About

Instagram

Friday, May 6, 2016

Review : Baby food processor jenama Autumnz

Salam :)

Alhamdulillah, Anaqi sekarang dah 6 bulan 2 minggu. Dah start makan solid food. Eh,dalam blog ni Bella tak pernah cerita dan mention pasal Anaqi kan, next episod je la kita cerita. Hehe.Banyak sangat nak share dengan korang ni. Sementara idea nak menulis ni ada, Bella nak share review tentang baby food processor by Autumz ni. 

Actually, memula ingatkan mudah je nak siapkan makanan baby ni. Tapi, bila banyakkk sangat membaca jadi pening pulak. Baru tahu, tak buat persiapan awal. Sebab dulu banyak study tentang breastfeeding je. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki susu badan untuk Anaqi sampai sekarang. Mudahan sampai 2 tahun la ye nak. Ok, berbalik tentang cerita baby food processor ni, Bella dah survey macam2 brand. Dari yang murah dan mahal cecah 1k.Huhhh..maaf nak,ummi tak mampu lagi nak beli yang sampai cecah 1k, so lepas buat survey,akhirnya Autumnz jugak jadi pilihan sesuai dengan budget dan 2 in 1(steamer & blender). Ada yang bawah RM100 tapi cuma berfungsi untuk blend je. Pada awalnya, Bella cuba blender biasa je yang buat blend masakan tu, tapi yang baru lah, bukan yang dah guna blend cili kering tu, hasilnya tak memuaskan,sebab makanan tak berapa hancur dan Bella kena steam dulu baru boleh blend, agak leceh di situ.Anaqi pulak jenis tak boleh tinggal lama2.^^. So,akhirnya carilah baby food processor ni.

FYI, Bella memang guna jenama Autumnz ni for breastfeeding tau. Pump susu, warmer, steamer dan botol susu semua complete set. 

Bella, shopping dekat Lazada je, sebab mudah pakai shopping cart,buat comparison,dapat pulak harga lagi murah berbanding harga pasaran. Untuk baby food processor, Bella beli dengan harga lebih kurang RM186 je. Murah kan? :)). I loikee.

Servis memang terbaik !.


Ummi excited !.Cara penggunaan pun mudah. 


Korang boleh tengok ni, semua jenis makanan boleh blend. Praktikal 2 in 1. Korang xyah nak masak rebus bagai tu kat kuali. Bersihkan, potong kecik-kecik, masukkan dalam bowl blender, steam lepas tu blend.!.Semua tinggal putar masa lepas tu tinggal. Boleh layan anak sementara nak tunggu steam tu. Tak perlu risau takut terlupa nak tutup api dapur ke apa. Memang value for money !.cewahh.



Dalam tu disiapkan dengan manual sekali. Kalau korang tak tahu berapa minit nak kena steam, dalam manual tu dia akan guide masa mengikut jenis makanan.


Ini gambar bahagian dalam. Manalah tahu korang nk tengok rupa blade tu kan ^^. Sebelah tu, tempat letak air untuk steam. Masukkan je air,kemudian set masa berapa lama nak steam dan boleh tinggal. Jangan lupa masukkan makanan yang nak di blend dulu k. !

So, lepas bukak plastik, Bella rasmikan dengan memasak sweet potato for Anaqi .


Tengok dari gambar pertama sebelah kiri atas. Bersihkan sweet potato, bagi buang kulit, cuci, potong kecik, masukkan dalam blend bowl, lepas tu set 30 minutes, tinggal, kemudian blend dan siap !.Nampak halus je kan sweet potato yang seketul2 tadi.Ehehe.


Kalau nak tahan lama, of coz korang kena jaga elok-elok. Boleh bukak blend bowl tu dan bersihkan sekali dengan blade tu. 

Mudah je.Lepas ni boleh campur 2 jenis makanan dalam 1 hidang, kurma campur brokoli ? Next menu.:)


See, tak sabar nak makan. Anak soleh ummi dan abi.:).

So,korang yang masih mencari baby food processor harga yang berpatutan boleh cuba brand ni. 







No comments:

Post a Comment