About

Instagram

Tuesday, February 9, 2016

Kenapa Vitamin C Shaklee Pilihan Saya?

Salam :)

Alhamdulillah. Ini post pertama saya selepas bersalin. Berpantang pun dah habis and my baby pun dah nak masuk 2 bulan next week. 

Nak cerita kisah saya dan vitamin c jenama shaklee ni. Sebenarnya sedar tak sedar dah 4 tahun setia dengan supplement shaklee. Walaupun saya ahli shaklee, saya sendiri pernah cuba brand lain, sebab saya ni jenis cepat bosan dan tak konsisten :P. Bukan apa, 'kaki online' macam saya ni jenis mudah terpengaruh.hehe.Tapi bila makin bijak dewasa ni,dah makin pandai buat pilihan.cewahhh.

Walaupun pernah 'curang' dengan shaklee, percayalah, lepas sebulan,saya mesti kembali semula dengan brand shaklee. Sekarang ni berlambak orang jual produk vitamin c dekat pasaran. Dengan menggunakan title 'vitamin c' je perkara yang terlintas di fikiran selalu tentang pemutihan,kulit glowing,kulit cantik dan etc. Maka berlambak juga peniaga yang mudah buat duit dengan vitamin ni. 

Banyak pilihan vitamin c di pasaran. Tapi kenapa saya masih setia bersama shaklee?

SEBAB

-International produk yang dah lama 'bertapak' dan stabil
-HALAL dan SELAMAT
- Harga berpatutan dan mampu milik
-Jangka masa panjang

4 sebab-sebab ni yang buat saya berpatah balik kepada shaklee.

Pernah saya cuba produk jenama A, harga cuma RM30, kesan mantoppp, bertahan selama sebulan. RM30 nampak murah berbanding vitamin shaklee yang sekali beli je harga  RM98. TAPI......shaklee vitamin c tahan untuk 6 bulan. ya.!!! 6 bulan.

kalau RM30 X 6 BULAN =RM180

SHAKLEE RM98 untuk 6 bulan. Setiap bulan, kita cuma spent RM 16.33 sen sahaja !.MURAH

mana nak dapat vitamin yang RM16.33 sen je sebulan, berkualiti tinggi, selamat dan berkesan untuk jangka masa panjang.

Bila kita makan supplement, ia bukan untuk kecantikan sementara. Tapi yang penting sihat. Bila badan sihat, barulah cantik. Definisi cantik tu bila kita sihat. Soal kesihatan ni sesuatu yang long term. So, fikir jauhhh, mana ada produk yang makan sebulan , terus berubah cantik kekal. Sedangkan apa kita makan semua 'keluar' balik.hehe.

So, bila nak maintain sihat dan cantik, perlu juga maintain makan..

No comments:

Post a Comment