About

Instagram

Monday, April 18, 2016

Simplysiti – Buah Tangan Dato’ Siti


Assalammualaikum :)
Lama tak jengah blog.Berhabuk keyboard. Husband belikan laptop baru pun jarang online ^^. Sebab anak tidur awal malam ni, perut pun kenyang makan nasi sampai 2x tambah, so aku nak update something special malam ni.heheh.Siapa peminat Dato’Siti Nurhaliza??*angkat2 kening sikit*..Hari2 stalk instagram Dato’CT ni sebab nak tahu perkembangan.eheh.Penyanyi kesayangan ramai ni. Bukan di Malaysia je,sampai ke negara jiran. Sebenarnya sedar tak sedar dah nak 2 dekat Dato’ CT dalam bidang seni. Dah 20 tahun dalam industri seni tanah air. Bukan je sebagai penyanyi,tapi juga sebagai usahawan.
Kalau korang masih ingat lagi masa memula SimplySiti ni baru dikeluarkan, fuhhhh boleh tahan sambutan jualan di Malaysia dan di luar negara. Aku masih ingat lagi produk pertama yang aku beli masa tu bb cream SimplySiti yang warna putih tiubnya,memang best.Full coverage tapi ringan. Tektur tak melekit dan tak berminyak. Apa taknya, produk SimplySiti ni menggunakan teknologi yang berkualiti tinggi dari Korea tau. Setiap apa yang dihasilkan daripada Dato’Siti ni mesti sesuatu yang terbaik yang dianggap sebagai buat hati katanya.


HAAAA.nak cantik macam Dato’Siti tak? Haha.Kalau korang nak tahu, produk SimplySiti ni menggunakan bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan khasiat asli turun-temurun dan kombinasi teknologi yang canggih. Jadi,hasilnya mestilah standing produk-produk antarabangsa yang lain. Bagi Dato’Siti , kepuasan hati para pengguna adalah keutamaan dan sebab itu juga produk ni masih lagi di pasaran sehingga hari ini, malah makin berkembang dan banyak produk yang dihasilkan.


Kalau korang nak tahu,Simplysiti bukan hanya menawarkan rangkaia produk kosmetik, malah penggemar juga ditawarkan dengan rangkaian produk penjagaan muka anda kulit serta set wangian yang cukup mempesona. Don’t worry k, sebab produk-produk SimplySiti ni harga sangat berpatutan dan kualiti serta hasil memant tiptop.!.So,kalau korang nak mencuba,korang boleh survey dan dapatkan di cawangan-cawangan yang berhampiran. Paling mudah di Watson atau kalau nak lagi senang,tak payah keluar rumah,jimat minyak,jimat tenaga,jimat masa,beli online je. Sekarang ni semua di hujung jari tau.heheh. Kat mana nak beli online? Korang bole click link kat bawah ni.