jom kita lihat resepi bahan-bahan dan cara penyediaan. 

BAHAN-BAHAN 

-2 SUDU KECIL SERBUK KARI AYAM/DAGING

-1  SUDU KECIL GARAM HALUS

-1 SUDU KECIL GULA

- 4 SUDU TEPUNG JAGUNG / TEPUNG GORENG KFC (tiada dalam gambar,terlupa :P)

-2 SUDU KECIL SERBUK LADA HITAM 

- 1 BIJI BAWANG HOLLAND (cincang halus)

- 3 BATANG DAUN BAWANG (potong halus)

- 3 TANGKAI DAUN KARI

-1 BIJI TELUR

-1 SUDU PLANTA

-1/2 KG DAGING CINCANG

-KULIT POPIA









CARA PENYEDIAAN 





Campurkan kesemua bahan-bahan di atas KECUALI telur.

KEMUDIAN masak daging dengan menggunakan kuali dan api sederhana. Bila daging dah mula masak, boleh angkat dan toskan minyak. Jangan sampai garing. Cukup daging separuh masak, kemudian baru gaulkan dengan telur. Seperti gambar di bawah.


Gaulkan rata dan siap untuk dijadikan inti dalam popia. 


Gulung popia kemudian goreng dengan minyak yang panas. Sentiasa terbalikkan popia supaya kulit popia masak rata cantik. (betul ke ayat ni ^^). 

TIPS 

Gunakan sedikit tepung yang dibancuh air untuk lekatkan gulungan kulit popia supaya minyak masak tidak berbuih2 dan gunakan tisu lembap untuk elakkan kulit popia pecah2/ terkoyak semasa menggulung. 

Selesai menggulung, boleh la goreng dan hidangkan bersama sambal kicap (sebab saya orang joho ^^) dan air .



SELAMAT MENCUBA :)









Monday, April 18, 2016

Simplysiti – Buah Tangan Dato’ Siti


Assalammualaikum :)
Lama tak jengah blog.Berhabuk keyboard. Husband belikan laptop baru pun jarang online ^^. Sebab anak tidur awal malam ni, perut pun kenyang makan nasi sampai 2x tambah, so aku nak update something special malam ni.heheh.Siapa peminat Dato’Siti Nurhaliza??*angkat2 kening sikit*..Hari2 stalk instagram Dato’CT ni sebab nak tahu perkembangan.eheh.Penyanyi kesayangan ramai ni. Bukan di Malaysia je,sampai ke negara jiran. Sebenarnya sedar tak sedar dah nak 2 dekat Dato’ CT dalam bidang seni. Dah 20 tahun dalam industri seni tanah air. Bukan je sebagai penyanyi,tapi juga sebagai usahawan.
Kalau korang masih ingat lagi masa memula SimplySiti ni baru dikeluarkan, fuhhhh boleh tahan sambutan jualan di Malaysia dan di luar negara. Aku masih ingat lagi produk pertama yang aku beli masa tu bb cream SimplySiti yang warna putih tiubnya,memang best.Full coverage tapi ringan. Tektur tak melekit dan tak berminyak. Apa taknya, produk SimplySiti ni menggunakan teknologi yang berkualiti tinggi dari Korea tau. Setiap apa yang dihasilkan daripada Dato’Siti ni mesti sesuatu yang terbaik yang dianggap sebagai buat hati katanya.


HAAAA.nak cantik macam Dato’Siti tak? Haha.Kalau korang nak tahu, produk SimplySiti ni menggunakan bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan khasiat asli turun-temurun dan kombinasi teknologi yang canggih. Jadi,hasilnya mestilah standing produk-produk antarabangsa yang lain. Bagi Dato’Siti , kepuasan hati para pengguna adalah keutamaan dan sebab itu juga produk ni masih lagi di pasaran sehingga hari ini, malah makin berkembang dan banyak produk yang dihasilkan.


Kalau korang nak tahu,Simplysiti bukan hanya menawarkan rangkaia produk kosmetik, malah penggemar juga ditawarkan dengan rangkaian produk penjagaan muka anda kulit serta set wangian yang cukup mempesona. Don’t worry k, sebab produk-produk SimplySiti ni harga sangat berpatutan dan kualiti serta hasil memant tiptop.!.So,kalau korang nak mencuba,korang boleh survey dan dapatkan di cawangan-cawangan yang berhampiran. Paling mudah di Watson atau kalau nak lagi senang,tak payah keluar rumah,jimat minyak,jimat tenaga,jimat masa,beli online je. Sekarang ni semua di hujung jari tau.heheh. Kat mana nak beli online? Korang bole click link kat bawah ni.



Tuesday, February 9, 2016

Kenapa Vitamin C Shaklee Pilihan Saya?

Salam :)

Alhamdulillah. Ini post pertama saya selepas bersalin. Berpantang pun dah habis and my baby pun dah nak masuk 2 bulan next week. 

Nak cerita kisah saya dan vitamin c jenama shaklee ni. Sebenarnya sedar tak sedar dah 4 tahun setia dengan supplement shaklee. Walaupun saya ahli shaklee, saya sendiri pernah cuba brand lain, sebab saya ni jenis cepat bosan dan tak konsisten :P. Bukan apa, 'kaki online' macam saya ni jenis mudah terpengaruh.hehe.Tapi bila makin bijak dewasa ni,dah makin pandai buat pilihan.cewahhh.

Walaupun pernah 'curang' dengan shaklee, percayalah, lepas sebulan,saya mesti kembali semula dengan brand shaklee. Sekarang ni berlambak orang jual produk vitamin c dekat pasaran. Dengan menggunakan title 'vitamin c' je perkara yang terlintas di fikiran selalu tentang pemutihan,kulit glowing,kulit cantik dan etc. Maka berlambak juga peniaga yang mudah buat duit dengan vitamin ni. 

Banyak pilihan vitamin c di pasaran. Tapi kenapa saya masih setia bersama shaklee?

SEBAB

-International produk yang dah lama 'bertapak' dan stabil
-HALAL dan SELAMAT
- Harga berpatutan dan mampu milik
-Jangka masa panjang

4 sebab-sebab ni yang buat saya berpatah balik kepada shaklee.

Pernah saya cuba produk jenama A, harga cuma RM30, kesan mantoppp, bertahan selama sebulan. RM30 nampak murah berbanding vitamin shaklee yang sekali beli je harga  RM98. TAPI......shaklee vitamin c tahan untuk 6 bulan. ya.!!! 6 bulan.

kalau RM30 X 6 BULAN =RM180

SHAKLEE RM98 untuk 6 bulan. Setiap bulan, kita cuma spent RM 16.33 sen sahaja !.MURAH

mana nak dapat vitamin yang RM16.33 sen je sebulan, berkualiti tinggi, selamat dan berkesan untuk jangka masa panjang.

Bila kita makan supplement, ia bukan untuk kecantikan sementara. Tapi yang penting sihat. Bila badan sihat, barulah cantik. Definisi cantik tu bila kita sihat. Soal kesihatan ni sesuatu yang long term. So, fikir jauhhh, mana ada produk yang makan sebulan , terus berubah cantik kekal. Sedangkan apa kita makan semua 'keluar' balik.hehe.

So, bila nak maintain sihat dan cantik, perlu juga maintain makan..