About

Instagram

Tuesday, May 3, 2016

KONGSI RESEPI : POPIA INTI DAGING

Salam :)

Lama tak berkongsi resepi masakan. Nak kata pandai masak sangat tu taklah :P cuma Bella suka try and error mengikut selera sendiri, bila dah siap lepas tu jadi sedap,boleh lah kita kongsi resepi di blog ya. Semangat nak update blog sebab gambar lawa2 boleh di ambil menggunakan kamera Canon hadiah daripada suami. hehe..

Resepi yang Bella nak share ni sesuai untuk juadah minum petang. Hidangkan dengan air teh panas atau nescafe favorite husband pun sedap...Kebetulan memang dapat stock daging cincang fresh, so Bella campurkan apa yang je dalam peti sejuk. Orang kata resepi 'campak-campak'.:)

Jom kita lihat resepi bahan-bahan dan cara penyediaan. 

BAHAN-BAHAN 

-2 SUDU KECIL SERBUK KARI AYAM/DAGING

-1  SUDU KECIL GARAM HALUS

-1 SUDU KECIL GULA

- 4 SUDU TEPUNG JAGUNG / TEPUNG GORENG KFC (tiada dalam gambar,terlupa :P)

-2 SUDU KECIL SERBUK LADA HITAM 

- 1 BIJI BAWANG HOLLAND (cincang halus)

- 3 BATANG DAUN BAWANG (potong halus)

- 3 TANGKAI DAUN KARI

-1 BIJI TELUR

-1 SUDU PLANTA

-1/2 KG DAGING CINCANG

-KULIT POPIA









CARA PENYEDIAAN 





Campurkan kesemua bahan-bahan di atas KECUALI telur.

KEMUDIAN masak daging dengan menggunakan kuali dan api sederhana. Bila daging dah mula masak, boleh angkat dan toskan minyak. Jangan sampai garing. Cukup daging separuh masak, kemudian baru gaulkan dengan telur. Seperti gambar di bawah.


Gaulkan rata dan siap untuk dijadikan inti dalam popia. 


Gulung popia kemudian goreng dengan minyak yang panas. Sentiasa terbalikkan popia supaya kulit popia masak rata cantik. (betul ke ayat ni ^^). 

TIPS 

Gunakan sedikit tepung yang dibancuh air untuk lekatkan gulungan kulit popia supaya minyak masak tidak berbuih2 dan gunakan tisu lembap untuk elakkan kulit popia pecah2/ terkoyak semasa menggulung. 

Selesai menggulung, boleh la goreng dan hidangkan bersama sambal kicap (sebab saya orang joho ^^) dan air .



SELAMAT MENCUBA :)









No comments:

Post a Comment